KCW
Kelas Cikgu
Wan
Peribahasa
BOOM
KCW
Disediakan oleh:
Cikgu Wan Norliza
Baed(USM), Med
(UKM)
1
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
PERIBAHASA SITUASI
4 Bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya Didikan hendaklah bermula sejak kecil
5 Biar berputih tulang jangan berputih mata Sayang akan Negara – sanggup
mempertahankan Negara
6 Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak Perlu berusah untuk berjaya
datang melayang
7 Seperti melepaskan batuk di tangga Belajar sambalewa
11 Harimau mati meninggalkan belang, manusia Tokoh yang telah meninggal dunia tetapi
mati meninggalkan nama masih dikenang.
12 Alah bisa tegal biasa Sesuatu yang susah jika menjadi amalan
akan menjadi mudah.
13 Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas Sentiasa terpelihara
26 Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang Orang yang hebat/pandai bergaul dengan
bisanya orang yang lemah atau tidak pandai – tidak
akan hilang kehebatnya
27 Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam Jangan mencuba sesuatu yang tidak mungkin
jangan diduga tercapai
30 Laksana pohon kayu tiada berbuah Orang yang bijaksana tetapi tidak
menggunakan kepandaiannya untuk kebaikan
31 Umpama buah kepayang, dimakan mabuk Orang yang tidak berguna dalam masyarakat
dibuang sayang tetapi tidak boleh diusir.
35 kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik Perlu mencontohi orang yang telah berjaya.
jadikan sempadan.
39 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Bekerjasama waktu susah dan senang
3
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
44 gajah di depan mata tak nampak, kuman di Melihat kesalahan orang lain, tidak lihat
seberang laut pula yang nampak. kesalahan diri sendiri
45 mendengar guruh di langit, air tempayan Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
dicurahkan
50 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri Kembali ke tempat asal walaupun di luar negara
sendiri dapat ganjaran/pendapatan yang banyak
56 Ibarat bunga dedap sungguh merah berbau tidak Perempuan cantik tetapi perangai tidak baik
57 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu Lihat orang menghadapi masalah hanya
yang memikul orang itu yang memahami keadaan sebenar
kesusahan
4
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
59 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak Ada orang yang memperkatakan tentang
kata perkara tersebut
Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin
Bertiup
Harapkan pagar, pagar makan padi Mengharapkan seseorang tetapi orang yang
60 diharapkan itu menindas kita
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
61 Perangai manusia berubah
63 Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran Melepaskan apa yang ada kerana hendakkan
sesuatu yang belum pasti
64 Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah Sanggup susah dan senang bersama-sama
66 Menang jadi arang, kalah jadi abu Peperangan tidak membawa kemenangan
kepada mana-mana pihak tetapi banyak
nyawa yang terkorban
67 Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi Tidak mendapat orang yang disukai
hak orang lain
70 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Semua orang akan menghadapi masalah
76 Seperti cacing hendak menjadi naga Pekerja yang bertindak seperti majikan
5
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
LIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN TELITI. BERDASARKAN GAMBAR TERSEBUT, TULIS SATU
PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN GAMBAR TERSEBUT.
1.
Sangkar telur
Daun Keladi
4
6
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
7
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
8
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
9.
10.
11.
9
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
12
13
13.
langit
14
batu hujan
15
10
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Rusa
16.
Jauhari
17
18.
11
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Kelambu
19.
Pahat
20
Madu
21.
12
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Sirih
22.
Bunga Dedap -
Merah
23.
Parang
24
13
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Pokok Rumbia
Ruyung
25
Jauhari
Kain
14
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
26
Limau
27
Helang
Pipit
28.
Pendayung
TAMAT
15
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
16
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
iv. Berkerjasama
ix. Rajin
xi. Bersedia
xii. Orang bijak mengajar orang lemah tidak akan jadi orang bodoh
xiii. Orang yang tidak pandai, tetapi banyak latihan akan menjadi pandai
xiv. Orang yang sering bersungut selepas berlaku sesuatu perkara atau siap
sesuatu perkara
xvi. Orang yang sering bertukar pekerjaan - tidak tetap dengan satu
pekerjaan sahaja
xvii. Perpaduan
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam
apa jua situasi.
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh
dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah
menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka
bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa
sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah
faham apa yang diajar oleh guru.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala
kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.
9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya
sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai
akhlak yang cemerlang.
Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap
18
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
daripadanya.
1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
petikan tersebut.
19
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah. Sebarang kerumitan dan
ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu
sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak
mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai
cabaran dalam mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi
sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebu
2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
petikan tersebut.
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya
bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Amalan ini kemudiannya akan menjadi
kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan
aktiviti lain. Segala kerja sekolah yang diberikan akan diselesaikan dengan sempurna dan mereka sentiasa
memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik
3. Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Masyarakat Kampung Permatang terkenal dengan semangat bekerjasama dan suka tolong-menolong dalam
sesuatu pekerjaan terutama dalam majlis kenduri. Mereka suka hidup dalam
keadaan___________________________________________ Masyarakat di bandar pula lebih suka hidup
mementingkan diri sendiri. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu. Keadaan
ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza kerana sikap mereka yang
berkeadaan ___________________________________________________________. Namun keistimewaan
tinggal di bandar, penduduknya terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain.
Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung
seperti______________________________________________________________
4. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat
degnan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.
20
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya. Hal ini bertepatan dengan pepatah bagaimana
acuan begitulah kuihnya. ______________________________
Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat dialu-alukan
demi pembangunan sukan badminton negara. Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke
gagang. _______________________________________
Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniagamenangguk di air yang keruh dengan
menaikkan harga tong air dan baldi. _________________________________________.
Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh. Dengan
kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti ___________________________
Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa mematuhi peraturan dan
adat resam di tempat orang kerana _______________________________________________
Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal ini kerana
kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini. Keadaan ini tidak
berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat ____________________________________________
6. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut
Zahira merupakan seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia kerap
menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajarannya. Zahira juga
merupakan pelajar yang amat disegani oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja bijak dalam
bidang akademik malah dia juga aktif dalam bidang penulisan.
______________________________________________________________________-
Selepas beberapa tahun merantau di negara asing, Kumaresan mengambil keputusan untuk kembali
ke tanah airnya. Baginya walaupun keadaan di luar negara begitu aman dan makmur, namun dia
lebih selesa berada di negaranya sendiri
________________________________________________________________________
Semua penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sudah lama mengamalkan prinsip
bantu membantu antara satu sama lain. Mereka juga sangat menghormati jiran tetangga bagi
memastikan keadaan keharmonian dan kedamaian suasana kehidupan bermasyarakat.
___________________________________________________________________________
Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut
21
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
1) Mencari jalan
Maksudnya : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Amin sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan bulanannya supaya cukup untuk
menyara seluruh ahli keluarganya.
2) Anak dagang
Maksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain.
Anak dagang hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana kelakuan mereka sentiasa
menjadi perhatian masyarakat setempat.
3) Memerah otak
Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguh
Professor itu saban hari bertungkus lumus memerah otak untuk memastikan penyelidikannya
berjaya mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti.
4) Batu penghalang
Maksudnya : Rintangan atau halangan
Kemiskinan hidup tidak pernah menjadi batu penghalang bagi Amirah untuk mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
5) Lintah darat
Maksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggi
Pak Ali digelar lintah darat di kalangan penduduk kampung itu kerana sikapnya yang suka
mengambil untung yang berlebihan dalam aktiviti perniagaannya.
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.
22
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
_________________________________________________________________

6) Patah kandar
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
7) Tulang belakang
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang berbeza dalam petikan ini.
23
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan
dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi
susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak
turun temurun.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang
tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka
berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian
sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan
menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan
penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan
baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai
yang lain.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji pelajaran, dia
akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat
jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha sehabis baik.
Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada
24
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
masa hadapan.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di England.
Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan
kehidupan masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang disangkakan
sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana
kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran. Mereka
bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu dapat
menikmati hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi kesusahan, yang
lain turut bersimpati dan cuba membantu.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu terpilih kerana majoriti
penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah
satu projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan semula rumah Pak
Kemat yang hampir roboh. Pemuda-pemuda kampung yang sebelum ini suka menghabiskan masa di tepi-
tepi jalan pula telah diberi peluang untuk menghadiri kelas komputer anjuran persatuan belia kampung itu.
25
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Gejala sosial dalam kalangan masyarakat begitu membimbangkan. Walaupun pihak kerajaan bersama
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan pelbagai aktiviti, masalah kecurian, penagihan dadah
dan gangsterisme terus berlaku. Remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti dan pusat
pemulihan akhlak. Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun
begitu, kerajaan tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. L
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat dilihat apabila ada majlis
kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca
daripada latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk
membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang
menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan
gemparlah seluruh kampung.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib
dengan membuka restoran di Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia
telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa tahun, sikap
tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai
kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan
diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.
26
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur kerana sudah ada pihak
yang berani tampil dengan beberapa pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli keluarga
terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya
ini sudah dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu
sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi
masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya bergantung kepada pendapatan
sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk
menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan akan menyimpan
wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila sampannya dihanyutkan
ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk menambatnya.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Daud masih tidak menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada abang-abangnya walaupun
pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa
ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya
itu telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup
akrab.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
27
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
.
Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan tentang lelongan itu telah
disebarkan secara meluas menerusi media massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu
berasa kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang disangka oleh
mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang
disiarkan. Nampaknya hajat pengunjung untuk mendapat apa yang mereka hajati pada hari itu tidak akan
tercapai.
Jawapan :
1) _____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan dan simpati orang lain.
Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah
berjaya, jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru dan
pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain
tanpa usul periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.

28