Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Secara umumnya, warga asing merujuk kepada rakyat atau penduduk yang bukan

berasal daripada Malaysia yang bermigrasi ke Malaysia. Kedatangan warga asing ke negara

ini berlaku sejak zaman pemerintahan British lagi. Ramai warga asing daripada China dan

India dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh di sektor perladangan,

perlombongan, dan juga termasuk sektor pembinaan. Pada masa kini, kedatangan warga asing

ke Malaysia masih lagi berlaku dan tidak dapat ditangani dengan sepenuhnya. Hal ini

demikian kerana, kemasukan warga asing ke malaysia disebabkan oleh beberapa faktor

penarik yang menarik minat mereka untuk datang bermigrasi ke Malaysia.

Antara faktor penarik yang menyebabkan warga asing datang ke Malaysia ialah salah

satunya keadaan ekonomi Malaysia yang baik yang mana terdapat banyak peluang pekerjaan

yang tidak diisi oleh warga tempatan. Warga asing melihat faktor ini sebagai satu peluang

untuk mereka mencari rezeki dengan mendapatkan peluang pekerjaan di Malaysia. Oleh itu,

terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk masuk ke

negara ini secara haram. Malah ada diantara mereka yang terus menetap di Malaysia sama

ada secara sah ataupun secara tidak sah.

Bukan itu sahaja, sikap majikan tempatan yang lebih suka menggunakan tenaga kerja

warga asing juga dilihat sebagai faktor penggalak kemasukan warga asing ke Malaysia. Hal

ini demikian kerana, kadar upah buruh warga asing lebih murah dibandingkan dengan kadar

upah buruh warga tempatan. Maka dengan menggunakan tenaga buruh asing, majikan dapat

menjimatkan kos pengeluaran bagi tenaga buruh. Jadi tidak hairanlah jika berlaku

peningkatan kemasukan warga asing dari luar negara ke Malaysia.

1|Page
Kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal ini akan menyebabkan

berlaku lambakan warga asing dalam negara. Jika keaadaan ini berterusan, ia boleh

mendatangkan pelbagai kesan negatif daripada aspek sosial dan ekonomi. Oleh itu, pihak

berwajib yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan bagi menangani kemasukan

warga asing ke Malaysia yang semakin tidak terkawal ini. Pihak berwajib perlu meneliti

langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kebanjiran warga asing ini.

2|Page
2.0 Kesan Negatif Kebanjiran Warga Asing Di Malaysia Kepada Aspek Ekonomi dan

Sosial.

2.1 Kesan Negatif Terhadap Aspek Ekonomi.

2.1.1 Kadar Pengangguran Dalam Kalangan Warga Tempatan Meningkat.

Lambakan warga asing di Malaysia seringkali dikaitkan dengan globalisasi sesebuah

negara dan inilah yang berlaku di Malaysia yang mana kedatangan warga asing ke Malaysia

didorong oleh faktor pekerjaan. Kebanyakan pekerjaan di Malaysia kini dimonopoli oleh

warga asing. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti sektor perladangan, pembuatan,

perkhidmatan dan pembinaan. Hal ini demikian kerana, kebergantungan Malaysia terhadap

tenaga buruh asing tinggi khususnya dalam sektor-sektor tersebut. Hal ini menyebabkan

kadar pengangguran dalam kalangan warga tempatan meningkat. Apabila kadar

pengangguran dalam negara melebihi paras 4%, maka negara tersebut dilihat tidak mencapai

guna tenaga penuh. Hal ini demikian kerana, banyak tenaga kerja warga tempatan yang tidak

diguna pakai secara cekap justeru menyebabkan berlaku lebihan dalam tenaga buruh warga

tempatan. Sebagai contoh jelas yang dapat dilihat pada masa ini ialah di sektor pembinaan.

Hampir keseluruhan tenaga buruh dalam sektor pembinaan diambil alih oleh tenaga buruh

warga asing. Majikan lebih gemar mengambil warga asing untuk bekerja kerana kos upah

warga asing lebih rendah berbanding kos upah warga tempatan. Oleh itu, tidak hairanlah jika

kadar pengangguran dalam kalangan warga tempatan meningkat dari semasa ke semasa.

3|Page
2.1.2 Pengaliran Wang Dari Dalam Negara Ke Luar Negara.

Kesan negatif kebanjiran warga asing ke Malaysia dari aspek ekonomi juga adalah

oleh sebab berlakunya pengaliran wang dari dalam negara ke luar negara. Keadaan ini

berlaku disebabkan oleh penghantaran wang yang dilakukan oleh warga asing ke negara asal

mereka. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menjejaskan ekonomi negara. Malah,

pengaliran wang ke luar negara yang berlebihan dan tanpa kawalan juga turut menyebabkan

peluang untuk negara Malaysia mencapai kemajuan terbantut. Menurut data statistik Jabatan

Perangkaan Malaysia, sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta

orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720

sebulan ke negara asal mereka. Hal ini menyebabkan kewangan ekonomi negara terjejas

seterusnya negara tidak mampu menyediakan prasarana yang baik untuk dalam negara.

Bukan itu sahaja, pengaliran keluar wang ke luar negara juga menyebabkan negara sukar

mencapai negara maju.

2.1.3 Persaingan Dalam Perniagaan.

Kebanjiran warga asing yang bermigrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya

kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Apabila berlaku kepadatan penduduk di sesebuah

kawasan atau wilayah, maka akan wujudlah permintaan yang berlebihan. Permintaan

terhadap barangan dan perkhidmatan yang berlebihan ini menyebabkan penawaran yang

sedia ada tidak dapat menampung jumlah permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Kesannya akan wujud lebihan permintaan kesan daripada penawaran yang kurang daripada

permintaan. Jadi, warga asing melihat masalah ini sebagai satu peluang untuk mereka

membuka satu perniagaan baru bagi memenuhi jumlah penawaran yang terhad. Hal ini akan

memberi kesan kepada peniaga-peniaga tempatan yang sedia ada. Berlaku persaingan dalam

4|Page
perniagaan antara peniaga warga tempatan dengan peniaga warga asing. Masalah berlaku

apabila terdapat peniaga warga asing yang meletakkan tingkat harga barangan dan

perkhidmatan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan peniaga warga tempatan. Di

samping itu, terdapat juga warga asing yang membuka premis perniagaan secara haram iaitu

tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berwajib. Mereka juga terlepas daripada membayar

cukai kepada pihak kerajaan. Keadaan ini menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam kalangan

peniaga warga tempatan.

2.2 Kesan Negatif Terhadap Aspek Sosial

2.2.1 Peningkatan Kadar Jenayah.

Kebanjiran warga asing di negara ini dari aspek sosial ialah akan menyebabkan

statistik kadar jenayah dalam negara meningkat. Hal ini berlaku apabila warga asing tidak

mempunyai pekerjaan ataupun mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Maka, situasi ini akan

mendorong mereka untuk melakukan aktiviti jenayah untuk mendapatkan sumber kewangan

bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di negara ini. Malah menurut Kementerian

Sumber Manusia, pada tahun 2013, sebanyak 19 056 orang warga asing ditangkap atau 12

peratus daripada keseluruhan 147 062 kes indeks jenayah yang dilaporkan. Manakala pada

tahun 2014 pula, seramai 14 143 orang warga asing telah ditangkap atau 14 peratus daripada

97 393 kes indeks jenayah yang dilaporkan sehingga September lalu. Antara kes jenayah

yang dilakukan warga asing ialah jenayah yang membabitkan dadah, rompakan, pecah

rumah, ragut dan samun bersenjata. Peningkatan kadar jenayah ini secara tidak langsung akan

menggugat keselamatan dan keamanan dalam negara ini. Sebagai contoh yang jelas dapat

kita lihat ialah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang maju dan

pesat. Keadaan ini telah menarik minat warga asing daripada pelbagai negara untuk

5|Page
bermigrasi dan bermaustatin di sana. Kedatangan warga asing yang berlebihan dan tidak

terkawal ini telah menyebabkan statistik jenayah di Kuala Lumpur semakin meningkat. Hal

ini juga menyebabkan keharmonian masyarakat setempat terjejas. Keselamatan masyarakat

tempatan juga terancam akibat masalah jenayah yang dilakukan oleh warga asing.

2.2.2 Penularan Wabak Penyakit Berjangkit.

Kemasukan warga asing juga mengancam aspek sosial negara terutamanya dari aspek

kesihatan. Hal ini demikian kerana, terdapat dalam kalangan warga asing yang membawa

penyakit berjangkit masuk ke Malaysia. Keadaan ini berlaku disebabkan kerana mereka tidak

melalui pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia. Malah

kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia berasal daripada negara mundur yang

mana tahap pengawalan kesihatan mereka rendah. Maka keaadan ini menyebabkan tahap

kawalan kesihatan di negara ini terjejas. Hal ini juga mendatangkan kesan kepada rakyat

tempatan. Virus penyakit yang dibawa oleh warga asing ini seterusnya akan menular kepada

rakyat warga tempatan. Jadi taraf kesihatan dalam kalangan warga tempatan akan terjejas. Di

samping itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dalam menangani masalah

penularan wabak penyakit yang dibawa oleh warga asing.

2.2.3 Masalah Penempatan Setinggan.

Kebanjiran warga asing di Malaysia juga akan membawa kepada permasalahan

penempatan setinggan. Masalah penempatan setinggan ini berlaku apabila warga asing

membina penempatan mereka di sesebuah kawasan. Keadaan ini menjejaskan pandang darat

di sesebuah kawasan tersebut. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang membina

penempatan secara haram tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib.


6|Page
Penempatan yang dibina oleh warga asing ini juga bukan sahaja menjejaskan pandang darat

sesebuah kawasan malah ia turut mengundang pembiakan nyamuk, tikus dan lipas. Hal ini

demikian kerana, kebanyakan penempatan setinggan warga asing didapati kotor dan tidak

diselenggara dengan baik. Contohnya, air dibiarkan bertakung dan mengundang pembiakan

nyamuk AEDES. Bukan itu sahaja, sisa-sisa pepejal juga dibuang begitu sahaja sehingga

boleh mengakibatkan masalah pencemaran. Selain itu, haiwan perosak seperti tikus akan

membawa virus penyakit dan ia menjadi agen penyebaran bagi virus tersebut. Sebagai

contoh, penyebaran virus Leptospirosis atau dikenali sebagai virus kencing tikus yang

berpunca daripada air kencing tikus adalah salah satu virus yang boleh mengancam kesihatan

masyarakat.

2.2.4 Pertembungan budaya

Kemasukan warga asing yang ke negara ini akan menyebabkan berlakunya

pertembungan antara budaya. Budaya-budaya luar yang dibawa masuk oleh warga asing

melalui proses migrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya pertembungan budaya antara

budaya luar dengan budaya tempatan. Kesan daripada pertembungan budaya ini ialah akan

berlakunya penghakisan terhadap budaya dominan yang sedia ada terdapat di sesebuah

kawasan itu. Perkara ini berlaku apabila budaya baru lebih menonjol dan lebih mudah

diterima pakai oleh masyarakat di sesebuah kawasan. Bukan itu sahaja, pertembungan

budaya ini juga akan menyebabkan berlakunya asimilasi iaitu percampuran antara dua

budaya sehingga menghasilkan satu budaya yang baru.

7|Page
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kebanjiran warga asing di Malaysia banyak memberi kesan terhadap

aspek ekonomi dan sosial. Kemasukan warga asing yang terlalu ramai ke Malaysia ini adalah

disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara salah satu faktor yang menjadi pendorong kemasukan

warga asing ke Malaysia ialah peluang pekerjaan yang banyak terdapat di dalam negara ini.

Ketersediaan peluang pekerjaan yang banyak ini telah menarik minat warga asing untuk

bermigrasi ke Malaysia. Kebanyakan warga asing yang mencari peluang pekerjaan di

Malaysia kebiasaannya datang daripada negara mundur dan kurang maju seperti India,

Bangladesh, dan Indonesia. Kemasukan warga asing tanpa kawalan akan mengakibatkan

pelbagai masalah negatif berlaku khususnya dari aspek ekonomi dan sosial. Dari aspek

ekonomi, negara terpaksa menanggung kadar pengangguran yang tinggi. Apabila kadar

pengangguran dalam negara melebihi paras 4%, maka negara dianggap tidak mencapai guna

tenaga penuh. Selain itu, kebanjiran warga asing dalam negara juga menyebabkan berlakunya

aliran wang keluar ke luar negara. Hal ni berlaku apabila warga asing mengirim wang ke

negara asal mereka. Aliran wang keluar yang banyak akan menyebabkan negara mngalami

kekurangan modal dan ekonomi negara turut terjejas.

Di samping itu, kebanjiran warga asing juga mendatangkan kesan negatif kepada

aspek sosial dalam negara. Lambakan warga asing dalam negara menyebabkan kadar jenayah

meningkat. Hal ini seterusnya mengancam keselamatan negara dan masyarakat tempatan.

Sektor pelancongan juga akan turut terjejas kerana pelancong berasa terancam untuk datang

ke Malaysia. Jadi pendapatan negara akan berkurangan. Seterusnya, kemasukan warga asing

ke Malaysia juga akan menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit. Hal ini demikian

kerana, terdapat segelintir warga asing yang datang ke Malaysia tanpa melakukan kawalan

pemeriksaan kesihatan. Kesannya, kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang banyak untuk

8|Page
mencegah wabak penyakit ini daripada merebak. Bukan itu sahaja, pertembungan antara

budaya asing dengan tempatan juga akan tercetus.

Oleh itu, kemasukan warga asing ke Malaysia perlu dikawal oleh pihak berwajib agar

masalah-masalah yang sedia ada tidak terus berleluasa. Pelbagai langkah tegas perlu diambil

dalam menangani kebanjiran warga asing di Malaysia. Kerajaan perlu menguatkuasakan

undang-undang yang sedia ada dan mengenakan denda yang maksimum kepada warga asing

yang masuk ke Malaysia secara haram. Kerajaan juga perlu memperketatkan kawalan di

pintu masuk yang disyaki digunakan oleh warga asing sebagai lorong tikus untuk masuk ke

Malaysia.

9|Page
4.0 Bibliografi

Ahmad Idris. (1988). Dasar Ekonomi Baru. Selangor: IBS Buku.

Hadow & Patrick. (1914). Labour Condition In Malaya. Filinal Albrecht & Co. Weltevredea.

Hakimi Ismail. (2014). Kebanjiran Pekerja Asing Di Malaysia Sangat Serius. Diakses pada

Oktober 30, 2015, daripada

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia-

sangat-serius-1.23718.

Mohamad Khalid Hj. Sharif. (2014). Kawalan Pekerja Asing Di Malaysia. Diakses pada

Oktober 29, 2015, daripada

http://www.kdn.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/1976-kawalan-pekerja-asing-

di-malaysia.

Nik Hashim Nik Mustapha. (1989). Dasar Ekonomi Malaysia. Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

10 | P a g e
Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang. (2014). Permasalahan Pendatang

Tanpa Izin Ke Malaysia Dari Aspek Sosial dan Perundangan. Diakses pada Oktober 29,

2015, daripada

http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/2-Permasalahan-PATI.pdf.

Sinar. (2015). Kawal Lambakan Pekerja Asing Di Malaysia. Diakses pada Oktober 30, 2015,

daripada

http://www.sinarharian.com.my/rencana/kawal-lambakan-pekerja-asing-di-malaysia-

1.367135.

Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin, Mohd Razani Mohd. Jali. (2003). Ekonomi Malaysia.

Bentong, Pahang Darul Makmur: PTS Publication & Distributors.

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai