Anda di halaman 1dari 7

Soalan Tutorial

3 (a) kenalpasti empat masalah tingkahlaku murid dalam bilik darjah.

Definisi Masalah Tingkah laku


Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai
perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar
semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara
konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan
yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya
menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.

Masalah tingkah laku


Masalah tingkah laku secara dasarnya boleh dipecahkan kepada tiga
kategori iaitu tingkahlaku bermasalah minor, tingkahlaku bermasalah Major dan
tingkah laku bermasalah kronik. Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru
dalam bilik darjah terutamanya di sekolah saya ialah:

1. Bercakap pada masa yang tidak sesuai.


Masalah murid bercakap di dalam bilik darjah semasa proses P & P adalah
perkara biasa dan sering didapati di mana saja sekolah tidak kira pelajar di tahap
satu mahupun di tahap dua. Murid akan bercakap sesama mereka ketika guru
sedang menulis di papan kapur, semasa guru sedang memberi penerangan,
semasa melakukan gerak kerja kumpulan ataupun ketika sedang membaut
latihan yang diberikan oleh guru. Apabila murid ini bercakap sudah pasti mereka
tidak dapat memahami atau menguasai sesuatu kemahiran yang sedang di ajar.
Hal ini jika tidak dibendung dari awal akan menyebabkan pelajar lain akan
terikut-ikut sama, dan yang pasti objektif pengajaran guru tidak akan berjaya di
capai sepenuhnya.
Punca masalah ini timbul mungkin kerana keadah serta bahan pengajaran
yang digunakan oleh guru tidak sesuai. Jika guru gagal mengunakan keadah
yang betul murid akan cepat bosan dengan pengajaran itu dan ini akan
menyebab murid akan bercakap sesama mereka untuk menghilangkan
kebosanan

2. Tidak menyiapkan kerja rumah


Masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah sudah menjadi lumrah dalam
sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak telah memperkatakan hal ni dan
telah banyak saranan dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya.
Kerja rumah adalah latihan pengukuhan yang penting, yang wajib
dilakukan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka
dalam tajuk yang di ajar pada hari tersebut. Murid adakalanya dengan sengaja
tanpa ada sebarang rasa tanggungjawab untuk menyiapkanya. Mereka hanya
memilih kerja rumah yang di berikan oleh guru yang tertentu sahaja untuk di
siapkan. Ada sesetengahnya pula hanya membuatnya sambil lewa sekadar
melepaskan batuk di tangga.
Kerja rumah ini jika tidak disiapkan semakin hari semakain bertambah,
dengan sendirinya beban murid semakin banyak, lama-kelamaan murid akan
ketinggalan dalam pelajaran. Guru juga tidak dapat mengukur tahap pencapaian
murid tersebut dan seterusnya boleh menyebabkannya tercicir daripada lain.
Antara faktor masalah ini timbul ialah faktor keluarga. Kerja rumah adalah
kerja yang harus di siapkan di rumah. Ibu bapa adalah guru di rumah yang akan
memastikan anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah mereka sebelum
mereka datang semula ke sekolah pada esoknya. Ibu bapa yang sentiasa sibuk
mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti sosial tentunya tidak dapat
memberikan tumpuan kepada anaknya.

3. Bertengkar
Masalah murid bertengkar ini sering berlaku terutamanya semasa ketiadaan guru
atau masa rehat. Murid memang suka bertengkar walaupun hanya berpunca
daripada perkara kecil dan remah. Keinginan untuk mempertahankan hak dan
menunjukkan kekuatan kepada rakan sering menjadi punca pertengkaran. Sikap
suka mengata dan cabar mencabar juga punca berlakunya pertengkaran.
Pertengkaran ini adakalanya boleh mengakibatkan kecederaan dan bolah
melarat sehingga ke rumah. Ini akan menimbulkan perbalahan antara ibu bapa
jika mereka mengikut perasaan marah tanpa usul periksa.
Masalah pertengkaran ini juga boleh menyebabkan wujud kumpulan atau
puak dalam kelas atau sekolah. Hal ini jika tidak dibendung dan diatasi akan
memimbulkan masalah yang lebih rumit seperti masalah geng star atau
sebagainya.

4. Mencuri atau merampas barang orang lain.


Masalah mencuri, merampas atau mengambil barang orang lain adalah masalah
yang kronik yang sering terjadi di sekolah. Kes -kes kecurian yang biasa berlaku
ialah murid mencuri duit poket dan alat tulis pelajar lain sama ada sekelas
ataupun di kelas yang lain. Murid yang memcuri ini biasa hanya akan mencuri
jika ada peluang dan kecuaian orang lain. Masalah ini jika dibiarkan akan
memberi kesan yang sangat tidak baik. Mereka yang terbiasa mencuri ini akan
merasa seronok dengan mencuri. Ini akan menimbulkan rasa tidak selamat dan
selasa pelajar lain untuk belajar di kelas atau di sekolah itu.
Tabiat ini jika tidak diatasi mungkin akan menjadi lebih serius, mereka
akan mencuri bukan sahaja di sekolah malahan di kampung atau di tempat lain.
Ini akan menggelapkan masa depan pelajar itu sendiri.
3 (b) Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk
menangani masalah tingkah laku murid tersebut.

Modifikasi Tingkah Laku


Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada
positif.
Langkah yang bersisitematik ialah:
• Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
• Menetapkan matlamat
• Menentukan strrategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan tindakan
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah
laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi
membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Teknik modifikasi tingkah laku


Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah
teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku
murid;
1. Peneguhan
Peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang
diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai
ganjaran untuk mendorong murid –murid memberi tumpuan semasa
belajar.seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala
peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan
ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu.
Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat
menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti
pembelajaran mereka tanpa gangguan.

2.Denda
Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu
tingkah laku negatif.Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh
murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan
berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar
menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut
Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid
didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan
hilang minat murid teerhadap bidang tersebut.

3.Reverse Psyclogy
Merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada
positif . Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang
berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.
Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku
negatif dan membentuk tingkah laku yang baik.
4.Shaping
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak
balas yang dfiharapkan. Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak
melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini.

5. Kontrak (lisan dan bertulis)


Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah
satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada
positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan
murid bahawa dia akan dikenakan tinadakan yang berat sekiranya melakukan
kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.

6. Modifikasi melalui proses pembiasaan (fizikal, mental, emosi dan sosial)


Bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah
dibuat dari semasa ke semasa. Langkah-langkah untuk melaksanakan modifikasi
tingkah laku melalui proses pembiasaan seperti berikut;
a. mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar
dalam bilik darjah.
b. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang
dikehendaki.
c. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk
memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti.
d. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif
kepada positif, mengikut matlamat pencapaian yang ditentukan.

Oleh itu guru hendaklah menjelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan
mengingatkan semula kepada murid apabila mereka mula menunjukkan tingkah
laku yang bermasalah.