Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PENETAPAN TARGET UPSR 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PETALING

TARIKH
21 FEBRUARI 2019

TEMPAT
DEWAN PEREMBA

MASA
8.30 AM – 12.00 PM

ANJURAN
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN
Program ini merupakan satu program yang dirangka khusus untuk memberi pendedahan dan
memotivasikan ibu bapa murid-murid dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Program ini
dirancang supaya ibu bapa memperolehi tip dan kemahiran tertentu untuk mendidik anak-anak
mereka. Bagi mencapai kejayaan cemerlang satu usaha yang gigih dan berterusan perlu
disemai agar hasil yang terbaik dapat diperolehi dengan jayanya. Majlis ini adalah untuk
memastikan bahawa semua ibu bapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi
kefahaman yang lebih baik terhadap situasi penbelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga
turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak
yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pada masa yang sama, Program
Penetapan Target UPSR 2019 turut dijalankan serentak supaya ibu bapa mendapat input
pencapaian semasa murid dan juga mengetahui tahap pencapaian anak-anak yang disasarkan
oleh pihak sekolah supaya ibu bapa sama-sama dapat membantu sekolah dalam
meningkatkan pencapaian murid dari masa ke semasa.

2.0 RASIONAL

2.1 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada

penyelesaian masalah pembelajaran murid.

2.2 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-

anak.

2.3 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh

kepada program sekolah.

2.4 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan

akademik.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada ibubapa tentang teknik berkesan membantu
kecemerlangan anak-anak.

3 2.Membina kesedaran tentang peranan ibu bapa dalam membantu membina tingkah

laku dan sahsiah diri anak-anak.

3.3 Merapatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ibu bapa dan pihak sekolah.

3.4 Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang maklumat-maklumat


peperiksaan UPSR.

3.5 Memohon kerjasama ibu bapa atau penjaga supaya memantau dan menyelia
kegiatan anak-anak berunsur akademik di rumah.

3.6 Mengharapkan para ibu bapa atau penjaga membimbing anak-anak yang
menghadapi masalah akademik dan sahsiah di rumah.

3.7 Berganding bahu bersama guru-guru menyerapkan semangat ingin berjaya dalam
sanubari

3.8 Memberi maklumat kepada ibu bapa tentang prestasi semasa murid dan juga tahap
pencapaian yang disasarkan oleh sekolah terhadap setiap murid.

4.0 PELAKSANAAN

 Tarikh : 21 Februari 2019

 Hari : Khamis

 Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

 Tempat : Dewan PEREMBA

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Petaling dan para ibu bapa murid Tahun 6

.
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM
6.1 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : En Razwan Bin Mohd Zin


Guru Besar SK Sri Petaling

PENGERUSI : Pn Che Masni Binti Shaari


PK Pentadbiran SK Sri Petaling

NAIB PENGERUSI 1 : Pn Roshima Binti Ibrahim


PK HEM SK Sri Petaling

NAIB PENGERUSI 2 : Pn Harsharanjit Kaur A/P Tejinder Singh


PK Kokurikulum SK Sri Petaling

Setiausaha : En Wan Ahmad Firdaus Bin Wan Muslimin


GBK SK Sri Petaling

6.2 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengacara Majlis :

Pendaftaran :
:

Persiapan Dewan :
:
:
:

Bacaan Doa :

Banner dan ICT :

Brosur : Cik Lavanya A/P Rasalingam

Siaraya :

Sijil dan Cenderahati :

Jamuan/Makanan :
:

Fotografi :

Dokumentasi :

Slip Aku Janji Penetapan Target :


:
:
7.0 TENTATIF

8.30 pagi : Kehadiran dan pendaftaran ibu bapa/penjaga


8.45 pagi : Ucapan alu-aluan
: Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor
9.00 pagi : Ucapan YDP PIBG
9.15 pagi : Ucapan Guru Besar
9.30 pagi : Program Bersama Kaunselor PPDPU
11.30 pagi : Penyampaian Cenderahati
11.45 pagi : Akur Janji Melestarikan Kecemerlangan SSP 2019
12.00 tengah hari : Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH ANGGARAN


PERBELANJAAN (RM)
1. Cenderahati Penceramah RM 100.00 RM 100.00

2. Minum pagi VIP RM 35.00 RM 35.00


RM 5 X 7
3.

JUMLAH RM

9.0 SUMBER KEWANGAN

1. Wang Kecemerlangan RM

JUMLAH RM
9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa demi memastikan
kecemerlangan anak-anak dari segi akademik dan juga sahsiah dapat ditingkatkan. Hal ini
kerana anak-anak adalah pewaris yang bakal menerajui kepimpinan negara seterusnya menjadi
contoh terbaik di dalam masyarakat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... ..........................................
(WAN AHMAD FIRDAUS B WAN MUSLIMIN) (PN ROSHIMA BINTI IBRAHIM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling PK Hal Ehwal Murid
SK Sri Petaling SK Sri Petaling

Disahkan oleh,

........................................................................................
(EN RAZWAN BIN MOHD ZIN)
Guru Besar
SK Sri Petaling