Anda di halaman 1dari 17

Penghargaan (Tuan Fakhrul buat sedikit penghargaan kpd puan hanna)

Kesan Globalisasi

Kertas kajian ini membicarakan tentang apakah kesan globalisasi yang pesat
berkembang hari ini memberi kesan terhadap budaya dan cara hidup rakyat Malaysia pada hari
ini. Dalam kertas kerja ini, penekanan diberikan terhadap kesan globalisasi yang menyentuh
kepada institusi kekeluargaan, pemakaian, pemakanan, Pendidikan serta kesan globalisasi
kepada media.

1. Pengenalan
Pada masa kini, globalisasi merupakan satu perkataan yang hangat diperkatakan oleh
pelbagai pihak. Meskipun ada yang tidak tahu makna globalisasi secara ilmiah dan tepat
mengikut pengertian tokoh-tokoh sepanjang zaman tetapi hampir semua di antara kita tahu
bahawa globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Ia merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia
akhirnya boleh di ibaratkan tidak lagi mempunyai sempadan di mana pintu sentiasa terbuka
luas untuk dimasuki melalui kemajuan teknologi yang mana akan berlakunya aliran barangan,
perkhidmatan, idea, maklumat dan gaya hidup secara bebas antara negara tanpa sekatan.
Keadaan yang berkembang ini membuatkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan antara manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat
berbanding sebelumnya.

Globalisasi adalah perkataan yang diambil dari bahasa inggeris iaitu Globalization.
Perkataan ini terdiri dari dua suku kata iaitu perkataan global yang bermaksud dunia dan
perkataan lization yang bermaksud proses. Apabila digabungkan ia membawa makna sebuah
proses yang melibatkan dunia.

Kamus Dewan mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia


mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat (Kamus Dewan, 2002), boleh dl rasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini
bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam Era sekarang ini, kita terdedah kepada pengaruh budaya luar,
Mengglobalisasikan, menyebar atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya ke peringkat dunia, matlamat adalah untuk perniagaan mendapatkan keuntungan
yang banyak

Definasi yang lain pula ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi,
kebudayaan dan sebagainya) di sebarkan atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya dengan ada komunikasi dasar terbuka , dalam era sekarang ini, kita
lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar

Manakala cendikiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses


kehidupan yang serba luas yang bersifat infiniti yang merangkumi segala aspek kehidupan
seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini.
Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Tokoh Anthony Giddens menyatakan globalisasi merupakan suatu hubungan sosial luar
biasa yang melibatkan seluruh dunia dan boleh menghubungkan satu dengan satu yang lain
meskipun berbeza tempat. Manakala Tokoh Malcom Waters menyatakan globalisasi
menjadikan batas geografi dan kebudayaan dalam pemikiran manusia hilang namun batasan
itu tidak benar- benar hilang melainkan menjadi samar-samar. Seorang lagi Tokoh iaitu
Mansour Fakih pula dengan ideanya bahawaglobalisasi menunjukan peranan pasaran
yangsemakin mengalami kemajuan pelaburan, dan peranan pasaran ini dengan sektor ekonomi
saling berhubung antara satu sama lain.

Pengertian Globalisasi Menurut Islam di kenal sebagai (Globalisasir Aulamah) dan


Kesejagatan (Alamiyyah) Menurut Profesor Dr. Syeikh Yusof Abdullah al-Qaradawi, erti
globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam.
Kesejagatan disebulkan dengan jelas oleh al-Quran dalam surah al-Anbiyaa [211:107
mathumnya: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam" Juga firman Allah dalam surah al-Furgani25]:1 yang bermaksud• “Maha Suci
Allah yang telah menurunkan al-Furgan kepada hamba-Nya agar dia menjadi peringatan
kepada seluruh alam” Firman Allah lagi dalam surah Sad [38]:87-88 mafhumnya: “Al-Quran
ini tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. Dan demi sesungguhnya, kamu
akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.”
2. Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif berikut :-

2.1 Bagaimana globalisasi berkembang dan mempengaruhi Malaysia

Globalisasi mempunyai pengertian yang luas adalah suatu hakikat yang tidak
dapat dipertikaikan. Hakikat globalisasi itu sendiri sudah wujud sebelum istilah
globalisasi diperkenalkan lagi. Globalisasi ini sebenarnya telah berlaku di empat zaman
iaitu ketika zaman Rom-Yunani, zaman Islam, era dominasi Barat dan zaman
kontemporari. Namun bentuknya adalah berbeza antara satu zaman dengan zaman yang
lain. Dan perubahan perkembangan globalisasi yang pesat ini jelas kelihatan selepas
Perang Dunia Kedua yang mana jarak clan masa telah didekatkan oleh perkembangan
media, komunikasi yang membolehkan penghayatan masa sebenar (real time) di antara
penduduk di pelbagai negara di seluruh dunia.

Perkembangan ini menujukkan telah berlaku pemampatan (compression) dan


pengecilan (shrinking). Perkembangan ini juga telah melahirkan konsep global village
(desa sejagat) yang bukan sahaja mencerminkan arus dalam media dan komunikasi
pada masa itu yang cuba mengaitkan masyarakat dunia sebagai satu unit tetapi juga
turut mempengaruhi idea pemampatan atau pengecilan dunia sehingga memungkinkan
wujudnya apa yang disebut sebagai 'komuniti global'

Terdapat ciri-ciri kewujudan globalisasi yang berlaku di seluruh dunia kini.


Antaranya ialah peristiwa seperti berikut:

2.1.1 Pada tahun 1991 sahaja lebih I bilion manusia menaiki kapal terbang di
seluruh clunia.
2.1.2 Kini di Amerika, syarikat-syarikat asing memberi pekerjaan kepada 3
juta penduduk Amerika Syarikat sendiri.
2.1.3 Lebih 400, 000 orang pelajar daripada 150 buah negara luar belajar di
Amerika Syarikat.
2.1.4 Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua telah
terlaksana penggunaannya di 100 buah negara dunia.
2.1.5 Pengusaha makanan segera McDonalds misalnya beroperasi di lebih
10,500 restoran di 50 buah negara.

Fakta-fakta di atas, menunjukkan perbezaan proses globalisasi itu dari segi ciri-
cirinya yang jika dibandingkan dengan zaman-zaman lepas, pengaliran objek-objek
pada zaman kontemporari ini adalah jauh lebih pantas, lebih meluas serta melibatkan
jenis dan kuantiti objek yang lebih banyak.

3. Kajian Lepas

(Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 2005) seorang penulis buku terkenal, menyatakan
globalisasi telah dikenalpasti sebagai dalang di sebalik beberapa anjakan termasuk anjakan
budaya iaitu penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap, imigrasi
secara sah ataupun imigrasi secara haram terus meningkat , serta penggunaan istilah bahasa
asing semakin bertambah seperti “Amigo” dan “Adias” iaitu bahasa Sepanyol yang difahami
oleh kebanyakan orang Malaysia, oleh itu globalisasi sabgat berkait rapat dengan budaya yang
membantu membangunkan sesebuah Negara.

(Amriah Buang, 2005) seorang professor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


menjelaskan perubahan budaya Malaysia akibat perubahan globalisasi ekonomi menyebabkan
ruang budaya tempatan Malaysia telah diceroboh dan dijajah oleh pengkomoditian budaya
sensate barat umumnya dan Amerika Syarikat khususnya yang memperalatkan media dan ICT.
Sensate Penjajahan ini menyebabkan budaya sensate berupaya melahirkan kawasannya
sendiri seperti yang di ilustrasikan oleh Bangsar. Para penyokong budaya tempatan kita telah
bertindak balas terhadap penjajahan budaya global ini dalam memelihara warisan budaya
tempatan.

Tokoh barat Mc Grew (1992:65) menggambarkan globalisasi sebagai “intensification


of global interconnectedness”. Apakah yang dimaksudkan oleh McGrew dengan
peningkatan hubungan jaringan global adalah memberi gambaran bahawa sempadan negara
tidak lagi menjadi halangan atau rintangan kepada kehidupan kita pada hari ini. Ia bukan seperti
pada waktu dahulu bahawa di perbatasan sempadan antara dua negara adalah titik berakhirnya
sesuatu perkara. Mengikut Mc Grew lagi, hampir semua aktiviti sudah mula bergerak
merentasi sempadan negara sama ada barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej,
jenayah, pencemaran alam, dadah, fesyen dan juga kepercayaan manusia. semua perkara yang
bergerak merentasi sempadan ini membawa kepada perubahan budaya. Mc grew bukan sahaja
bercakap mengenai faedah yang akan diperolehi hasil globalisasi ini tetapi juga perkara negatif
dimana kita akan lebih terdedah kepada unsur-unsur luar yang tidak sesuai ke
dalam persekitaran kita. Keterbukaan kepada dunia luar tanpa kawalan inilah yang kurang
disenangi i oleh kebanyakan negara kerana mereka merasa kehilangan keupayaan
untuk menentukan apakah yang baik untuk negara mereka, terutama budaya yang
menjadi identiti mereka.
Andaian ini adalah berasaskan bahawa globalisasi akan cuba
menwujudkan budaya yang homogen. Menurut Tomlinson (1999), tesis budaya homogen atau
cultural homogenization berasakan andaian bahawa globalisasi adalah sebagai usaha untuk
menseragamkan permintaan mewujudkan budaya pengguna dan menjadikan semua tempat
adalah sama.
Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja menyentuh
tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran
budaya. Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini simbol
budaya luar akan datang kepada kita melalui pernatara media. Kita akan terdedah kepada
proses intergrasi dan disintergrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima dalam
budaya kita disamping ia juga mengdisintergrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya budaya
yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar.
Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam
proses globalisasi kita akan dapat melihat budaya tempatan atau introvert culture yang telah
wujud begitu lama akan beransur ansur teradun dengan budaya luar sehingga hilang
keasliannya.
Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi moden.
Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga memberi impak
kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa dunia ke alaf baru.
Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi kesan yang amat besar dan
mengubah landskap kehidupan manusia sejagat tanpa mengira peringkat usia. Malah,
perkembangan teknologi yang cukup pesat dewasa ini juga menyebabkan sarjana turut
memecahkan agihan masyarakat berdasarkan kepada penguasaan teknologi (Che Su & Nan
Zakiah, 2014).
Istilah ‘teknologi’ lumrahnya amat sinonim dan berkait rapat dengan rekaan dan gadget
serta pelbagai peranti yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Harm-Jan dan Erik
(2006) merumuskan bahawa ‘teknologi tinggi’ tidak mempunyai definisi khusus kerana setiap
penyelidik mempunyai takrifan yang berbeza dan tidak konsisten antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, Collin English Dictionary (2012) telah mendefinisikan ‘high
technology’ atau ‘teknologi tinggi’ sebagai “highly sophisticated, often electronic, techniques
used inmanufacturing and other processes”, iaitu teknologi yang berasaskan kajian saintifik
termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih. Peralatan berteknologi tinggi
serta akses internet kini boleh didapati dengan mudah di mana jua kita berada. Inovasi dalam
pelbagai sumber teknologi ini dihasilkan sehingga membolehkan komunikasi dan interaksi
manusia masa kini lebih pantas serta berupaya melampaui batasan masa dan tempat (Portal
Rasmi Arkib Negara Malaysia, 2015). Kajian oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
pada 2013 juga menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan jumlah ‘warga digital’ keempat
tertinggi di dunia, dan hampir 75% daripada belia di Malaysia merupakan ‘warga digital’.
Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan
ini telah membawa kepada penggunaan pelbagai peralatan elektronik dan peranti secara meluas
oleh setiap generasi. Lumrahnya, penerapan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dari satu
generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil didikan daripada ibu bapa, orang dewasa
dan guru di sekolah. Namun begitu, kajian Rezki et. al (2009) mendapati bahawa kehidupan
masa kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden dan masyarakat terbudaya dengan media
yang mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari satu generasi ke
generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan internet. Justeru, kanak-kanak dan
remaja juga adalah golongan yang tidak terkecuali daripada merasai tempias ledakan
perkembangan teknologi yang telah memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan
mereka.
Meski pendapat para cendikiawan dan pakar yang bimbang hilangya unsur budaya asli
akibat pengaruh globalisasi ini namun tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi memainkan
peranan penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan, (FADLI ISMAIL, 2013)
berpendapat bahawa globalisasi ini juga ada membawa kebaikan. Ia membawa kepada
persefahaman sejagat, menjalinkan perhubungan erat dan mengurangkan salah faham. Sistem
komunikasi yang berkembang pantas di seluruh dunia ini membolehkan peristiwa yang berlaku
di seluruh dunia di ketahui serta merta.
4. Metodologi kajian

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi
mencapai objektif dan matlamat sesebuah kajian.metodologi kajian menjadikan kajian yang
dijalankan lebih terarah dalam mencapai objektif. Metodologi kajian yang dilakukan di dalam
kajian kesan globalisasi ini ialah proses pengumpulan data dimana setiap ahli kumpulan
mencari beberapa artikel, buku atau rencana berkaitan kesan globalisasi. kemudian proses
seterusnya ialah meganalisis data dimana semua sumber data dikumpulkan dan di analisis bagi
mendapatkan input-input yang dikehendaki.

5. Dapatan kajian

Dalam kajian ini kita akan membincangkan secara dengan lebih terperinci apakah kesan
kesan globalisasi kepada budaya di Malaysia. Dapatan kajian diperolehi hasil rujukan kajian-
kajian yang dibuat oleh lain-lain penulis yang arif di dalam bidang masing –masing.

5.1 Bagaimana terjadinya sejarah awal globalisasi di Malaysia

Samada kita tahu atau tidak tahu, globalisasi telah melanda Malaysia dan
meninggalkan kesan kepada kita semua, persoalanya siapakah yang membawa
globalisasi itu ke Malaysia, ini merupakan persoalan biasa yang diajukan apabila kita
membicarakan tentang globalisasi dalam konteks negara yang kita cintai ini,
sebenarnya semasa Malaysia ini dikenali sebagai Tanah Melayu,globalisasi sudah
bermula di zaman itu dan kemudian berkembang pesat mempengaruhi sosio budaya,
politik, ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Ia telah mencorak budaya
Melayu kepada budaya Malaysia dan seterusnya membawa kepada budaya Malaysia
Baru. Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah
memperkayakan kehidupan manusia, khususnya kepada masyarakat Malaysia. Di sini,
kita dapat lihat di mana Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi
maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan
dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dalam era
globalisasi jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan
peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada
penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC)
misalannya, adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut
panggilan globalisasi.

Sungguhpun begitu, dalam menghadapi gelombang besar globalisasi ini,


terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat sama ada dari sudut positif atau negatif, di
mana banyak pihak sedang menilai buruk baiknya globalisasi ke atas peradaban
Malaysia. Sebagai contoh, Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, beliau
banyak menumpukan pemikirannya kepada globalisasi dan perkongsian pintar
sebagaimana yang terpancar dalam beberapa ucapan beliau tentang perkara ini di forum
kebangsaan dan juga antarabangsa. Dr. Mahathir menggambarkan keadaan sebenar
yang mungkin terjadi tentang natijah dan akibat globalisasi ini jika tafsiran globalisasi
yang ada pada hari ini diterima tanpa banyak soal jawab. Seperti agama besar dan
ideology yang lain, globalisasi dapat mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik lagi.
Tetapi beliau memberi amaran bahawa globalisasi juga boleh disalah gunakan dan
secara langsung mengakibatkan ‘backlash’ atau tindakan balas yang ganas ke atas
peradaban kita sendiri.

5.2 Kesan Globalisasi Dari Sudut Kekeluargaan

Berbicara mengenai kesan pasti lah menimbulkan pendapat tentang kesan yang
positif dan kesan yang negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih
ramai wanita dan lelaki yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga
terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Mengambil peluang dari perkembangan
globalisasi, masyarakat kita mula memahami rentak mendapatkan keuntungan melalui
internet, melibatkan diri melalui perniagaan dari kecil – kecilan hinga perniagaan major
dengan melihat kehendak dan fenomena antarabangsa, Kesan ini dilihat positif kerana
dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan
wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di
Malaysia, seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir
asing. Namun begitu, sudah pasti terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif
tersebut ialah masalah kekeluargaan serta gejala sosial yang semakin menular. Kesan
tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini.
Masalah gejala sosial juga semakin meningkat dan salah satu penyebabnya adalah
kerana anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malah,
terdapat juga ibu bapa yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu rumah
seolah-olah pembantu rumah juga bertanggung jawab dalam memberi asuhan dan
didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini menjadi punca utama kepada kemusnahan
sistem kekeluargaan seterusnya menjurus kepada berlakunya gejala sosial dikalangan
anak-anak remaja. Disamping itu, berlakunya peningkatan kes perceraian mungkin
disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta
globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain dari kes penceraian,
peningkatan juga dapat dilihat pada kes penderaan terhadap wanita serta kanak-kanak.
Menurut Rowan (2010), secara purata kanak-kanak menghabiskan masa selama lapan
jam sehari untuk teknologi hiburan dengan 65% daripadanya mempunyai televisyen di
dalam bilik tidur mereka sendiri, dan 50% daripada televisyen di kediaman penduduk.
Ditambah pula dengan penggunaan telefon pintar, melayari internet dan media sosial
telah menyebabkan berlakunya penularan pengaruh teknologi dalam kehidupan dan
persekitaran sosial sesebuah keluarga. Laporan dalam laman web SC (Symantec
Corporation) bertarikh 7 Julai 2010 bertajuk “Laporan Keluarga Norton Online 2010”
mendedahkan bahawa kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa melayari internet
secara purata selama 19 jam seminggu, sedangkan ibu bapa menyangka anak-anak
mereka melayari internet selama 11 jam. Di samping itu, kajian mendapati bahawa
sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di Malaysia telah terdedah kepada pengalaman
negative semasa melayari internet.

5.3 Kesan globalisasi dari sudut pemakaian

Jika dilihat dari aspek pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama
golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus
pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya
mempengaruhi masyarakat dunia dan tidak terkecuali Malaysia. Ramai remaja
sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sedangkan
orang Malaysia itu digelar sebagai orang timur. Lebih parah lagi, golongan ini langsung
tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim menutup aurat. Selain daripada
pengaruh barat, Malaysia kini dilanda pengaruh dari Korea Selatan. Segala galanya
adalah K-Pop menurut istilah mereka. Meskipun cuaca di Malaysia tidak sama dengan
Korea Selatan , ini tidak menghalang remaja Malaysia khasnya berfesyen seperti di
korea. Lama kelamaan budaya Malaysia yang murni akan terhakis begitu sahaja.
5.4 Kesan globalisasi dari sudut pemakanan

Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, kewujudan restoran serta francais
makanan segera, seperti KFC, McDonald, Burger King dan Texas Chicken telah
tumbuh bak cendawan di negara kita dan makanan segera ini semakin popular di
kalangan masyarakat Malaysia dan mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat
sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Fenomena yang berlaku ini
merupakan salah satu daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan khususnya
di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah, perniagaan makanan segera tersebut dapat bertapak
dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini.

Secara positifnya, kemasukan perniagaan makanan segera daripada barat ini


sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini
seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran serta mengurangkan gejala sosial
dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan makanan yang disediakan juga
telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa. Namun begitu,
terdapat juga kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Contohnya,
golongan remaja tidak suka makanan tradisi atau ulam dan mereka berpendapat
bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka
sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera ini memudaratkan kesihatan
mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami
obesiti, dan seterusnya akan membawa kepada penyakit serangan jantung, kencing
manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana makanan segera ini mengandungi bahan kimia seperti Monosodium
Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka
panjang.

Selain itu, dengan peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha


makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami
kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai
persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi peluang serta ruang kepada
golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika dilihat, ramai
pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit
yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut.

5.5 Kesan Globalisasi Dari Sudut Media

5.5.1 Media Elektronik

Kehidupan manusia yang melalui arus pemodenan mutakhir ini pastilah


sangat bergantung daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan
seharian samada secara langsung atau tidak langsung. Media menurut kamus
dewan edisi ketiga bermaksud alat atau perantara komunikasi. Contoh media
elektronik ialah radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini
berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan
maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam
media elektronik memang tidak dapat dinafikan lagi serta membawa banyak
faedah kepada manusia. Melalui media elektronik, manusia dapat berhubung
antara satu sama lain dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Contoh
alat perhubungan tersebut ialah telefon bimbit di mana seseorang itu dapat
berhubung dengan manusia lain yang duduk berjauhan beribu-ribu kilometer
dengannya. Peningkatan teknologi penciptaan telefon mudah alih juga
melahirkan model telefon yang menampilkan kemudahan internet di mana
sahaja seseorang itu berada. Begitulah hebatnya teknologi. Melalui media
elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai
perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Penyebaran
maklumat dengan pantas ini dapat menyediakan setiap orang untuk melakukan
tindakan sewajarnya. Namun begitu, bukan kebaikan semata-mata yang dibawa
oleh media elektronik. Melalui media elektronik, ramai remaja yang
terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton.
Bermula sebagai hiburan, lama-kelamaan program-program hiburan menjadi
ikutan remaja pada masa kini. Selain itu, melalui media elektronik juga
tersebarnya perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan,
malahan laman-laman porno juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang
sihat ini jika tidak dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar
seperti jenayah siber, kejadian sumbang, budaya kuning dan lain-lain lagi.
5.5.2 Media Cetak

Media cetak merupakan salah satu medium perhubungan terpenting di


Malaysia. Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah, risalah, dan buku.
Media cetak juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan media
elektronik dimana ia berfungsi menyebarkan maklumat kepada umum. Boleh
dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia membeli serta membaca surat khabar
setiap hari dan perbuatan ini sudah menjadi amalan harian. Untuk menampung
permintaan tinggi daripada pembaca, pelbagai teknologi canggih digunakan
dalam percetakan surat khabar. Kilang-kilang percetakan juga bertambah dari
semasa ke semasa. Perkembangan ini mendatangkan pelbagai manfaat kepada
rakyat Malaysia. Pembukaan kilang-kilang baru semestinya memerlukan tenaga
kerja serta tenaga mahir untuk menggerakkan operasi. Justeru, pelbagai peluang
pekerjaan akan diperolehi oleh penduduk setempat seterusnya mengurangkan
kadar pengangguran di Malaysia.

5.5.3 Kesan globalisasi dari sudut pendidikan

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan yang positif dan


negatif kepada masyarakat Malaysia. Antara kesan positif yang dapat diberikan
melalui globalisasi dalam pendidikan ialah wujudnya budaya pembelajaran
sepanjang hayat atau pengajian terbuka jarak jauh. Yang memberi penekanan
kepada penggalakan pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan
pelbagai kemudahan bagi menguasasi ilmu pengetahuan dan kemahiran
walaupun telah tamat latihan dan pendidikan secara formal. Sebagai contoh,
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah menjadikan lima buah negara
sebagai lokasi pusat pembelajaran global iaitu negara Yaman, Bahrain,
Maldives, Sri Lanka dan Ghana. Perkembangan seperti ini dapat melaksanakan
agenda pengantarbangsaan seterusnya mengkomersilkan pendidikan di
Malaysia disamping dapat membuktikan bahawa kualiti program pengajian
sepanjang hayat setanding dengan program di peringkat antarabangsa.

Selain daripada itu, globalisasi dalam pendidikan dapat memberi


kemudahan kepada golongan istimewa (OKU) yang mempunyai kekurangan
sama ada dari segi fizikal atau mental. Sebagai contoh, penyediaan
perpustakaan dicipta untuk golongan ini seperti yang telah dilakukan oleh
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan kerjasama sekolah
Pendidikan Khas Alma, St. Nicholas Home Penang, dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah dimana pihak-pihak ini telah menyediakan catalog
induk untuk kegunaan golongan isitimewa yang cacat penglihatan. Antara
bahan-bahan yang dibekalkan dalam bentuk Braile adalah seperti “Talking
Book’ dan ‘Large Prints’. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini
dapat memberi peluang kepada golongan OKU kemudahan pendidikan sama
rata dan jelasnya globalisasi memberikan kemudahan pendidikan kepada
golongan istimewa sama seperti masyarakat normal.

5.5.4 Kesan globalisasi dari sudut bahasa

Bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara ini. Ini termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, kesan negatif akibat daripada globalisasi ialah
berlakunya peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku
kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui buku, ensiklopedia dan
diinternet. Maklumat yang disebarkan sebahagian besarnya dalam bahasa
Inggeris. Sebagaimana yang kita maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa
standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Selain itu, bahasa
Inggeris telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa pengantaraan
dalam proses pengajaran bagi memudahkan mendapatkan maklumat. Kini,
sudah banyak IPTA dan IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Hal ini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat
Malaysia seterusnya akan membantutkan usaha ke arah pembinaan bangsa
Malaysia berasaskan Bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
globalisasi pendidikan akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.

Menurut (Abd.Aziz Itar, 2017) bahasa melayu berdepan dengan kesan


globalisasi sedangkan penggunaan bahasa melayu itu yang telah diperuntukan
oleh Perlembagaan perlu ditegakan di negara ini dalam urusan –urusan rasmi
yang berkaitan . Kerajaan harus memandang serius perkara ini . Memelihara
budaya bahasa melayu itu bukan bermakna menafikan keperluan bahasa
Inggeris sebagai perhubungan antarabangsa.

5.5.5 Kesan globalisasi dari segi identiti

Disamping itu, jika dilihat dari aspek identiti, warga Malaysia perlu
bersiap sedia menangani segala bentuk ancaman perpecahan kepelbagaian
budaya akibat daripada globalisasi. Walau bagaimanapun, ungkapan “kesatuan
dalam kepelbagaian” boleh digunakan bagi merujuk perkembangan budaya
dalam era globalisasi ini. Terdapat beberapa ciri budaya etnik yang boleh
diterima oleh bangsa yang lebih besar di negara yang berlainan hingga menjadi
ciri budaya yang universal. Kesatuan budaya boleh disatukan dengan
kemudahan telekomunikasi, teknologi maklumat, dan juga ekonomi. Pelbagai
usaha perlu dipergiatkan bagi melahirkan bangsa serantau dan bangsa yang
berkeperibadian nasional yang utuh, berperikemanusiaan, memiliki daya maju,
daya tahan, dan berdaya saing untuk menempuh era globalisasi dan liberalisasi
yang berterusan menyerang perkembangan budaya etnik, Fahaman pelbagai
budaya oleh pelbagai suku bangsa dan kaum di Malaysia tidak menjadi suatu
masalah sekiranya rakyat di Malaysia bersatu padu. Bersatu padu dalam erti
kata penyertaan menyeluruh yang memungkinkan perkongsian tradisi agama
dan budaya dan saling menghormati kewujudan masing-masing.
Kesimpulan

Kesimpulannya, negara kita yang merupakan negara dalam proses menuju ke arah
negara maju sememangnya terdedah kepada era globalisasi, justeru itu seharusnya , globalisasi
harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus mengambil langkah-langkah yang
proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan
yang sememangnya dirancang oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar
negara-negara miskin dan membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati
dan pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita. Jelaslah
bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan, iaitu penjajahan dari segi
mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi era
globalisasi ini kerana kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap
ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif.
Penerimaan terhadap perubahan yang baik haruslah difikirkan dan diterima secara positif,
manakala kesan negatif haruslah dielakkan bagi membina kemajuan diri, keluarga, agama,
bangsa dan negara kita.

Walaupun kita tetap tinggal di Malaysia, tetapi dengan globalisasi, budaya luar akan
datang kepada kita melalui perantara media . Ia akan membawa budaya mereka dan mengambil
budaya kita.

Bagaimanapun , globalisasi merupakan suatu bentuk perubahan dan pembaharuan yang


harus dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam kesatuan konsep bangsa dan negara dan tidak
seharusnya dianggap sebagai ancaman.
Dan apabila artis diagungkan melebihi
Antara kesan buruk laman web sosial
pemimpin sendiri

Inilah antara sebab mengapa barat Antara medium yang digunakan barat
memperkenalkan globalisasi dalam sistem globalisasi

3.

Di manakah letaknya budaya ketimuran sebenar Fahamilah maksud sebenar 'sistem


pada generasi muda kini pengecilan dunia'
RUJUKAN

Che Su Mustaffa & Nan Zakiah Megat Ibrahim. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial
dari
perspektif ibu bapa: Satu Analisis Kualitatif. Malaysian Journal of Communication, Jilid 30
(Special Issue) 2014, 43-74.

Harm-Jan Steenhuis & Erik J. de Bruijn. (2006). High technology revisited: Definition and
position.
International Conference on Management of Innovation and Technology. 1080-1084.

Collins English Dictionary. (2012). Digital Edition © William Collins Sons & Co.

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
(2015). Perkembangan Telekomunikasi Negara.

Rezki Perdani Sawai, Salhah Abdullah, Dini Farhana Baharudin et. al. (2009). Penerapan nilai-
nilai Islam melalui penggunaan media dalam pendidikan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Media dan Pemikiran Islam (MIST 2009). 21-22 Julai. Hotel Equatorial, Bangi

Rowan, C. (2010). The Impact of Technology on Child Sensory and Motor Development.
OTLine. British Columbia Society of Occupational Therapists.

A. Aziz Deraman & Rohani Zainal Abidin. (2003). Globalisasi dan Peradaban di Malaysia. .
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fayers, P.M & MacHin D. (2000). Quality of life and Assesment, Analysis and Interpretation.
UK. John Wiley and Sons.

Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. (2007). Dunia Pendidikan Dalam Era Globalisasi:
Peranan dan Cabaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Nurani Othman. (2000). Malaysia menangani globalisasi, peserta atau mangsa? Bangi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai