Anda di halaman 1dari 43

12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dijual Di Kantin

Sekolah Yang Anak Anda Makan Hari Ini


Published by Zaidi Aziz — 14 Aug 2017, 05:58 PM

'Healthy Children, Healthy Nation'

 Kantin sekolah adalah tempat utama yang akan dikunjungi pelajar-


pelajar menjelang waktu rehat. Yelah, waktu ni lah pelajar-pelajar nak
mengisi perut yang sedang lapar tu.

o Teringat lagi kami sewaktu zaman sekolah, memang macam-macam makanan yang dijual di kantin. Kalau
rapat sikit dengan makcik kantin, ada rezeki akan dapatlah makanan free Hehe..

Namun, buat ibu bapa di luar sana, pernah atau tidak anda bertanyakan makanan apa yang dimakan oleh
anak-anak anda di sekolah? Adakah anda pasti anak anda mengambil makanan yang sihat dan
berkhasiat?*

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk dijual di sekolah yang mungkin kita
semua tak tahu.
says.com

 Jom ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Azimah


Zainal ketika beliau menghadiri pelancaran kempen #SukuSukuSeparuh
di Melaka ini:

o
Image via Azimah Zainal/Facebook

o Tahukah tuan/puan bahawa terdapat jenis-jenis makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah?

Sesekali cuba tengok di kantin sekolah anak-nak tuan/puan masih adakah makanan sebegini di jual untuk
anak-anak kita.

Ayuh mari sama-sama ambil peduli dan sama-sama bantu untuk memberikan pendedahan mengenai
kepentingan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Lets fight obesity
Healthy Children, Healthy Nation.

 1. Makanan yang diproses



 2. Makanan dan minuman yang melebihi tarikh luput
via Azimah Zainal/Facebook

 3. Gula-gula dan coklat



 4. Makanan yang telah dijeruk
 5. Makanan ringan

 6. Makanan yang berkrim atau bersalut gula

o
 7. Produk makanan segera

o

 8. Makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan
 9. Produk konfeksi ais dan aiskrim

o

 10. Minuman yang dibancuh menggunakan kordial, krimer / 3 dalam
 11. Teh dan kopi
 12. Minuman tenaga

 Post ini telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian di Facebook.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen mempertikaikan senarai makanan
tersebut.

o Menurut mereka, makanan sebegini bukan saja ada dijual di kantin malah di koperasi termasuklah dijual
oleh guru-guru sekolah sendiri.

 Image
via Azimah Zainal/Facebook
o
 Image via Azimah
Zainal/Facebook
o

 Image
via Azimah Zainal/Facebook

o Rata-rata pengusaha kantin juga turut terkesan dengan senarai tersebut. Ada yang mengatakan sewa kantin
agak mahal dan sekiranya banyak makanan yang tidak boleh dijual, ia akan menjejaskan perniagaan
mereka.

Ini termasuk juga para ibu bapa yang mempersoalkan kemampuan anak-anak untuk membeli makanan-
makanan sihat yang kebanyakannya lebih mahal.
says.com

 Makanan seperti buah-buahan dan minuman susu kotak adalah antara


jualan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
o Senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual ini telah dimasukkan ke dalam Garis Panduan Kantin
Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).

 Jadi, apa pandangan anda mengenai isu ini? Kongsi bersama kami di
ruangan komen di bawah.