Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1 : Penulisan Esei

Berdasarkan kepada satu hasil pensejarahan Malaysia penulis tempatan dan penulis barat,
bandingkan secara kritis :cara dan pendekatan penulisan, sumber yang digunakan, motif
penulisan dan sudut pandangan penulis.

Pengenalan

Pensejarahan diertikan sebagai penulisan sejarah, karya, sumber sejarah adalah


dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak. Persejarahan juga
dikenali dengan nama historiografi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh
sejarawah. Pensejarahan Malaysia pula merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai sama
ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik
Malaysia. .Manakala oxford English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source”
brmaksud sebuah karya yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan
sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim
sumber sejarah boleh dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan
penyelidikan dalam semua bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan
penting bagi generasi yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai
saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Pensejarahan Melayu antara abad
17 hingga 19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi kandungannya ia lebih
merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan
seseorang raja.

Huraian perbandingan gaya penulisan penulis tempatan dan penulis barat.

Berdasarkan pensejarahan Malaysia abad 14 hingga abad ke-18, kajian ke atas karya-
karya agung telah diperlihatkan seperti Sulalatus-Salatin, Misa Melayu, Hikayat Abdullah dan
Tuffat Al- Nafis yang menjadi karya utama dalam sebutan karya penggiat sejarah. Oleh kerana
wujudnya penulisan karya oleh penulis tempatan maka penulis barat turut terpanggil untuk
membuat corak penulisan pensejarahan yang bersifat kolonial. Oleh itu, gaya penulisan yang
dipilih untuk dibuat perbandingan ialah antara karya agung Misa Melayu dengan R. O.
Winstedt. Karya agung Misa Melayu meriwayatkan sejarah negeri Perak dari sejak zaman
awal hinggalah ke kurun ke- 18 yang merupakan hasil karya seorang sejawahwan istana
kurun ke-18 iaitu Raja Chulan. Karya Agung Misa Melayu ini mengisahkan Kehidupan Raja-
raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 sehingga tahun 1780-an.
Seterusnya bagi penulisan kolonial barat iaitu penulis R. O Winstedt yang merupakan seorang

1
pegawai kolonial British di Tanah Melayu serta merupakan seorang orientalis Barat yang
termuka. Sepanjang di tanah Melayu, beliau memulakan karier sebagai pegawai permulaan
di Perak (1902), beliau telah berjaya memegang jawatan penting di dalam pengaruh
kekuasaannya. Dalam bidang pensejarahan Malaysia, beliau merupakan salah seorang
daripada colonial British yang memainkan peranan penting dalam kajian dan tulisannya
berkait dengan Tanah Melayu.

Seterusnya perbandingan antara penulisan tempatan Misa Melayu dengan penulisan


barat R. O. winstedt ialah dari sudut pandangan penulis. Misalnya bagi karya Misa Melayu
sudut pandangan penulis ialah berpegang teguh dengan adat yang diamalkan sejak terun
temurun. Contohnya dalam Misa Melayu meriwayatkan tentang adat melenggang perut yang
dijalankan kepada permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah yang mengandung tujuh bulan.
Masyarakat Melayu berpegang kepada ungkapan “biar mati anak, jangan mati adat” kerana
pandangan hidup mereka berpegang dengan melakukan adat tersebut dapat
memperbetulkan kedudukan bayi tersebut. Contoh petikan teks yang mengambarkan
permaisuri melenggang perut.

Sementara itu permaisuri baginda Raja Budak Rasul pun hamil. Apabila genap
tujuh bulan, diadakan istiadat melenggang perut dan mandi-mandi. Sebelum
dilangsungkan istiadat melenggang perut itu berbagai-bagai permaian telah
diadakan beberapa hari.

(Misa Melayu, 1992 : halaman 13)

Seterusnya bagi penulis barat iaitu R. O. winstedt dari sudut pandangan penulis ialah dari segi
tahap pendidikan masyarakat melayu. Hal ini dapat dilihat beliau berpandangan bahawa
orang melayu tidak patut diberikan pendidikan di peringkat yang terlampau tinggi kerana
beliau beranggapan bahawa pendidikan untuk golongan petani tidak harus melampaui darjat
hidup mereka yang rendah. Beliau juga sangat berpengaruh dalam soal tahap pendidikan
masyarakat sangat ketinggalan pada ketika beliau menjadi Pengarah Pelajaran di NNS dan
NNMB.

Seterusnya perbandingan yang dapat dibuat antara Misa Melayu dengan penulisan R.
O. Winstedt ialah dari sudut cara dan pendekatan penulisan yang meliputi kesusasteraan
Melayu tradisional . Misa melayu menggunakan gaya bahasa seperti syair yang salah satunya
diterapkan dalam penulisan karya tempatan ini. Misa Melayu mengandungi bahagian syair
yang terlalu panjang dan mengulangi peristiwa yang telah diceritakan dalam bahagian
prosanya,malahan penulis turut memuatkan maklumat baru yang tidah diceritakan pada
bahagian prosa. Contoh teks petikan

2
Ada sa-buah baharu di-reka,

Dandan-nya indah sikap belaka,

Ukiran kalok bertulis belaka,

Sikap sa-perti se-ekor naga.

(Misa Melayu, 122)

Seterusnya penulisan barat iaitu R. O. Winstedt bagi sudut cara dan pendekatan penulisan
ialah berasakan naratif dan deskriptif yang bercorak ilmiah iaitu penghasilan kajian berkenaan
analisis kesusasteraan Melayu. Beliau berpendapat Hikayat Hang Tuah dipengaruhi unsur-
unsur Jawa-Hindu yang bersifat sastera Panji yang mirip Hikayat Seri Rama berasaskan
kajian analisis yang bertajuk “A History of Classical Malay Literature”. Beliau juga pernah
menyelenggara karya Misa Melayu yang merupakan sumber pensejarahan tradisional Melayu
Perak serta beliau juga telah mengkelaskan kesemua sastera Melayu kepada beberapa
kumpulan tertentu seperti sastera rakyat, sastera Melayu zaman hindu, sastera lagenda
Muslim, Puisi Melayu( bahasa berirama, syair dan pantun) dan lain-lain.

Di samping itu, perbandingan yang dapat dilihat ialah dari sudut motif penulisan antara
penulis tempatan dengan penulis barat. Dari segi motif penulisan Misa Melayu ialah untuk
memenuhi kehendak raja atau menurut titah sultan pada zaman tersebut. Di samping itu,
tujuan penulisan untuk menyampaikan kepada generasi akan datang mengenai
kegemilangan pemerintahan raja pada zaman itu. Contoh teks petikan

Tuanku titahkan patik mengarang,

Diperbuat juga sebarang-barang,

Sajaknya janggal manisnya kurang,

Haram tak sedap didengar orang.

Seterusnya bagi motif penulisan R. O Winstedt ialah untuk mengkritik pengarang Sejarah
Melayu yag telah mengasimilasikan cerita pada masa itu dengan unsur-unsur dongeng seperti
cerita dewi-dewi. Selain itu, motif penulisan beliau yang mengenalpasti perbezaan salinan
dalam beberapa naskhah Sejarah Melayu yang menampakan bagaimana penyalin
membuang jalan cerita yang tidak sesuai dengan zamannya.

Perbandingan lain yang dapat dilihat antara Misa Melayu dengan penulisan R. O.
Winstedt ialah sumber yang digunakan dalam penulisan mereka. Sumber penulisan bagi Misa

3
Melayu ialah soal politik yang berlaku di dalam kalangan pembesar istana. Misalnya
pengarang Misa Melayu menampakan keunikan sistem politik Perak iaitu rajanya tidak
memerintah secara mutlak. Hal ini dapat dilihat apabila raja terlebih dahulu mendapatkan
nasihat pembesar negeri dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat. Contoh
petakan teks

“Dalam wasiatnya Sultan Muzaffar Syah(1752)..yang sangat beta harap


sekarang, baiklah anak kita Raja Mudalah yang akan ganti kita. Maka
hendaklah bicara orang besar-besar dan segala hulubalang pegawai pada
memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan selenggarakan hukuman negeri
ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak..dan hendaklah muafakat
sama-sama kepada barang bcara dengan sekalian orang besar-besar
hulubalang dan pada anak raja-raja yang memegang agama kita..”

(Hikayat Misa Melayu, Halaman 51)

Seterusnya sumber penulisan yang digunakan bagi penulis R. O. Winstedt ialah persejarahan
berbentuk undang-undang. Beliau telah melakukan kajian terhadap beberapa teks
pensejarahan berbentuk undang-undang termasuklah Undang-undang Kedah (1928), Hukum
Kanun Pahang (1948), Undang-undang Minangkabau dari Perak(1953) beserta dua kajiannya
bersama Josselin den Jong iaitu Undang-undang Sungai Ujong (1954) dan Undang-undang
Laut Melaka (1956). Oleh itu, beliau telah menolak serta merta pandangan Rigby dan
Wilkinson yang beranggapan undang-undang tradisional Melayu hanya bersifat digest
semata-mata serta beliau mengeluarkan pandangan beliau yang menyatakan bahawa
kedudukan undang-undang adalah setaraf dengan legal code di Eropah disebabkan
penurunan authority ke atas perundangan tersebut.

4
Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah terdapat perbezaan yang nyata antara Misa
Melayu dengan penulisan barat iaitu R. O. Winstedt dari pelbagai sudut aspek yang
digambarkan. Jelas menunjukan bahawa Misa Melayu merupakan satu karya yang
memperlihatkan sejarah pemerintahan kerajaan Perak, gambaran kehidupan, norma dan
nilai-nilai yang ditunjukan oleh masyarakat pada ketika itu. Seterusnya karya penulis barat
iaitu dari R. O. Winstedt pula menggambarkan bahawa penulisan yang berasaskan ilmiah
serta fakta yang tepat sahaja diterapkan dalam penulisanya. Ironinya tidak dinafikan bahawa
tulisan saujana barat mengenai pensejaran melayu merupakan elemen penting dalam
pengkajian sejarah melayu kita. Hal ini berikut kita dapat menggunakan penulisan mereka
sebagai perbandingan dengan sumber tempatan yang pada zaman tersebut dalam mencari
keunikan pensejarahan negara kita tanpa mengabaikan fakta-fakta sejarah yang sedia ada.

5
Rujukan

Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jelani Harun (2013). Sebuah Versi Baru Hikayat “Misa Melayu” Berdasarkan MS Or. Di
Cambridge University Library. Minden : Universiti Sains Malaysia

Buyung adil, (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Misa Melayu oleh Raja Chulan. (1962). Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Khoo Kay Kim. (1975). Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Diakses pada 28 Mac 2017 di laman web https://www.slideshare.net/alifakram1/pensejarahan-


malaysia-bab-5?qid=857f8a4b-d471-4cb6-aa35-2fa952732c90&v=&b=&from_search=3

Diakses pada 27 Mac 2017 di laman web https://www.slideshare.net/ctfironika/141618899-


notasjh3102bab6persoalanmalaysiasentrik