Anda di halaman 1dari 4

Labur Online 2016 (“Kempen”)

Terma dan Syarat

Kelayakan

1. Kempen in dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”)

2. Kempen ini bermula pada 10 Oktober 2016 dan tamat pada 9 Disember 2016
(“Tempoh Kempen”). ASNB berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan
semula atau melanjutkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya.

3. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali semua kakitangan
Kumpulan Permodalan Nasional Berhad iaitu kakitangan Permodalan Nasional
Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Equity Resource
Corporation Sdn. Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, Amanah Mutual
Berhad, PNB Management Services Sdn. Berhad dan PNB Investment Institute Sdn
Berhad.

4. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Peserta mestilah seorang pemegang unit Amanah Saham Bumiputera


(“ASB”), Amanah Saham Bumiputera 2 (“ASB 2”) atau Amanah Saham
1Malaysia (“AS 1Malaysia”);

(ii) Peserta mestilah membuat pelaburan seperti berikut dalam ASB, ASB 2 atau
AS 1Malaysia (“Pelaburan”):
(a) Pelaburan minima sebanyak RM100 sehingga pelaburan maksima
sebanyak RM499 per transaksi (“Kategori Satu”); atau
(b) Pelaburan sebanyak RM500 ke atas per transaksi (“Kategori Dua”);

(iii) Pelaburan mesti dibuat melalui portal perbankan internet ejen-ejen ASNB
iaitu melalui www.maybank2u.com.my, www.cimbclicks.com.my,
https://logon.rhb.com.my atau www.affinonline.com; dan

(iv) Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Setiap pelaburan yang
berjaya akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan.

5. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.

Hadiah

1. Sebanyak dua ratus tiga (203) hadiah boleh dimenangi berdasarkan kategori-
kategori berikut:

(i) Kategori Satu

Hadiah Kempen berupa unit amanah ASB atau ASB2 atau AS 1Malaysia atau
Amanah Saham Gemilang (“ASG”) bernilai RM100.00 untuk setiap pemenang.
ASNB akan memilih seratus lima puluh (150) pemenang sepanjang Tempoh
Kempen.

(ii) Kategori Dua

Hadiah Kempen berupa unit amanah ASB atau ASB2 atau AS 1Malaysia atau
ASG bernilai RM500.00 untuk setiap pemenang. ASNB akan memilih lima
puluh (50) pemenang sepanjang Tempoh Kempen.

(iii) Hadiah Utama

Tiga hadiah utama Kempen berupa unit amanah ASN atau ASG untuk setiap
pemenang. ASNB akan memilih tiga (3) pemenang hadiah utama sepanjang
Tempoh Kempen.

Pemenang Pertama - RM5,000


Pemenang Kedua - RM3,000
Pemenang Ketiga - RM2,000

2. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sepanjang
Tempoh Kempen.

3. Pemenang akan dipilih secara rambang melalui sistem ASNB.

4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. ASNB berhak untuk mengganti
dengan
hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya.

5. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi melalui mana-mana


kaedah komunikasi yang sesuai yang dipilih oleh ASNB. Senarai pemenang juga
akan disiarkan dalam laman web ASNB. Sekiranya pemenang gagal menghubungi
ASNB menerusi telefon secara peribadi sebelum tarikh akhir dalam notis
makluman, kemenangan peserta tersebut akan dibatalkan.

Lain-lain Terma dan Syarat

1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat
Kempen ini. Keputusan ASNB adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau
pertikaian tidak akan dilayan.

2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini,
peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran
peribadi dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, menurut
peruntukan perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau
pampasan.

3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau
sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-
undang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.

4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian,


samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan
Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang
kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan
perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem
atau sebarang kejadian yang di luar kawalan ASNB.

5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau


menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk
mengubah, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila
masa dengan memberi notis empat belas (14) hari terlebih dahulu melalui
www.asnb.com.my atau mana-mana cara komunikasi yang dipilih oleh ASNB.

6. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang


kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak
langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.

7. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau
kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan
promosi samada bercetak atau elektronik.

8. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.

9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa


Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa
Inggeris akan terpakai.

Anda mungkin juga menyukai