Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
Kepimpinan dan pengurusan adalah dua komponen yang amat penting dalam
merupakan satu elemen penting dalam menjana kehidupan. Setiap daripada kita secara
asasnya merupakan pemimpin kepada diri kita sendiri dan kemudiannya berkembang
Walaupun terdapat perbezaan-perbezaan dari segi ciri atau prinsip, pada akhirnya
memimpin dan mengawal sumber bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Pengurusan
yang terbaik dapat menghasilkan output yang terbaik kepada organisasi. Sekiranya aspek
ini tidak diambil berat disetiap peringkat organisasi misalnya dari peringkat platun,
pengurusan akan menjadi tidak teratur dan berjalan dengan sebaik-baiknya disepanjang
tahun. Maka dengan ini, antara langkah TD adalah dengan mewujudkan TQM atau pun
Total Quality Management iaitu pengurusan yang berkonsepkan doing the right thing at
the first time. Ia bermaksud kita melaksanakan sesuatu itu dengan betul pada awal
permulaan kita memulakan sesuatu. Ia boleh jadi dengan kita melaksanakan TQM ini
pada awal tahun dan memastikan pelaksanaan TQM mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan.
1
PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN
authority vested in an individual of the armed for the direction, co-ordination and
control of military forces, or an order given by a commander; that is, the will the
commander express for the purpose of bringing about a particular action”. Dari definisi
tersebut, ia boleh difahami sebagai kuasa yang diberikan kepada seseorang komander itu
dalam organisasi tentera yang dimaksudkan dengan SPR adalah pemerintahan dari
dalam melakukan sesuatu untuk kepentingan organisasi. Namun ada juga pemimpin yang
berhadapan dengan sesuatu peperangan dan bagaimana kepimpinan yang baik diuruskan
2
KEMAHIRAN PENGURUSAN
Menjadi pengurus dan mengurus sesuatu dengan baik serta efektif bukan sesuatu
yang mudah. Ia memerlukan kemahiran dan pengalaman yang tinggi. Seseorang ketua
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi meningkatkan kemahiran ianya boleh di dapati
pelajaran. Kita sebagai anggota tentera dibekalkan dengan precis-precis yang telah
dikeluarkan oleh cawangan latih sebagai rujukan untuk penambahan ilmu dan maklumat.
Jadi tugas kita sebagai anggota adalah membaca dan memahami apa jua ilmu yang
Latihan atau kursus yang dijalankan juga mempunyai tujuan yang sama iaitu
Dari peringkat bawahan sehinggalah atasan, latihan yang diberikan adalah berbeza-beza
kerana tugasan serta perjawatan juga berbeza. Selain itu, meningkatkan kemahiran juga
boleh datang dengan mendapatkan pengalaman-pengalaman dari anggota yang lebih lama
mudah adalah seperti mendalami taktik peperangan dan pengurusan anggota ketika dalam
peperangan. Jika kita hanya belajar secara teori , ianya tidak cukup untuk
menggambarkan keadaan sebenar peperangan. Namun jika kita bertanya dengan veteran
perang misalnya, mereka mampu memberikan pandangan dan panduan untuk kita
3
PERHUBUNGAN DI ANTARA AWAM DAN TENTERA.
Tanggal 1 Mac 2008 tahun ini genaplah usia Tentera Darat yang ke 75 tahun.
Sepanjang tempoh tersebut, telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh
angkatan tentera kita kepada negara, agama dan bangsa kita. Kerjasama diantara ATM
dan pihak awam kini adalah baik dan ditahap yang memuaskan. Kedua-dua pihak
memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Seperti mana kita sedia maklum,
tugas awam adalah untuk membantu ATM dalam kesiagaan manakala ATM
memainkan peranan penting dalam mencapai objektif dasar pertahanan negara iaitu
komponen tersebut dalam sistem check and balance maka sudah tentulah terdapat
perbezaan pandangan. Akan tetapi ianya tidak menjadi halangan bagi kedua-dua
sewajarnya bagi menjalin dan mengukuhkan hubungan silaturrahim diantara pihak awam
“Tentera Masuk Desa” adalah satu slogan yang pernah dilaungkan oleh ATM
dalam mengeratkan silaturrahim diantara pihak tentera dan awam. Pelbagai program dan
aktiviti telah dilaksanakan oleh angkatan tentera kita bagi membantu pihak awam yang
merangkumi program membina rumah bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah,
mangsa banjir. Selain itu, ATM juga melaksanakan program yang berteraskan
4
kerjasama dengan pihak berkuasa awam dan juga pihak sekolah yang melibatkan aktiviti
kokurikulum badan beruniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia( PKBM ) dan juga
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Dengan adanya aktiviti tersebut, ia dapat menjana modal
Di samping itu juga, Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) yang telah
kerajaan wujudkan ketika ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal
pemimpin negara pada masa hadapan dibentuk melalui modul-modul ketenteraan. Ini
membangunkan modal insan selaras dengan hasrat pucuk pimpinan negara yang mahukan
Menguruskan hal ehwal anggota tentera memerlukan pengurusan yang cekap bagi
meningkatkan moral serta kredibiliti sesebuah pasukan. Kepimpinan dan pengurusan hal
ehwal anggota yang baik merangkumi aspek-aspek latihan dan pentadbiran anggota
seperti cuti, gaji dan elaun, kebajikan dan juga kerjaya anggota. Sememangnya diperakui
oleh umum, sumber yang paling penting di dalam organisasi adalah sumber tenaga
manusia. Usaha-usaha membangun sumber ini adalah perlu dalam memastikan moral
Perkara-perkara asas yang perlu dalam menguruskan hal ehwal anggota adalah
dengan memastikan semangat berpasukan atau pun esprit de corps sentiasa dikekalkan.
Pemimpin perlu membentuk disiplin anggotanya dan menerapkan budaya kerja yang baik
di dalam pasukan. Tanpa disiplin yang baik serta kawalan terhadap mereka, anggota akan
menjadi bebas dan seterusnya lebih cenderung untuk melaksanakan tugasan peribadi dari
5
tugasan yang diberikan oleh pasukan. Pemimpin juga harus memastikan hubungan
diantara ketua dan anggota bawahan adalah baik agar mereka rasa lebih mudah untuk
permasalahan yang besar, anggota tidak perlu ditukarkan ke pasukan lain demi menjaga
Cuti dan gaji merupakan perkara yang amat sensitif bagi seseorang anggota
tentera. Cuti mampu memberikan kelegaan dan ketenangan kepada diri anggota setelah
bertungkus lumus bekerja. Sememangnya di dalam tentera darat, cuti itu adalah
kebajikan. Namun, jadual yang padat sepanjang tahun kadangkala tidak dapat
memberikan kesempatan kepada anggota untuk bercuti. Jadi di sini, pucuk pimpinan
perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan cuti-cuti bagi anggota tidak
terabai. Anggota boleh diberikan cuti tanpa menyebabkan tugasan yang perlu
dilaksanakan terganggu.
pengurusan yang lemah adalah tiada kenaikan gaji. Ianya mungkin disebabkan
kelemahan dalam pentadbiran kompeni dan mungkin juga disebabkan oleh pentadbiran
pejabat gaji. Apa yang penting disini adalah bagaimana kita berperanan untuk mengatasi
masalah ini. Peranan dari pihak pentadbiran kompeni adalah sentiasa mengemaskinikan
perintah bahagian dua direkodkan dalam dokumen tersebut. Jika perkara ini dapat
dilaksanakan dengan baik, ianya mampu memberikan faedah yang banyak kepada
pentadbir dan juga anggota bawahan. Bagi pihak pejabat gaji pula, mereka juga
6
Selain itu, pemimpin yang menguruskan hal ehwal anggotanya dengan baik perlu
datang kepada ketua perlu ditangani dengan bijak bagi mengekalkan moral anggotanya.
Masalah-masalah seperti kewangan dan krisis rumah tangga acap kali timbul. Perceraian
dan kahwin lain tanpa kebenaran isteri juga berlaku dan ini sedikit sebanyak menambah
kerja dalam menguruskan hal anggota kerana jika berlaku masalah-masalah seperti ini
anggota pula sememangnya sentiasa berlaku di dalam organisasi. Masalah kewangan ini
boleh diatasi dengan kita sebagai pemimpin memberikan tips dan panduan yang betul
dalam menguruskan kewangan. Ada juga anggota yang membuat pinjaman dengan ceti
haram yang akhirnya menyusahkan dia dan keluarganya. Sekali lagi sebagai pemimpin,
Kerjaya atau profesion sebagai tentera kini dipandang tinggi oleh masyarakat
disebabkan pemodenan tentera darat masa kini selaras dengan bajet kerajaan yang
dibuat bagi menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya yang diimpikan oleh generasi muda
peringkat bawahan mahupun di peringkat atasan. Bagi peringkat bawahan, Pusat Latihan
7
Asas Tentera Darat (PUSASDA) diwujudkan bagi melatih anggota yang baru mengenali
yang dilaksanakan seperti mewujudkan kolej pegawai kadet seperti Kolej Tentera Darat
(KTD), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan juga Pasukan Latihan
Pegawai Simpanan (Palapes) di universiti awam. Selain itu, pegawai juga boleh
dilahirkan dari cawangan graduan dan skim pegawai ikhtisas seperti pegawai perubatan
tentera dan pegawai agama pasukan. ATM juga memberi peluang kepada para pegawai
untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara dan dibiayai sepenuhnya oleh ATM.
Pembangunan kerjaya peringkat bawahan pada masa kini telah menjadi semakin
baik dengan wujudnya Pusat-pusat Pelajaran Wilayah (PPW) yang mana telah
diwujudkan disetiap formasi di dalam TD. Ini memberi peluang kepada anggota
bawahan untuk memajukan diri serta kerjayanya di dalam TD. Selain itu juga, TD telah
Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Intitut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED),
Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) dan berbagai-bagai lagi pusat
latihan yang telah diwujudkan bagi menjadikan kerjaya tentera ini sebagai kerjaya yang
unggul. Ini selari dengan hasrat menjadikan anggota TD sebagai K-ARMY iaitu anggota
Bagi para pegawai pula, selain daripada dibiayai pembelajarannya oleh pihak TD,
TD juga mewujudkan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) khusus untuk para
pegawai kanan yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang strategik ketenteraan.
Selain itu juga, TD juga ada menghantar pegawai-pegawai untuk membuat tugas
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sebelum itu telah dilatih di Pusat Latihan Pengaman
8
Malaysia(PLPM) yang mana ia mendapat pengiktirafan oleh negara-negara di bawah
naungan PBB.
kelemahan dan perlu diperbaiki. Oleh itu, TD memberi peluang kepada anggotanya untuk
melakukan kajian yang boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pengurusan di dalam
kualiti yang menyeluruh. Sistem ini bertujuan untuk menjadikan sesuatu perkara yang
dilaksanakan itu menjadi kos efektif serta apa jua perkara yang dilakukan adalah
berkualiti tanpa melibatkan penggunaan sumber manusia yang berlebihan. Selain itu juga,
pengurusan sumber manusia yang sistematik amat ditekankan di dalam organisasi selari
Bagi menambah baik lagi sistem yang terdapat di dalam TD, diharapkan agar
kerana seperti yang kita sedia maklum organisasi kita adalah organisasi yang bermain
dengan nyawa setiap anggotanya. Sebarang kecuaian dan kesilapan boleh mengundang
9
padah. Kita perlu mengarah kepada zero defect agar organisasi TD menjadi organisasi
yang disegani.
KESIMPULAN
pengurusan adalah kepimpinan adalah satu seni mempengaruhi serta mengarah sumber
organisasi yang terdapat di dalam TD bagi mencapai matlamat dan arahan yang diberikan
kepimpinan, kemahiran pengurusan, perhubungan di antara awam dan tentera, hal ehwal
anggota, pembangunan profesion tentera dan juga kajian staf untuk menambah baik
sistem yang terdapat dalam TD dapatlah dirumus bahawa kepimpinan dan pemerintahan
yang baik dan terancang akan menjurus ke arah pengurusan yang baik. Ianya saling
berkait rapat dan menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan dalam menguruskan
pasukan serta anggotanya memerlukan kemahiran yang tinggi melalui latihan serta
pengalaman. Kebajikan anggota perlu dijaga sebaik mungkin melalui pengurusan kerjaya
yang mantap dan melalui pembangunan sumber manusia yang terancang seterusnya akan
dapat memberikan faedah kepada organisasi dan juga anggota. Kajian bagi menambah
baik sistem yang terdapat di dalam organisasi TD juga memerlukan pucuk pimpinan yang
berwawasan yang mahukan organisasi ini sentiasa di hadapan dan tetap gagah setia
10