Anda di halaman 1dari 19

💥Soalan topik bumi dan sains angkasa.

- sumber DIDIK BH, buku teks dll

1. Mengapa bulan bercahaya pada waktu malam?

🌟 Kerana bulan memantulkan cahaya dr matahari ke bumi.

2. Mengapa cahaya bulan tidak kelihatan pada waktu tengah hari?

🌟Kerana cahaya matahari yg terlampau terang.

3. Mengapa fasa-fasa bulan berlaku?

🌟Kerana bulan beredar mengelilingi bumi.

4. Mengapa tempoh masa gerhana penuh bulan lebih lama berbanding gerhana penuh matahari?

🌟Kerana bayang2 bumi lebih besar dari bayang2 bulan.

5. Mengapa gerhana bulan berlaku?

🌟Kerana bumi berada antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus.

6. Mengapa gerhana matahari berlaku?

🌟Kerana bulan berada antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus.

7. Mengapa saiz bulan dan matahari kelihatan sama besar jika dilihat dari Bumi?

🌟Kerana jarak matahari dari bumi yg sangat jauh berbanding bulan.

8. Mengapa planet2 tidak berlanggar antara satu sama lain semasa beredar mengelilingi matahari?

🌟Kerana planet2 beredar melalui orbit masing2.

9. Mengapa planet Musytari merupakan planet paling ringan walaupun planet paling besar?

🌟Kerana Musytari terbentuk dari gas-gas termampat.


10. Mengapa planet sentiasa beredar mengelilingi matahari pada orbitnya?

🌟Kerana tarikan graviti matahari terhadap planet.

11. Planet yg berputar ikt arah jam

🌟Zuhrah

12. Planet yg berputar pada sisi

🌟Uranus

13. Planet manakah plg panas? Mengapa?

🌟Zuhrah. Kerana planet Zuhrah memerangkap haba.

14. Planet yg digelar sgb planet merah

🌟Marikh

15. Dimanakah kedudukan lingkaran asteroid?

🌟Diantara Marikh dan Musytari

💥Soalan tambahan

1. Apa yang akan berlaku kepada bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan sekiranya bumi
mendekati Matahari?

🌟Bongkah ais akan cair.

2. Apakah kesan putaran bumi?

🌟Kejadian siang dan malam

🌟Perubahan panjang bayang2

🌟Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah


3. Apakah kesan peredaran bulan?

🌟Kejadian fasa bulan

4. Apakah yang akan berlaku jika planet terkeluar dari laluan (orbit ) masing-masing?

🌟Planet2 akan berlanggar antara satu sama lain.

5. Apakah yang akan berlaku jika kedudukan bumi di planet Neptune?

🌟Tiada hidupan di Bumi

6. Apakah yang berlaku kepada haiwan ketika fenomena gerhana Matahari penuh?

🌟*Jawapan bergantung pd haiwan

Cth: kelawar dan burung hantu akan keluar mencari makanan.

7. Mengapakah kita hanya dapat melihat buruj tertentu pada bulan yg berbeza?

🌟kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari dan menghadap bahagian langit yg berbeza

8. Di manakah kedudukan jalur asteroid?

🌟di antara planet Marikh dan Musytari

9. Mengapakah meteor terbakar?

🌟kerana geseran di antara batu meteoroid dgn udara di atmosfera (dipanggil sbg meteor)

10. Mengapakah bintang-bintang di langit kelihatan berkelip-kelip?

🌟Pembiasan cahaya bintang apabila melalui medium berbeza (lapisan atmosfera) sebelum sampai ke
Bumi.
.

Anda mungkin juga menyukai