Anda di halaman 1dari 4

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Malaysia.

1. Menambah bilangan pengangkutan awam.

- Bilangan pengangkutan awam tidak mencukupi.

- Menimbulkan kesesakan ekoran banyak diguna oleh warga asing.

- Tiket pengangkutan tidak mencukupi menjelang perayaan atau cuti umum.

2. Memperbanyak kemudahan OKU.

- Tiada kemudahan tempat duduk khas OKU dalam bas ekspres.

- Memperbanyakkan kemudahan parkir untuk OKU.

- Mewujudkan tandas mesra OKU dalam pengangkutan awam.

3. Melatih pemandu pengangkutan awam dengan lebih cekap.

- Pemandu banyak saman.

- Pemandu sering cuai.

- Menambah baik sistem pemberian lesen pengangkutan awam sedia ada.

- Menambah bilangan modul latihan pemandu pengangkutan awam.

4. Menambah baik sistem jalan raya seperti menambah dan melebarkan jalan raya sedia ada.

- Jalan sedia ada kecil dan menimbulkan kesesakan.

- Jalan raya yang kecil perlu diperlebarkan supaya dapat menambah bilangan lorong.

- Penambahan bilangan pengangkutan Malaysia menimbulkan kesesakan pada jalan lama,


contohnya seperti di pusat bandar Melaka dan Pulau Pinang.

5. Mewujudkan jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di jalan tumpuan.

- Jalan alternatif sangat penting bagi mengatasi masalah sedia ada, seperti masalah kesesakan lebuh
raya pantai timur dan utara selatan.

- Sistem pengangkutan malaysia sering dipandang rendah ekoran faktor mengambil masa yang
panjang untuk sampai ke suatu destinasi.
6. Memperbanyakkan jadual pengangkutan awam supaya mesra pengguna.

- Jadual dan aturan masa sedia ada kurang mesra pengguna dan tidak relevan.

- Syarikat pengangkutan perlu menyediakan lebih banyak perkhidmatan pada waktu puncak.

7. Mengurangkan cukai jalan raya.

- Kemudahan cukai jalan raya tidak seiring dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

- Cukai membebankan pengguna.

8. Menambah dan meningkatkan jumlah saman kesalahan pengangkutan.

- Pengguna, khasnya pemandu kereta dan penunggang motorsikal sering menggunakan jalan raya
sebagai medan menguji kelajuan dan melepas kemarahan.

- Saman bertujuan mengawal tindakan supaya sistem pengangkutan di malaysia tidak dilabel sebagai
tempat membunuh diri.

9. Menambah bilangan lapangan terbang.

- Oleh kerana jarak bandar yang agak jauh dan sistem jalan raya yang uzur, banyak bandar dan pekan
perlu dihubungkan dengan lebih kerap, contohnya di pedalaman sabah dan sarawak.

- Kekangan terjadi ekoran bilangan lapangan terbang yang kurang dan masih jauh dari kawasan
perumahan.

10. Mencipta pengangkutan khas OKU.

- Sistem inovasi menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu menggiatkan usaha bagi
penciptaan pengangkutan moden bagi OKU supaya mereka juga dapat merasai kemudahan yang
lebih baik.

11. Menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV).

-Sistem pengangkutan tidak lari daripada melakukan pelbagai kesalahan dan masalah. Oleh yang
demikian, penggunan CCTV seperti di dalam pengangkutan awam dan di jalan raya dilihat dapat
mengatasi masaah jenayah melibatkan pengangkutan.
12. Melonggarkan syarat penggunaan cermin hitam.

- Dewasa ini, pelbagai masalah jenayah seperti masalah pecah kereta, rompak, samun, dan
penculikan yang membabitkan pengangkutan di Malaysia.

- Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengkaji dasar sedia ada supaya lebih relevan mengikut arus
masa.

13. Harga kereta mahal

- Harga kereta di Malaysia antara yang termahal di rantau ini, walaupun jenis kereta yang sama.

- Hal ini kerana negara ini mempunyai banyak cukai berkaitan pemilikan kenderaan khasnya
kenderaan import.

- Kereta tempatan pula menunjukkan kualiti yang lebih rendah berbanding kereta import.

- Oleh yang demikian, kereta tempatan yang lebih murah menjadi pilihan, namun sangat rendah
kualitinya sehingga mengundang masalah di kemudian hari. Contohnya, kualiti yang rendah
menyebabkan kenderaan tersebut akan mengalami kemalangan serius sekiranya terjadinya
kemalangan dan ada juga yang membunuh pengguna pengangkutan tersebut.

14. Inovasi penggunaan petrol

- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga perlu mempergiatkan usaha bagi mencari alternatif
kepada kebergantungan petrol.

- Hal ini kerana, kebergantungan petrol pada masa kini menyebabkan harga petrol melonjak tinggi
dan pastinya membebankan pengguna di negara ini yang rata-ratanya mempunyai pendapatan
sederhana.

- Inovasi yang ada akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada petrol dan sekaligus
memberikan nilai ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

15. Penambahbaikan Kualiti Penyelenggaraan Kenderaan

- Penyelenggaraan kenderaan menjadi suatu yang pahit memandangkan harganya yang tinggi.

- Penyelenggaraan perlu mengambil kira banyak aspek kepada kualiti pengangkutan di Malaysia.

- Kos yang tinggi juga menyebabkan tambang pengangkutan awam meningkat dan sudah tentunya
kos ini ditanggung oleh pengguna juga.
16. Memperkenalkan Cukai Pengangkutan kepada Warga Asing

- Dewasa ini, begitu mudah warga asing memperoleh lesen dan mempunyai kenderaan di Malaysia.

- Lantaran itu, sistem jalan raya di Malaysia mengalami kesesakan ekoran pertambahan bilangan
kenderaan.

- Warga asing juga menikmati kadar yang sama dengan warganegara di mana hal ini sangat tidak
adil.

- Warga asing yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam juga perlu dikenakan tambang
berbeza dengan warganegara Malaysia.