Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
PELANCARAN
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
ANJURAN :
1.0 PENGENALAN
Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.
Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat keperihatinan (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin, sabar dan sentiasa memastikan keselamatan murid
terjamin.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya
dengan murid, ibubapa, komuniti, dan masyarakat.
2.0 OBJEKTIF
3.0 MATLAMAT
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah berterusan serta merupakan budaya guru. Bagi fasa
pelaksanaannya, guru-guru perlu melaksanakan tiga aktiviti berikut :
Mengalu-alukan kehadiran murid (sambut di pintu masuk sekolah)
Pelaksanaan Program Mentor Mentee (murid tahun 4-6 seramai 13 orang)
Memberi penghargaan kepada murid
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2019. Ia akan
dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya adalah dengan melaksanakan antiviti berikut :
Mengalu-alukan kehadiran murid
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
Memberi penghargaan kepada murid
- Kehadiran Awal
- Kehadiran Penuh
- % Kehadiran Tertinggi Antara Kelas
- Sambutan Hari lahir
ATURCARA PROGRAM
MASA AKTIVITI
07.10 pg - Menyambut murid-murid di pintu pagar sekolah
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya program Amalan Guru Penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan ini ia bukan sahaja membawa kebaikan
kepada sekolah malah pada murid itu sendiri malahan boleh meningkatkan kesedaran
dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata
untuk mengajar tetapi lebih daripada itu. Semoga perasaan kasih sayang di antara guru dan
murid akan berterusan.
.............................................. .....................................
Pn. Surayawati binti Abu Bakar En. Mohd Hanif bin Din @ Abdul Razak
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK Gintong SK Gintong
Diluluskan/Tidak Diluluskan,
...................................................…
En. Nor Hayazi bin Yusoff
Guru Besar
SK Gintong