Anda di halaman 1dari 4

TANDA ANOREXIA NERVOSA KE ATAS REMAJA

Ketika memasuki alam remaja, terutamanya semasa akhil baligh, remaja sangat mengambil
berat terhadap penambahan berat badan khususnya bagi golongan remaja perempuan. Ini
adalah kerana mereka mengalami peningkatan jumlah tisu lemak yang menjadikannya
mudah untuk menjadi gemuk apabila makan makanan yang berkalori tinggi. Malah,
kebanyakan wanita mahu kelihatan langsing dan mereka berfikir bahawa dengan
kelangsingan itu membuatkan mereka lebih bahagia, berjaya dan popular. Bagi golongan
remaja, dengan gangguan makan mereka akan mempunyai masalah dengan imej dan
penampilan badan mereka. Ini bermakna, mereka sudah mempunyai set minda (pemikiran
yang telah tercatat di otak) bahawa badan mereka tidak sesuai. Hal ini menyebabkan
mereka sentiasa merasakan bahawa mereka gemuk, banyak lemak di sana dan di sini.

Anorexia Nervosa sering terjadi pada usia 14-18 tahun dan segelintir mengalaminya pada
umur-umur yang lebih muda. Menurut penelitian penghidap gangguan ini 90-95% diderita
oleh remaja perempuan dan kebanyakannya dideritai oleh remaja perempuan dan
kebanyakannya bagi remaja di peringkat sekolah menengah.

Penghidap anorexia kebiasaanya menujukkan tanda-tanda seperti hilang berat badan akibat
dari keengganan untuk makan, penggunaan ubat juga dan ubat diuretik yang kerap atau
bersenam secara keterlaluan. Selain itu, ketakutan yang keterlaluan untuk makan
membuatkan mereka beranggapan bahawa diri mereka gemuk juga merupakan salah satu
tanda-tanda anorexia nervosa. Bagi kalangan remaja perempuan dan wanita, mereka akan
mengalami masalah kitaran atau haid yang tidak teratur. Tubuh badan juga akan sentiasa
letih lesu dan tidak bermaya. Tanda-tanda yang seterusnya ialah terdapat bulu roma halus
tumbuh menyaluti tubuh badan dan kuku serta rambut juga menjadi rapuh.

Anorexia bererti kekurangan nafsu makan, tetapi pesakit anorexia sebenarnya lapar dan
berselera untuk makan. Separuh dari pesakit anorexia nervosa makan makanan dengan
begitu banyak, akan tetapi kemudian mereka mengeluarkannya kembali dengan cara
memuntahkannya atau meminum ubat diuretik. Sebahagian yang lain pula hanya
menghadkan jumlah makan yang mereka makan tanpa memuntahkan kembali makanan
yang telah dimakan.

Di samping itu, terdapat tanda lain yang dapat dikenalpasti oleh remaja, wanita atau kanak-
kanak. Antara tanda-tanda ialah denyutan jantung mereka lambat, mengalami tekanan
darah rendah dan suhu tubuh yang rendah. Pengumpulan cecair (edema), rambut nipis dan
rambut lembut menyebabkan berlakunya bengkak tisu pada badan.
Di samping itu, tidak berlakunya gejala malnutrisi dan mereka bebas daripada sebarang
jangkitan kuman bagi mereka yang menghidap anorexia nervosa. Malah, mereka sering
mengalami kemurungan dan bagi remaja yang mengalami anorexia nervosa mereka sering
berbohong tentang jumlah makanan yang mereka makan dan menyembunyikannya dari ibu
bapa mereka. Tahap pengurangan hormon estrogen dan tiroid dan peningkatan tahap
kortisol hormon membuatkan berlakunya perubahan pada hormon disebabkan oleh anorexia
nervosa. Jika pesakit mengalami malnutrisi yang serius, maka terdapat keabnormalan dalam
sistem organ tubuh utama.

Tanda-tanda yang paling bahaya ialah jantung menjadi semakin lemah dan mengepam
darah dengan kadar yang sedikit ke seluruh badan. Remaja yang menghidap anorexia
nervosa kebiasaaanya mengalami dehidrasi dan cenderung untuk mudah pengsan. Selain
itu, darah menjadi berasid (asidosis metabolic) dan kadar kalium dalam darah berkurang.
Penggunaan ubat julap dan memuntahkan makanan dengan sengaja akan memburukkan
lagi keadaan seseorang itu khususnya bagi penghidap anorexia nervosa.
KESAN ANOREXIA NERVOSA

Penderita atau penghidap anorexia nerova dan bulimia nervosa boleh menurunkan berat
badan mereka antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka yang asal. Jika gangguan
ini, baik anorexia nervosa mahupun bulimia nervosa tidak segera ditangani dan dicegah,
maka boleh membawa kepada kesan yang serius baik secara fizikal mahupun psikologi
bahkan kes yang lebih parah sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian. Kesan
fizikal yang umumnya terjadi pada mereka ialah seperti kehilangan selera makan hingga
tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan, luka pada kerongkong dan infeksi saluran
pencernaaan akibat sering memuntahkan makanan dengan sengaja.

Selain itu, badan sentiasa menjadi lemah, tidak bertenaga, sukar untuk menumpukan
perhatian khususnya bagi golongan remaja, gangguan haid bagi wanita dan golongan
remaja perempuan, pertumbuhan terbantut, keinginan seks berkurang dan masalah seksual
bagi lelaki. Kesan-kesan yang lain ialah mineral dan elektronik dalam badan yang tidak
seimbang, selalu merasa sejuk, kekurangan zink dalam badan dan kekurangan sel darah
putih. Sistem pertahanan badan yang kurang berfungsi, kerosakan pada gigi, sembelit,
berlakunya kekeringan pada kulit, sistem peredaran darah yang kurang sempurna serta
sering sakit kepala adalah merupakan kesan kepada penghidap anorexia nervosa.

Di samping itu, kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan
psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan
menerusi symptom-simptom seperti mudah tersinggung, mudah marah, mudah merasa
bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, tidak yakin diri untuk
berhadapan dengan orang ramai dan cenderung untuk berbohong bagi menutup
perilakunya. Bagi mereka yang menghidap anorexia nerovosa, mereka menginginkan
perhatian yang lebih dan mereka juga sering dalam keadaaan kemurungan. Tambahan lagi,
mereka juga sentiasa menilai diri mereka dari segi berat badan dan memikirkan soal
kesempurnaan serta menganggap bahawa dengan mengawal makan atau berat badan
seolah-olah dapat mengawal kehidupan serta tidak dapat menerima kenyataan berat badan
orang lain lebih rendah dari berat badan mereka.

Penyakit anorexia nervosa juga memberi kesan kepada emosi, sosial dan tingkah laku.
Antara kesan-kesan terhadap emosi termasuklah kurang keyakinan diri, takut untuk
menambah berat badan dan tertekan sehingga menyebabkan berasa tidak tenang.
Manakala bagi kesan sosial yang disebabkan anorexia nervosa termasuklah menjauhi
hubungan persahabatan dengan rakan-rakan, berlakunya hubungan kekeluargaan yang
tidak baik dan tidak mengambil berat terhadap keperluan asas seperti makan. Bagi kesan
terhadap tingkah laku ialah bersenam secara berlebih-lebihan dan tidak makan, sering
pengsan, mencederakan diri sendiri, terlalu sensatif mengenai soal berat badan dan berlaku
agresif jika dipaksa untuk makan.

Anorexia nervosa juga boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan untuk
membunuh diri. Penghidap anorexia nervosa dianggarkan 1 dari 10 orang meninggal dunia
akibat penyakit ini. Akibat-akibat lain termasuklah gangguan terhadap degupan jantung,
rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh dan
ketidakseimbangan badan galian dalam badan dan mempunyai masalah pada sistem saraf.

Anda mungkin juga menyukai