Anda di halaman 1dari 17

01.

PENDAHULUAN

Bilik seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataaan dan
ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi serta
pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi. Susunan
meja dan kerusi dalam studio seni sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan agar murid
mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

Ciri-ciri studio seni KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia adalahseperti berikut;

· Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,

· Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan

tersendiri,

· Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,

· Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,

· Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan

murid,

· Hasil kerja yang dipamerkan di dalam studio seni memperlihatkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan

· Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah seharusnya dibahagi kepada pusat
pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

· Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu.

Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan

kraf.

1
· Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan

yang bersesuaian.

· Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka

menjalankan aktiviti bebas.

· Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini

menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk,

warna dan sebagainya.

2
1.1 PELAN LOKASI SEKOLAH

3
1.2 PELAN SEKOLAH DAN BILIK SENI
SURAU
SURAU

KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS


P.SUMB
P.SUMB
ER
ER

KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS

MAKMA

MAKMA
MAKMA

MAKMA
DEWAN
DEWAN
L

L
BILIK GURU

L
PONDOK
KANTIN
KANTIN

BENGK
BENGK

BILIK
BILIK
SENI
SENI
EL
EL
PONDOK

PADANG SEKOLAH

PONDOK PINTU
PENGAWAL

4
GURU 1.3 CADANGAN BILIK SENI SEKOLAH
MEJA
GURU
MEJA

TINGKAP TINGKAP TINGKAP

BERGAMBAR
BERGAMBAR
SUDUT
SUDUT
PAMERAN
PAMERAN KERJA
KERJA RAK
RAK MEDIA
MEDIA RAK
RAK FOLIO
FOLIO

RUANG RUANG

BINAAAN
WHITEBOA

BINAAAN
SUDUT
ISTIREHAT

SUDUT
ISTIREHAT
KERJA KERJA

RUANG
RUANG
RD

MURID MURID

CORAK& &
REKAAN
REKAAN
SUDUT
SUDUT
CORAK
RUANG RUANG
PAMERAN
SUDUTPAMERAN

KERJA KERJA
MURID MURID

TRADISIONA
TRADISIONA
SUDUT

SUDUT
SUDUT

LL
SUDUT
SUDUT INFOMASI
INFOMASI
SINKI
SINKI SINKI
SINKI SINKI
SINKI SINKI
SINKI

PINTU TINGKAP TINGKAP TINGKAP

5
02. SUASANA BILIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK FIZIKAL, SOSIAL
DAN EMOSI MURID.

Suasana dalam bilik seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan
sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Jelaskan setiap yang berikut berdasarkan pelan yang anda hasilkan:

I. Aspek fizikal
II. Aspek sosial
III. Aspek emosi

Studio seni KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah
hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini
mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari
segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan kerana
program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta
menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. Dari
segi bentuk dan kemudahan, di dalam studio seni KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk
memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, bahan pengajaran dan hasil
pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut. Ini akan menyebabkan suasana
studio seni menjadi menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

2.1 Aspek Fizikal


Guru Pendidikan Seni Visual telah memanafaatkan sepenuhkan kedudukan ruang seni dengan
pelbagai hasil karya pelajar dipersembahkan dan di letakan pada kedudukan sudut-sudut
tertentu yang menarik. Pengolahan idea yang baik khususnya dari aspek penyediaan dan
penyususan reka letak karya hasil pelajar memberikan satu pandangan visual tampak yang
sangat menarik. Bilik Seni telah dilengkapi dengan keperluan asas yang membolehkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bilik seni diaplikasikan dengan sepenuhnya.

6
Bilik seni yang kelihatan kondusif dengan segala kemudahan peralatan yang
disediakan memberi impak motivasi kepada pelajar dan juga guru dalam memastikan gerak
kerja murid dilaksanakan.

Ruang-ruang khas yang yang dibahagiakan dalam bilik seni ini turut mempamerkan
hasil karya pelajar yang turut bertujuan untuk satu kegiatan kritikan seni mudah bagi
mengasah murid dalam menghayati dan memahami konsep seni visual dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru Pendidik seni Visual juga bertanggung jawab menyediakan carta
organisasi, prosedur-prosedur bilik seni, keselamatan serta pelan tindakan bagi memastikan
hasil kerja dapat dilaksanakan dengan terancang.

Kemudahan sudut karya membolehkan setiap kerja dipamerkan mengikut tajuk agar
murid mengetahui kepelbagaian dalam karya seni. Penghasilan sudut karya ini membolehkan
murid dapat meneroka pelbagai jenis karya seni.

Penyediaan sinki serta meja yang sesuai serta teratur membolehkan gerak kerja
berkumpulan dijalankan dengan selesa. Murid mudah menjalankan aktiviti kerana kemudahan
fizikal yang telah tersedia.

Ruang pameran memberikan uasana di studio Pendidikan Seni lebih ceria kerana g
dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang
mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sudut-sudut pameran ini meningkatkan
keinginan murid untuk meneroka dan mempelajar seni dengan lebi menyeronokkan kerana
galakan yang baik dari guru melalui kemudahan fizikal yang disediakan.

Saiz studio yang mempunyai ruang luas dan besar amat memberikan iklim yang
mengembirakan kepada murid untuk melakukan gerak kerja seni dengan bebas serta
memperolehi keselesaan yang secukupnya dalam mengendalikan aktiviti berkumpulan.

Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan
udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat
membangkitkan semangat murid kerana memperolehi udara serta pencahayaan yang
membolehkan mereka melakukan aktiviti dengan mudah. Keadaan kebersihan dan keindahan
bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

7
Susunan bilik seni sebenarnya bergantung kepada ruang yang ada. paling baik jika
dapat di gunakan ruang secara optima, tanpa mengenepikan elemen keselesaan mata
memandang, fungsi bilik, perabot yang ada, ruang peragaan, simpanan stok, pengudaraan dan
keselamatan. sekiranya ruang untuk memaparkan hasilan catan agak terhad mungkin tidak
salah sekiranya perlu menyusun sehingga ke siling, kerana yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah murid dapat melihat pelbagai jenis contoh untuk panduan dan
motivasi mereka. kebanyakan sekolah tidak memperuntukkan ruang yang banyak untuk seni
visual, sebab itu kadangkala bilik seni boleh berubah wajah menjadi bengkel berserabut ketika
projek hangat dilaksanakan, menjadi bilik darjah biasa ketika kelas teori berlangsung dan
menjadi galeri seni ketika pameran persatuan atau panitia.

2.2 Aspek Sosial

Hubungan antara murid dengan murid yang seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan merupakan aktiviti yang dapat memberikan satu pengalaman baru
dalam menghasilkan gerak kerja seni. Justeru itu, suasana sosial yang menjurus kepada
perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah
amat penting. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai
ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam
sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Dalam
pembelajarn seni visual aspek emosi sangat dipentingkan kerana ia memainkan mood penting
dalam mencetuskan idea seni yang hendak dihasilkan;

i. Bilik seni yang kondusif dilengkapi dengan kemudahan serta peralatan seni dapat
menarik minat untuk murid mengikuti serta meneroka bidang-bidang seni yang pelbagai itu.
Suasana seperti ini meransang emosi pelajar untuk mengikuti kelas-kelas seni dengan
perasaan yang riang dan tidak tertekan.

ii. Kepelbagaian dalam seni serta pengwujudan sudut-sudut pameran berfungsi sebagai
pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid untuk selalu
mengikut kelas seni. Minat ini bukan saja dapat mengasah bakat mereka tetapi juga
meningkatkan kreativiti serta inovatif murid dalam mencetuskan idea-idea yang lebih hebat
serta menarik.
8
iii. Penyusunan meja yang teratur mewujudkan suasana interaksi sesama murid. Murid
akan berbincang sesama mereka. Murid yang lemah dapat mempelajari sedikit sebanyak
tentang teknik yang digunakan untuk menghasilka karya dengan rakan sejawatan mereka dan
begitulah sebaliknya. Suasana ini membangkitkan keseronokan kepada murid kerana mereka
tidak terikat dengan aturan yang terlalu bersifat formal.

iv. Penyampaian maklumat juga mudah kerana guru bercakap secara umum kepada
murid. Murid yang tidak paham boleh bertanya dengan murid lain. Perkongsian ini
memudahkan aktiviti pembelajaran murid kerana penyampaian guru lebih berkesan.

v. Pameran seni yang mempunyai nilai-nilai tradisional akan mencetuskan


keseimbangan sosial yang mana murid menyedari kepelbagaian dalam budaya mewujudkan
satu bentuk kesenian tersendiri mengikut budaya kaum. Pengetahuan ini membolehkan murid
memperolehi pengalaman baru dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang nilai
serta sumbangan seni dalam kehidupan.

2.3 Aspek Emosi

i. Penglahiran bentuk emosi ini turut dikupas oleh Maher, (1961), Seseorang itu boleh
melahirkan tindak balas emosi akibat proses pembelajaran lalu. Kebanyakan orang dari
pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui
permainan dan seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk
mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan.
( Eve C .Jarboe, 2002 dalam Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). Bilik seni yang
menarik, cantik serta mengandungi pelbagai sudut pameran akan meransang emosi mereka
dan murid menjadikan seni sebagai ekspresi diri serta mereka sentiasa lebih selesa
meneroka gejolak perasaan menerusi seni.

ii. Aktiviti seni turut memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria. Studio seni
yang menarik mewujudkan terapi seni yang menyediakan susunan bahan seni yang mudah
kepada murid sebagai pilihan, termasuk cat, tanah liat, pastel, marker dan pensil warna yang
dapat membantu mereka menikmati keseronokan dalam kegiatan seni. Media yang berbeza
9
memudahkan menyampaikan pebezaan jenis ekspresi emosi, dan berkesan terhadap
pengawalan proses berkarya. Terapi seni dapat menolong murid memilih media yang sesuai
untuk sampai ke matlamat mereka dan menggalakkan ekspresi berdasarkan keperluan mereka,
tindak balas, dan peringkat perkembangan.

Hasil karya mungkin dicipta spontan, atau ada kalanya temanya dicadangkan oleh
terapi seni. Murid adalah digalakkan untuk meneroka ciptaan karya melalui kesatuan lisan
atau aktiviti kreatif. Sebagai penambahan untuk pengalaman dan latihan di dalam kemahiran
kaunseling tradisional lisan, terapisseni dilatih menolong klien menggunakan proses kreatif
untuk mempromosi emosi, psikologi, dan perkembangan interpersonal dan penyembuhan.
Ekspresi seni menggunakan symbol, imej, metafora, rupa, garisan dan warna.

iii. Bilik yang kondusif serta lengkap dengan bahan peralatan serta adanya ruang bilik
pameran membentuk suasana yang meransang kreativiti murid berkarya. Murid biasanya
mudah terujah dengan hasil-hasil seni yang menarik dan biasanya akan mewujudkan
keinginan mereka untuk mengolah dan mencipta karya seni yang lebih kreatif.

vi. Contoh-contoh karya yang banyak yang dipamerkan menghasilkan suasana


persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya kepada murid kerana mempunyai ruang
yang terbuka serta dapat pula meniru dan memperbaiki hasil kerja seni mereka dengan idea
yang lebih baik. Terdapat nilai yang baik ditanam keada pelajar-pelajar. Sehingga kini
penekanan terapi seni semakin mendesak lebih lagi dari kehendak pelajar sendiri yang
inginkan pembantu klinikal yang boleh disediakan oleh guru di dalam kelas.

10
03. APLIKASI SUDUT PAMERAN KOMPONEN REKA CORAK, BINAAN,
MENGGAMBAR SERTA KRAF TRADISIONAL DALAM BILIK SENI

Bilik seni yang kondusif mencipta keseronokan kepada pelajar serta memberikan galakan
kepada mereka untuk terus melibatkan diri dan sentiasa berusaha untuk mencuba dan
meneroka bidang seni yang menarik hati mereka. Pameran sudut-sudut seni yang disediakan
dalam bilik seni mempamerkan hasil-hasil karya pelajar yang sekaligus dapat mencetuskan
ilham baru kepada murid lain yang memerhati.

3.1 Sudut Pameran Bergambar

Sudut Pameran bergambar dalam organisas kurikulum i menegaskan perkembangan persepsi


dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan
dan komposisi. Murid akan belajar aktiviti catan, lukisan montaj, kolaj dan sebagainya. Hasil
kerja murid seperti catan, kolaj dan pelbagai bahan bergambar yang lain dipamerkan diruang
ini. Hasil kerja seni ini membolehkan murid lain dapat melhat dan meneliti serta secara tidak
langsung akan memberikan sumber idea baru bagi mereka melakukan gerak kerja yang sama
tetapi diolah dalam bentuk yang lebih kreatif.

Sudut pameran ini juga meningkatkan perkembangan imaginasi, kreativiti dan


ekspresi diri murid yang mudah teruja denga hasil-hasil seni yang menarik serta kreatif.
Kegiatan menggambar ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Murid dapat mempelajar dan bersedia melakukan gerak kerja yang
diberikan dengan lebih mudah kerana telah memperolehi pengalaman sedia ada menerusi
pengamaatn hasil pameran ini.

Sudut pameran ini juga dapat memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan dalam berkarya. Melalui sudut pameran ini murid akan tahu teknik yang
digunakan dan mewujdukan perasaan ingin mencuba. Kesedaran melalui pemerhatian dalam
pameran ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas
seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid
menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.

11
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta
mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

3.2 Pameran Sudut Corak dan Rekaan

Sudut pameran yang disediakan ini memberi ini memberi peluang kepada murid memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak Pelbagai corak dan rekaan yang dipamerkan
melibatkan tajuk sepert pualaman, tiupan, titisan dan sebagainya. Selain daripada itu guru
juga akan mempamerkn Corak terancang secara seperti lukisan Catan Cetakan, capan
Lipatan dan guntingan, teknik resis dan sebagainya. Sudut pameran ini membolehkan murid
mengetahi kaedah yang digunakan serta kepelbagaian dalam menghasilkan corak.

Melalui sudut pameran ini juga ia membolehkan murid mengenali dan mengkaji
pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Murid berpeluang melihat sendiri hasil-
hasil kerja murid dalam menghasilkan aktiviti ini menggunakan kaedah dan teknik-teknik
tertentu. Sudut ini memberi infomasi bagaimana membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Selain itu. aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran ketika guru membawa murid melihat
kegiatan pelajar dalam sudut ini.

Sudut pameran ini turut memperkenlkan dan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti


membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca
timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda
akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang
persembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan

12
membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat
dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

3.3 Sudut Pameran Kraf Trdisional

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama


ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Justeru itu, melalui sudut pameran karf tradisional ini, membolehkan murid memperolehi
kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan
kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan. Pameran ini membolehkan murid melihat sendiri kerja-kerja tangan pelajar
lepas dan memberikan peluang kepada murid untuk membuat pemerhatian terhadap objek
alam dan objek buatan manusia. Pengalaman ini turut membolehkan murid merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan
kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek
psikomotor dan kemahiran asas seni dalam seni visual.

Pameran kemahiran kerja tangan ini memerlukan daya cipta dan kajian terlebih
dahulu yang diperolehi daripada masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Ruang pameran ini
membolehkan murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat
permainan, Alat pertahanan diri, tekat, tenuna, batik dan sebagainya.

3.4 Sudut Pameran Bentuk dan Binaan

13
Melalui sudut pameran ini, murid berpeluang melihat hasil kerja murid dan
memperkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan bahan-bahan pameran ini murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni seperti mobail.
Origami, topeng dan sebagainya.

Aktiviti yang pelbagai dalam kegiatan seni ini memberi peluang murid merasai sendiri
aktiviti serta kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa
idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna dalam kehidupan mereka. Dalam PSV
pelajar bukan sahaja berkeupayaan membuat sesuatu karya senni, ia turut seiring dengan
penajaman dan pengasahan minda atau pemikiran mereka. Pelajar harus memahami kenapa
sesuatu hal benda(subject matter) itu dipilih untuk tugasan mereka. Kenapa media dan teknik
tertentu digunakan dan apakah hasil yang mungkin didapati.Hasil yang siap pula mampu
dipertahankan rasionalnya. Sesi kritikan atau apresiasi seni diadakan untuk mengasah
penguasaan kemahiran pelajar.

14
4. KESIMPULAN

Tanggungjawab guru pendidikan seni visual adalah untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual dapat dijalankan di dalam kelas berdasarkan kemahiran-
kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Ruang bilik seni yang selesa, mempunyai
bahan peralatan yang lengkap, guru yang berkemahiran serta berpengalaman merupakan
elemen terpenting yang dapat menjayakan gerak kerja dalam pendidikan seni.

Guru Pendidikan Seni Visual telah memanafaatkan sepenuhkan kedudukan ruang seni
dengan pelbagai hasil karya pelajar dipersembahkan dan di letakan pada kedudukan sudut-
sudut tertentu yang menarik. Pengolahan idea yang baik khususnya dari aspek penyediaan dan
penyususan reka letak karya hasil pelajar memberikan satu pandangan visual tampak yang
sangat menarik. Bilik Seni telah dilengkapi dengan keperluan asas yang membolehkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bilik seni diaplikasikan dengan sepenuhnya.

Ruang-ruang khas yang yang dibahagiakan dalam bilik seni ini turut mempamerkan hasil
karya pelajar yang turut bertujuan untuk satu kegiatan kritikan seni mudah bagi mengasah
murid dalam menghayati dan memahami konsep seni visual dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru Pendidik seni Visual juga bertanggung jawab menyediakan carta
organisasi, prosedur-prosedur bilik seni, keselamatan serta pelan tindakan bagi memastikan
hasil kerja dapat dilaksanakan dengan terancang.

15
BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1981), Buku Panduan Am KBSR, DBP, Kuala

Lumpur.

Kamarudin Hj. Hussin (1990), Pedagogi 2, Longman Malaysia Sdn. Bhd., PetalingJaya,
Selangor.

Kumpulan Esei Pilihan, Seni dan Muzik, Fakluti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Selangor.

Mazlan Bin Mohamad ( 1996 ),Pendidikan Seni 1, Prinsip Pendidikan Seni, Penerbit
Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf

http://psvisual.wordpress.com/page/2/

16
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

01. Pendahuluan 1
1.1 Pelan Lokasi Sekolah 4
1.2 Pelan Sekolah & Lokasi Bilik Seni 3
1.3 Pelan Rekabentuk Bilik Seni 5

02. Suasana Bilik dan Hubungannya Dengan Aspek Fizikal,


Sosial dan Emosi Murid. 6
2.1 Aspek Emosi 8
2.2 Aspek Fizikal 6
2.3 Aspek Sosial 9

03. APLIKASI Sudut Pameran Komponen Reka Corak, Binaan,


Menggambar Serta Kraf Tradisional Dalam Bilik Seni 11

3.1 Sudut Pameran Menggambar 11


3.2 Sudut Pameran Corak & Rekaan 12
3.3 Sudut Pameran Kraf Tradisional 13
3.4 Sudut Pameran Bentuk Binaan 14

04. Kesimpulan 15

Bibliografi

17

Anda mungkin juga menyukai