Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)

Nama pengkaji : NORFARHANA BINTI ZAMANI

Tajuk Kajian : MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID DALAM MEMBINA AYAT LENGKAP


DENGAN KAEDAH ‘ORANG+KATA KERJA/KATA ADJEKTIF, OBJEK+KATA ADJEKTIF’.

MEREFLEKS

Saya mengajar di kelas 2 Cempaka bagi matapelajaran Bahasa Melayu.

Masalah utama bagi murid saya ialah murid Tahun 2 Cempaka masih lagi lemah dalam membina
ayat yang lengkap dan betul.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya semasa memberikan murid latihan di dalam
kelas, didapati mereka kurang berminat untuk membina ayat kerana kurang memahami asas dalam
membina ayat. Selain itu, hasil daripada semakan buku tulis juga didapati murid Tahun 2 Cempaka ini
masih lemah untuk membina ayat sendiri. Berdasarkan markah ujian yang telah dijalankan, dapat
menunjukkan dengan jelas tentang masalah ini. Hanya 5 orang murid dalam kelas 2 Cempaka yang
dpat membina ayat dengan betul.

Analisis yang didapati daripada hasil semakan buku kerja murid seperti berikut :
Hanya 5 orang murid sahaja yang mampu menyiapkan latihan membina ayat yang diberi guru dengan
betul.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak tahu asas yang perlu ada
dalam membina ayat (subjek dan predikat). Sesetengah mereka masih membina ayat yang
tergantung dan tidak lengkap.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana beranggapan bahawa mereka telah mahir
membina ayat dari Tahun 1 lagi. Selain itu, bilangan murid yang ramai serta murid yang berbeza aras
ditempatkan dalam satu kelas menyukarkan saya untuk mengenal pasti dan membantu murid mahir
dalam penguasaan asas bahasa.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran
membina ayat yang lengkap.

1
Jika perkara ini tidak ditangani, kemahiran membina ayat murid akan menjadi lebih teruk. Mereka
akan sukar untuk membina ayat yang lebih panjang dan lebih teruk lagi dalam membina karangan.
Walaupun ada sesetengah murid sudah mampu menulis ayat mudah, tetapi perhatian yang lebih
perlu diberikan terhadap ejaan perkataan juga.

Hal ini juga akan menyebabkan murid terlepas peluang untuk mendapat markah yang tinggi
terutamanya dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan. Ini kerana, dalam kertas
peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan, kebanyakan soalan adalah berasaskan bina ayat seperti
membina ayat berdasarkan gambar, perkataan dan juga frasa yang diberi.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba meningkatkan pemahaman murid dalam membina
ayat lengkap dengan kaedah ‘orang+kata kerja/kata adjektif, objek+kata adjektif’.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya murid akan dapat meningkatkan kemahiran membina ayat yang lengkap dan betul.

Secara khususnya :-
1. Murid dapat menulis ayat dengan betul berdasarkan gambar
yang diberi.
2. Murid dapat menulis ayat tentang seseorang dengan betul.
. 3. Murid dapat menulis ayat tentang sesuatu objek dengan betul.

Kajian Tindakan ini melibatkan 15 orang murid kelas 2 Cempaka yang terdiri daripada 9
orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

2
MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung
kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap
aktiviti/tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu diperjelaskan jenis dan pelaksanaannya
dengan terperinci.

PROJEK P&P Jenis perancangan

TERANCANG
Mengubah suai cara
(Kaedah P&P /kaedah Mencipta cara baru
untuk merawat yang sedia ada. (inovasi P&P guru terhasil
masalah) Dari sini)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Ujian Pra
2. Pemerhatian
3. Semak Hasil Kerja Murid.

Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah:

i. AKTIVITI 1: LIHAT DAN SEBUT

Langkah 1: Murid melihat bahan maujud yang ada di dalam kelas.

Langkah 2: Murid diminta menyatakan kata adjektif atau sifat bahan maujud tersebut.

Langkah 3: Murid cuba membina ayat mudah berdasarkan bahan maujud dan kata adjektif yang telah
dinyatakan tadi.

ii. AKTIVITI 2: LIHAT DIA

Langkah 1: Murid melihat rakan di sekeliling mereka.

Langkah 2: Murid menyatakan kata adjektif atau sifat rakan mereka itu.

Langkah 3: Murid juga diminta menyatakan perbuatan yang sedang dilakukan oleh rakan mereka.

Langkah 4: Murid cuba membina ayat mudah berdasarkan orang dan kata adjekif tadi atau orang dan
perbuatan yang sedang dilakukan.

iii. AKTIVITI 3: LIHAT GAMBAR ITU

3
Langkah 1: Murid melihat gambar yang diedarkan guru.

Langkah 2: Murid diminta membulatkan orang yang ada di dalam gambar tersebut dan mengenal
pasti perbuatan yang sedang dilakukan.

Langkah 3: Murid mengenal pasti beberapa objek utama di dalam gambar tersebut dan sifat objek
tersebut.

Langkah 4: Murid menulis ayat lengkap berdasarkan ‘orang+kata kerja/kata adjektif, objek+kata
adjektif’.

4
BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Melaksanakan perubahan.
(tindakan/rawatan)

Sesi rawatan atau tindakan ini


mungkin melibatkan beberapa
Catat segala tindakan dan buat
masa p&p biasa. Dalam waktu
refleksi bagi setiap aktiviti
pembelajaran atau di luar
semasa pelasanaan.
waktu pembelajaran (mesti
dilaksana oleh guru sendiri.

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:

i. AKTIVITI 1: LIHAT DAN SEBUT

Langkah 1: Murid melihat bahan maujud yang ada di dalam kelas.

Langkah 2: Murid diminta menyatakan kata adjektif atau sifat bahan maujud tersebut.

Langkah 3: Murid cuba membina ayat mudah berdasarkan bahan maujud dan kata adjektif yang telah
dinyatakan tadi.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan semasa aktiviti ini murid mula fokus kepada objek
yang akan dibuat ayat. Murid dapat menyatakan sifat objek tersebut dan mampu membina ayat
dengan mudah.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid seronok
dan teruja melaksanakan aktiviti ini. Murid bersemangat memilih objek yang dapat dilihat dan
menyatakan sifatnya. Beberapa ayat mudah juga dapat dibina daripada sesuatu objek.

ii. AKTIVITI 2: LIHAT DIA

Langkah 1: Murid melihat rakan di sekeliling mereka.

Langkah 2: Murid menyatakan kata adjektif atau sifat rakan mereka itu.

5
Langkah 3: Murid juga diminta menyatakan perbuatan yang sedang dilakukan oleh rakan mereka.

Langkah 4: Murid cuba membina ayat mudah berdasarkan orang dan kata adjekif tadi atau orang dan
perbuatan yang sedang dilakukan.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan semasa aktiviti ini murid mula fokus kepada subjek
orang untuk dibuat ayat. Murid dapat menyatakan sifat orang tersebut atau perbuatan orang tersebut
yang dapat dilihat.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah murid berasa seronok dan teruja
semasa menyatakan sifat-sifat rakan mereka. Murid-murid juga mampu menyatakan perbuatan yang
sedang dilakukan oleh rakan mereka. Beberapa ayat mudah dapat dibina dengan mudah
berdasarkan subjek yang dipilih itu.

iii. AKTIVITI 3: LIHAT GAMBAR ITU

Langkah 1: Murid melihat gambar yang diedarkan guru.

Langkah 2: Murid diminta membulatkan orang yang ada di dalam gambar tersebut dan mengenal
pasti perbuatan yang sedang dilakukan.

Langkah 3: Murid mengenal pasti beberapa objek utama di dalam gambar tersebut dan sifat objek
tersebut.

Langkah 4: Murid menulis ayat lengkap berdasarkan ‘orang+kata kerja/kata adjektif, objek+kata
adjektif’.

Pemerhatian yang saya dapat semasa aktiviti ini dilakukan, murid mula fokus kepada objek atau
orang yang terdapat di dalam gambar untuk membina ayat. Murid dapat menyatakan sifat atau
perbuatan watak manusia yang terdapat dalam gambar yang diberi dan membina ayat dengan
mudah.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid seronok
dan teruja melaksanakan aktiviti ini. Murid bersemangat memilih objek atau manusia yang dapat
dilihat dan menyatakan sifat dan perbuatannya. Beberapa ayat mudah terus dapat dibina secara
spontan.

6
MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian keberkesanan


proses tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.

Pemerhatian boleh dilakukan oleh Guru membuat renungan atau refleksi


Laporan juga ditulis di peringkat ini.
guru sendiri sebagai penyelidik atau terhadap kajian yang telah dilakukan
Dokumentasi penting. Sekiranya
guru juga boleh meminta bantuan sama ada berjaya atau tidak.
program tindakan tersebut berjaya,
daripada guru lain untuk membuat Dapatkan data sekali lagi Gunakan
maka bolehlah disebarkan kepada
pemerhatian semasa sesi pengajaran cara mengutip data yang sama
guru-guru lain. Jika tidak berjaya,
guru. Penilaian mesti dilakukan untuk semasa peringkat awal mereflek.
perlu dirancang semula.
menilai keberkesanan TINDAKAN. ( temubual, soal selidik, pemerhatian).

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya dapati, teknik
‘ORANG + KATA KERJA / KATA ADJEKTIF, OBJEK + KATA ADJEKTIF’ “yang diperkenalkan
kepada murid-murid 2 Cempaka merupakan kaedah yang amat berkesan dalam merungkai
permasalahan yang berlaku khususnya hal yang berkaitan dengan masalah pembelajaran murid-
murid yang kurang mahir dalam membina ayat mudah.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ketara pada Ujian Pos
yang terakhir yang dijalankan, 15 orang murid saya dapat membina sekurang-kurangnya 5 ayat
dengan betul berdasarkan satu gambar yang diberi.

Atas keputusan yang telah saya peroleh daripada kajian tindakan ini, saya dapati kajian ini telah
mampu membantu meningkatkan pemahaman murid saya dalam membina ayat mudah. Namun
begitu, masih banyak lagi kajian tindakan yang perlu dijalankan dalam mengatasi masalah-masalah
lain dalam pembelajaran murid-murid saya terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh
mereka.

Anda mungkin juga menyukai