Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN LOKOMOTOR

Pergerakan asas menekankan pada pengalaman mengeksplorasi dalam kesedaran


tubuh badan, asas lakuan tubuh badan, koordinasi tubuh badan, rangsangan dan ritma
dengan melibatkan seluruh deria dan fizikal tubuh badan. Kata kunci dalam aktiviti
pergerakan asas adalah berjalan, berlari, belompat, berpusing, meregang dan menguncup.

Antara kemahiran yang perlu diajar dalam pergerakan asas adalah kemahiran
lokomotor. Kemahiran ini membolehkan individu untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Sebagai contoh berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip,
merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Matlamat pergerakan ini
ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor,
meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan individu, mendorong individu untuk
memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang,
masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental individu.

Berjalan

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam
kehidupan kita seharian. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang
dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Antara teknik
berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi
bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan
menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki
melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat
pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua
tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru
terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah
sentiasa tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan
dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa
berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala
condong ke hadapan.
Berlari

Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih
banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa
ketika berlari, individu perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak
kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk
mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah
mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki,
percepatkan langkah, dan yang paling penting inidividu perlu diajar untuk mengawal
pernafasan dengan baik. 

Rajah menunjukkan contoh kemahiran berlari

Melompat

Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan


kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota
badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang
mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan
sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan akan berada di udara buat seketika, kemudian
turun semula di atas kedua-dua kaki. Tujuan lompatan untuk menguasai jarak hadapan atau
ketinggian lompatan.Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki.
Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat menggunakan
kedua-dua belah kaki dengan serentak.
Melompat Sebelah Kaki

Juga dikenali sebagai hop. Pergerakan melompat sebelah kaki adalah sama dengan
melompat biasa tetapi pendaratan adalah dengan sebelah kaki sahaja dimana merupakan
satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan mendarat dengan
kaki yang sama. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat
mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu berdiri
menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya mengimbangkan badan
mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara bentuk-bentuk pergerakan
hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag.
Contoh permainan melibatkan hop yang popular di kalangan kanak-kanak ialah permainan
‘ting-ting’.

Menggelosor

Pergerakan menggelosor adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan


diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup
dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului
pergerakan.
Mencongklang

Mencongklang merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-
kanak kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari
satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak
pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu,
ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara yang paling
kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu
kaki bergerak kehadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula
digerakkan kehadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan.
Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan dan berat badan
diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke
hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

Melonjak

Merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari,
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu mahir berlari dahulu
kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan
kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta
terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang sama.
Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya
mendapat lonjakan yang sempurna.
Berskip

Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki.. Antara langkah-
langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang
sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh
dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar
kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah.
RUJUKAN

ASAS PENDIDIKAN JASMANI. (2010, August). Retrieved June 19, 2016, from
http://mypage-pj.weebly.com/asas-pendidikan-jasmani.html

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Jun 17, 2016 daripada

http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan -
bukan_05.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Jun 17, 2016 daripada

http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Jun 17, 2016 daripada

http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Jun 17, 2016 daripada

http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

Jamil, N. (2008, June 25). PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR.


Retrieved June 19, 2016, from http://pergerakanlokomotor.blogspot.my/

Anda mungkin juga menyukai