Anda di halaman 1dari 13

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT


TAHUN 2018

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan in i dijalankan mengikut U n d a n g -Undang Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) 2018/2019,


Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
Batu Pahat Edisi 2018, dan Peraturan-Peraturan Pertandingan K e jo h a n a n Olahraga Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD) Batu Pahat tahun 2018.

2.0 ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT PERTANDINGAN

ACARA/ PERINGKAT LELAKI PEREMPUAN


BIL
UMUR 18 15 14 12 11 18 15 14 12 11
1 100 meter X X X X X X X X X X
2 200 meter X X X X X X X X X X
3 400 meter X X X X X X
4 800 meter X X X X X X
5 1500 meter X X X X X X
6 3000 meter X X (Terbuka) X (Terbuka)
X X X X
7 80 m Lari Berpagar
76.2 76.2 76.2 76.2
X X X
8 100 m Lari Berpagar
76.2 76.2 76.2
X X X
9 110 m Lari Berpagar
91.4 83.8 83.8
X X X X
10 200 m Lari Berpagar
83.8 83.8 76.2 76.2
X X
11 400 m Lari Berpagar
83.8 76.2
12 3000 m Jalan Kaki X(Terbuka)
13 5000 m Jalan Kaki X(Terbuka) X
14 10000 m Jalan Kaki X
X X(Terbuka) X(Terbuka)
15 2000 m LBerhalangan
91.4 76.2 76.2
16 Lompat Tinggi X X X X X X X X X X
17 Lompat Jauh X X X X X X X X X X
18 Lompat Kijang X X X X X X
X X X X X X X X X X
19 Lontar Peluru
5.00 4.00 4.00 2.72 2.72 3.00 3.00 3.00 2.72 2.72
X X X X X X
20 Lempar Cakera
1.5 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0
X X X X X X X X X X
21 Merejam Lembing
700 600 600 500 500 500 500 500 500 500
22 4 x 100 meter X X X X X X X X X X
23 4 x 200 meter X X X X
24 4 x 400 meter X X X X X X
JUMLAH 18 18 15 9 9 18 16 15 9 9
KESELURUHANNYA = 136 ACARA
Merah – Perubahan Baru (Ketinggian dan Berat) dan acara

© MSSD Batu Pahat 2018 1


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

2.1 Kod 07: Acara 80 METER LARI BERPAGAR

BIL. TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR 8 KE


PAGAR KE PAGAR
PAGAR PAGAR GARISAN PERMULAAN GARISAN PENAMAT

8 76.2 12 METER 8 METER 12 METER

2.2 Kod 10: Acara 200 LARI BERPAGAR

PAGAR 1 DARI
BIL TINGGI PAGAR KE PAGAR TERAKHIR KE
KATEGORI GARISAN
PAGAR PAGAR PAGAR GARISAN PENAMAT
PERMULAAN

LELAKI 15 DAN 14 5 83.8 20 METER 35 METER 40 METER

PEREMPUAN 15 DAN 14 5 76.2 20 METER 35 METER 40 METER

2.3 Kod 12: Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN

2.3.1 Ketinggian pagar Halangan: 91.4 m (L18), 76.2 m (Terbuka Lelaki 15 dan Terbuka Perempuan)
2.3.2 Lompat Pagar : 18 kali
2.3.3 Lompat Air : 5 kali
2.3.4 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya lompatan
yang keempat dalam pusingan yang berikutan

2.4 Kod 25: Acara 4 X 200 M

2.4.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1½ stagger -
seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M

2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan

2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400
M). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong
masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong
masuk ke lorong pertama.

2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut ” start list ” dan menerima
baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.
* Salah Mula
Peserta yang melakukan salah mula kali pertama tidak dikeluarkan. Amaran akan di berikan kepada semua
peserta. Mana-mana peserta yang melakukan salah mula selepas out dan seterusnya akan di keluarkan dari
pertandingan.

3.0 HADIAH – HADIAH

3.1 Acara Individu sehingga 1500m – Pertama, Kedua dan Ketiga berserta sijil pemenang

3.2 Acara Individu 2000m keatas - Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam
berserta sijil pemenang

3.3 Acara Pasukan – Lima (5) pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki
tempat Pertama, Kedua dan Ketiga berserta sijil pemenang setiap individu.
© MSSD Batu Pahat 2018 2
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

4.0 ACARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap Sekolah (M e ne n g a h ) d a n Z o n ( Re n d a h ) adalah dibenarkan menghantar DUA (2) orang


peserta sahaja bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.

4.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

KUMPULAN UMUR INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI TAHUN LAHIR

18 TAHUN 3 ( termasuk acara terbuka ) 2 2000,2001,2002


15 TAHUN 3 ( termasuk acara terbuka ) 2 2003
14 TAHUN 3 ( termasuk acara terbuka ) 2 2004,2005
12 TAHUN 2 2 2006
11 TAHUN 2 2 2007 ke bawah

4.3 Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur bawah 18, 15 dan 14
tahun sahaja (Sekolah Menengah)

5.0 KELAYAKAN AM PESERTA

5.1 Pelajar yang bersekolah dan belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta
sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain yang terbukti bergabung dengan MSS Johor dan
MSS Daerah serta mematuhi dalam Peraturan AM (perkara 3) adalah layak menyertai kejohanan ini.

5.2 Penyertaan pelajar adalah tertakluk kepada had umur peserta.

5.3 Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad
pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan.

5.4 Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09
dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara. Manakala peserta yang sedang
memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN
KP11/KPPK11 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendaftaran Negara jika ada berlaku
sebarang permasalahan dan perlu menunjukkan pengenalan diri.

5.5 Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain

5.5.1 Sekolah s w a s t a / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud sekolah yang
diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bergabung serta
membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah.

5.5.2 Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh masa di sekolah
berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan MSSD.

5.5.3 Pelajar-pelajar sekolah s w a s t a y a n g s e d a n g m e n u n g g u k e p u t u s a n


p e p e r i k s a a n r a s m i Kementerian Pelajaran Malaysia adalah TIDAK LAYAK menyertai
kejohanan ini.

5.5.4 Penyertaan pelajar dari Institusi Pendidikan swasta hendaklah telah belajar selama 3 bulan
sebelum tarikh kejohanan dan hadir sekurang- kurangnya 75% hari persekolahan.

© MSSD Batu Pahat 2018 3


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

5.6 Pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri

5.6.1 Pelajar-pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia (SSTMI, SSBJ, SST dan SSP)
dan Sekolah Sukan Negeri (SSTHO) DIBENARKAN/LAYAK untuk mewakili sekolah
m e n e n g a h asal tempat ia bersekolah (s e k o l a h terakhir) di dalam pertandingan MSSD.

5.6.2 P e l a j a r M e n e n g a h Sekolah Sukan Malaysia (SSTMI, SSBJ, SST dan SSP) dan Sekolah
Sukan Negeri (SSTHO) yang tidak pernah mendaftar di mana-mana sekolah menengah di
dalam daerah Batu Pahat DIBENARKAN bertanding mewakili sekolah asal dimana sepatutnya
dia mendaftar berdasarkan surat tawaran pendaftaran ke sekolah menengah.

5.6.3 Pelajar SSM dan SSN yang tidak mewakili sekolah asal (Rujuk perkara 5.6.1 dan 5.6.2), boleh
dipertimbangkan jika layak dan memenuhi syarat kreteria pemilihan jawatankuasa penel
pemilihan atlit untuk mewakili MSSD Batu P a h a t dalam Kejohanan peringkat Majlis Sekolah-
Sekolah Negeri Johor.

5.6.4 Pengambilan pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSTMI, SSBJ, SST dan SSP) dan Sekolah
Sukan Negeri (SSTHO) mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Sekolah
Sukan Malaysia (SSTMI, SSBJ, SST dan SSP) dan Sekolah Sukan Negeri (SSTHO) dan
menjadi tanggungjwab guru sekolah tersebut mengambil dan menghantar balik serta
mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.

5.6.5 Pelajar yang memasuki semula sekolah harian dari Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah
Sukan Negeri hendaklah mewakil sekolah di mana sekolah terkini pelajar berkenaan sedang
belajar. Rujuk Peraturan Am MSSM (Perkara 3.1.1.5).

5.6.6 Pelajar-pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSTMI, SSBJ, SST dan SSP) dan Sekolah Sukan
Negeri (SSTHO) hanya di benarkan menyertai ACARA INDIVIDU SAHAJA. Jika di dapati ada
yang melanggar peraturan ini maka kesemua acara yang ia ambil akan di batalkan.
* Lampiran pelajar-pelajar yang bersekolah di SSM dan SSN di sertakan sebagai rujukan

5.6.7 Pelajar yang telah berpindah ke sekolah lain di dalam daerah mahupun luar daerah tidak di
benarkan mewakili sekolah asal mereka sebelum berpindah walaupun sekolah baru itu tidak
memilih ia sebagai atlet dan sekolah itu tidak menyertai kejohanan ini. Walaubagaimana pun
atlit ini boleh dipertimbangkan jika layak dan memenuhi syarat kreteria pemilihan jawatankuasa
penel pemilihan atlit untuk mewakili MSSD Batu P a h a t .

6.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran masuk yang telah
ditetapkan oleh pengelola yang kemudiaannya akan disebut Borang Pendaftaran Rasmi kejohanan.

6.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat secara atas talian sebelum atau pada 27 Februari 2018
(Selasa), jam 11.00 malam melalui laman Sesawang rasmi yang di sediakan. Semua butiran yang
perlu hendaklah diisi lengkap sepenuhnya. Kegagalan berbuat demikian cetak sijil pemenang akan
salah dan pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab ke atas kesilapan tersebut. Laman
Sesawang tersebut boleh dilayari di alamat : http://www.mssj.edu.my/daftar/bpmssd/. Nama
pengguna dan kata laluan akan di berikan mengikut sekolah dan zon masing-masing semasa
mesyuarat/taklimat pengurus pasukan. (Rujuk perkara 7.1)

6.3 Semua pasukan yang mengambil bahagian diwajibkan membayar yuran penyertaan sebanyak: RM
300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) bagi sekolah menengah dan RM 150.00 (Ringgit
Malaysia Satu ratus Lima Puluh Sahaja) bagi sekolah rendah . Pembayaran hendaklah dibuat kepada
“SEK. TINGGI BATU PAHAT” menggunakan cek atau pun wang tunai melalui akuan suwa sekolah
sebelum atau pada hari Khamis - 1 Mac 2018 (Semasa penyemakan dan pengesahan peserta).
© MSSD Batu Pahat 2018 4
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

6.4 Butiran y a n g t e r d a p a t dalam b o r a n g pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh


Pentadbiran Sekolah masing-masing. Borang Pendaftaran yang telah ditandatangani oleh Pentadbir
sekolah masing-masing akan menjadi dokumen rasmi kejohanan

6.5 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-Ganti p u n dikehendaki mendaftar juga.

6.6 Peserta-peserta setiap sekolah/zon hendaklah menyertakan BORANG M01 DAN R01 berserta
gambar , satu salinan Kad Pengenalan (sekolah Menengah) / salinan Surat Beranak/My Kid/Kad
Pengenalan (pelajar sekolah rendah) yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan
sekolah peserta yang berkenaan dan surat kebenaran waris seperti lampiran B, Perkeliling Ikhtisas Bil.
5/2007.

6.5 Peserta-peserta Kategori 18 Tahun, 15 Tahun dan 14 Tahun Ke Bawah WAJIB membawa Kad
Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah
dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA (Rujuk Peraturan Am 4 MSSM)

7.0 PENGESAHAN PESERTA–PESERTA

7.1 Mesyuarat dan Taklimat Pengurus–Pengurus Pasukan

Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 21 Februari 2018
Hari : Rabu
Pukul : 2.00 petang
Tempat : SMK Tunku Mahmood Iskandar

Semua Pengurus Pasukan dan Jurulatih pasukan atau wakilnya dikehendaki hadir. Pengurus atau wakil
pasukan yang tidak hadir akan dianggap bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat.

7.2 Mesyuarat Semakan dan Pengesahan Peserta

7.2.1 Mesyuarat Pengesahan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Mac 2018


Hari : Khamis
Pukul : 2.00 petang
Tempat: SMK Tunku Mahmood Iskandar
*Sila serahkan perkara 6.6 semasa menghadiri mesyuarat ini dan tarikh akhir
menghantar perkara 6.6 tersebut selewatnya pada pagi 4 Mac 2018 (Ahad).
Semua Pengurus Pasukan dan Jurulatih pasukan atau wakilnya dikehendaki hadir sama
membuat pengesahan tersebut. Pengurus atau wakil pasukan yang tidak hadir akan dianggap
sudah mengesahakan penyertaan dan bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat.

7.2.2 Semua nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah
DISAHKAN selewat-lewatnya pada mesyuarat pengesahan ini.

7.2.3 Pengganti untuk seseorang peserta yang menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat pada
mesyuarat yang tersebut di atas. Hanya peserta yang ada dalam senarai daftar sahaja yang
boleh ditambah acara bagi menggantikan peserta yang menarik diri dengan syarat tidak lebih 3
acara individu dan 2 berpasukan (sekolah menengah) dan 2 acara individu dan 2 berpasukan
(sekolah rendah/MSSC). Penambahan peserta baru semasa mesyuarat ini adalah tidak
dibenarkan. Sebarang penambahan peserta baru semasa mesyuarat ini tidak akan diterima.
SELEPAS MESYUARAT INI SEBARANG PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN
DILAYAN.

© MSSD Batu Pahat 2018 5


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

7.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan

7.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus
Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan,
atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.

7.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil
bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara
seterusnya yang didaftar atas namanya.

7.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Perubatan Klinik dan Hospital kerajaan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya
dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

7.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-Ganti

7.4.1 Penggantian bagi acara Lari Berganti-Ganti dihadkan kepada seorang (1) orang peserta yang
didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan
Separuh Akhir dan Akhir.

7.4.2 Borang Pengesahan Lari Berganti-ganti hendaklah diserahkan kepada Pusat Informasi Teknikal
(Technical Information Center, TIC) selewat-lewatnya satu jam sebelum panggilan pertama acara
tersebut dijalankan, sama ada untuk peringkat Separuh Akhir ataupun peringkat Akhir. Giliran pelari
hendaklah juga dinyatakan pada borang tersebut.

8.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawahsebelum waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia
Peserta

ACARA MASA LAPOR DIRI MASA BERGERAK KE ARENA


Balapan 20 minit sebelum acara bermula 10 minit sebelum acara bermula
Balapan ( Lari Berpagar) 25 minit sebelum acara bermula 15 minit sebelum acara bermula
Lontaran, L. Jauh, L.Kijang 30 minit sebelum acara bermula 20 minit sebelum acara bermula
Lompat Tinggi 55 minit sebelum acara bermula 45 minit sebelum acara bermula

8.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik Panggilan
boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

8.3 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan. Jika ada permasalahan budi bicara akan di guna pakai dalam menyelesaikan masalah ini.

8.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di
tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam
susunan acara atau program kejohanan.

© MSSD Batu Pahat 2018 6


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

8.5 Peserta-peserta hendaklah b e r p a k a i a n l e n g k a p d a n n o m b o r -nombor mereka m e s t i


d i s e m a t k a n depan dan belakang dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
(Bagi acara lompat tinggi di benarkan memakai No peserta sahaja di depan)

8.6 Jika peserta memakai seluar pendek dan seluar aerobik di bahagian dalam, warna kedua-duanya
hendaklah sama atau hampir sama.

8.7 Peserta acara berjalan kaki dibenarkan untuk memakai seluar aerobic (tight) sehingga paras buku
lali. Jika peserta memakai seluar panjang yang agak sukar untuk hakim jalan kaki melihat pergerakan
lutut (floating) maka hakim boleh membatalkan penyertaan peserta tersebut.

8.8 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan No Peserta
depan dan belakang kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta
berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
(Bagi acara lompat tinggi di benarkan memakai kain No Peserta sahaja di depan)

9.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi
oleh Penyelia Peserta atau Marshall Pertandingan.

9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing- masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.

10.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh pengelola.

11.0 BLOK PERMULAAN

11.1 Semua acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah, 15 Tahun Ke
Bawah dan 14 tahun kebawah (Lelaki dan Perempuan) bermula dengan mulaan dekam (crouch start)
dan Blok Permulaan (starting blocks) MESTI DIGUNAKAN
Acara : 100m, 200m, 400m, 80m Lari Berpagar, 100 m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar,
400m Lari Berpagar, 4 X 100m, 4x200m d an 4 X 400m

11.2 Bagi acara sebagaimana (11.1) untuk bawah 12 tahun kebawah dan 11 tahun kebawah (lelaki dan
perempuan) mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan, tetapi penggunaan Blok permulaan (starting
blocks) adalah atas pilihan peserta itu sendiri.

12.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

12.1 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut
(spikes) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing jika di
jalankan di tepi balapan sintetik, paku kasut tidak boleh melebihi 12 mm.

12.2 Peralatan: Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan. Peserta-
peserta tidak di galakkan menggunakan peralatan sendiri. Jika masih ingin menggunakan
perlatan sendiri alatan itu mestilah terlebih dahulu di periksa dan telah mendapat kebenaran daripada
Pegawai Teknikal Alatan yang bertugas dan peralatan itu boleh di kongsi oleh peserta lain jika
peserta lain itu meminta untuk menggunakannya.

12.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang sama
mengikut pasukan masing-masing.
© MSSD Batu Pahat 2018 7
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

13.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di
tempat–tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita pelekat yang disediakan oleh Pihak
Pengelola. Ukuran maksimum pita pelekat yang dibenarkan 5 sm x 40 sm.

14.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN

Bagi acara-acara di bawah. Ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:


14.1 Lompat Tinggi - Ketinggian permulaan palang.
14.1.1 Lelaki 18 tahun (Latihan 1.35 m dan 1.45 m)
1.40 m; 1.45 m; 1.50 m; 1.55 m; 1.60 m; 1.64 m; 1.68 m; 1.71 m; 1.74 m; 1.77 m; 1.80 m; 1.82 m;
dan seterusnya.

14.1.2 Perempuan 18 tahun (Latihan 1.10 m dan 1.20 m)


1.15 m; 1.20 m; 1.24 m; 1.28 m; 1.32 m; 1.35 m; 1.38 m; 1.41 m; 1.44 m; 1.46 m; dan seterusnya..

14.1.3 Lelaki 15 tahun (Latihan 1.25 m dan 1.35 m)


1.30 m; 1.35 m; 1.40 m; 1.45 m; 1.50 m; 1.54 m; 1.58 m; 1.61 m; 1.64 m; 1.67 m; 1.69; dan
seterusnya.

14.1.4 Perempuan 15 tahun (Latihan 1.05 m dan 1.15 m)


1.10 m; 1.15 m; 1.19 m; 1.23 m; 1.27 m; 1.30 m; 1.33 m; 1.36 m; 1.39 m; 1.41 m; dan seterusnya.

14.1.5 Lelaki 14 tahun (Latihan 1.15 m dan 1.25 m)


1.20 m; 1.25 m; 1.30 m; 1.35 m; 1.39 m; 1.43 m; 1.47 m; 1.51 m; 1.54 m; 1.57 m; 1.59 m; dan
seterusnya.

14.1.6 Perempuan 14 tahun (Latihan 1.00 m dan 1.09 m)


1.05 m; 1.09 m; 1.13 m; 1.17 m; 1.20 m; 1.23 m; 1.26 m; 1.28 m; 1.30 m; dan seterusnya

14.1.7 Lelaki 12 tahun (Latihan 1.05 m dan 1.15 m)


1.10 m; 1.15 m; 1.20 m; 1.24 m; 1.28 m; 1.32 m; 1.35 m; 1.38 m; 1.41 m; 1.43 m; dan seterusnya.

14.1.8 Perempuan 12 tahun (Latihan 1.05 m dan 1.04 m)


1.00 m; 1.04 m; 1.08 m; 1.12 m; 1.15 m; 1.18 m; 1.21 m; 1.23 m; dan seterusnya.

14.1.9 Lelaki 11 tahun Latihan (1.05 m dan 1.04 m)


1.00 m; 1.04 m; 1.08 m; 1.12 m; 1.15 m; 1.18 m; 1.21 m; 1.23 m; dan seterusnya.

14.1. 10 Perempuan 11 tahun (Latihan 0.85 m dan 0.94 m)


0.90 m; 0.94 m; 0.97 m; 1.00 m; 1.02 m; dan seterusnya
(Tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian atas nasihat pegawai teknikal /referi padang/ Pegawai KOM
daerah Batu Pahat)
- Sehingga tinggal 1 peserta sahaja peserta tersebut boleh meminta ketinggian palang yang
dikehendakinya

* Penentuan pemenang adalah berdasarkan Catatan Ketinggian yang paling tinggi. Jika sama maka
akan di putuskan dengan percubaan yang sedikit pada lompatan tertinggi. Jika masih sama jumlah
gagal daripada awal hingga catatan tertinggi tersebut akan ambil kira. Jika yang di nyatakan sebelum
ini masih lagi tidak meyelesaikan Penentuan kedudukan tempat pertama maka satu had ketinggian
akan ditandingkan (Jump Off) dan peserta yang kurang gagal percubaan melepasi had ketinggian itu
akan di kira pemenang dan begitulah seterusnya.
© MSSD Batu Pahat 2018 8
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

15.0 PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG

15.1 Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut:

PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN

18 Tahun 11 m / 13 m
7m/9m
14 dan 15 Tahun 9 m / 11 m

16.0 CARA PENGUKURAN BAGI ACARA LOMPATAN (LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH) DAN ACARA
BALINGAN (LONTAR PELURU, LEMPAR CAKERA DAN REJAM LEMBING)

16.1 Lompatan/Lontaran/Lemparan/Rejaman bagi semua peserta dalam percubaan pertama akan diukur dan di
catatkan.

16.2 Kemudian catatan Lompatan/Lontaran/Lemparan/Rejaman peserta yang mencatat kedudukan kelapan


terbaik akan di tandakan sebagai had utuk di lepasi bagi percubaan kedua dan seterusnya.

16.3 Untuk percubaan kali kedua dan seterusnya catatan peserta tidak akan di ambil JIKA ukuran percubaan
tersebut tidak melebihi catatan kedudukan peserta yang mendapat kedudukan kelapan terbaik pada
percubaan pertama tadi (rujuk perkara 16.2). Catatan yang tidak melepasi had tersebut tidak akan diukur
dan akan di kira BATAL.

16.4 Catatan kedudukan lapan (8) peserta terbaik akan layak ke peringkat akhir untuk melakukan tiga (3)
percubaan lagi.

*Penentuan pemenang adalah berdasarkan catatan jarak yang paling jauh. Jika sama catatanya maka
catatan kedua terjauh akan di ambil kira.

17.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN

17.1 Penentuan Peserta Terbaik

17.1.1 Hadiah Anugerah peserta terbaik adalah untuk kategori berikut:

17.1.1.1 Lelaki 18 tahun


17.1.1.2 Perempuan 18 tahun
17.1.1.3 Lelaki 15 Tahun
17.1.1.4 Perempuan 15 tahun
17.1.1.5 Lelaki 14 tahun
17.1.1.6 Perempuan 14 tahun
17.1.1.5 Lelaki 12 tahun
17.1.1.6 Perempuan 12 tahun
17.1.1.7 Lelaki 11 tahun
17.1.1.8 Peerempuan 11 tahun
17.1.1.7 Olahragawan (Peserta Terbaik Lelaki Keseluruhan)
17.1.1.8 Olahragawati (Peserta Terbaik Perempuan Keseluruhan)

© MSSD Batu Pahat 2018 9


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

17.1.2 Penentuan Pemenang anugerah ini adalah berdasarkan kepada kateria berikut;

17.1.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan


pemecah rekod baru berstatus (ikut ranking kejohanan) KOM, Kejohanan
MSS Asean, MSSM dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan
mengambilkira bilangan pingat emas, perak dan gangsa. Sekiranya
kedudukan sama usia rekod diambil kira. .

17.1.2.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau
perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

17.1.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan
pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

17.1.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat
berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu
setiap peserta

17.1.2.5 Olahragawan dan olahragawati di beri kepada peserta terbaik keseluruhan


(lelaki dan perempuan).

17.2 Johan Keseluruhan

17.2.1 Johan mengikut Bahagian dan Umur


17.2.1.1 Johan keseluruhan perempuan 11 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki 11 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan perempuan 12 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki 12 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan perempuan 14 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki 14 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan perempuan 15 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki 15 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan perempuan 18 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki 18 tahun
17.2.1.1 Johan keseluruhan Perempuan sekolah rendah
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki sekolah rendah
17.2.1.1 Johan keseluruhan Perempuan sekolah menengah
17.2.1.1 Johan keseluruhan Lelaki sekolah menengah

17.2.2 Perkara 17.2.1 adalah di putuskan dengan pengiran Kontinjen Olahraga Sekolah/Zon yang
memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan di
ambil kira; jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.

17.3.3 Johan Sekolah dan Zon (Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah)
- Johan Keseluruhan Olahraga MSSD Batu Pahat Kali ke-51 Tahun 2018

Diputuskan dengan pengiraan Kontinjen Olahraga Sekolah/Zon yang memenangi pingat emas
terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan di ambil kira; jika masih seri,
kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.

© MSSD Batu Pahat 2018 10


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

18.0 SEPARUH AKHIR

18.1 Lapan (8) Separuh Akhir.


Pemenang setiap separuh akhir akan layak memasuki Peringkat Akhir

18.2 Lima (5), Enam (6), Tujuh (7) Separuh Akhir.


Pemenang setiap separuh akhir dan bakinya bagi mencukupakan lapan (8) peserta di ambil daripada
pencatat masa terpantas akan layak memasuki Peringkat Akhir.

18.3 Empat (4) Separuh Akhir


Pemenang setiap separuh akhir dan empat (4) pencatat masa terpantas akan layak memasuki
Peringkat Akhir

18.4 Tiga (3) Separuh Akhir


Dua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga -tiga
separuh akhir layak ke Peringkat Akhir

18.5 Dua (2) Separuh Akhir


Tiga (3) peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan
masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir

18.6 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang
dihadkan pada para 18.1, 18.2, dan 18.3, maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada
kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri
Rayuan

18.7 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Kecil Pertandingan dan Perangkaan dengan pengawasan / Penyeliaan oleh
Pengerusi Teknik.

19.0 BIB NOMBOR PENGENALAN SEKOLAH

19.1 Kod-kod warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas, jantina dan sekolah/zon

19.2 Warna kain adalah seperti berikut:


18.2.1 Lelaki dan Perempuan bawah 18 tahun : PUTIH
18.2.2 Lelaki dan Perempuan bawah 15 tahun : KUNING
18.2.3 Lelaki dan Perempuan bawah 14 tahun : HIJAU MUDA
18.2.4 Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun : MERAH JAMBU
18.2.5 Lelaki dan Perempuan bawah 11 tahun : BIRU MUDA

19.3 Ukuran kain : 26 cm x 15 cm

19.4 Ukuran Nombor : Tinggi Huruf / Nombor: 13 cm


: Lebar Huruf / Nombor: 5 cm - 6 cm
: Tebal Huruf / Nombor: 1.0 cm - 1.5 cm

© MSSD Batu Pahat 2018 11


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

19.5 Nombor Pengenalan Sekolah

19.5.1 Sekolah Menengah

BIL NAMA SEKOLAH HURUF PENGENALAN


1 SMK DATO' BENTARA LUAR BL
2 SMK TUN AMINAH TA
3 SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR TM
4 SMK SENGGARANG GR
5 SMK SERI MEDAN SM
6 SMK DATO SULAIMAN DS
7 SMK DATO ONN DN
8 SMK PERMATA JAYA PJ
9 SMK SERI GADING GD
10 SMK DATIN ONN JAFFAR DJ
11 SMK DATO SETH YS
12 SMK PENGHULU SAAT PD
13 SMK BANANG JAYA BJ
14 SM SAINS BATU PAHAT SS
15 SMK SURIA PERDANA SP
16 SMK TINGGI BATU PAHAT ST
17 SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM GS
18 SMK CONVENT (M) SC
19 SMK MUNSHI SULAIMAN MS
20 SMK DATO' SYED ESA SE
21 SMK TUN SARDON TS
22 SMK TUN ISMAIL TN
23 SMK SEMERAH SH
24 SMK DATUK MENTERI DM
25 SMK YONG PENG SY
26 SMK TUNKU PUTRA TP
27 SMA PARIT RAJA AR
28 SMA JAWAHIR AL-ULUM AJ
29 SMA PARIT SULONG AS
30 SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH AA
31 KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT KV
32 SM CINA HWA JIN CH
33 SM CINA YONG PENG CY
34 MAKTAB RENDAH SAINS MARA BATU PAHAT MR
35 UNITED INTERNATIONAL SCHOOL US
36 SM CINA RENGIT CR

19.5.2 Sekolah Rendah

BIL ZON/CAWANGAN HURUF PENGENALAN


1 BANDAR BN
2 PENGGARAM PN
3 PINTAS PUDING PP
4 SENGGARANG SG
5 PARIT SULONG PS
6 SEMERAH ZS
7 AYER HITAM AH
8 YONG PENG YP

© MSSD Batu Pahat 2018 12


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2018

20.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut:

20.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada MSSD kelak.

20.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta
merta dan tidak lewat daripada

20.2.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

20.2.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

20.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan
sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

21.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

21.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga
MSSD Batu Pahat, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan,
Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

21.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-
Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSJ dan MSSD atau Peraturan-
Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSD.

22.0 HAL – HAL LAIN

22.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak
berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut

22.2. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN

22.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,


dan kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederan lain berlaku:

22.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium


22.3.2. Semasa kejohanan dijalankan
22.3.3. Di dalam dan di luar kawasan stadium
22.3.4. Di tempat-tempat penginapan

22.4. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah
bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.
Di sediakan Oleh :
Razman Bin Kadiran
Pengerusi Teknik Olahraga
MSSD Batu Pahat 2018
Di Kemaskini pada Jumaat 2 Mac 2018
© MSSD Batu Pahat 2018 13

Anda mungkin juga menyukai