Anda di halaman 1dari 4

Experimen :Mengkaji kesan sentuhan logam lain terhadap pengaratan besi

1. Tujuan
Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain

2. Pernyataan Masalah
Apakah kesan logam-logam lain ke atas pengaratan besi?

3. Hipotesis
Pengaratan paku besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif.

Pengaratan paku besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang
elektropositif

4. Pembolehubah
Dimanipulasikan : Logam yang bersentuhan dengan paku besi
Bergerak balas : Pengaratan besi
Dimalarkan : Saiz paku besi / Kepekatan elektrolit

5. Bahan
Paku besi, Pita Magnesium, Kepingan kuprum, kepingan zink, larutan kalium
heksasianoferat(III), penunjuk fenoltalein

6. Radas
Tabung uji, Rak tabung uji, kertas pasir

7. Prosedur

1. Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum dan kepingan zink dibersihkan dengan
menggunakan kertas pasir.
2. Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A,
paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B,
paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan
Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3. Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III) dan
larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4. Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5. Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan.
8. Pemerhatian / Taburan Data

Pemerhatian
Tabung Keamatan
Pasangan Logam Tompok Biru
Uji warna merah Gelembung Gas
Tua
jambu
Paku Besi dan pita
A TIada Tinggi Banyak
magnesium
Paku besi dan kepingan
B Banyak Rendah Sedikit
kuprum
Paku besi dan kepingan
C Tiada Tinggi Banyak
zink
D Paku besi sahaja Sedikit - -

9. Analisis
i. Larutan heksasianoferat(III) berfungsi untuk mengesan kehadiran ion Fe2+
ii. Paku Tabung uji D terkakis sedikit
iii. Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis
a) Kerana Magnesium dan Kuprum lebih elektropositif daripada Besi.
b) Magnesium dan Kuprum akan terkakis (korban)
iv. Paku Tabung uji B terkakis paling banyak kerana besi lebih elektropositif daripada
Kuprum

10. Kesimpulan
i. Pengaratan besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif (Magnesium)
ii. Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang
elektropositif (Kuprum)

11. Perbincangan
i. Logam perlu dibersihkan dahulu bagi membuang lapisan oksida
ii. Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air
bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.

Anda mungkin juga menyukai