Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI 

PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pada 10 Ogos 2017 (Khamis), saya, Dinesvary A/P Thangayah dan rakan saya,
Vetanayagi A/P Ambualagan telah selesai membuat pengajaran mikro. Rakaman
pengajaran mikro telah dijalankan selama 5 minit di mana kami memilih set induksi sahaja.
Kami telah menjalankan pengajaran mikro ini bagi subjek Pendidikan Seni Visual (PSV)
Tahun 6 yang mana bilangan murid- murid terdiri daripada 20 orang. Kami telah memilih
bidang ketiga PSV iaitu membentuk dan membuat binaan dan aktivitinya ialah diorama yang
bertemakan alam semula jadi dan obejk buatan manusia. Pada permulaan pengajaran mikro
pada hari tersebut, murid- murid nampaknya telah bersedia untuk belajar. Murid- murid juga
dapat memberi kerjasama dengan menjawab soalan- soalan yang telah kami kemukakan.
Mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa kami menyampaikan pengajaran
mikro.
Pertama sekali, kami telah menayangkan sebuah video yang berunsurkan hutan
dengan gambar- gambar haiwan. Para pelajar telah berasa seronok dan mereka turut
membuat pergerakan mengikuti lagu yang ditayangkan. Di samping itu, kami telah
mengaitkan tayangan video tersebut dengan contoh karya diorama yang telah dihasilkan.
Maka, dapatlah pelajar mengenal pasti tentang isi pelajaran hari tersebut. Beberapa
kekuatan dan kelemahan boleh didapati daripada pengajaran mikro kami.
Kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan sesi pengajaran mikro ini ialah
kami berjaya menarik perhatian dan minat murid untuk belajar. Kandungan pelajaran yang
kami rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan isu
persekitaran. Di samping itu, kami menggunakan nada suara yang amat sesuai di mana
pelajar dapat mendengar arahan dengan jelas dan mereka tidak mudah hilang fokus.
Kekuatan seterusnya ialah kami menayangkan tayangan video berkaitan pelajaran di mana
para pelajar begitu seronok dan minat untuk belajar. Kami juga menyuruh para pelajar untuk
menyebut nama- nama haiwan yag terdapat dalam video tersebut untuk mengenal pasti
bahawa murid- murid memberi tumpuan sepenuhnya atau tidak. Dalam hal ini, semua murid
telah memberi tumpuan sepenuhnya semasa menayangkan video. Kami telah
menggunakan strategi kecerdasan pelbagai di mana murid- murid dapat menonton video,
mendengar lagu yang dipasangkan serta menyanyikan lagu sambil menari. Ini merupakan
salah satu kekuatan yang mana meningkatkan tahap kecerdasan para pelajar. Kami juga
mengemukakan beberapa soalan berkenaan topik kepada murid- murid dan usaha ini dapat
menggalakkan para pelajar untuk berfikir jawapan dengan kritis.
Walaupun terdapat beberapa kekuatan dalam pengajaran mikro yang kami
laksanakan tetapi kelemahan muncul juga dalam proses ini. Kelemahan yang boleh
dikatakan ialah penggunaan masa yang lama iaitu 6 minit. Sebenarnya, rancangan kami
dalam melaksanakan tugasan ini adalah hanya 5 minit tetapi 1 minit yang telah bertambah
merupakan kelemahan kami. Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran kami pada masa
yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran mikro ini, kami telah
berbincang agar menggunakan masa dengan tepat.
Secara rumusnya, kami telah mendapat banyak pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran mikro dengan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) sekali. Maka,
tugasan seperti ini amat membantu setiap guru pelatih dalam meningkatkan kualiti
pengajarannya di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai