Anda di halaman 1dari 2

PUTERI GUNUNG BANANG

OLEH

Raffarina Johny

(WIRA pulang ke rumah sambil membawa guni lalu berjumpa dengan TOBA dan BUDI. TOBA sedang
menjahit seluar yang koyak. BUDI masak nasi atas kayu api)

WIRA: Assalamualaikum. (sambil masuk ke rumah)

TOBA: Waalaikumussalam, adik ku Wira. Sudah pulang pun kau.

BUDI: Bagus kau sudah pulang Wira. Apakah hasil hutan yang kau dapat hari ini untuk kita.

WIRA: Ya Budi. Tidak banyak yang aku dapat hari ini hanya seikat ulam raja dan 2 batang ubi kayu
sahaja.

TOBA: Apa? Itu sahaja hasil yang kau dapat dari hutan. Mana cukup untuk kita bertiga.

WIRA: Toba, Budi. Aku kirakan hasil Hutan Likuran kini tidak banyak seperti dahulu. Jadi aku rasa aku
perlu masuk ke hutan di Gunung Banang. Khabar dari orang kampung hasil hutannya banyak. (Toba dan
Budi terkejut mendengar)

TOBA: Hahaha ada-ada saja kau Wira. Adakah kau yakin mahu ke sana. Adakah kau lupa situ ada orang
bunian.

BUDI: Betul itu Wira. Barangkali kau tidak pulang setelah masuk ke hutan Gunung Banang. Nanti siapa
yang akan cari makanan untuk kita. (tegas)

WIRA: Insyaallah aku tidak akan apa-apa. Esok pagi selepas subuh aku ke sana.

BUDI: Ah sukahati kau Wira jika berlaku apa-apa pada kau, jangan salahkan aku.

TOBA: Benar kata Budi itu. Kau sendiri cari masalah kelak kau jangan cari kami.

(TOBA sambung jahit seluar. BUDI pergi mengambil hasil hutan WIRA dalam guni)
Begini lah nasib diriku yang malang

Oh Tuhan

Hidup ku miskin dan hina

(WIRA masuk ke hutan Gunung Banang dengan kepenatan setelah mencari hasil hutan)

WIRA: Aduh, penatnya aku. (sambil mendaki dan termengah-mengah).

Eh. Di situ ada gua. Baik aku berehat di sana. Hari pun sudah senja.

Wahh. Nyamannya sudah duduk berehat di sini. (sambil kipas kipas dan duduk bersandar)

PUTERI GUNUNG BANANG:

Oohh gunung

WIRA: Merdunya suara itu. Dari manakah suara itu datang agaknya ya.