Anda di halaman 1dari 8

1.

SINOPSIS
Pak Sapar ialah seorang nelayan yang hidup dengan penuh keperitan dan
kemiskinan. Kehidupan mereka yang ala kadar itu bertambah payah apabila tiba
musim tengkujuh menyebabkan dia tidak dapat turun ke laut menangkap ikan. Pak
Sapar juga berusaha untuk meminta bantuan daripada saudara maranya tetapi
kehidupan mereka pun sama sepertinya jua. Akhirnya, Pak Sapar meminta bantuan
daripada Mutthu. Mutthu pula seorang sering menabur janji tanpa berniat pun untuk
menolong Pak Sapar. Suatu hari, Pak Sapar meminta bantuan kewangan daripada
Muthu tetapi permintaanya telah ditolak oleh Mutthu. Dengan rasa kesal seakan-
akan dipermainkan, Pak Sapar marah sehingga berkata tanpa niat hendak membakar
kedai Mutthu dan membunuhnya. Kemudian dia pun balik ke rumah. Setibanya dia
di rumah, dia berasa sangat menyesal lalu memberitahukan hal itu kepada isterinya.
Isterinya memahami perasaan suaminya menyuruh supaya dia meminta maaf. Pada
keesokan harinya, dia memohon maaf kepada Mutthu dan Mutthu pula telah
memberikan wang sejumlah RM 300/- kepada Pak Sapar. Tanpa menyedari
muslihat Mutthu, Pak Sapar terkejut kerana dia ditahan oleh polis dan dipenjara
kerana tuduhan mengugut. Anak sulungnya, Syukur berasa sangat sedih akan
keadaan nasib bapanya yang dianiaya, maka dia berusaha untuk melepaskan
bapanya dari penjara. Untuk itu, Syukur cuba mendapatkan kerja agar dapat
mengupah seorang peguam bagi melepaskan tuduhan ke atas bapanya. Akhirnya
tanpa ragu-ragu Syukur telah menerima bantuan rakannya Munif untuk menghantar
sebungkus hadiah kepada kawannya di Kuala Terengganu. Malang bagi Syukur, dia
tidak tahu akan kandungan bungkusan itu dan dia tertangkap. Rupa-rupanya
bungkusan itu berupa dadah yang mengheratnya ke tali gantung. Syukur berasa kesal
kerana dia tidak dapat membantu bapa, emak dan adik-adiknya. Akhirnya takdir
telah menjadikan Syukur orang penjenayah dan pesalah.

2. KONFLIK
• Keperitan dan kemiskinan hidup menyebabkan kehidupan seseorang itu tertekan.
• Mutthu yang tidak bertimbang rasa dan kedekut membawa bencana hidup orang
lain.
• Syukur berasa bertanggungjawab kepada keluarga sanggup melakukan apa sahaja
untuk membantu keluarganya.

3. MESEJ
• Manusia hendaklah bersikap sabar dalam menerima dugaan dan cabaran hidup.
• Sikap tidak bertimbang rasa dan kedekut adalah sikap yang tidak baik
• Berhati-hati dan tanamkan sifat curiga apabila diminta melakukan sesuatu
pekerjaan yang ringan tetapi memperoleh pendapatan yang lumayan.
• Berfikir sebelum bertindak bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari.
• Dadah boleh membawa maut bukan sahaja penagih tetapi juga kepada setiap
individu sama ada menanam, membawa, dan mengedar.
• Kita tidak boleh menghukum seseorang itu jahat kerana adakala seseorang itu
bertindak mengikut keadaan.
4. LATAR
- segmen 1 berlaku di ruang tamu rumah
- segmen 2 berlaku di kedai makan di kampung Nelayan
- segmen 3 berlaku di rumah
-segmen 4 berlaku di rumah
- segmen 4 berlaku di tepi jalan
-segmen 5 berlaku di dalam penjara

5. WATAK & PERWATAKAN


i) Pak Sapar 
Seorang lelaki yang berusia lewat 40, bekerja sebagai nelayan di sebuah kampung.
Dia sudah beristeri mempunyai tujuh orang anak yang berusia di antara 14 hingga 23
tahun. Dia seorang yang miskin tetapi bertanggungjawab terhadap keluarganya dan
berusaha untuk menyara keluarga. Dia bersifat kurang sabar apabila terlalu
menghadapi tekanan dan desakan hidup. Walaubagaimana pun, Pak Sapar juga
seorang yang mudah menyesali akan perbuatannya yang salah.

ii) Zakiah
Zakiah ialah isteri kepada Pak Sapar yang berusia pertengahan 40. Seorang isteri
yang setia, lemah lembut dan penyayang. Dia mengharapkan agar Pak Sapar dapat
mengawal perasaan marahnya itu. Zakiah begitu terkejut setelah mendapat berita
akan penangkapan suaminya. Dia sangat yakin bahawa suaminya tidak bersalah
untuk mengugut Mutthu.

ii) Syukur
Anak sulung bagi Pak Sapar dan Zakiah. Syukur baru berusia 23 tahun. Dia tidak
bekerja hanya membantu bapanya ke laut menangkap ikan. Seorang yang
bertanggungjawab kepada keluarganya tetapi naif. Dia berasa sedih apabila
mendapati bapanya bersalah atas tuduhan mengugut. Dia sanggup menerima
tugasan yang diberikan oleh rakannya untuk menghantar suatu bungkusan kepada
kawannya yang berada di Kuala Lipis setelah dijanjikan akan dibayar dengan upah
yang lumayan. Malangnya Syukur telah dianiaya oleh kawannya sendiri demi
kepentingannya.

iii) Mutthu
Taukeh berbangsa india yang kaya seusia Pak Sapar. Dia seorang yang kurang mahir
berbahasa Melayu. Dia sudah lama bermastautin dan membuka kedai di kampung
Pak Sapar. Seorang yang tidak bertimbang rasa, sombong, mementingkan diri dan
kedekut. Dia sanggup menganiaya Pak Sapar demi kepentingan dirinya. Dia telah
merancang untuk mengenakan tuduhan palsu kepada Pak Sapar.

iv) Munif
Seorang pemuda yang seusia Syukur dan seorang pengedar dadah. Syukur percaya
kepadanya tetapi Munif mengambil kesempatan untuk mempergunakan Syukur
dalam menangani masalah Syukur demi kepentingannya sendiri. Munif telah
menyuruh Syukur untuk menghantar suatu bungkusan ke Kuala Lipis dan dia akan
diupah dengan bayaran lumayan.
PENGENALAN
MUZIK : MUZIK PENGENALAN .... UP .... UNDER...

J/HEBAH

Para pendengar sekalian kami daripada kumpulan seni warisan pelajar tingkatan 3
SMK Setia Wangsa Kuala Lipis Pahang dengan ini mempersembahkan sebuah drama
bertajuk : TERJEBAK yang menceritakan tentang sebuah keluarga yang susah
mencari jalan untuk melepaskan diri daripada kesempitan hidup. Anak sulung
keluarga ini bernama Syukur, seorang pemuda yang naif dan baik mencari jalan
untuk menyelamatkan ayahnya yang di tangkap polis akibat teraniaya oleh seorang
lelaki berbangsa india yang kaya raya . Dapatkah Syukur menyelamatkan musibah
yang menimpa ayahnya? .Selamat mengikuti. 

BABAK 1 TEMPAT RUANG TAMU RUMAH


BERHAMPIRAN PANTAI.
WATAK : PAK SAPAR DAN MAK KIAH

1. MUZIK : (MUZIK SELINGAN) ... SERULING DAN OMBAK LAUT

2. ARAHAN : IBUBAPA SYUKUR SEDANG BERBUAL-BUAL DI RUMAH 

3. ZAKIAH : ( MEMANGGIL) bang... kenapa abang termenung ni...

4. PAK SAPAR : ( MENGELUH ) Oh....!!! tak adalah Kiah, eh... Syukur mana Syukur,
tak nampak batang hidung anak tu.Yang lain-lain masih di sekolah ke?

5. ZAKIAH : Ya.... bang, Syukur, entahlah bang, tadi katanya ada kawannya mengajak
dia ke bandar, untuk mencari kerja.

6. PAK SAPAR : Eloklah itu, nak temankan abang pun payah juga.Kiah, abang ni
berfikir-fikir sudah dua minggu abang tak ke laut. Bila sahaja musim tengkujuh risau 
abang dibuatnya.

7. ZAKIAH : (MEMUJUK) Sabar ye bang! Kiah bukan tak nak abang ke laut, tapi...
bang, Kiah risau dengan keselamatan abang. Cuaca pada masa ini tak menentu.

8. PAK SAPAR : Abang ingat hendak ke lautlah, subuh esok! Mudah – mudahan laut
tak bergelora lagi.

9. ZAKIAH : (MELARANG ) Eh... bang, janganlah bang, Kiah tak kira, bang, abang
janganlah pergi. Janganlah bang, Kiah takut macam kejadian dua minggu lepas.
10. PAK SAPAR : Ajal maut di tangan Tuhan Kiah. Bukan kita yang menentukan. 

11. ZAKIAH : Itu Kiah tahulah bang... tapi kalau laut bergelora pun takkan hendak
diredah jua. Kerana abang degil, sikit lagi perahu abang terbalik. Janganlah pergi
ya... bang... ya...

12. PAK SAPAR : Kiah... kiah ... abang risaulah, simpanan makanan kita semakin
merosot, duit pun tinggal berapa ringgit sahaja, abang ada jua minta tolong daripada
abang Leman dan kak Biah, tapi mereka pun susah macam kita jua.

13. ZAKIAH : Sabarlah bang ... 

14. PAK SAPAR : Kiah, kalau macam itu, abang fikir esok abang mahu cuba lagi
pinjam duit daripada si Mutthu. Esok abang ke sana.

15. ZAKIAH : Suka hati abanglah.

TIRAI TUTUP
BABAK 2 .DI KEDAI MAKAN KAMPUNG
WATAK : PAK SAPAR DAN TAUKEH MUTTHU

16. MUZIK : MUZIK SELINGAN

17. ARAHAN : PADA KEESOKKAN HARINYA PAK SAPAR BERADA DI MAKAN


KAMPUNG BERJUMPA MUTTHU 

18. PAK SAPAR : Selamat pagi MUTTHU !

19. MUTTHU: Oh.... Sapar, selamat pagi. Mahu beli makan apa Sapar?

20. PAK SAPAR : Tak ada apa-apalah taukeh, saya ada hajat!

21. MUTTHU : Hajat apa itu, Sapar? Kau mahu pinjam wang ke?

22. PAK SAPAR : Yalah... MUTTHU, tolonglah MUTTHU, saya mahu pinjam wang!

23. MUTTHU : A... ya! hari ini saya mana ada ‘cash’ lah Sapar. Esok kau datang
lagilah.

24. PAK SAPAR : Bolehlah Mutthu.

25. MUTTHU : Tiadalah, Sapar.

26. PAK SAPAR : (MERAYU) Tolonglah MUTTHU, jangan itu macam, hari minggu,
kau kata tiada, kelmarin saya datang, kau kata pun itu macam juga. Kenapa kau tidak
mahu tolong saya ke?

27. MUTTHU : Bukan begitulah Sapar, saya betul-betul tidak ada wang.

28. PAK SAPAR : (MARAH DAN GERAM) .... mentang-mentang kau sudah kaya,
mula macam hidung tinggi, tidak apalah, kau lihatlah nanti ... lihatlah kalau sudah
aku senang, kau punya kedai aku bakar dan kau aku bunuh. 

29. : (MARAH DAN MENJERIT) A... ya, esok kau datanglah.

30. MUTTHU: Ini orang betul-betul sudah gila. 

TIRAI TUTUP
BABAK 3 . SUASANA DI RUMAH
WATAK : PAK SAPAR DAN ISTERI

31. MUZIK : MUZIK SELINGAN

32. ARAHAN : PAK SAPAR BERADA DI RUMAH BERSAMA ISTERINYA.

33. PAK SAPAR : (MEMANGGIL DAN MENJERIT) Kiah ... oh ... Kiah....

34. ZAKIAH : (TERKEJUT) Eh.... abang! kenapa ini bang! Astagafirullahalazim..

35. PAK SAPAR : (MENGELUH) .... Ah, entahlah Kiah, ambilkan abang air segelas.

36. PAK SAPAR : (MINUM) Menyesal abang Kiah. Apa dah jadi dengan abang ini?

37. ZAKIAH : Kenapa bang? Abang bergaduh ke? Dengan siapa bang?

38. PAK SAPAR : (MENGELUH) Ya... Kiah, dengan si Mutthu

39. ZAKIAH : (MENGELUH) Ah...! Kenapa bang? tak elok kita bergaduh tinggal
sekampung, eloklah abang minta maaf.

40. PAK SAPAR : Ya.. Kiah, abang benar-benar marah tadi. Abang menyesal dengan
apa abang kata pada si Ah Wong tadi. Esok abang akan minta maaf daripadanya.

41. ZAKIAH : Eloklah tu bang.

TIRAI TUTUP
BABAK 4 .DI RUMAH
42. MUZIK : MUZIK SELINGAN 

43. ARAHAN : ZAKIAH SAMBIL MENANGIS MEMBERITAHU SYUKUR AKAN


KEADAAN BAPA SYUKUR 
YANG DITANGKAP SEMASA DIA INGIN MEMINTA MAAF KEPADA TAUKEH
WONG.

44. ZAKIAH : (MENANGIS) Mak tak percaya semua ini berlaku kepada kita, nak.
Bapamu akan dipenjara tiga tahun nak.

45. SYUKUR : Dahlah tu mak, sabarlah mak. Saya juga tidak percaya, takkanlah bapa
akan melakukan perkara tersebut. Sabarlah mak.

46. ZAKIAH : Polis-polis itu tak semestinya menangkap bapamu nak, kan tujuan
bapamu ke sana untuk meminta maaf sahaja.

47. SYUKUR ; Mak... mak... sabarlah mak. tapi kata polis bapa menerima wang 300
ratus ringgit daripada taukeh Mutthu, kononnya bapa mengugut, mak.

48. ZAKIAH : Tidak nak, mak tak percaya, mak memang tak percaya.

49. SYUKUR : Ya... mak, saya juga tidak percaya. janganlah mak risau. Kes bapa
dapat diulang bicara lagi tetapi kita kena mencari seorang peguam.

50. ZAKIAH : Di mana kita hendak mencari peguam nak, di mana? Hidup kita
sendiri pun payah, inikan cari peguam.

51. SYUKUR : Mak, janganlah mak sedih, saya akan ikhtiarkan untuk membebaskan
bapa.

TIRAI TUTUP
BABAK 5 . DI TEPI JALAN
52. MUZIK : SELINGAN MUZIK

53. ARAHAN : SYUKUR BERJUMPA DENGAN KAWANNYA MUNIF. MUNIF


BERJANJI AKAN MEMBANTU SYUKUR MENGATASI MASALAH
KELUARGANYA.

54. SYUKUR : Sedari tadi aku menunggu engkau. Ke mana sahaja engkau Munif. Aku
ada hal nak cakap dengan engkau.

55. MUNIF : Sorilah, aku ada hal tadi. Kenapa engkau cari aku. Pasal kerja ke? Aku
dengar bapa engkau kena tangkap polis.
56. SYUKUR : Yalah, Munif, aku risaulah. Emak asyik menangis sahaja dan aku
mahu bebaskan bapa aku, tapi mana aku mahu cari duit. Aku pun tahu aku biasanya
tolong bapa aku ke laut tapi sekarang kan musim tengkujuh. 

57. MUNIF : Aku boleh tolong engkau tapi ... pada masa ini aku sangat sibuk. 

58. SYUKUR : Tolonglah Munif ... kerja apa sahaja. Aku risau lihat emak appatah lagi
bila ingatkan bapa. Engkau kata tempoh hari awak boleh tolong aku.

59. MUNIF : Baiklah, aku tolong engkau. Awak tolong aku hantarkan suatu
bungkusan kepada kawan aku yang tinggal di Kuala Lipis itu. Upahnya memang
lumayan.

60. SYUKUR : Apa barangnya itu, Munif?

61. MUNIF : (KETAWA) Ha...ha...jangan risau, itu hanya hadiahlah. 

62. SYUKUR : Baiklah Munif, mana barangnya?

63. MUNIF : kejap ya... saya akan bawakan ke sini. (LANGKAH KAKI BERBUNYI
MENJAUH SERTA TERDENGAR BUNYI SIREN KERETA DI TUTUP DAN
LANGKAH KAKI MENDEKAT)

64. MUNIF : Nah... ini barangnya dan alamatnya. Berhati-hati mahal itu. Nanti aku
beritahu kepada kawan aku yang engkau yang menghantar barang itu.

65. SYUKUR : Baiklah Munif, terima kasih.

66. SAYUP-SAYUP KEDENGARAN BUNYI SIREN POLIS SEMAKIN MENDEKAT.

TIRAI TUTUP
BABAK 6 .PENJARA
67. MUZIK : MUZIK SELINGAN

68. ARAHAN : SYUKUR BERADA DI DALAM PENJARA UNTUK DIKENAKKAN


HUKUMAN GANTUNG

69. SYUKUR : (MENANGIS TERSEDU-SEDU) Ampunkan Syukur mak kerana


menambah penderitaan mak….mak….mak……mak …sampai hati kau Munif.

70. MUZIK : MUZIK PENUTUP UP... UNDER ....


71. J/HEBAH : Para pendengar sekalian, begitulah tadi kita telah sama-sama
mengikuti drama bertajuk: TERJEBAK. Drama tadi telah dijayakan oleh KAMI SENI
ANAK WARISAN .PROGRAM SELEPAS PT3. SEKIAN TERIMA KASIH.

Sekian,
Terima kasih.