Anda di halaman 1dari 11

International Journal of the Malay World

Ku Hasnita
and Civilisation
Ku Samsu, (Iman
Adlina
) 1(1),
Ab Halim
2013: 55
& Mohd
- 65 Hafiz Sulaiman 55

Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa

KU HASNITA KU SAMSU, ADLINA AB HALIM & MOHD HAFIZ SULAIMAN

ABSTRAK

Dewasa ini, bahasa Melayu di bumi Malaysia dilihat seperti kurang bermaya dan diperkecil oleh bangsa sendiri.
Buktinya dapat dilihat apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih memartabatkan bahasa
Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung
ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan
menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Oleh yang demikian, timbul beberapa persoalan mengenai nasib bahasa
Melayu di bumi sendiri sekiranya institusi yang berpaksikan budaya intelektual juga turut menganaktirikannya.
Mampukah bahasa yang pernah menempa kegemilangan pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini
bersaing di persada antarabangsa? Justeru, makalah ini akan mengupas secara mendalam dan tuntas mengenai
persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak bermaksud untuk menafikan realiti keperluan
menguasai ilmu pengetahuan melalui bahasa Inggeris, malah agenda yang perlu diberi penekanan adalah
memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Kata kunci: bahasa Melayu, keupayaan bahasa Melayu

ABSTRACT

Nowadays, Malay language in Malaysia is seen as less alive and been scaled down by its own race. The proof of
discrediting the language can be seen particularly at Private Institutions of Higher Learning (IPTS) where English
language is being upheld than the Malay language. While, the Public Institutions of Higher Learning (IPTA) also
seem likely tend to espouse the English language when the Teaching and Learning (T&L) sessions were required to
be held in it. Therefore, a few questions arise on the fate and the survival of the Malay language on its own land if the
intellectual institutions start deserting it. Can the language which once forged glory in the era of Malacca Sultanates
compete on the international plane? Hence, this article will delve thoroughly and comprehensively on the subject
matter. However, this writing does not mean to deny the reality of the need to acquire knowledge through the English
language, but at the same time, upholding the Malay language and strengthening the English language stays as an
ultimatum.

Key words: Malay language, Malay language ability

PENDAHULUAN itu, pencemaran bahasa juga adalah berleluasa


seperti dalam khidmat pesanan ringkas (SMS),
‘Bahasa Jiwa Bangsa’, ‘Bahasa Menunjukkan ruangan sembang dalam Internet, penulisan blog
Bangsa’, ‘Maju Bahasa Maju Bangsa’ merupakan dalam Internet, laman sosial dalam Internet,
sebahagian daripada kata-kata hikmat yang berkait penggunaan bahasa rojak dan sebagainya lagi.
dengan ‘bahasa’ sekali gus menggambarkan Bayangkanlah sekiranya orang asing yang
perkaitan rapat antara ‘bahasa’ dan ‘bangsa’. menyaksikan pemandangan bahasa yang tidak sihat
Dengan erti kata lain, maruah bangsa juga tertakluk ini dan membaca blog yang dipenuhi dengan bahasa
kepada bahasa. Apabila bahasa sesuatu bangsa itu rojak, ayat-ayat yang kasar serta menggunakan
diperkotak-katikkan, maka goyahlah bangsa. kependekan yang melampau. Apakah reaksi dan
Demikianlah akrabnya ‘bahasa’ dan ‘bangsa’. persepsi mereka terhadap bangsa Melayu dan
Namun kata-kata hikmat ini hanyalah sekadar hiasan bahasa Melayu yang bertaraf bahasa kebangsaan?
semata-mata tanpa dikuatkuasakan pengertian Berkemungkinan pandangan negatif akan tercetus
sebenarnya. Buktinya dapat di telusur melalui di benak mereka. Siapakah yang harus
penggunaan bahasa Inggeris yang melampau seperti dipertanggungjawabkan? Justeru semua pihak yang
di papan-papan iklan, nama premis perniagaan, nama memegang taraf warganegara Malaysia tanpa
jalan, nama bangunan dan sebagainya lagi. Selain mengira etnik seharusnya memikul tanggungjawab
56 Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

untuk mendaulatkan dan memelihara maruah bahasa yang menyatakan istilah Melayu berasal daripada
Melayu daripada terus tercemar. Ini kerana setiap perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku
warganegara bumi bertuah ini mestilah memperakui penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari
dan mempraktikkan Perkara 152, Perlembagaan Jawa Timur di Hulu Jambi bersempadan dengan
Persekutuan yang memperuntukkan bahawa bahasa Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah
Melayu adalah bahasa kebangsaan. Walau prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Tujuan prasasti
bagaimanapun, dalam keadaan kedudukan bahasa itu dibina adalah sebagai tanda peringatan kepada
Melayu yang berimej lesu dan dipandang sepi pada satu ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke
masa kini, sebenarnya terdapat sejarah gemilang daerah Malayu pada tahun 1286. Dalam konteks
keagungan bahasa tersebut pada zaman lampau. Hal ini, ‘pamalayu’ bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu
ini dibuktikan melalui kemampuan bahasa Melayu penyerangan dan seterusnya penguasaan ke atas
menjadi bahasa antarabangsa dan lingua franca negeri Malayu.
pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan kepada pengertian di atas, jelas
Malah, sebelum zaman Kerajaan Kesultanan Melayu menunjukkan bahawa kerajaan dan negeri Melayu
Melaka, bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa telah wujud sekian lama. Oleh yang demikian, sudah
utama bagi kerajaan Srivijaya yang luas jajahan pasti bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi
takluknya. Situasi ini menunjukkan bahawa adalah bahasa Melayu. Tambahan pula kerajaan-
keagungan dan kehebatan maruah bahasa Melayu kerajaan tersebut terletak di sekitar Kepulauan
suatu ketika dahulu sepatutnya menjadi momentum Indonesia. Hal ini sejajar dengan kajian Asmah Omar
kepada pendaulatan dan pengantarabangsaan bahasa (2008) yang mendapati bahawa kawasan bahasa
Melayu pada masa kini. Melayu adalah menganjur dari kawasan pergunungan
di Taiwan menyusur ke selatan hingga ke New
Zealand, dan dari Madagascar di luar pantai timur
ASAL USUL BAHASA MELAYU Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Dengan keanggotaannya dalam rumpun
Terdapat sarjana yang mengkaji asal usul bahasa Austronesia, bahasa Melayu bukan sahaja
Melayu melalui kewujudan penempatan orang mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan bahasa-
Melayu. Umpamanya, Abdul Rashid Melebek dan bahasa yang berdekatan dengannya, tetapi
Amat Juhari Moain (2011) menyatakan ada pendapat mempunyai perkaitan juga dengan bahasa-bahasa
yang mengaitkan perkataan Melayu dengan Malayu, di Lautan Pasifik seperti bahasa Hawaii, Samoa, Fiji
iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di muara Jambi. dan Maori, bahasa Malagasi di Madagascar dan
Kerajaan ini muncul pada abad ke-7 (644M) dan bahasa-bahasa di kawasan pergunungan di Taiwan.
pernah dilawati oleh I. Tsing pada 671M. Nama Bahasa Melayu merupakan satu daripada sejumlah
Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada besar bahasa yang tergolong dalam rumpun
nama sebatang sungai yang terletak di situ, iaitu Austronesia. Bahasa-bahasa yang menganggotai
Sungai Malayu atau Melayu. Istilah Melayu rumpun ini tersebar dalam kawasan yang meliputi
mempunyai pengertian yang sama dengan ‘lari’ hampir separuh muka bumi yang sebahagian
dalam bahasa Jawa. Mengikut cerita, air sungai besarnya adalah lautan.
tersebut terlalu deras arusnya, selaju orang berlari.
Itulah sebabnya sungai tersebut dinamakan sebagai
Melayu. SEJARAH PASANG SURUT BAHASA
Menurut Slametmuljana dalam Armin Azhari MELAYU SEHINGGA MERDEKA
Saleh (2011), istilah Melayu ditulis sebagai Mo-lo-
yeu yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Istilah Peranan bahasa Melayu sebagai wahana
ini dijumpai buat pertama kalinya dalam tulisan China perhubungan telah bermula sejak zaman praIslam,
pada tahun 644M atau 645M. Tulisan itu menyebut iaitu sekitar tahun 682 Masihi. Hal ini dapat dibuktikan
perihal orang Mo-lo-yeu yang menghantar utusan melalui penemuan prasasti-prasasti yang
ke China untuk menghadiahkan hasil bumi kepada mencatatkan teks Melayu tertua di Kedukan Bukit
maharaja negara tersebut. Dipercayai bahawa orang (683M), di Talang Tuwo (684M), di Kota Kapor
Mo-lo-yeu tersebut datang daripada sebuah kerajaan (686M) dan di Karang Brahi (686M) (Syed Zulfida
yang terletak di Jambi. 2006). Keadaan ini menunjukkan bahawa bahasa
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain Melayu pernah menjadi bahasa utama bagi kerajaan
(2011) juga turut mengatakan bahawa ada pendapat Srivijaya yang luas jajahan takluknya. Malah,
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman 57

menurut pandangan Noresah Baharom yang dipetik mampu diketengahkan sebagai bahasa perhubungan
dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011), bahawa di peringkat antarabangsa.
bahasa Melayu juga pernah dijadikan sebagai bahasa Selain itu, kebangkitan Melaka sebagai pusat
untuk mengajarkan agama Hindu pada zaman penyebaran Islam juga telah menjadi serampang dua
praIslam tersebut walaupun dalam lingkungan yang mata kepada perkembangan bahasa Melayu apabila
terhad. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahasa tersebut berperanan sebagai bahasa dakwah
bahasa Melayu telah memainkan peranan penting antara pendakwah dengan golongan yang
dalam kehidupan masyarakat semenjak zaman didakwahkan. Golongan pendakwah itu sendiri
praIslam lagi. sebenarnya adalah dalam kalangan pedagang
Seterusnya, bahasa Melayu telah mencipta daripada negara Timur Tengah, manakala golongan
kegemilangan yang luar biasa sekitar abad ke-13 yang didakwahkan adalah terdiri daripada penduduk
iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu tempatan dan para pedagang asing yang singgah di
Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi sebagai pelabuhan Melaka. Apabila bahasa Melayu dijadikan
lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara sebagai medium penyebaran Islam, ini bermakna
penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi para pendakwah yang merangkap sebagai pedagang
urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang itu mestilah mempelajari bahasa Melayu sebelum
dari seluruh pelosok dunia yang berhajat untuk menjalankan misi dakwah mereka. Pembelajaran
singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan bahasa Melayu oleh pendakwah yang merangkap
kegiatan perdagangan mestilah pandai bertutur dalam sebagai pedagang ini adalah sangat penting sebagai
bahasa Melayu. usaha untuk menarik minat orang ramai terutamanya
Di samping itu, bahasa Melayu juga penduduk tempatan untuk menganuti dan mendalami
berkemampuan menjadi bahasa antarabangsa agama Islam. Hal ini adalah kerana sesuatu ilmu
apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan yang hendak disampaikan itu mestilah melalui bahasa
diplomatik antara Melaka dengan negara-negara yang mudah difahami oleh golongan yang
asing seperti negara China. Dalam konteks ini, mendengarnya.
keperluan mengetahui dan memahami bahasa- Selain itu, peranan bahasa Melayu dalam
bahasa asing telah mendapat ‘perhatian diraja’ pada menyebarkan ajaran Islam juga telah membuka
zaman Dinasti Ming apabila jawatankuasa jurubahasa lembaran baharu kepada pengembangan kosa kata
(Da Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi bahasa tersebut. Menurut pendapat Noresah
kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar Baharom yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul
negara. Mengikut Liang Liji yang dipetik dalam Rasid (2011) bahawa kenyataan ini dapat dibuktikan
Awang Sariyan (2011), terdapatnya Tong Shi atau melalui kewujudan perkataan-perkataan baharu
jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa yang mengungkapkan konsep tauhid, syariah,
kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua undang-undang dan tasawuf, umpamanya perkataan
orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu, wajib, sunat, hukum, harus, kitab, qadhi, subuh dan
iaitu seorang untuk Melaka dan seorang lagi untuk sebagainya lagi. Keadaan yang berlaku ini
Sumatera. Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun menunjukkan proses yang positif dan dinamik ke arah
1405, Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu itu
akademi bahasa yang dikenal sebagai Si Yi Guan sendiri. Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa
(Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara pemerkasaan bahasa Melayu telah terbukti
Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan buah dilaksanakan pada zaman Kesultanan Kerajaan
jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu Melayu Melaka. Buktinya dapat dianalisis melalui
dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam beberapa elemen pemerkasaan bahasa Melayu (Teo
yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain- Kok Seong 2011) yang telah berjaya dipenuhi, iaitu:
lain). Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 1) Penutur Bahasa Melayu: Dalam konteks ini,
400 tahun, dan dilanjutkan dalam Dinasti Qing yang penutur bahasa Melayu di Melaka telah
menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya mencatatkan perkembangan dari semasa ke
diubah pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan. semasa sejajar dengan perkembangan pesat
Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam
Candu pada tahun 1840, sesudah Dinasti Qing di sana. Justeru, semakin ramai penutur
menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji dalam sesuatu bahasa itu, maka semakin kuat dan
Awang Sariyan 2011). Dengan demikian jelaslah berwibawalah bahasa berkenaan.
bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang
58 Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

2) Kekuatan Ekonomi Bangsa atau Masyarakat digunakan secara terhad iaitu apabila mengeluarkan
Penutur: Jika dilihat dari aspek ini, notis-notis penting kepada orang ramai sahaja.
sememangnya para penutur bahasa Melayu Dalam konteks ini, kesemua empat bahasa utama
pada zaman kegemilangan Melaka adalah digunakan, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan
terdiri daripada pedagang dan penduduk Tamil dengan menggunakan sistem tulisan masing-
tempatan. Malah sebahagian besar daripada masing. Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi, bahasa
penduduk tempatan terutama golongan Inggeris dengan tulisan Rumi, bahasa Cina dengan
bangsawan Melayu adalah terdiri daripada tulisan Cina dan bahasa Tamil dengan tulisan Tamil.
pedagang. Hal ini menunjukkan bahawa Manakala di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
kedudukan bahasa Melayu sangat kukuh (Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan)
pada masa ini, memandangkan bahasa serta di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka
tersebut telah digunakan secara meluas bagi dan Singapura) pemerintahan dijalankan dengan
aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Namun,
antarabangsa. bahasa Melayu telah digunakan di kawasan-kawasan
yang bukan ibu negeri. Senario yang sama turut
Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa berlaku di Sabah, Sarawak dan Brunei (Asmah
Melayu selepas keruntuhan Kerajaan Kesultanan Omar 2008: 32). Selain itu, pegawai-pegawai
Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis Inggeris yang bertugas di jabatan-jabatan kerajaan
(1511-1640) dan Belanda (1640-1820), didapati pada ketika itu wajib lulus dalam bahasa Melayu
bahawa bahasa tersebut tetap digunakan dalam untuk disahkan dalam jawatan. Hal ini menunjukkan
hubungan antara pemerintah (penjajah) dengan bahawa pada peringkat awal penjajahan, Inggeris
rakyat, barangkali dengan perantaraan jurubahasa. tidak terburu-buru dalam menguatkuasakan
Jika tidak, komunikasi tidak mungkin berlaku antara penggunaan bahasa Inggeris dalam semua aspek
pemerintah (penjajah) dengan rakyat. Dalam konteks kehidupan. Dalam hal ini, Inggeris telah
ini, bahasa Portugis dan Belanda juga turut menggunakan pendekatan psikologi dalam proses
digunakan, namun secara terhad yang melibatkan penguatkuasaan bahasa tersebut bagi mengelakkan
urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah penentangan besar-besaran orang Melayu. Itulah
(penjajah) itu sendiri (Asmah Omar 2008: 31). sebabnya penguatkuasaan bahasa tersebut dijalankan
Malah, ketika ini juga bahasa Melayu juga digunakan secara beransur-ansur dan terancang.
sebagai alat surat-menyurat dalam kalangan raja Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada
Melayu di sekitar Selat Melaka dengan penguasa tahun 1941 menandakan bermulanya Perang Dunia
Eropah. Ahli bahasa terkenal, W.G. Shellabear, Kedua. Ketika ini Jepun telah mengambil alih
misalnya telah mengkaji dan menerbitkan enam pemerintahan Tanah Melayu daripada Inggeris.
pucuk surat penting, termasuk surat tulisan raja Nasib bahasa Melayu pada masa ini juga agak
Acheh dalam bahasa Melayu pada permulaan abad menyedihkan apabila dasar Jepun memaksa rakyat
ke-17. Surat itu diutus kepada pejabat Belanda- Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan
Inggeris yang datang ke Acheh kerana hendak kebudayaan Jepun sekali gus mengancam adat
mendapatkan keizinan raja untuk berdagang di istiadat dan kebudayaan orang Melayu. Institusi
daerah tersebut (lllias Zaidi 2011: 9). Ini bermakna pendidikan Jepun diperkenalkan dengan
pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa
masih digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat pengantar. Namun, situasi ini tidak mengambil masa
jelata, bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran. Hal yang lama, hanya 3 tahun 6 bulan sahaja apabila
demikian memaparkan kewibawaan dan kemampuan tentera Jepun berundur daripada Tanah Melayu.
bahasa Melayu sekalipun dalam cengkaman penjajah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Inggeris
Namun, situasi ini berbeza pada zaman kembali semula ke Tanah Melayu. Kali ini
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada awal abad penguatkuasaan bahasa Inggeris dilakukan secara
ke-201 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai agresif. Buktinya, orang tempatan diarah
bahasa utama. Sebelum Perang Dunia Kedua menggunakan bahasa Inggeris dan menyanjung
meletus, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu budaya Inggeris. Dari segi pentadbiran, pegawai-
(Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor) pegawai Inggeris yang tiada pengetahuan dalam
yang berada di bawah pemerintahan Inggeris bahasa Melayu telah dilantik. Menurut Nik Safiah
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan Karim yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid
pemerintahan masing-masing. Bahasa Inggeris pula (2011), bahawa dasar turut digubal agar bahasa
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman 59

Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam sistem melambangkan cara berkomunikasi rakyat tetapi
persekolahan. Malah, kelulusan bahasa Inggeris juga juga melambangkan emosi dan minda yang
diperlukan sebagai syarat kenaikan pangkat atau terkandung di dalam bahasa itu sendiri.
untuk menjadi pegawai. Kedudukan bahasa Melayu Selaras dengan semangat Penyata Razak 1956,
pada masa itu semakin merosot dan hanya menjadi rakyat dibenarkan mengikuti sistem persekolahan
bahasa pengantar untuk peringkat persekolahan rendah dan menengah yang berbeza. Pada peringkat
yang paling rendah. Selain itu, bahasa Melayu sekolah rendah, dasar kepelbagaian bahasa
menjadi bahasa perhubungan untuk golongan pengantar dibenarkan. Ini menyaksikan kewujudan
bawahan sahaja. Kewibawaan bahasa Melayu pada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular, demi
waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan memenuhi keperluan pembelajaran dalam bahasa
penjajah. Bahasa Melayu hilang maruah dan hala ibunda masing-masing. Seterusnya, pada peringkat
tuju. Namun keadaan mula berubah apabila berlaku sekolah menengah, dasar bahasa lebih ke arah
perjuangan mengangkat bahasa Melayu serentak penyeragaman bahasa pengantar bagi mewujudkan
dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada integrasi nasional berpaksikan bahasa Melayu. Pada
penjajah oleh para nasionalis yang terdiri daripada masa yang sama, sekolah menengah vernakular Cina
guru-guru Melayu, para wartawan, para sasterawan masih dikekalkan dalam sistem pendidikan
dan ahli-ahli politik. Perjuangan tersebut telah kebangsaan pada ketika itu. Sekolah menengah jenis
membuka lembaran baharu kepada nasib bahasa ini kemudiannya mengalami penyingkiran daripada
Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai sistem kebangsaan apabila Laporan Rahman Talib
Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka 1960 dibentangkan. Mengikut laporan ini, mana-
Tanah Melayu 1957 dan seterusnya termaktub mana sekolah menengah vernakular Cina yang
dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. enggan bertukar ke aliran kebangsaan secara
automatik tersingkir daripada sistem untuk
memastikan penyeragaman struktur pendidikan
DASAR BAHASA PASCA MERDEKA menengah negara (Tan Yao Sua 2012: 61).
Setelah Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu, dasar 1961 pula hanya memperakukan dua jenis sekolah
pelajaran kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 menengah dalam sistem pendidikan kebangsaan (Tan
telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Yao Sua 2012: 61). Pertama, Sekolah Menengah
pengantar utama untuk memupuk integrasi nasional Kebangsaan (SMK) yang menggunakan bahasa
dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini
berkait rapat dengan elemen keistimewaan dan jati mengajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
diri yang terkandung di dalam bahasa pertiwi wajib, manakala bahasa Cina dan Tamil diajar
tersebut. Akan tetapi, penggubalan dasar bahasa sebagai mata pelajaran hanya apabila mendapat
sebenarnya dihimpit oleh keperluan pembinaan permintaan daripada 15 orang ibu bapa pelajar.
negara berdasarkan konteks tempatan dan Kedua, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
perubahan global semasa. Justeru, dasar bahasa yang (SMJK) yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
digubal dari semasa ke semasa perlu bersifat bahasa pengantar. Di sini, pelajar didedahkan dengan
dinamik demi kelangsungan bahasa dan bangsa. bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib,
Penggubalan demi penggubalan dalam dasar manakala pengajaran bahasa Cina dan Tamil diajar
bahasa perlu dilakukan secara berhati-hati dan sekiranya mendapat permintaan.
berkompromi demi memenuhi tuntutan etnik yang Dasar penyeragaman bahasa ini mendapat
berbeza. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan tentangan meluas daripada golongan bukan Melayu,
perpaduan rakyat ditekankan oleh Penyata Razak terutamanya pendidik Cina yang bernaung di bawah
1956 demi membina identiti bangsa melalui Dong Jiao Zong, iaitu sebuah gabungan Persatuan
pendidikan. Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong) dan
buku Mohd.Taib Osman (2004), penyampaian ilmu Persekutuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina
secara berkesan hanyalah dapat dilakukan dalam (Dong Zong) (Tan Yao Sua 2012: 62). Malah,
bahasa ibunda kerana bahasa dapat memupuk menurut Asmah dalam Tan Yao Sua (2012),
perkembangan emosi manusia. Menurut beliau lagi, pergolakan bahasa dan politik perkauman ketika itu
Penyata Razak juga berjaya menanamkan semangat berakhir dengan tragedi rusuhan kaum 1969, hingga
cintakan Negara di kalangan masyarakat Malaysia. mengakibatkan penguatkuasaan bahasa Melayu
Oleh itu, bahasa Melayu bukan sahaja terpaksa dilakukan secara berperingkat-peringkat
60 Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

bermula dengan pelajar Tahun 1 di Sekolah Rendah pelajaran terlibat, Bahasa Inggeris, Sains dan
Jenis Kebangsaan Inggeris pada tahun 1970. Matematik (Berita Harian 4 November 2011).
Perkara ini jelas menunjukkan dasar-dasar bahasa Selain itu, dengan pemansuhan PPSMI, murid di
yang diperkenalkan sangat bersifat kompromi antara sekolah rendah kembali mengikuti pengajaran
dasar keseragaman bahasa pengantar dengan dasar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu di
kepelbagaian bahasa pengantar. Sikap berwaspada Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di Sekolah Jenis
perlu diambil sebagai langkah membendung Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di
keretakan hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Manakala
Menempuh arus globalisasi, dasar bahasa di sekolah menengah, bahasa Melayu akan
mengalami perubahan ketara dengan penekanan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik
semula penggunaan bahasa Inggeris. Bahasa dan Sains (Berita Harian 5 November 2011).
Inggeris diberi status bahasa pengantar bagi subjek Dengan MBMMBI, bahasa Melayu kembali menjadi
Sains dan Matematik pada tahun 2003 melalui dasar bahasa pengantar utama, lantas proses pendaulatan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik bahasa terjamin. Pelaksanaan dasar ini diharap
dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Senario ini menjadi agenda berterusan dan bukan lagi
menyaksikan percanggahan yang ketara dengan percaturan politik. Hal ini kerana pendidikan dan
Akta Pendidikan 1996 yang memperakukan bahasa bahasa merupakan kelangsungan negara yang perlu
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Hal ini dijaga rapi agar generasi akan datang terpelihara
jelas kelihatan dalam situasi pelajar menengah dan terus mendaulatkan negara.
Tingkatan Empat yang memasuki aliran Sains cuma
didedahkan dengan bahasa Melayu dalam tiga
subjek sahaja iaitu Sejarah, Pendidikan Islam dan KEUPAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
Pendidikan Moral. Tambahan pula, dasar PPSMI BAHASA ANTARABANGSA
ini hanya terlaksana terhadap pelajar Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Setelah menelusuri pencapaian bahasa Melayu pada
Sekolah Menengah Kebangsaan, yang selama ini zaman lampau, jelas terbukti bahawa bahasa Melayu
menjadi agen perpaduan dan pendaulat Bahasa pernah mencapai tahap gemilang apabila bahasa
Kebangsaan. Pengecualian PPSMI diberikan tersebut berperanan sebagai lingua franca merangkap
kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana Sains bahasa antarabangsa pada zaman Kesultanan
dan Matematik diajar dalam dwibahasa, iaitu bahasa Kerajaan Melayu Melaka. Senario ini memaparkan
Cina dan bahasa Inggeris (Tan Yao Sua 2012: 65). kewibawaan dan kemampuan bahasa tersebut
Hal ini sudah tentu akan memberi ruang penggunaan mengatasi bahasa lain yang wujud ketika itu seperti
bahasa Cina yang lebih kerana Dong Jiao Zong bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan sebagainya. Hal ini
senantiasa menekankan penerapan bahasa Cina dapat dilihat apabila para pedagang asing mesti
kepada pelajar seperti yang pernah berlaku dalam menggunakan bahasa Melayu apabila berurusan
lipatan sejarah. Pendaulatan bahasa Melayu juga dengan penduduk tempatan, bukannya penduduk
hanya kekal di dalam Perlembagaan Persekutuan tempatan mesti menggunakan bahasa Inggeris atau
tanpa sebarang usaha untuk memurnikan lagi bahasa bahasa-bahasa lain ketika berurusan dengan pedagang
pertiwi ini. Oleh yang demikian, isu pengukuhan asing. Begitu juga dengan hubungan diplomatik dengan
bahasa Melayu yang didukung selama ini oleh dasar China, bahasa Melayu tetap digunakan melalui
dan Akta Pendidikan Negara dilihat seolah-olah perantara jurubahasa. Sejarah kehebatan bahasa
diabaikan hingga dikhuatiri merobek integrasi Melayu ini sepatutnya menjadi pembakar semangat
nasional dan pendaulatan bahasa yang diidamkan. kepada usaha memperkasa dan mendaulatkan bahasa
Setelah hampir tujuh tahun mengguna pakai Melayu pada zaman sekarang. Dalam konteks ini,
PPSMI, kerajaan akhirnya mengambil keputusan tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu
memansuhkan dasar ini dan menggantikan dasar sebagai bahasa antarabangsa kerana keupayaan
tersebut dengan dasar Memartabatkan Bahasa bahasa Melayu telah terserlah dalam aspek-aspek
Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris berikut:
(MBMMBI) pada tahun 2009. Penukaran dasar ini
dilihat perlu kerana PPSMI telah menyebabkan Bilangan Penutur Bahasa Melayu
kerugian besar kepada pelajar, yakni 75 peratus murid
seluruh Malaysia didapati tergolong dalam kategori Jika dikaji daripada aspek jumlah penutur bahasa
pencapaian sederhana dan lemah dalam tiga mata Melayu, di dapati bahawa 3.4 peratus daripada 5700
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman 61

juta orang penduduk dunia, iaitu seramai 195 juta ilmu tersebut tidak berasal dari bahasa
orang adalah penutur bahasa Melayu di seluruh Inggeris sahaja. Selain itu, kegiatan
pelosok dunia pada tahun 1995. Berdasarkan jumlah penterjemahan ilmu daripada bahasa Melayu
tersebut, bahasa Melayu sebenarnya merupakan ke bahasa asing perlu giat dijalankan bagi
salah satu bahasa utama di dunia, malah turut menampakkan dominasi ilmu dalam bahasa
diisytiharkan sebagai bahasa dunia yang kelima. Kini, tersebut di samping dapat memperkasakan
jumlah penutur bahasa Melayu telah melebihi angka bahasa Melayu sendiri (Fauzilahyatun 2011).
250 juta orang. Menjelang tahun 2020, dijangkakan
jumlah penutur bahasa Melayu di seluruh dunia Pencapaian Bahasa Melayu di Arena
mencapai 300 juta orang daripada 7770 juta orang Antarabangsa
penduduk dunia yang melibatkan 3.9 peratus. Dengan
demikian, bahasa Melayu masih diramalkan sebagai Bahasa Melayu pernah menarik minat pegawai
antara bahasa dunia yang utama dan dijangka masih tentera laut Rusia, A. Butakov yang pertama kali
menduduki tangga atas dalam susunan bahasa yang sampai di Pulau Pinang pada tahun 1842. Beliau
mempunyai ramai penutur (Teo Kok Seong 2011). sangat menyukai bahasa Melayu dan bahasa tersebut
Keadaan ini menunjukkan bahawa penutur mirip dengan bahasa Itali. Malah, Butakov juga turut
bahasa Melayu berada di segenap pelosok dunia. memuji orang Melayu apabila mendakwa orang
Walau bagaimanapun, dari segi kualiti pun perlu Melayu mempunyai ciri-ciri yang lebih mulia, jujur
diambil kira juga. Persoalan mengenai latar dan sentiasa menepati janji. Selain itu, seorang lagi
sosioekonomi penuturnya juga perlu ditimbulkan. pengembara Rusia yang pernah tiba di Tanah Melayu
Adakah jumlah penutur yang ramai itu menggunakan pada tahun 1798, iaitu I.F. Kruzenstern turut
bahasa Melayu sebagai alat komunikasi seharian membawa pulang sesalinan naskhah sastera Melayu
sahaja atau melibatkan aktiviti profesional yang lain iaitu ‘Sejarah Melayu’ yang ditulis pada zaman
seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan? kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
Jika jawapannya hanyalah sekadar alat komunikasi (1400-1511) yang akhirnya diterjemahkan ke dalam
seharian tanpa melibatkan aktiviti-aktiviti yang bahasa Rusia pada tahun 2008 berjudul Sulalat-Us-
disebutkan tadi, maka bahasa ini sukar untuk Saalatin: Kruzenstern’s Malay Manusript, its
mencapai tahap antarabangsa walaupun pernah Cultural and Historical Value (setelah
diisytiharkan sebagai bahasa utama dunia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris). Sebelum
kelima. Hal ini kerana, bahasa yang ingin mencapai ini naskhah asal tersebut telah ditempatkan di Muzium
taraf antarabangsa perlu digunakan sepenuhnya Asia, Rusia dengan catatan tulisan tangan
dalam semua aspek seperti pendidikan, bermaksud telah mendapat keizinan kakitangan
pemerintahan dan perdagangan seterusnya memiliki kerajaan Tanah Melayu untuk diterjemahkan. Selain
keupayaan untuk bersaing dengan bahasa-bahasa itu terdapat banyak lagi karya lain yang turut
lain seperti: diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia seperti
i) Keupayaan mengungkap konsep dan ilmu Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sang Boma, Hikayat
tinggi dalam bidang sains dan teknologi, Seri Rama, karya sastera moden dan klasik seperti
bahasa yang mampu menerangkan maksud Syair Siti Zubaidah, antologi Sumur di Ladang serta
constant function, continuous strip, atau hasil karya tokoh terkemuka seperti A. Aziz
variable field dalam bidang matematik atau Deraman, Kemala, dan sebagainya lagi. Pada abad
reproductive capacity, pedigree atau light ke 18 juga sebuah kamus komparatif daripada 180
dispersion dalam bidang sains dengan tepat bahasa dan loghat termasuk bahasa Melayu telah
dan jelas. diterbitkan atas perintah Ratu Catherine Agung
ii) Menggunakan bahasa Melayu dalam (Victor 2011). Hal ini membuktikan perakuan
penulisan buku bagi semua disiplin ilmu dan golongan bangsawan asing terhadap kepentingan
juga dalam mencipta ilmu baharu yang bahasa Melayu serta penghargaan bangsa asing
belum diterokai untuk manfaat masyarakat terhadap garapan nilai keilmuan yang terdapat dalam
pengguna dalam dan luar negara. bahasa Melayu dari segi kebudayaan, sejarah dan
Umpamanya, bidang ilmu jati seperti herba, keindahan bahasa itu sendiri.
dan budaya seperti keris, perahu, tenun, Tahap yang lebih hebat pencapaian bahasa
songket dan wau. Hal ini supaya dapat Melayu di peringkat antarabangsa dapat di telusur
membuktikan bahawa bahasa Melayu juga melalui pengajaran subjek bahasa Melayu di Institut
mampu menjadi pencipta ilmu dan sumber Sains Kemanusiaan, Institut Pelajaran Timur Amali
62 Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

dan Institut Ketimuran. Dalam konteks ini, subjek di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di
bahasa Melayu yang ditawarkan adalah subjek teras, sebelah timurnya sehingga kepulauan Filipina.”
bukannya pilihan. Selain itu, Universiti Negara (Hasan Baseri 2011: 31)
Moscow, Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh Dalam konteks ini, kegiatan penterjemahan
turut memperkenalkan subjek bahasa Melayu dan karya-karya bahasa Melayu ke dalam bahasa ibunda
Pengajian Melayu (Victor 2011). Malah negara negara asing seperti di Rusia dan China menunjukkan
China juga turut mengiktiraf bahasa Melayu dan betapa kayanya khazanah keilmuan yang terdapat
Pengajian Melayu apabila Kursi Pengajian Melayu, di dalam bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan
Malaysia-China telah ditubuhkan dari tahun 2008 dipetik dalam Zalika Adam dan Faridah Kasim (2011)
hingga 2011 di Universiti Pengajian Asing Beijing. menyifatkan bahawa bahasa Melayu telah
Kursi tersebut disandang oleh Awang Sariyan, tokoh direncanakan supaya dapat dijadikan bahasa yang
bahasa Melayu terkemuka di Malaysia. Sehingga setanding dengan bahasa pertuturan antarabangsa
kini, program bahasa Melayu Malaysia telah 50 tahun seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan
beroperasi di universiti tersebut serta berjaya sebagaimana dalam tempoh dua dekad selepas
melahirkan ramai pegawai diplomat, jurubahasa serta merdeka.
penyiar yang menguasai bahasa Melayu. Hal ini jelas membuktikan kemampuan bahasa
Pandangan Awang Sariyan dipetik dalam Nazmi Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini diperkukuhkan
Yaakub (2011 10 Oktober), bahawa tanggungjawab lagi dengan pengiktirafan universiti-universiti terpilih
Kursi Pengajian Melayu-China dalam di seluruh dunia dalam mengembangkan bahasa
memperluaskan penyebaran bahasa Melayu tidak Melayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi
hanya berlegar di Universiti Pengajian Asing Beijing Pengajian Melayu seperti yang telah dibincangkan.
sahaja, tetapi universiti tersebut juga bertindak Dengan demikian, jelas terbukti kemampuan bahasa
sebagai pangkalan untuk menyebarluaskan bahasa Melayu bersaing di persada antarabangsa.
Melayu ke seluruh negara China. Hasilnya, bahasa
Melayu telah berkembang dengan tiga buah universiti
yang sudah pun mempunyai Program Bahasa CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
Melayu iaitu Universiti Peking, Universiti BAHASA ANTARABANGSA
Komunikasi dan Universiti Bangsa-Bangsa Guan Xi.
Selain itu, terdapat banyak lagi Kursi Pengajian Sungguhpun pelbagai usaha di peringkat
Melayu yang ditubuhkan di pelbagai universiti terpilih antarabangsa telah dijalankan untuk mengembalikan
di merata dunia seperti di Universiti Leiden, Belanda; bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional, iaitu
Ohio University, Amerika Syarikat, Victoria Universiti bahasa serantau dan bahasa antarabangsa seperti
of Wellington, New Zealand dan Hankuk University pada zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan
of Foreign Studies, Korea Selatan. Tujuan penubuhan Melayu Melaka suatu ketika dahulu, namun usaha
Kursi-kursi tersebut membantu mengembangkan tersebut hanya menjadi sia-sia sekiranya usaha di
bahasa Melayu di seluruh dunia. Penubuhan Pusat peringkat tempatan diperlekeh oleh rakyat Malaysia
Sumber Malaysia di Universiti Wellington dengan sendiri. Situasi ini dapat dibuktikan melalui perbuatan
kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia turut menganaktirikan bahasa Melayu di papan tanda
merancakkan usaha tersebut. Malah, keunggulan premis-premis perniagaan, seperti contoh berikut:
bahasa Melayu turut diperakui oleh pandangan
Sarjana Belanda, Francois Valentijn yang dipetik
dalam Hasan Baseri Budiman (2011) iaitu:
“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja
dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di
segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang
difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang,
tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di
Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di
Itali atau di Levant. Sungguh luas tersebarnya
bahasa Melayu itu sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan
jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman 63

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat juga Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa
perkataan bahasa Melayu digunakan, tetapi Melayu langsung tiada di hati mereka. Barangkali,
tulisannya adalah lebih kecil dan kurang dominan penggunaan bahasa Melayu dirasakan sebagai
berbanding dengan perkataan dalam bahasa menjatuhkan martabat mereka yang terlibat.
Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan Senario ini juga ditonjolkan oleh sesetengah
bahasa Melayu langsung tidak dipentingkan, malah majikan yang mementingkan bahasa Inggeris dalam
kalau boleh tidak ingin diletakkan langsung. proses pengambilan pekerja, sedangkan jika
difikirkan secara rasional, sesetengah pekerjaan tidak
memerlukan calonnya berkebolehan dalam
berbahasa Inggeris. Contohnya, penyiaran beberapa
keratan iklan pekerjaan yang disiarkan dalam akhbar
tempatan berbahasa Melayu secara terang-terangan
meletakkan keutamaan syarat calon perlu fasih
bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris di
samping bahasa Melayu. Jawatan-jawatan yang
ditawarkan, misalnya, adalah seperti pengurus dan
kadet penolong pengurus ladang di salah sebuah
agensi milik kerajaan, jawatan pemandu dan kerani
di sebuah syarikat akhbar Melayu dan jawatan
pengawal keselamatan di dua buah kilang.
Sebenarnya, syarat tersebut diletakkan bukanlah
kerana keperluan tetapi disebabkan oleh perasaan
tidak hormat dan kurang yakin dalam kalangan
Sementara itu, terdapat juga papan tanda yang majikan yang berfikiran bahawa bahasa Melayu
menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin tidak mampu berperanan baik seperti bahasa
sahaja seperti di bawah: Inggeris (Sahrunizam Abdul Talib 2011).
Selain itu, tindakan sesetengah IPTA dalam
mewajibkan urusan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris juga
turut mencabar kewibawaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, sekali gus merosakkan agenda untuk
memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu
di peringkat supranasional. Hal ini disebabkan oleh
IPTA yang merupakan gedung ilmu sepatutnya
menjalankan usaha yang lebih intensif dalam
Lebih menyedihkan, nama-nama kawasan memantapkan dan memperluaskan pengembangan
perumahan dan hotel juga turut digunakan bahasa bahasa Melayu. Ironinya, universiti-universiti luar
asing seperti di bawah: negara seperti yang dibincangkan sebelum ini giat
memartabatkan dan memperkembangkan bahasa
Melayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi
Pengajian Melayu, akan tetapi IPTA tempatan
adalah sebaliknya.
Semua yang berlaku ini merupakan tindakan
yang jelas mencabar prinsip Keluhuran
Perlembagaan dalam Rukun Negara melalui Perkara
152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks
ini, sepatutnya bahasa Melayu diletakkan mengatasi
bahasa-bahasa lain selaras dengan peruntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahkan menjadi
bahasa yang diagungkan oleh segenap lapisan
masyarakat dan institusi-institusi ilmu di Malaysia.
Di samping itu, penggunaan bahasa khidmat
pesanan ringkas (sms) dan bahasa kolokial (bahasa
64 Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman

basahan) yang mengandungi pelbagai campuran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa, antaranya bahasa slanga, dialek dan bahasa bahasa Inggeris) kepada dasar MBMMBI
pasar yang tidak terkawal juga dapat membantut (Memartabatkan bahasa Melayu, Memperkukuhkan
usaha pendaulatan bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Inggeris) patut dipuji.
Seandainya semua syarat tersebut dapat
Contoh bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dipenuhi dan bahasa Melayu muncul sebagai bahasa
kolokial antarabangsa yang disegani, sudah pasti akan dapat
Bahasa KPR Bahasa Kolokial
memberi pulangan yang besar kepada imej negara
(SMS) Malaysia, sekali gus menjadikan negara dihormati
kerana memegang teguh kepada prinsip sendiri.
Chat = sihat A: kalau wa cakap dengan ypu, you kena
AQ = aku paham
Klu = kalau B: tak yah nak gitau la, somua tu gue dah tau NOTA
Umah = rumah A: ni lah susah, wa nak cerita you tak mau
X = tidak dengar 1
Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu bermula pada tahun
Mo = mahu B: so, kalau dia dah tak mahu dengar, don’t tell
1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura, 1820 di Melaka
Meh = mari anything la. Mulut lu pun tak penat. Telinga
dan kemudiaannya di seluruh Tanah Melayu, Sabah,
Ske = suka kita orang pun tak pekak.
Sarawak dan Brunei (Asmah Omar 2008)
(Hasan Baseri Budiman 2011: 36)

RUJUKAN
KESIMPULAN
Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. 2011. Sejarah
Berdasarkan kepada perbincangan sebelum ini, jelas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
sekali bahawa impian bahasa Melayu untuk bersaing Armin Azhari Saleh. 2011. Menghayati sejarah bahasa Melayu.
di persada antarabangsa bukanlah suatu fantasi, Pelita Bahasa 23(06): 3.
tetapi realiti. Namun tertakluk kepada beberapa Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala
syarat berikut: Pertama: Memperakui dan Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
mempraktikkan Perkara 152 (1) Perlembagaan Awang Sariyan. 2011. Pengajian Melayu di China (Bahagian
1): Hubungan Ketamadunan Melayu-China. http://
Persekutuan seikhlas hati. Ini bermakna tiada
klikweb.dbp.my/?p=1799. (29/10/2011).
sebarang pencabulan dilakukan untuk mencemarkan Fauzilahyatun Mustafa. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan
keluhuran perlembagaan ini menerusi tindakan Bahasa 11(04): 6-9.
mengutamakan bahasa Melayu dalam semua aspek Hassan Baseri Budiman. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearah
kehidupan. Kedua: Semua kaum tanpa mengira memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan
bangsa dan agama perlu menjunjung bahasa Melayu Bahasa 11(05): 31-33.
Illias Zaidi. 2011. Pasang surut bahasa Melayu. Pelita Bahasa
selaras dengan kehendak Perlembagaan dan peranan 23(06): 8-12.
bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Ketiga: Berita Harian. 2011. Keputusan muktamad. 4 November.
Kesedaran semua pihak demi memartabatkan Berita Harian. 2011. MBMMBI imbangi penguasaan dua
bahasa Melayu sama ada kerajaan atau swasta perlu bahasa utama. 5 November.
diwujudkan dan disemaikan dalam hati segenap Mohd. Taib Osman. 2004. Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu
Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
lapisan rakyat. Keempat: Keluar daripada usus
Malaya.
penjajah. Maksudnya, perasaan megah Nazmi Yaakub. 2011. China hargai bahasa Melayu. Berita
menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Harian.
Melayu perlu dikikis. Hal ini kerana, mereka yang Sahrunizam Abdul Talib. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearah
berada dalam usus penjajah akan merasakan apa memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan
sahaja yang datang dari Barat itu adalah baik, canggih Bahasa 11(05): 48-50.
Syed Zulfida. 2006. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka:
dan hebat, termasuklah bahasa Inggeris. Hal ini Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib
bukan bererti menafikan kepentingan bahasa Inggeris Negara.
dalam arus globalisasi masa kini. Namun, Tan Yao Sua. 2012. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan.
penggunaannya haruslah berpada-pada dan tidak Pemikir. Jan-Mac 2012: 59-70.
mengatasi kedudukan bahasa Melayu dalam Teo Kok Seong. 2011. Fenomena keperkasaan Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa 10(08): 6-9.
Persekutuan Malaysia. Dalam konteks ini, usaha
Victor, P. 2011. Bahasa Melayu merentas sempadan. Dewan
kerajaan menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran Bahasa 11(03): 52-55.
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman 65

Yusfarina & Abdul Rasid. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan


Bahasa 11(04): 10-14.
Zalika Adam & Faridah Kassim. 2011. Perkembangan bahasa di
Malaysia dan penyatuan rakyat. Persidangan Kebangsaan
Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur, 14-15 Disember.

Ku Hasnita Ku Samsu, Ph.D.


Pensyarah kanan
Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan
Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: hasnita@putra.upm.edu.my

Adlina Ab Halim, Ph.D.


Pensyarah kanan
Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: adlina@putra.upm.edu.my

Mohd Hafiz Sulaiman


Felo Penyelidik Siswazah
Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: mohdhafiz2009@yahoo.com