Anda di halaman 1dari 6

Kelapa Sawit

(Perakuan : Isi kandungan artikel ini adalah pendapat dan pengalaman peribadi saya selaku penulis dan
sedikit catatan yang diambil daripada internet. Saya menasihati isi kandungan ini tidak digunakan semula
samada sebagai rujukan untuk sebarang kertas kerja, pembentangan ataupun kajian)

Sebahagian daripada anda adalah anak Peneroka Felda. Tak lari dari kenyataan bahawake
banyakan daripada generasi muda adalah lahir dari kehidupan selepas zaman susah di Felda
yang mungkin masih berbekas dalam ingatan genereasi pertengahan 30 an. Tak mungkin
terlupa juga liku-liku kehidupan ketika itu adalah berkisar dengan kepayahan, keperitan ,
kesusahan (Bagi lapisan generasi yang berusia) atau kesenangan, kemewahan dan keselesaan
bagi generasi muda.

Kalau nak cerita mengenai FELDA rasanya eloklah pada catatan yang lain dan rasanya untuk
kali ini aku sekadar nak kongsi dan mencungkil sesuatu yang mungkin sudah kita terlupa atau
tidak memandangnya lagi iaitu KELAPA SAWIT – seumpama emas hidup kepada peneroka.

Bagi mereka yang Felda masing-masing mengusahakan getah, maaflah , aku tak ada
pengalaman langsung dengan getah sebab Felda Kumai , tempat aku dan abang serta kakak
aku dibesarkan dan adik-adik aku dilahirkan adalah berasaskan tanaman kelapa sawit.

Sedikit ingin berkongsi mengenai kelapa sawit berasaskan pemahaman dan pengalaman
walaupun sekadar 7 tahun suatu ketika bergelar Penolong Pengurus Ladang di sebuah
syarikat perladangan cukup ternama yang kini hanya tinggal nama.

Sejarah Kelapa Sawit di Malaysia:

Industri sawit di Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika
ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benih ini kemudian mula
ditanam ditepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli Sumatera pada 1870an and di
Rantau Panjang, Kuala Selangor (Berdekatan BatangBerjuntai atau Bestari Jaya) pada tahun
1911-1912.

Pada tahun 1917, kelapa sawit mula ditanam di Malaysia adalah di Ladang Tennamaran,
Kuala Selangor oleh Sime Darby. Maka selepas itu, iainya mula ditanam secara meluas di
Malaysia dan menjadi pasangan kepada tanaman getah ketika itu.
Kemudian ianya berkembang secara industri di Malaysia termasuklah dengan penubuhan
Felda pada awal 50 an yang juga membantu mengembangkan industri ini dengan pantasnya.

Perihal Kelapa Sawit:

Kelapa sawit terdapat dua spesis iaitu Arecaceae atau pun


famili Palma. Spesis yang pertama dikenali juga sebagai kelapa sawit Afrika atau Elaeis
guineensis berasal dari Afrika Barat di antara Angola dan gambia. Manakala spesis kedua
adalah kelapa sawit Amerika , Elais Oleifera berasal dari Amerika Tengah dan Amerika
Selatan .

Namun di Malaysia kita lebih sinonim dengan kelapa sawit Afrika ekoran persamaan climate
atau persekitaran tanaman.

Bagi varieti benih, pada awalnya benih Dura Deli ditanam namun ianya tidak menjadi begitu
popular ekoran struktur buahnya yang bertempurung tebal tetapi isinya nipis. Manakala benih
kedua iaitu pisifera pula bersifat mandul iaitu bunga betina yang akan gugur sebelum matang
namun mempunyai struktur isi yang tebal dan bertempurung kecil.

Kacukan kedua-dua ini iaitu Dura x Pisifera merupakan satu penemuan varieti yang akhirnya
mengubah wajah industri kelapa sawit. Hasilnya Tenera dan digunakan sebagai varieti utama
dalam perladangan termasuklah Felda dan ini seringkali dinamakan penemuan 'gold bullet'
dalam industri ini.

Pokok kelapa sawit adalah terkategori dalam kelas monokotiledon yang tidak berupaya
mendebunga sendiri. Pada awal penanaman, setiap bunga induk kelapa sawit perlu
didebungakan secara manual. Namun pada awal 1970, kita menemui 'silver bullet' iaitu
sejenis kumbang berasal dari Afrika yang mampu mendebungakan kelapa sawit tanpa
menjejaskan pokok kelapa sawit. Ini ternyata memberi satu langkahan besar kepada industri
ini sekali lagi. Bayangkan , tanpa penemuan ini, maka industri kelapa sawit pasti tidak
berdaya saing kerana memerlukan tanaga buruh untuk pendebungaan.
Kelapa sawit ditanam melalui biji benih
dari baka yang telah ditetapkan atau dipilih. Benih ini akan disemai di dalam tapak semaian
selama tempoh 11 -14 bulan mengikut saiz. Selepas itu, ianya akan dipindahkan ke plot
utama. Pada awalnya, kebanyakan ladang-ladang memilih jarak tanaman 30 kaki x 30 kaki
secara segitiga atau 136 pokok setiap hektar tanaman.. Namun kini selepas kajian, jarak 29
kaki x 29 kaki segitiga atau 148 pokok setiap hektar tanaman mampu memberikan hasil yang
lebih kompetitif.

Pada peringkat awal, pokok yang ditanam biasanya akan melalui tempoh pra matang iaitu
sehingga tempoh 24 bulan hingga 36 bulan sebelum mulai dituai. Sepanjang tempoh ini,
biasanya kita akan menumpukan sepenuh perhatian dan ibarat menjaga 'bayi' selalu
diungkapkan bagi memastikan pokok subur dan mengalami pertumbuhan yang sempurna.

Selepas tempoh pra matang ini, apabila pokok mulai dituai ianya akan terus dituai sehingga
mengalami pernurunan hasil dan ketidaksesuaian kos penjagaan. Biasanya pokok matang
akan dituai sehingga berumur 25 tahun hingga 30 tahun bergantung kepada faktor ini.

Sedikit petikan yang agak menarik dari sumber internet:

Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga

20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun


lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5
meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun,

dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun.

Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan


tiga sepaldan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari
masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp),
dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan
saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannyaadalah
melalui penyemaian biji-biji.

(Petikan dari salah satu sumber internet)


Pada umur 7 hingga 20 tahun selalunya dianggap tempoh matang terbaik dari segi
penghasilan buah tanda segar (BTS ) atau fresh fruit bunch (FFB). Anggaran hasil perhektar
tanaman biasanya mencecah 16-23 tan bagi penjagaan yang sederhana dan jika segalanya
dijaga dengan baik , ianya boleh mencecah 30 tan setahun manakala kadar perahan minyak
dianggarkan sekitar 4 hingga 6.25 tan sehektar.

Secara matematiknya mudah, setiap bulan anggaran hasil ladang jika diambil pada paras 20
tan setahun setiap 10 ekar atau 4 hektar , setiap keluarga akan memperolehi 80 tan setahun
atau 6.6 tan sebulan atau 3.3 tan setiap hasil tuaian. Jika harga satu tan buah tandan segar
pada

paras RM 400, maka pendapatan sebulan dalam anggaran RM 2,640. Namun ia juga
bergantung dengan anggaran kadar perahan minyak daripada formula selepas pengredan.

Penjagaan semasa tempoh ini biasanya melibatkan penjagaan


ladang seperti semak samun, pengairan dan pembajaan. Penyakit bagi tanaman kelapa sawit
tidaklah terlalu besar jumlahnya manakala bagi pembajaan adalah menjadi keutamaan.

Sebenarnya baja ditentukan melalui analisa yang dilakukan oleh agronomi melalui dua
sampel iaitu tanah dan juga sampel daun. Sampel daun biasanya lebih popular dan dipilih
berdasarkan daun ke 17 bagi setiap pokok matang. Daun 17 ? Letih kalau nak diterangkan
disini dan aku pun bukanlah agronomi.

Mungkin bagi anak Felda, masih yang teringat bagaimana membantu ibu bapa secara
bergotong royong mencabut anak pokok dan membersihkan ladang. Malah mungkin ada yang
membantu meracun atau menebas anak kayu.

Bila masa membaja, biasanya dua kali setahun dan pastinya baja urea iaitu baja 'garam kasar'
menjadi jolokan ganti nama masih teringat. Baja urea sebenarnya kaya dengan unsur N yang
membantu pertumbuhan pokok khasnya daun. Manakala jika masih teringat baja MOP atau
merah adalah mengalakkan pertumbuhan buah tandan.

Tidak lupa juga barangkali ada yang membantu mengutip buah relai sawit lalu menyusun
pelepah divantara lorong dan bagi anak lelaki biasanya akan menolak tandan sawit ke
'platform' di tepi jalan menggunakan kereta sorong. Tandan panjang kemudian dipotong.
Tujuannya untuk mengelakkan serapan perahan minyak di kilang nanti.

Bagi yang bukan anak Felda, mungkin pengalaman ini tidak dirasai. Suasana gotong royong
dimana setiap blok telah ditetapkan waktu tuaian atau lebih dikenali dengan 'Potong Buah'.
Maka berduyun-duyunlah dan berbondong-bondonglah mak ayah membawa anak-anak
mereka untuk membantu ketika ini. Malah bila semuanya melakukan perkara yang sama,
maka kelihatan meriah pula walaupun sekadar di dalam ladang kelapa sawit. Bilamana penat
atau tengahari tiba , maka dibuka pula bekalan makanan dan kelihatan seperti berkelah
dibawah pokok kelapa sawit. Sekali lagi suasana bertambah meriah.

Namun bukan semuanya indah. Mungkin ada anak-anak peneroka yang masih terasa
keperitan hidup bilamana dunia mengalami kejatuhan harga kelapa sawit sekitar tahun 1984-
1988. Ketika itu pendapatan bulanan di Ayah ada yang sekadar RM 2 malah ada yang
berhutang selepas potongan hutang Bayaran kembali dibuat oleh Felda.

Minyak Kelapa Sawit

Sebenarnya keutamaan hasil adalah bergantung kepada kadar perahan minyak atau oil
extraction ratio (OER). Ianya bergantung kepada varieti pokok yang ditanam, kualiti buah
masak sempurna dan proses selepas tuaian serta kerberkesanan sistem pemprosesan di kilang-
kilang sawit. Kita mungkin selalu dengar dengan buah hitam, mengkal dan buah busuk.
Sebenarnya telah terdapat standard khas yang ditetapkan oleh Lembaga Kelapa Sawit
(MPOB) dalam pengredan dan kualiti.

Untuk mendapat minyak kelapa sawit ianya akan dihasilkan daripada proses pemprosesan
minyak di Kilang kelapa sawit.Mungkin ada yang berminat untuk mengetahui bahagian ini.
Aku sebenarnya tidaklah arif tetapi berdasarkan pengalaman suatu ketika dahulu mungkin
dapat aku kongsi sedikit.

Buah yang dihantar ke Kilang akan melalui proses pengredan dan hanya buah tandan segar
dan masak akan diterima atau sistem penalti akan dikenakan. Tandan yang panjang akan
dipotong untuk mengelakkan menyerap minyak.

Dari ramp atau platform, buah akan dimasukan ke dalam streilizer cages yang direka khusus
untuk mengukusan atau dipanggil strelizer. Ianya kemudian akan dimasukan kedalam
sterlizer untuk menempuhi proses pengukusan pada suhu yang amat panas sekitar 90 minit.
Hasilnya , tandan buah yang telah dikukus.

Kemudian ianya melalui beberapa proses seperti sehinggalah menghasilkan Minyak sawit
mentah atau Crude Palm Oil .

Letih jugak nak ingat bab proses di Kilang sebab bukan bidang aku . Jadi, untuk tidak
menyusahkan anda atau membolehkan anda mendapat maklumat yanglebih tepat , rujuk
kepada diagram yang disertakan ini, Lebih mudah dan ringkas untuk difahami.
Sebenarnya dari tandan kelapa
sawit, kita juga mendapat minyak isirong melalui kernal yang terdapat didalam buah relai.
Biasanya minyak isirong digunakan sebagai bahan dalam pemprosesan makanan.

Penutup:

Sebenarnya , kelapa sawit merupakan salah satu tanaman yang amat berjasa kepada kita
selain daripada getah. Malah sebagai pengeluar sawit yang terbesar ( Mungkin Indonesia
telah memintas), tidaklah datang secara mudahjka tanpa kualiti pengurusan yang terbaik
disokong dengan kajian demi kajian untuk memantapkan industri ini. Sehingga hari ini
Malaysia adalah peneraju kepada industri sawit dunia.

Di negara asal kelapa sawit, ianya masih mundur kerana mungkin ketidakstabilan keamanan
dan mutu pengurusan yang lemah .

Sebagai anak peneroka Felda, aku sentiasa berbangga dengan kejayaan industri sawit ini.

Anda mungkin juga menyukai