Anda di halaman 1dari 21

FOLIO

HBAE 3103
TAJUK KURSUS /COURSE TITLE :
KRAF TRADISIONAL

wau
01. PENGENALAN

Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni
halus. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya
pesawah padi. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada
buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau
dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan
Selangor. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk
menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit. Pada masa
ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah
bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan
sebagai tarikan pelancong.

Permainan wau mengandungi unsur budaya Melayu asli, terutamanya


pada bentuk wau itu sendiri. Ciri bentuk wau bulan yang menjadi lambang
kepada Penerbangan Malaysia ( MAS ), dengan sendirinya membuktikan
bahawa kebudayaan Melayu khususnya dan ciri-ciri kebudayaan rakyat
rantau ini merupakan ciri terpenting kepada kebudayaan kebangsaan
Malaysia. Walaupun permainan wau tidak berapa kerap dimainkan oleh
masyarakat, namun wau tetap wujud pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Shah.

Perkataan “ wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand


memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah
menggunakan perkataan tersebut, Perkataan layang – layang pula digunakan
di kebanyakan negeri – negeri seperti Pantai Barat dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain
layang – layang bersama pemuda – pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak
pula disebut bermain wau.

Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun
ibusyang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”,
“wau”, “wau” secara berirama. Menurut suatu catatan, wau dipercayai dicipta
oleh seorang yang bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti
Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji.

Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi.


Terdapat beberapa dakwaan tentang Negara asal bermulanya wau seperti di
Indonesia, Thailand dan tidak kurang pula yang mendakwa dari Kelantan.
Permainan wau telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah
Melaka , kira – kira dalam tahun 1500 masihi. Pada awalnya wau dicipta
sebagai lambang kebesaran sesebuah Negara. Wau digunakan sebagai
panduan untuk menentukan arah. Wau juga dikatakan menjadi lambing
kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara
lain. Selepas berjaya dalam serangan pesta menyambut kemenangan diadakan
dengan menaikkan wau. Lama kelamaan wau dijadikan permainan mengisi
masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula. Kini wau
merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa negeri
seperti Kelantan, Terengganu , Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan
pada musim kemarau setelah selesai menuai padi.

Di Malaysia lazimnya, permainan wau dilakukan selepas musim menuai


padi atau pada masa nelayan tidak pergi ke laut menangkap ikan. Setiap kali
memiliki masa lapang, mereka bermain wau terutamanya pada ketika angin
bertiupkencang.Ertinya, permainan utama masyarakat petani dan nelayan.
Dikatakan pula bahawa disamping sebagai suatu jenis permainan, wau
dikaitkan juga dengan kepercayaan terhadap semangat padi. Permainan wau
ini amat popular dimainkan dikawasan pantai timur Semenanjung Malaysia
terutamanya Terengganu dan Kelantan. Di Johor, Negeri Sembilan dan
Selangor wau lebih dikenali dengan nama laying - layang. Wau digunakan
untuk tujuan riadah atau senaman yang boleh mengeluarkan peluh.Oleh itu,
dapat menyihat kan badan. Sesiapa sahaya boleh bermain wau, permainan
wau tidak memerlukan ketangkasan atau kekuatan fizikal seperti bermain bola
sepak.

Ciri-Ciri Utama Wau


Mesti mempunyai kepala,sayap dan ekor.

Jenis-Jenis Wau
Jenis-jenis wau ialah wau bulan,wau jala Budi,Wau Kucing dan Wau daun
atau barat
SUMBER IDEA

I. BURUNG RAJAWALI
BAHAN MEMBUAT WAU

Bahan:

 Kertas lutsinar pelbagai warna


 Kadbod
 Pisau
 Pembaris
 Gunting
 Gam
 Buluh
 Tali (nilon)
PROSES MEMBUAT WAU

 Langkah-langkah untuk membuat wau:

i. Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.


ii. Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
iii. Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
iv. Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
v. Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.
vi. Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
vii. Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.
viii. Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.
PENUTUP

Kemahiran membuat wau biasanya dimiliki oleh individu tertentu sahaja. walau
bagaimanapun, kita boleh mempelajarinya. Proses membuat wau biasanya memakan masa
yang agak lama iaitu paling cepat seminggu. Terdapat petua dan pantang larang tertentu
yang harus diikut oleh pembuat wau bagi menjamin mutu wau yang dihasilkan. Antaranya
ialah rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun, pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun, buluh yang
condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat
menurut kepercayaan orang tua-tua, jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan
penebang menindih bayangnya.

Selain itu, adalah digalakkan juga sebelum menebang buluh, penebang membaca doa
dan selawat terlebih dahulu dan adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di
situ juga. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak
aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah,
mu make hok sini”.

Demikianlah seni khazana wau bukan sahaja sebagai alat permainan yang mampu
menghiburkan pengemar-pengemar wau tetapi juga mempunyai falsafah yang tersirat
disebalik cara pembuatanya. Ini dapat menggambarkan nilai estetika masyarakat Melayu
khususnya hasil kesenian kraftangan Melayu yang tersendiri.
BIBLIOGRAF
Hurwitz, a. & el. Al (2001). Children and Their Art, Harcourt College Publishers, USA.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.
KL : DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.
KL : DBP. (Tahun Satu hingga Tahun Enam).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,
KBSR. KL: DBP.

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.

Lark- Harovitz, Lewis H.P., & Luca. M., (1967). Understanding Children’s Art for Better
Teaching, USA: Columbus.

Pearsall, R. (1994). Introduction to Drawing. London: Grange Books.

Syed Ahmad Jamal, (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=wau-bulan&more=1&c=1&tb=1&pb=1

KANDUNGAN
Muka Surat

PENGENALAN 1

Ciri –ciri utama wau 3

Jenis – jenis Wau 3

Sumber Idea -Burung Rajawali 4

Lakaran Idea (1) 5

Lakaran Idea (2) 6

Lakaran Idea (3) 7

Lakaran Idea (4) 8

Lakaran Idea (5) 9

Lakaran Yang Dipilih 10

Motif Pokok Jarak 11

Olahan Motif 12

Motif Corak Hiasan Wau 13

Bahan Membuat wau 14

Proses Membuat wau 15

Penutup 17

Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai