Anda di halaman 1dari 102

1.

1 Sistem Beraja dan Pembesar


1.1 Institusi Pemerintahan (Raja dan Pembesar)

Soalan 1: Jelaskan konsep dan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur
tangan British.

Pengenalan

 Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-
raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri
masing-masing.
 Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan
golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu
ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada
tahun 1874.

Isi-isi penting:

1 Konsep

 Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di
kawasan diraja tersebut. Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik
sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah. Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan,
kewibawaan, dan kekuasaan. Misalnya, pembesar di perak berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan
menyingkirkan calon tidak disukai.
 Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar daerah di sesebuah negeri. Raja menjadi
lambang perpaduan rakyat dan baginda menjalankan tugas yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan dan adat
istiadat Melayu. Sebenarnya, baginda tidak memainkan peranan penting dalam sistem politik negeri kecuali di
kawasan diraja. Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap
lapisan masyarakat.

2 Peranan dari aspek Politik

a. Sebagai Ketua Kerajaan.

 Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak
sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk
pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.
 Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan
hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman
termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.

b. Melantik Pembesar.

 Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak
melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Sultan yang
melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai
lambang jawatannya.
 Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan
campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan
waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa
melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.

c. Menentukan Hubungan Diplomatik.

 Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian
dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan
12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan
para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan
antara sultan dengan pada pembesar.
 Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini.
Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-
pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris
itu.

d. Ketua Pertahanan.

 Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai
angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk
negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-
1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang.
 Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat
sahaja. Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang
saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar.
Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk
menamatkan pemberontakan tersebut.

2. Peranan dari aspek Ekonomi

a. Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.

 Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam
jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya.
 Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan
Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi
pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

b. Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah.

 Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh
masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina
jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
 Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem
ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan
baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan
perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

3. Peranan dari aspek Sosial

a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri.

 Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan
perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh
rakyatnya.
 Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan
mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya
menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

b. Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu.

 Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di
bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan
agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.
 Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pada
masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Kesimpulan

 Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan
kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua
keputusan.
 Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam
bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.
Soalan 2: Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah
Melayu.

Pengenalan
 Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-
raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri
masing-masing.
 Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan
golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu
sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

Isi-isi Penting:

Pentdbiran Peringkat Negeri

 Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
 Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang
dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh
Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.
 Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota
 Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu seperti Sistem penggantian
bergilir di Perak dan dilantik oleh Undang Berempat di N.S
 Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan
bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

Pentdbiran Peringkat Daerah

 Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan
urusan pentadbiran
 Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan – Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi
ada kawasan pegangan dan Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah
oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ) -
Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )
 Tugas-tugas pembesar daerah Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat
setia pembesar, Menyediakan tentera, Menyediakan kerahan tenaga, Menjaga keamanan dan keselamatan
masyarakat dalam daerahnya, Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang
melakukann jenayah dan Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
 pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut
menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

Pentdbiran Peringkat Kampung

 Unit pentadbiran paling kecil yang Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-
baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.
 Tugas-tugas penghulu: Memungut cukai, Menjaga keamanan kampung, Mengendalikan dan menyelesaikan masalah
yang timbul, Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan, Mendapatkan tenaga buruh dan Memastikan rakyat di
kampungnya taat setia kepada Sultan.

Kesimpulan
 Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang
sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874
yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu.
Soalan 3: Jelaskan konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19

Pendahuluan
 Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat melayu tradisional mempunyai system pemerin tahan yang teratur. Asas
kepada sesebuah kerajaan itu ialah Raja dan raja itu menjadi tonggak kepada sesebuah kerajaan melayu.
 Institusi beraja dalam masyarakat melayu bermula dengan kemasukan pengaruh hindu kea lam melayu yang meresap
ke dalam kehidupan masyarakat tempatan. Namun ini bukanlah bermakna sebelum kedatangan pengaruh hindu,
masyarakat melayu tidak mempunyai sistem pemerintahan.
Isi-isi penting
1. Konsep
 Merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dalam hierarki masyarakat. Membantu sultan dalam
melaksanakan pentadbiran di peringakat tertentu.
 Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah ialah pembesar daerah. Pembesar daerah dibahagikan kepada
beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam sistem politik dan
masyarakat.
 Pembesar dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Sistem pembesar digubal berasaskan Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar yang utama, iaitu Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung, Laksamana.

2. Hierarki
Bendahara
 menasihati sultan dalam pemerintahan dan memangku jawatan sultan ketika baginda diluar negeri, merangka,
mengubal dan melaksana dasar-dasar kerajaan.
 Bendahara –pemerintah tertinggi angkatan tentera.
Temenggung
 menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan dan keselamatan negeri dan
rakyat.
 Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur.
Laksamana
 menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan dan keselamatan negeri dan
rakyat di kawasan laut dan perairan negara
 Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur khususnya berkenaan dengan undang-undang laut,
pelabuhan, keselamatan pedagang luar dan dalam negeri.
Penghulu Bendahari
 Penghulu bendahari menjadi ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan, mengawasi syahbandar, bendahari, dan
menyimpan daftar segala hamba.
Pembesar-pembesar yang lain
 Pembesar Empat di bantu oleh Pembesar Lapan yang lebih rendah tarafnya. Pembesar Berlapan di bantu oleh
Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
 Sistem Pembesar di Perak berasaskan kepada sistem Empat Lipatan dengan gelaran pembesar negeri dibahagikan
kepada empat peringkat iaitu, Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas, dan Orang Besar
Tiga Puluh Dua. Orang besar lapan dan orang besar enam belas mempunyai bidang kuasa sama seperti orang besar
empat Cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan, dan pentadbiran. Orang besar raja merupakan
sekumpulan pembesar yang penting semasa berlakunya peperangan.
 Di selangor, jawatan pembesar ialah Tok Penggawa Permatang, Tok Kelang, Dato’ Naga, dan Dato Menteri. Di negeri
Sembilan mengamalkan Adat perpatih, dibahagikan kepada beberapa daerah yang dipanggil Luak. Ketua bagi setiap
Luak bergelar “undang berempat” ketua bagi luak-luak lain dipanggil penghulu.
 Sistem pembesar di Pahang mempunyai seorang Bendahara, penghulu Bendahari, dan temenggung. Orang berempat di
Pahang digelar Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai atau tok Raja, Orang kaya indera segera temerloh, orang
kaya pahlawan chenor dan orang kaya indera syahbandar.
 Dalam sistem pembesar di Kelantan, terdapat gelaran seperti ;Tuan’ dan ‘Wan’. Pembesar yang menggunakan gelaran
perdana menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem politik.
Penutup
 Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai
oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan.
 Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang pembesar daerah yang bukannya
dari golongan kerabat diraja.
Soalan 4: Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan
a. Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang
membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang
diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan
Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri
Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.
b. Pembesar merupaka orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan. Mereka adalah orang yang sangat
taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan

Isi Penting:

1. Peranan Pembesar Sebelum campurtangan British

 Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri


 Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu
sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan.
 Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara
 Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan dan Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan
musuh dari laut
 Ketua polis dan menjaga keselamatan
 Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai
 Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan
 Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh
2. Peranan Pembesar Selepas campurtangan British

 Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil.
 Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi
 Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan
 Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret
 Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British
 Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan
tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri

Kesimpulan

 Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’
Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi
berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan masyarakat.
Soalan 5: Huraikan peranan pembesar pada abad ke-20 sebelum kedatangan British.

Pendahuluan
 Pembesar merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dlm hierarki masyarakat. Mereka membantu
Sultan atau Yang Dipertuan Besar dlm melaksanakan pentadbiran di peringkat tertentu. Namun,mereka bukan
golongan keturunan diraja.
 Pembesar di institusi peringkat daerah atau jajahan ialah pembesar daerah
Isi-isi penting
1. Peranan dari aspek Politik

 Pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap sebagai orang kanan raja atau sultan.Pembesar seperti
bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja atau sultan dalam melaksanakan
pemerintahannya.Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati
baginda dalam pentadbiran negeri. Pembesar juga bertugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman
terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar peringkat daerah dan kampung juga bertanggungjawab
menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali hukuman mati.
 Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota, menentukan bakal permaisuri
dan menentukan lokasi istana. Di negeri Sembilan, empat orang Undang dari Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol
berhak melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar.
 Malahan, terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-
undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu Bendahari pula berperanan penting dalam hal ehwal
istana terutama dalam adat-istiadat diraja. Penghulu Bendahari juga akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan
diraja.
 Biasanya, pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing. Sebagai contohnya, Ngah
Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan pemakanannya di Daerah Larut, Perak.
Tanggungjawab mereka sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka akan memastikan
keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya. Mereka juga akan melaporkan
kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada
sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya. Pembesar daerah dan
kampung juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal peperangan, ketenteraan dan pertahanan.Mereka
menyedia dan membekalkan tenaga tentera untuk mempertahankan negara dan memperluaskan wilayah. Pembesar
daerah memperoleh hak memerintah sesebuah kawasan melalui surat tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan
Besar. Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai ‘kawasan pegangan’ yang merupakan anugerah
daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah atau jajahan.
 Pembesar memainkan peranan penting dlm bidang politik. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa
politik dlm kerajaan sehingga mempunyai kuasa utk melantik raja. Misalnya, empat orang Undang di Negeri
Sembilan Undang Jelebu, Undang Rembau, Undang Johol dan Undang Sungai Ujong akan melantik Yang Dipertuan
Besar.
 Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan mereka mempunyai cap mohor sendiri dlm
melaksanakan tugas. Mereka mempunyai hubungan erat dgn rakyat. Oleh demikian, pembesar
ibarat ‘Jambatan’ yang menghubungkan rakyat dgn pemerintah. Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan
hukuman terhadap kes-kes jenayah di daerah mereka. Namun,hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.
2. Peranan dari aspek Sosial

 Golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.Titah perintah raja juga akan disampaikan
kepada rakyat melalui pembesar.Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan pembesar yang paling rapat
dengan rakyat jelata.Selain menjaga kebajikan rakyat,pembesar juga akan memastikan mereka taat setia kepada
sultan.Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk menjadi buruh secara percuma bagi membina istana,membuka
tanah dan membina kapal. Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja dengan
bersedia memberi khidmat kepada raja apabila diperlukan.Istiadat ini akan dilakukan di balairung seri apabila
menghadap dan menyembah sultan.
 Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan seluruh masyarakat di kawasannya
taat sultan.
 Pembesar menjadi hakim dlm sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak buah di daerah jagaanya.
 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh utk membina istana baharu, kapal utk sultan, panggung atau pentas
serta perhiasan istana utk sesuatu perayaan. Pembesar melaksanakan tugas tersebut melalui sistem kerah di
kawasannya.

3. Peranan dari aspek Ekonomi

 Para pembesar seperti syahbandar pula bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri
berjalan lancar.Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul.Mereka juga memastikan kebajikan dan
keselamatan golongan pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan. Malahan penggunaan mata wang dalam
urusan perdaganagn akan dipantau oleh pembesar. Laksamana pula akan bertanggungjawab menjaga perairan
daripada pencerobohan lanun dan keselamatn para pedagang di perairan.
 Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka menguasai hasil perlombongan bijih timah dan
menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. Mereka memperoleh sumber
pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah mereka. Didapati bahawa ada dlm kalangan pembesar yang
lebih berkuasa dan berwibawa di daerah masing-masing berbanding dgn sultan.
 Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka memastikan urusan perdagangan dlm negeri
berjalan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yg betul. Misalnya, Jemaah Menteri Perbendaharaan di
Kelantan mengendalikan harta benda dan hasil mahsul negeri. Pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan
tetapi dgn izin sultan. Namun, mereka tdk terlibat secara langsung kerana mereka hanya mengeluarkan modal.
Urusan perdagangan dijalankan oleh wakil-wakil yang dilantik.
 Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk
memungut cukai. Pembesar Daerah dan kampung juga akan memastikan semua rakyat dalam daerah kekuasaannya
akan membayar cukai bagi pihak sultan.Contohnya,di negeri Perak, pembesar mengenakan cukai terhadap barangan
yang dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen bagisetiap pikul kulit haiwan dan $ 4.00 untuk setiap bahara bijih timah.
Setiap tahun pembesar akan menghantar ‘Orang Kalur’untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen
bagi satu keluarga sebaga tanda kekuasaan bendahara. Lazimnya, sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan
digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambing kesetiaan.
 Para pembesar juga menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil eksport yang
lain.Mereka menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh hasil-hasil tersebut. Terdapat juga pembesar
yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Walaupun begitu mereka tidak terlibat secara langsung
sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin sultan.Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh
wakil-wakilnya atau ‘orang kiwi’.
Penutup
 sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu ,golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi
dan sosial yang tiada batasnya.Namun kekuasaan mereka tidaklah melebihi kekuasaan raja atau sultan.Peranan
mereka sangat penting dalam sistem politik Melayu. Namun,campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan
pengenalan sistem residen telah menjejaskan kedudukan pembesar melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
 Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai
oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan.
Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang pembesar daerah yang
bukannya dari golongan kerabat diraja. Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah
berperanan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah.
1.2 Hukum adat dan Undang-undang
Soalan 6. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum adat dan undang-undang dalam
masyarakat Melayu.

Pendahuluan

 Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat
secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-
undang yang harus dipatuhi.
 Undang-undang merujuk kepada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota
dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang berperanan sebagai panduan tentang perkara
yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesebuah masyarakat serta bentuk hukuman yang
bakal diterima jika sesuatu peraturan tidak dipatuhi.

Isi-isi penting

a) Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu, iaitu Adat Perpatih
dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari tempat yang sama, iaitu
Minangkabau, sebuah wilayah yang terletak di sebelah barat Pulau Sumatera, Indonesia.
b) Kedua-dua hukum adat ini dalam bentuk tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat. Pemisahan
antara kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera membahagikan
pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelaki beliau, iaitu Datuk Perpatih Nan
Sebatang dan Datuk Ketemenggungan.
c) Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam
bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan fasal.
d) Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-
undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan hak pemerintah, perhambaan,
jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan kecil.
e) Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa dalam Adat
Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang yang menetapkan
kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.
f) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-undang yang
menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April 1895
dinamakan sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. Undang-undang ini
digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Penutup

 Kewujudan hukum dan undang-undang membuktikan bahawa masyarakat tempatan telah


mempunyai satu sistem perundangan yang teratur untuk dijadikan panduan dalam kehidupan
mereka sebelum kedatangan penjajah.
 Menerusi sistem perundangan ini, keamanan dan ketenteraman dapat dipelihara bagi
membolehkan golongan pemerintah dan rakyat menjalankan urusan masing-masing dengan
teratur. Jika timbul sesuatu masalah, mereka mempunyai undang-undang yang dapat dijadikan
panduan dan rujukan sebelum sesuatu tindakan itu diambil.

Soalan 7: Terangkan bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih.

Pendahuluan

 Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat
secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-
undang yang harus dipatuhi.
 Istilah ‘Adat Perpatih’ berasal daripada gelaran Sultan Balun(Sutan Maharajo Bosa).iaitu Datuk
Perpatih Nan Sebatang.Hukum adat ini tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat.Datuk Perpatih
Nan Sebatang dikatakan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam beberapa perkara
terutamanya cara mentadbirkan negeri,beliau lebih mengutamakan kaum wanita dalam
pemberian harta pusaka.Datuk Perpatih Nan Sebatang memerintah di sebelah Pagar Ruyong
sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat Perpaatih iaitu apabila orang
Miangkabau berhijrah ke Tanah Melayu.Adat ini mulanya dibawa bersama untuk diamalkan dan
lama-kelamaan menjadi sebahagian adat resam masyarakat tempatan.

Isi-isi penting:

Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih

 Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk
pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada generasi lain.Susunan hukum
ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat.Hukum adat ini didasarkan kepada dua
jenis sumber,iaitu resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak yang diambil daripada
mazhab Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi biasanya hukum adat ini tidak
mengatasi hukum syarak.
 Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut kehidupan
individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi panduan tentang susunan
pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan kekeluargaan dan perkahwinan,
pembahagian harta,undang-undang jenayah serta hal ehwal kemasyarakatan.

Aspek Pemerintahan
 Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada di atas
tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap
suku.Pemerinthan mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Tiada
siapa yang boleh menguasai teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan
dilantik oleh jawatan lain.
 Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang melanggar adat akan
dibicarakan dan dihukum.
 Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar
(Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Yamtuan dilantik oleh empat
Undang, Undang dipilih oleh Lembaga. Lembaga dipilih oleh Buapak dan Buapak pula dipilih
oleh Anak Buahnya.Ini bermakna sistem pelantikan mengikut Adat Perpatih dibuat berasaskan
peringkat dari bawah ke atas.

Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan


 Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud hidup secara
berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap suku mempunyai nama yang
tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui pertalian darah antara satu sama lain.Setiap
suku dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap Perut dipecahkan kepada
Ruang dan setiap Ruang kepada Rumpun.
 Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada keturunan sebelah
ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap bersaudara.Adat Perpatih
tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama dianggap bersaudara.Perkahwinan
hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza.Sistem ini dikenali sebagai eksogami.

Aspek Pembahagian Harta


 Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta
melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai pengasa kelurga)kepada anak
perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak perempuan,harta akan diwariskan kepada
adik perempuan,anak adik-adiknya atau cucu-cucunya.
 Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta carian-harta yang
diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup Mereka, Harta dapatan-
harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian harta kekal
milik isteri, Harta pembawaan-harta yang sedia dimiliki oleh si suami sebelum berkahwin dan
Harta sebelah-harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberi oleh ibu bapa sebelum mereka
berkahwin.

Undang-Undang Jenayah
 Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki keadaan dan tidak
menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.Undang-undang
jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa.Seseorang yang
melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya dan masa diberi ganti
rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan mencuri.Pesalah akan dihukum dengan memulangkan
barang yang dicuri atau membayar ganti rugi.

Kemasyarakatan
 Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus dibuat terlebih dahulu
sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah teebut digelar sebagai
muafakat. Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa serta menekankan nilai-
nilai yang menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini menetapkan satu peraturan
hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong, dan bekerjasama.
Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih dianggap mempunyai kebolehan dan
kemampuan tertentu.
 Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada kejayaan orang
perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok masyarakat.Begitu juga sebaliknya berlaku,
semua anggota perlu menanggung kerugian atau kegagalan itu.

Penutup
 Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa masuk adat Perpatih
yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Tanah Melay dengan
lebih teratur dan sistematik.
Adat Temenggung
Soalan 8: Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung.

Pendahuluan
 Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang yand diamalkan
oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh
semua masyarakat.
 Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat iaitu adat perpatih
dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan. Adat Temenggung
merupakan adat yang Berasal dari sumatera.

Isi-isi Penting:

Aspek Politik

1. Sistem Pemerintahan
 Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Puncak struktur
politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama dan simbol kedaulatan dan
perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri dan daerah atau jajahan. Mereka
dilantik oleh raja dan memerintah sebagai wakil raja. Pembesar bertugas pada peringkat mukim
dan lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang memerintah kampung.
 Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung.
Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta dan jika kedua-duanya tidak ada,
raja bendahara akan dilantik menjadi raja.

2. Perundangan / Hukuman
 Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman paling berat.
Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka terhadap
raja.
 Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu
kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting.
Aspek Ekonomi
1. Pembahagian Harta
 Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa tampatan. Sistem
perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
 Harta diwarisi oleh anak lelaki.

Aspek Sosial
1. Kekeluargaan
 Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
 Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga
dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.

2. Perkahwinan
 Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa suaminya. Isteri akan
menjadi keluarga suaminya.
 Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan hukum syarak).
Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak melanggar hukum agama Islam,
Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan, Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain,
Pasangan bukan daripada saudara susun dan Larangan berkahwin dengsn dua orang
perempuan yang bersaudara.

3. Kemasyarakatan
 Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.

Kesimpulan
 Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum syarak
mengikut mazhab Syafie.
 Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua Adat.

Soalan 9: Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam


masyarakat Melayu tradisional.

Pengenalan

 Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta diwarisi sejak
turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-undang yang perlu
dipatuhi oleh masyarakat Melayu. Pada peringkat awal, ianya hanyalah sebagai rutin harian
dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus
dan wajib dipatuhi.
 Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau hukum
yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan, sebaliknya
dihafal oleh Ketua Adat. Hukum Adat adalah berdasarkan dua sumber utama iaitu resam atau
adat turun- temurun dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum syarak
berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.

Isi-isi penting:

Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

 Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.
 Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah diraja yang
mewarisi pemerintahan di Sulawesi.
 Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.
Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung

a. Asal-usul dan pengasasan

 Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan
Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat pemerintahannya terletak di
Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan bertanggungjawab membawa masuk adat ini ke
Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada kurun ke-17.
 Manakala menurut Terombo atau ‘lagu asal usul adat’, Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera. Beliau menjaga kawasan
persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di Palembang. Adat ini
kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan diamalkan di semua negeri
di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan wilayah Naning.

b. Bentuk dan pelaksanaan

 Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah yang diwariskan
secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo atau perbilangan
adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun yang
diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
 Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini
mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu. Adat ini kemudiannya
menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat Temenggung
dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau penggawa.

c. Pentadbiran dan pemerintahan

 Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa pemerintah


dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku. Kuasa pemerintah tertinggi
ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah (Perut). Ketua
pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah
hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam Tuam Besar.
Perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang menjadi ketua
pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau, Johol dan
Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga. Manakala Lembaga pula
akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut
 Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa pemerintahan terletak
di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak. Buktinya ialah perlantikan
sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan. Sultan juga bertanggungjawab
dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun dari segi sosial. Adat ini
mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Rakyat wajib menurut segala
titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya.

d. Undang-undang perkahwinan

 Adat Perpatih melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam satu suku
mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara. Perkahwinan sesame
suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan. Perkahwinan
sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku tersebut. Oleh itu,
perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan ini dikenali sebagai
eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka
(rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibunya.
 Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada perundangan
Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan
tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna perkahwinan di antara saudara seibu sebapa
adalah dilarang. Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami.

e. Undang-undang keluarga

 Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi keutamaan
kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat Perpatih, ibu dianggap
sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri. Dari segi
hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding keluarga
sebelah bapa.
 Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal iaitu lebih
mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan keturunan sesebuah
keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira daripada sebelah
keluarga. Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi hubungan kekeluargaan,
keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Seseorang isteri dikehendaki tinggal
bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi ahli keluarga si suami setelah berkahwin.

f. Pembahagian harta pusaka

 Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui keturunan iaitu
diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Hal ini kerana, kaum
wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam masyarakat dan menjadi asas
wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak boleh
memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan
kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.
 Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak di mana anak
lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya. Selebihnya akan diberikan
kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki adalah kerana
berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding
dengan anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi keadilan kepada semua
pihak, tidak kira lelaki atau wanita.

g. Undang-undang jenayah

 Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat ini tidak
bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan. Kesalahan
membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih tanggungjawab
tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.
 Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat
pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh. Walau
bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh pemerintah kepada golongan rakyat adalah
lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan. Golongan pembesar
yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri sahaja.

Kesimpulan

 Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu


tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah diragui.
Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden yang
dihasilkan dalam bentuk dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
merupakan undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah wujudnya
undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.
 Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional masyarakat
Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal wujud hingga kini.

Soalan 10: Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan


amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan
 Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia. Dengan adanya
peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram. Masyarakat juga akan tahu
tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dengan ini dapat pula membentuk
pemerintahan yang adil dan saksama. Keteraturan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu
Tradisional turut berpunca daripada wujudnya aturan atau undang-undang yang dilaksanakan.
 Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan adaptasi dari
Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut keperluan negeri masing-masing dan dibentuk
berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu
berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang
tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan
Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Isi-isi Penting:

Undang-undang 99 Perak

 Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. Mengandungi 99 buah
undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
 Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
a) Tugas dan tanggungjawab pemerintah
b) Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
c) Perkara-perkara jenayah
d) Hal-hal kekeluargaan

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

§ Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis
yang pertama di Semenanjung T.M. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
 Antara perkara yang terkandung ialah :

a) Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing


b) Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab
menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
c) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan
menggubal undang-undang

Kesimpulan
 Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan
ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.
 Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan
untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap
anggota masyarakat dalam kehidupan.

Soalan 11: Huraikan prinsip-prinsip umum undang-undang 99 Perak


Undang-undang 99 Perak
Pendahuluan

 Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal
ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada
tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.
 Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari Hadramaut pada
zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek
yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi.

Isi-isi Penting:

Penzinaan

 Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6 memperuntukkan seorang
pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak
dibuang, dia dikehendaki membayar denda (emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah
dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
 Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina mengakuinya,
mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emass. Jika penghulu
mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan dimaafkan.

Perkahwinan

 Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baru bernikah
tidak dibenarkan bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-
masing.

Pembunuhan

 Fasal 23 – Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak
boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu
menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil dua paha emas
(dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
 Fasal 4 – Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh orang islam tidak
akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam. Pewaris si
pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga si
mati.

Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar


 Fasal 24 – Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja
atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri,
menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang
muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang
tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
 Fasal 77 – Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah tersebut
mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jika tiada, maka anak raj
yang paling kecil akan mewarisi takhta. Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah
anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada golongan diraja).

Peperangan

 Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata,
menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang
berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan
kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan orang ramai, dan tidak
mengikut kata-kata orang lain.

Pembahagian harta

 Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan
rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah pad,
lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut,
anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
dibahgikan secara adil kepada anak. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh
peratus lebih daripada anak lain.

Hal ehwal agama

 Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia, pertuturan yang
baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah demi
kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang wal masuk ke masjid pada hari
jumaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
 Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara
yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.

Penutup

 Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus kepada adat
tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam, yang perlu
dibalas dengan bunuh.
 Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat kelemahan dan
kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya berbentuk denda wang
iaitu emas.

Soalan 12: Huraikan Prinsip-prinsip Umum Undang-undang Tubuh Negeri Johor.


Undang-undang Tubuh Johor
Pendahuluan:

 Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu himpunan yang menjadi perlembagaan
asas bagi negeri johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.
 Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada 1
april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan pindaan ketiga, pada 12 mei 1914.
Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918.

Isi-isi Penting:

Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja


 Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah satunya ialah fasal
kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilahberbangsa melayu,
berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan
Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan daripada zuriat
Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada zuriat
temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.
 Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan beberapa perkara
dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk membuat pertimbangan
berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal; Berasal
daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan Johor; Beragama islam, diakui daripada
darah yang merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis bahasanya;
Memiliki budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan terpuji.

Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri


 Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk memelihara
kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan bahawa, melarang raja yang
memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan
negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah dan
Bangsa-bangsa yang lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting
semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan orang melayu
menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan orang melayu berpunca daripada
kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang akan hilang kuasa sabagai pemerintah
berdaulat.
 Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan memandatangani
perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai oleh para pembesar negeri telah
bangkit menentang tindakan beliau. Mereka mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani
Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang terkandung di dalam Undang-
undang tubuh kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor melakukan apa-apa tindakan yang
boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Peruntukan Berkaitan Agama Islam


 Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor agama islam tetapi
agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan
sebagai pemerintahtertinggi, baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan
bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.
 Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak Islam telah
mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam urusan pentadbiran
keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah, para
pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan adil
dan benar.

Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri


 Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri yang
diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Bilangan jemaah
mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebiho 12
orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik daripada
bangsa Melayu, rakyat johor, dan beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di
hadapan dua orang saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan
beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.
 Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantusuktan dalam urusan pemerintahan negeri.
Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota jemaah menteri. Namun
segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggungjawap sultan.

Penutup
 Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap golongan
mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat.
1.3 Sistem Sosial
1.3 Sistem Sosial

Soalan 13 : Terangkan konsep dan susun lapis masyarakat melayu pada abad ke-19
Pendahuluan

 Taraf seseorang dalam masyarakat ditentukan oleh beberapa faktor; keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan
kedudukan, kewibawaan serta tugas.
 Kedudukan hierarki seseorang dalam masyarakat Melayu boleh berubah melalui 2 cara. Pertama, pertukaran tugas atau
pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya. Kedua, melalui taraf pencapaian.

Isi-isi Penting:

1. Konsep susun lapis


 Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial
yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.
 Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat setaraf dari segi
kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab.
2. Susun Lapis Masyarakat
 Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki. Terdapat 2 jenis golongan dalam masyarakat; golongan
pemerintah dan golonagn diperintah. Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang dikenali sebagai golongan
bangsawan. Golongan diperintah pula merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata.
Golongan Pemerintah
 Terdiri daripada sultan, raja atau Yang Dipetuan Besar, keluarga dan kerabat diraja serta pembesar negeri, iaitu
golongan bangsawan, ulama, pendeta, dan penghulu. Golongan pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan
berdasarkan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Bertanggungjawab dalam menjalankan urusan
pentadbiran negeri.
Sultan/ Raja
 Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh kerabat diraja atau
para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri
serta seluruh jajahan takluknya.
 Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam negeri, bertanggungjawab
menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan negeri. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak
terhadap rakyat jelata.
Keluarga dan Kerabat Diraja
 Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’.
 Golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri.
Golongan Bangsawan dan Pembesar
 Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah atau
pentadbir.
 Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir biasanya
dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiritanpa sokongan sultan.
Golongan Ulama dan Pendeta
 Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara
tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ulama pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik
menjadi guru, ketua agama dan kadi. Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga
bertanggungjawab menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.
 Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan
salasilah raja.

Penghulu
 Ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Penghulu menjalankan perintah yang
diarah oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung untuk menyatakan pandangan atau masalah yang
dihadapi.
 Antara bidang tugas penghulu ialah menyelusaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan anak buahnya,
memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan arahan pemerintah, dan menjadi lambang
perpaduan kampung.
Golongan Diperintah
 Merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat biasa atau rakyat asing yang
bebas dan golongan hamba. Mempunyai peranan penting dari aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan terutamanya
dalam mendukung institusi beraja dan pembesar.
 Berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat
jajahan takluk.
Rakyat Biasa
 Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan dan biasanya tinggal di kawasan luar istana atau kampung-
kampung kecil. Kebanyakannya terdiri daripada petani, nelayan, pedagang, dan tukang. Mereka tidak mempunyai
sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran.
 Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya cukup untuk menanggung hidup
sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan
guru agama.
Rakyat Asing
 Selalunya bukan orang melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi tujuan tertentu seperti pedagang,
mubaligh, dan santeri. Santeri ialah orang yang merantau dari tempat ke tempat lain untuk menuntut ilmu.Terlibat
dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.
 Tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan
Golongan Hamba
 Menduduki hierarki paling bawah. Menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai
tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api, dan menjadi askar.
Penutup
 Terdapat dua golongan dalam susun lapis masyarakat iaitu golongan memerintah dan golongan diperintah. Golongan
memerintah merupakan golongan kelas atasan manakala golongan diperintah merupakan golongan kelas bawahan.
Soalan 14: Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah.

Pengenalan
 Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang
dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.
 Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan
yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat
disekat oleh golongan pemerintah.
Isi-isi Penting:
. Rakyat Biasa

 Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan
jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah
seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan
mendirikan istana
 Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi
tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi
kepentingan raja. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan
tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan
membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya

2. Orang Asing

 Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja
dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri (orang
merantau kerana menuntut ilmu) dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu: melibatkan
diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa
dan Pasai, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong. Masyarakat
Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk
peribumi.
 Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka
masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan.

 Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka. manakala sebahagiannya akan terlibat
dengan pekerjaan dalam rumah. Antara jenis hamba:
a) Hamba raja (biduanda) - paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja.
b) Hamba Abdi - hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.
c) Hamba berhutang - orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.
d) Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut
 Antara peranannya:
a) menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.
b) menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
c) menjadi pegawai kepada tuannya
d) menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

Kesimpulan
 Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun
pembesar. Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah
wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.
Soalan 15: Jelaskan peranan golongan hamba dalam sistem sosial masyarakat melayu tradisional

Pendahuluan
 Golongan hamba menduduki susun lapis masyrakat yang paling bawah sekali. Mereka tidak boleh bertindak mengikut
kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah yang ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.
 Dalam masyarakat melayu tradisi, perhambaan mempunyai pengertian yang tersendiri berbanding dengan sistem
perhambaan yang biasa di fahami. Terdapat 3 jenis hamba, iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
Isi-isi penting
a) Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat
kerja-kerja rumah
b) Hanba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti dalam bidang pertanian dan melombong bijih timah
c) Hamba lelaki biasanya di berikan tugas di luar rumah untuk tujuan pertahanan atau penghasilan pertanaian seperti
membajak, menanam, menuai, dan memagar hutan baru atau bertugas melombong bijih timah.
d) Ada juga hamba lelaki yang di bawa mengikut tuannya berdagang atau berniaga
e) Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka juga menjadi
tukang masak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air membelah kayu dan menganyam. Ada kalanya mereka
bekerja di sawah untuk menuai padi
f) Ada di kalangan hamba perempuan itu yang di tugaskan untuk memperoleh pendapatan bagi tuan mereka,
khususnya hamba wanita yang di paksa melacurkan diri dan sebahagian pendapatan tersebut diserahkan kepada
tuan hamba mereka
g) Golongan hamba juga berperanan untuk mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar
Penutup
 Golongan hamba menduduki satu daripada lapisan sosial dalam masyarakat melayu tradisi. Mereka mempunyai
peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dan membentuk sebuah institusi sosial yang tersendiri
1.4 Sistem Ekonomi
1.4 Sistem Ekonomi

Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19.

Pendahuluan:
 Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang
bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan
perak.
 Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan
perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam
kegiatan ekonomi.
Isi-isi penting:

Konsep ekonomi tradisional


 Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri
dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan
kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.
 Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti
petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur.
 Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala
khusus digunakan bagi menangkap ikan.
 Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada
aktiviti penjualan.
Ciri-ciri ekonomi tradisional
1) Tiada Pengkhususan Pekerjaan

 Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota keluarga
termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
 Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar, dan
memungut rotan.

2) Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan


 Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan
berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.
 Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti rotan,
buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar kayu.
3) Tiada Peralatan Moden

 Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.


 Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu yang diperbuat dari rotan
kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan.

4) Amalan Bergotong-royong

 Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan.
Berderau adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta
mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota
masyarakat.
 Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah.

5) Tiada Lebihan Hasil

 Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya
mengeluarkannya.
 Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan penawaran kerana
didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung
hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang
boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak
pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja
kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja
mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil
mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah,
sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.
Penutup:
 Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecil-kecilan, belum terdedah kepada
aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta
dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk
cukai yang juga lebih tinggi.
 Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan bukannya dalam kalangan
petani itu sendiri.
Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri.
Sejauh manakah kenyataan ini benar.

Pengenalan
 Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial
dan perdagangan.
 Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah
dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi-isi Penting:

a diri

 Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar
dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat
tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir
 Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Antara kegiatan yang
dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh
orang Asli. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. Menternak
binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti
mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air masin.

para Sara Diri

 Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.
 Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.

omersial
 Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam.
Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan
melalui Singapura.
 Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.

an

 Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan
Sungai Ujong.
 Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih
timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.

n Antarabangsa

 Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an. Menyebabkan orang
Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
 Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.

Kesimpulan
 Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada
perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan
sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu
membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat melayu tidak berminat untuk meningkatkan lebihan hasil
pengeluaran ekonomi sara diri pada abad ke-19.

Pendahuluan
 Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara diri,separa sara diri,ekonomi
komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu,sistem
ekonomi separa sara diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di
Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.
 Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri.Sara diri bermaksud
hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil
tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
Isi-isi Penting:
1. Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.

 Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang
mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk
mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.
 Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah dan
tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa teknologi moden.

2. Saiz tanah pertanian.


 Masyarakat melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat
mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan
seharian mereka.
 Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka kepada golongna pembesar
sebagai sememnuhi tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan adalah bertambah , maka sumbangan
kepada golongan pemerintah juga terpaksa ditambah.

3. Tenaga buruh tidak mahir.

 Masyarakat tempatan pada zaman dahulu tidak mempunyai tenaga buruh yang mahir. Mereka tidak mempunyai
kemahiran dan latihan yang khusus dalam satu-satu bidang pekerjaan sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak
mengusahakan tanah pertanian mereka secara tradisional tanpa menggunakan sebarang alat-alatan moden untuk
meningkatkan mobiliti buruh.

4. Penduduk terikat kepada sistem kerah.

 Petani terpaksa mematuhi perintah kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.Jika mereka diminta untuk
melakukan kerja-kerja kerah,kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan.
Penutup
 Faktor-faktor yang berlaku menyebabkan petani dalam masyarakat melayu tradisi tidak berusaha untuk melebihi
keupayaan sendiri. Mereka hanya mengusahakan tanaman yang dapat menampung keperluan diri dan keluarga
sahaja.
 Secara umumnya,masyarakat melayu telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri untuk memenuhi keperluan
kehidupan mereka sejak berabad lamanya dan dibahagikan kepada dua sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi
tradisional dan sistem ekonomi kormesial.
Soalan 19: Jelaskan konsep dan kegiatan ekonomi komersial melayu pada abad ke-19.

Pendahuluan :
 Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah
seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab,
dan kerajaan serantau.
 Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa
membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :

Konsep Ekonomi Komersial


 Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang
dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan.
 Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan menanam padi yang dianggap sara diri
sebenarnya menjurus ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan
perdagangan dan perlombongan. Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan
pembesar.
Kegiatan Ekonomi kemersial Melayu
1. Perdagangan

 Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan
memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar
kawasan. Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.
 Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan
pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan Singapura.

2. Penanaman lada hitam dan gambir

 Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan
perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui
sistem kangcu. Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk
menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang
Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.
 Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan eksport dan
mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah.

3. Pemungutan hasil hutan

 Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan,
kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun 1844, Bendahara
Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan
pemungutan hasil hutan.
 Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau
Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di
China.

4. Penanaman Padi

 Masyarakat peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial
apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan
Kalantan menjadi pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke
Singapura.
 Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu
mengimportnya lagi.
Penutup :
 Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi
tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat
Melayu bersifat terbuka.
 Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata. Terdapat bukti
mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman
dan hasil galian.
Soalan 20: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial melayu pada abad ke-19 di Tanah Melayu.

Pendahuluan :
 Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah
seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab,
dan kerajaan serantau.
 Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa
membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :
1. Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi

 Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga
daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.
 Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat
segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.

2. Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu

 Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial biasanya berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan
dengan menggunkan perahu atau kapal kecil.
 Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang kerana mempunyai pelabuhan yang dapat
menjadi persinggahan kapal perdagangan daripada dunia luar.

3. Melibatkan semua lapisan dalan masyarakat

 Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial
bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya berniaga di pasar.
 Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi
pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-
wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.

4. Wujudnya aktiviti perdagangan dengan dunia luar

 Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar yang giat dijalankan di muara
sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Di tanah Melayu, terdapat empat buah pelabuhan utama yang menjadi
pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah, Melaka, Kelang, dan Johor Lama.
 Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab
dan China.

5. Kemasukan pelabuhan Asing untuk tujuan eksport

 Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu secara berunsur-unsur telah berubah daripada kegiatan
pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan
oleh golongan pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga membawa
masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan perladangan
bagi tujuan eksport.
 Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal
asing.
Penutup
 Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau
jual beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun kegiatan ekonomi komersial telah wujud, tetapi bilangan
penduduk tempatan yang melibatkan diri dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada golongan
pembesar.
 Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman ladang untuk tujuan dagangan.
Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran setelah perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
mendapat tempat dan berkembang pesat menjelang pertengahan abad ke-19.
Soalan 21: Bincangkan sebab-sebab kemunculan kegiatan ekonomi komersial di alam Melayu pada abad ke-
19
Pengenalan
 Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19 bukan sahaja menandakan
bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang ekonomi. Keamanan yang Berjaya dipulihkan
telah melahirkan satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat.
Isi-isi Penting:
1. Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh Negara perindustrian di
Barat, penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan & pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak
perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu.

2. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya.
British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah Melayu.

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api
menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-
bahan diangkut dgn mudah

4. Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn kawasan yg hamper
dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kpd kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi
berkenaan.
Penutup
 Negeri-negeri di pantai Timur yg mempunyai bilangan penduduk yg sedikit dan sistem perhubungan yg tidak terbatas
tidak mengalami banyak perubahan.
 Sebaliknya lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor dan Perak terutamanya di kawasan pengeluaran bijih
timah dan getah
Soalan 22: Huraikan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat
tempatan di Tanah Melayu pada abad ke 19.

Pengenalan
 Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British meskipun terdapat aktiviti-
aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah.
Sistem ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan
struktur masyarakat di T.Melayu.
Isi-isi Penting:

a) Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing, pelaburan modal,
penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat
tempatan.
b) Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam bidang perlombongan
bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan sebagainya.Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat
majmuk.
c) Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan mereka dan lokasi
tempat tinggal dan bekerja.
d) Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan Mubaligh daripada segi
bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.
e) Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam, sambutan perayaan,
agama, kesenian, cara berpakaian dsb.
f) Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah pergaduhan dan
keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.
g) Pertambahan penduduk Tanah Melayu.

Kesimpulan

 Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi faktor penting yang
mengubah struktur masyarakat di Tanah Melayu.
 Satu rumpun bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem
pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses
asimilasi.
2.1 Peluasan Kuasa Asing
2.1 Peluasan Kuasa Asing

Soalan 23: Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu.

Pendahuluan:
 peluasan kuasa asing di tanah melayu merujuk kepada kehadiran kuasa barat seperti portugis, belanda dan british
secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran masyarakat tempatan. Peluasan kuasa ini boleh berlaku dalam
beberapa keadaan spt penaklukan atau melalui perjanjian yg ditandatangani antara kuasa asing.

Isi-isi penting:

1. Faktor Ekonomi

 Ekonomi merupakan faktor terpenting yg mendorong peluasan kuasa british di tanah melayu. Revolusi perusahaan di
eropah, menyebabkan Britain memerlukan bahan-bahan mentah. Britian memerlikan tanah jajahan yang dapat
memenuhi keperluan itu. Secara kebetulan, negeri-negeri melayu kaya dengan bahan mentah yg diingini British.
Selepas revolusi perusahaan, AS dan Britian muncul sebagai pengimport bijih timah yg terbesar. Permintaan bijih
timah semakin meningkat. Harga bijih timah yg melambung, menyebabkan negeri2 melayu yang kaya dengan bijih
timah semakin penting. Ramai pelabur berminat melabur di tanah melayu.
 Setelah monopoli perniagaan dengan china dibubarkan pd tahun 1883, golongan saudagar dibenarkan menjalinkan
hubungan scra langsung dgn china. Akibat pkembangan ini, golongan saudagar dinegeri2 selat kehilangan kuasa
monopoli perniagaan yg dimiliki sebelum itu. Golongan saudagar mendesak British supaya campur tangan untuk
memulihkan keamanan.

2. Bimbang campur tangan kuasa barat lain

 Selepas tahun 1870-an, keadaan politik mula berubah apabila kuasa-kuasa asing seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia
dan Jerman mula bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
 British paling mencurigai jerman. Hal ini kerana, selepas penyatuan Negara tsebut jerman mula melancarkan serangan
agresif yang mengancam kedudukan britian. Golongan pemodal mgunakan faktor kebimbangan untuk menguatkan
lagi tuntutan spya british campur tangan di negeri2 melayu.

3. Perubahan politik dan dasar Britain

 Selepas kerajaan parti konservatif di bwh pimpinan Benjamin disrael yg menyokong dasar imperalisme meletakkan
jawatan pd tahun 1868, di ambil ahlih oleh wiliam E. Gladstone iaitu parti liberal. Pd tahun 1874 gladstone di
jatuhkan dan digantikan semula dgn Benjamin Disraeli.
 Pelantikan lord Kimberly sebagai setiausaha di pejabat tanah jajahan dan Edward knatchbull sbg setiausha rendah
parlimen menyebabkan munculnya golongan baharu yang menyokong dasar peluasan kuasa melindungi kpentingan
british di seberang laut. Clarke diarah untuk meneliti k’adaan yg berlaku di ngeri-negeri melayu bagi memulihkan
keamanan serta mengekalkan kepentingan perdagangan british di negeri-negeri melayu.

4. Pembukaan Terusan Suez

 Revolusi perusahaan dieropah telah menghasilkan banyak rekaan baharu yg membantu memudahkan pedagang
eropah untuk datang ke Asia tenggara. Kapal berkuasa wap yg mempercepatkan perjalanan ke asia tenggara dan
boleh memebawa lebih banyak baranagan dagangan.
 Terusan suez yg menghubungkan laut merah dgn laun Mediterranean dpt memendekkan perjalanan laut dri britian ke
tanah melayu. Penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah dpt memendekkan perjalanan antara timur
dan barat serta menjimatkan masa dan kos perjalanan ke asia tenggara

5. Keadaan huru-hara di nergei-negeri Melayu

 Negeri-negeri melayu berada dalam keadaan huru hara. Raja tidak berkuasa penuh di atas pembesar. Keadaan huru
hara disebabkan oleh perebutan kuasa antara para pembesar melayu. Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap
serta kegiatan lanun yg berleluasa di tanah melayu.
 Huru harajga disebabkan oleh perang saudarayg tercetus ditanah melayu spt perak , Pahang dan Selangor. Perang
tersebut memaksa british untuk campur tangan bertujuan untuk memulihkan keamanan ttpi bgi memastikan
kpentingan ekonomi mreka tdk terancam akibat k’adaan huru hara yg berlaku itu.
Penutup:
 Campur tangan kuasa asing telah menyebabkan perubahan faktor politik terutamanya para pembesar di negeri-negeri
melayu kehilangan kuasa dan sultan masih berkuasa tetapi atas nasihat residen.
Soalan 24: Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang
membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pengenalan ;
1. Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam.
Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.
2. Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian
Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).

Isi-isi Penting:

1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)

a. Sebab:

i. Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara
Indo-China dengan Eropah.
ii. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.

b. Syarat-syarat:

i. British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara
kepada kuasa lain.
ii. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan
British.
iii. British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.

c. Kesan-kesan

i. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU


ii. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.

2. Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.

a. Sebab:

i. Kebimbangan campur tangan kuasa asing.

 Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British. British masih bimbang Siam tidak
berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing. Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong
Selang (Pulau Phuket), Amerika-Terengganu.

ii. Peranan Frank Swettenham

 F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam.

iii. Kegiatan R W Duff di Kelantan

 1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British). Sebagai balasannya Sultan
Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff. Siam tidak mengesahkan hak milik
Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan. Duff mengugut akan mempelawa
Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya. British berunding dengan Siam agar
mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar.
 Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong
Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan. Ugutan British menyebabkan Siam
terpaksa menerima cadangan Swettanham.

c. Syarat-syarat

a. Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
b. Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.

d. Kesan-kesan
a. Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu. Sultan
Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.
b. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

3. Perjanjian Bangkok 1909

a. Sebab-sebab
i. Pakatan Inggeris – Perancis 1904.
ii. Kebimbangan campurtangan asing yang lain.
iii. Pembatalan hak-hak wilayah asing.
iv. Masalah kewangan Siam.

b. Syarat-syarat
i. Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
ii. Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.
iii. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

c. Kesan:
i. NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
ii. Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.
iii. Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.
iv. Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.

Kesimpulan:

 Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun 1914.
Soalan 25: Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di
Tanah Melayu.

Pendahuluan :
 Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategik antara pihak British
dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda
membawa Singapura di bawah kuasanya.
 Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani
perjanjian ini pada tahun 1824.
Isi-isi penting:

Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

1. Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia
melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat
perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.
2. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan.
British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda.
British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-
dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan
dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.
3. Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah
sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian bijih timah
antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang
British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan
pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun.
4. Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan
menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak
lain.

Implikasi Perjanjian Inggeris Belanda:

1. Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak di bawah naungan British,
manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.
2. British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini,
British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai
Negeri-negeri Selat pada 1863.
3. Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan
Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh
Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.
4. Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.

Kesimpulan:
 Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang
lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku
sebelumnya.
Soalan 26: Huraikan cara peluasan kuasa asing di negeri Johor pada abad ke-19 hingga abad ke-20

Pendahuluan
 Peluasan kuasa British telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang (1786). Penglibatan
yang dikatakan sebagai peluasan kuasa tidak rasmi bermula di kebanyakan negeri di Tanah Melayu seperti Kedah,
Perak, Naning dan Johor.
 Peluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya
Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau
Penasihat British. Stamford Raffles tiba di Singapura dan mendapati paling sesuai untuk tujuan perdagangan kerana
kedudukannya strategik. British meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian.
Isi-isi Penting
1) Cara Peluasan Kuasa British di Singapura

 Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan tinggal di Singapura. Tengku Hussein
bersetuju dengan cadangan Raffles dan menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles pad 6 Februari 1819. Raffles
berjaya menduduki Singapura dengan menggunakan muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan Temenggung Abdul
Rahmanmenandatangani Perjanjian 1819.
 Pertabalan Sultan Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai 2 orang Sultan. Sultan Hussein
bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman pula di Lingga.

2) Perjanjian Persahabatan 1855

 Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan diganti oleh puteranya, Tengku Ali. Pertengahan abad ke-19,
berlaku pertikaian antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman) tentang hasil
negeri Johor.
 Pada tahun 1847, Tengku Ali menuntut gelaran Sultan Johor tetapi telah ditolak dan didesak agar menggugurkan
segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor kerana Temenggung Ibrahim lebih berpengaruh. Penglibatan British
dalam hal ini telah membawa kepadaPerjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim
pada Mac 1855.

3) Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)


 Temenggung Ibrahim meniggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan dengan anaknya, Maharaja Abu Bakar yang
amat rapat dengan British. Pihak British telah meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung apabila A.E.H.
Anton menawarkan Muar kepada Maharaja Abu Bakar buat sementara sehingga satu undian dijalankan oleh
Temenggung dan penghulu-penghulu Muar. Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai. Jenazahnya tidak dapat
dikebumikan hampir sebulan kerana masalah pengganti. Temenggung Muar dan penghulu-penghulu Muar telah
menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan Ali) sebagai pengganti.
 Maharaja Abu Bakar telah bertindak dengan menangkap Temenggung dan penghulu-penghulu Muar bagi mendapatkan
undian. Demi mengelakkan pertumpahan darah, Temenggung dan penghulu-penghulu Muar telah meminta
perdamaian dan mematuhi peraturan Maharaja Abu Bakar. Upacara undian diadakan pada bulan September 1877 di
Kesang disaksikan oleh pegawai-pegawai British. Majlis bersidang dan bersetuju melantik Maharaja Abu Bakar
sebagai pemerintah Muar. Dengan ini, kekuasaan waris-waris Sultan Johor terhadap takhta Johor tamat. Pihak British
meluaskan kuasanya secara langsung sekali lagi melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan
mengiktirafnya sebagai Sultan Johor.

4) Penubuhan Lembaga Penasihat Johor

 Lembaga ini ditubuhkan di London pada 1886. Sultan Johor boleh berhubung terus dengan pejabat Tanah Jajahan di
London. Usaha British meluaskan kuasanya melalui lembaga ini nyata berhasil apabila Lembaga tersebut berfungsi
menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran. Lembaga Penasihat Johor juga
menasihati Sultan Ibrahim supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat untuk membina
landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Cadangan tersebut merupakan muslihat British untuk mengawal
kewangan Johor. Dato’ Abdul Rahman Andak sedar akan muslihat tersebut menasihati Sultan Ibrahin agar tidak
menerima tawaran pinjaman tersebut.
 British mendapati agak sukar untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor lalu berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul
Rahman Andak. Pada tahun 1907, John Anderson (Gabenor NNS) mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak
dibersarakan dan dihantar ke London. Beliau menerima pencen sebanyak 1000 paun setahun. Pada tahun 1914,
Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian dengan British dengan syarat Johor mesti mematuhi nasihat
daripada Penasihat Am British. British berjaya meluaskan kuasa ke atas Johor apabilaDouglas Campbell dilantik
sebagai Penasihat British.
Penutup
 Kesimpulannya, British bertekad meluaskan pengaruh ke negeri Johor. Mereka telah berjaya menguasai Negeri-negeri
Melayu yang lain sejak 1874 tetapi kurang berjaya di Johor.
 British berjaya meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian dengan kerajaan Johor semasa pemerintahan Maharaja
Abu Bakar. Strategi yang digunakan bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1855 ditandatangani apabila hal ehwal
luar Johor diletakkan dibawah kawalan British.
Soalan 27 : Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Naning pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

 Perluasan kuasa asing oleh british boleh di kesan sebelum tahun 1874 lagi ( dianggap sebagai tahun british campur
tangan secara rasmi ). Kuasa british telah menduduki Singapura (1819), Melaka (1824), dan Siam mencerobohi
kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu.

Isi-isi penting
1. Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Belanda telah menyerahkan Melaka kepada british. Ini bermakna
british mula melibatkan dirinya di Melaka. Perang Naning meletus apabila Robert Fullerton, Gabenor Negeri-negeri
Selat menganggap Naning sebahagian daripada Melaka. Beliau cuba melaksanakan sistem undang-undang tanah dan
kehakiman Melaka di Naning. Pada masa yang sama beliau cuba mengutip hasil cukai setempat yang berhak dimiliki
oleh Melaka menurut perjanjian awal dengan Belanda.
2. Dakwaan dan tindakan British ini berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 1801 antara Kolonel Aldwell Taylor,
wakil british dengan penghulu dan Empat Suku Naning, bagi Naning pula, perjanjian ini berasaskan kepada
perjanjian antara Belanda dengan Naning pada tahun 1643 dan tidak melibatkan British.
3. Oleh sebab british mendakwa naning sebahagian daripada Melaka, ini bermakna naning di bawah pertadbiran
british. Oleh yang demikian, kes-kes jenayah yang berlaku di naning harus dibawah ke Melaka dan undang-undang
negeri-negeri selat patut dilaksanakan di naning. Tindakan british ini telah mencabar kedudukan tradisi penghulu
Dol Said, pemerintah naning. Beliau tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah naning. Apabila penghulu Dol Said
menyelesaikan kes jenayah di naning, beliau telah diberi amaran dan dituduh tidak mematuhi arahan british di
Melaka.
4. Dol Said tidak menghiraukan dakwaan british. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak
mematuhi arahan british yang cuba menjalankan bancian di naning. Tindakan Dol Said adalah berdasarkan
pendapatnya bahawa naning sebuah negeri bebas dan merdeka.
5. Cara-cara perluasan kuasa british di naning. Peperangan berlaku antara melayu naning di bawah pimpinan penghulu
Dol Said dengan british antara tahun 1831 dan 1832. Naning mencapai kejayaan pada tahun 1831, tetapi tewas di
tangan british pada tahun 1832. Ini kerana pada mulanya naning mendapat bantuaan daripada Yamtuan Ali dari
Rembau dan beberapa pemimpin negeri Sembilan yang lain. Pada tahun 1832, brtish telah membuat persetiaan
dengan Rembau. Rembau berjanji tidak akan membantu naning.
6. Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang naning. Pakatan british dengan Rembau telah
Berjaya mengalahkan naning. Taboh, iaitu pusat pentadbiran naning telah ditawan dan rumah penduduk naning
dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak british. Selepas itu, british
menyatukan daerah naning dengan Melaka.
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 28: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke19 hingga ke 20.

Pengenalan
 Perluasan kuasa British di Tanah Melayu (TM) telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau
Pinang. Penglibatan yang di katakan sebagai perluasan kuasa tdak rasmi telah bermula di kebanyakan negeri di TM
seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.
 Perluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya
Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau
Pensihat British.
Isi-isi Penting:
a) British berjaya meluaskan pengaruh di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang di tandatangani pada tahun
1909. Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang
dipersetujui antara Siam dengan British kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian tersebut di buat.
b) Namun, setelah didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di Terengganu. Selepas Sultan
Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihat British dilantik di Terengganu pada tahun 1919.
c) Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali (pemerintah Pahang) pada tahun 1857, rimbul perbalahan antara dua
orang anaknya, Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara. Wan Ahmad
meminta bantuan daripada kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan
serangan keatas Pahang.
d) Kerja-kerja melombong bijih timah milik syarikat British di Kuantan terjejas. Demi menjaga kepentingan ekonomi di
Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu, Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Orfeur
Cavenagh memberi amaran kepada sultan Terengganu supaya tidak terlibat dalam perang saudara di Pahang, namun
amaran tersebut langsung tidak dipedulikan.
e) Hal ini menyebabkan Gabenor Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu.
Apabila rundingan dengan sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala
Terengganu. Kesan daripada serangan tersebut menyebabkan : British berjaya campur tangan secara tidak langsung
di Terengganu, British berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam dan British berjaya menjamin kepentingan
ekonominya.
Penutup
 Pada dasarnya, perluasan kuasa British melalui dua cara, iaitu melalui peperangan misalnya di Naning dan
menandatangani perjanjian seperti Perjanjian Burney dan Perjanjian Pangkor.

Soalan 29: Huraikan cara perluasan kuasa British di Perak

Pendahuluan

 Peluasan British di tanah melayu yang bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan kepentingan ekonomi dan
perdagangan, kebimbangan pengaruh kuasa asing lain yang boleh menggugat ekonomi dan keperluan bahan mentah,
dan pasaran akibat Revolusi perindustrian di Britain.
 Di Sarawak dan sabah, kepentingan perdagangan merupakan factor utama peluasan kuasa british. Peluasan kuasa asing
oleh british boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Kuasa british telah menduduki singapura ( 1819 ), Melaka ( 1824
), dan siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Isi-isi penting
1. Perang Larut

 Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut. Pada tahun 1848, beliau telah membawa
masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di larut. Orang Hakka Chen Sang merupakan
pelombong paling awal tiba di larut pada tahun 1840-an. Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh.
Kebanyakan daripada mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San. Orang Hakka Fui Chew tiba pada tahun 1850-an
dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru. Kebanyakan daripada mereka ialah ahli kongsi gelap Ghee Hin.
 Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya, Ngah
Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina bekerja di lombong-lombong bijih timah. Akan tetapi, Ngah
Ibrahimtidak mempunyai kuasa terhadap Ghee Hind an Hai San. Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua
kongsi gelap itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga kepentingannya.

2. Perebutan takhta kerajaan perak

 Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan.
Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda. Oleh itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya
tidak akan menjadi sultan secara automatik. Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah
manakala Raja Bendahara dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.
 Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang memerintah dan pembesar
yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan calon yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan
Pembesar dalam sistem pewarisan pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun
1873 di mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.
 Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi
Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf yang merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya
diberikan jawatan Raja Bendahara tetapi beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap
tidak layak. Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara. Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada sultan Jaafar,
iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan.

3. Perang saudara di perak

 Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi sultan perak. Keadaan di larut tidak tenteram kerana
perang saudara antara Hai San dengan ghee hin. Hai san mendapat sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail. Raja
Abdullah pula menyokong ghee hin. Pada tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini
dengan penyertaan ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah. Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah
menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.
 Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu perdagangan mereka.
Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta perlindungan.

4. Cara peluasan kuasa british di perak

 Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera. Beliau memanggil semua pihak yang terlibat menghadiri satu mesyuarat
di pulau pangkor.
 Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor pada 20 januari 1874. Raja
Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesar-pembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin
telah hadir. Sultan ismail dan raja yusuf tidak hadir.

5. Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874

 Perjanjian pangkor dibahagikan kepada dua, iaitu persetiaan kongsi-kongsi gelap cina dan persetiaan pangkor. Syarat-
syarat persetiaan kongsi-kongsi gelap cina iaitu ghee hin dan hai san bersetuju menamatkan pertelingkahan antara
mereka dan mengekalkan keamanan di larut. Sesiapa yang menimbulkan kekacauan akan didenda sebanyak $50 000.
Kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada pihak bnerkuasa dan memusnahkan semua kubu
yang dibina.
 Syarat-syarat persetiaan pangkor iaitu British mengiktiraf raja Abdullah sebagai sultan perak. Bekas sultan perak. Raja
ismail akan diberi gelaran raja muda dan menerima pencen bulanan sebanyak $ 1 000. Sultan perak akan menerima
seorang pegawai yang digelar residen untuk menasihati baginda dalam semua hal- ehwal pentadbiran kerajaan
kecuali hal-hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Sultan juga dikehendaki membina tempat
kediaman untuk residen dan membayar gajinya. Orang kaya memteri larut , ngah Ibrahim akan mengekalkan
gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya. Beliau akan menerima seorang penolong residen.
Penutup
 Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi
Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum
menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda.
 Pada tahun 1875, Long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya.
Soalan 30: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan:
 Perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-18 lagi iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang
pada tahun 1786
 Perluasan kuasa British secara rasmi di negeri-negeri Melayu terlaksana dengan termeterainya Perjanjian
Pangkor.Mulai tahun 1874,British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang residen atau penasihat British..
Isi-isi penting:

1.Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British 1874


 Sungai Ujong merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Dua
masalah utama di Sungai Ujong, iaitu percubaan pembesar-pembesar mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih
timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi dan percubaan Dato’ Kelana untuk menegakkan kuasanya ke atas
Sungai Ujong.
 Bijih timah dari Sungai Ujong dieksport melalui Sungai Linggi akibat daripada perdagangan bijih timah yang meningkat
dengan pesatnya. Kesannya, setiap ketua yang berpengaruh di sepanjang Sungai Linggi ingin mengenakan cukai
terhadap bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi. Dato’ Bandar Kulop Tunggal menuntut hak untuk
mengutip cukai di sepanjang Sungai Linggi tanpa memberitahu Dato’ Kelana Sendeng yang turut mempunyai hak
yang sama dengannya di Sungai Ujong.Ini menimbulkan kemarahan Dato’ Kelana Sendeng yang mengarahkan Dato’
Bandar Kulop Tunggal ditangkap di Melaka atas tuduhan gagal menjelaskan hutang-hutangnya.
 Keadaan ini tidak menghalang pembesar lain mengutip cukai.Saudagar-saudagar Melaka merayu kepada British agar
campur tangan bagi melindungi pelaburan mereka.British memilih Dato’ Kelana Sendeng. Dato’ Kelana Sendeng
menandatangi persetiaan perdagangan dengan British. Manakala Dato’ Bandar Kulop Tunggal masih menuntut hak
yang sama di Sungai Ujong. Walaupun aktiviti perlombongan berjalan seperti biasa, Dato’ Kelana Sendeng gagal
menegakkan kuasanya di Sungai Ujong. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman telah menggantikan Dato’ Kelana Sendeng
yang meninggal dunia. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal telah bekerjasama
menghalang percubaan penghulu yang baru, Dato’ Perba Rembau yang membina kubu-kubunya di sepanjang Sungai
Linggi. Saudagar-saudagar Melaka telah menghantar surat rayuan kepada gabenor negeri-negeri selat,Sir Harry Ord.
beliau cuba mengadakan perjumpaan dengan semua pembesar tetapi gagal.
2. Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.
 Pada tahun 1874,Sir Andrew Clarke memanggil satu mesyuarat pembesar-pembesar di Singapura. Hanya Dato’ Kelana
Syed Abdul Rahman yang hadir. Satu perjanjian telah ditandatangi antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan
Sir Andrew Clarke.
 Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong yang sah. British akan memberi
perlindungan kepada beliau.
3. Kesan-kesan perjanjian
 Dato’ Bandar Kulop Tunggal tidak bersetuju dengan campur tangan British dan menyerang Dato’ Kelana Syed Abdul
Rahman yang mendapat perlindungan British. Dato’ Bandar Kulop Tunggal tewas dan terpaksa berundur ke
Kepayang.
 Seorang Residen iaitu P.J. Murray ditempatkan di Sungai Ujong.
Penutup:
 Kesan daripada perluasan kuasa asing,berlaku perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
 Semua aspek ini memberi kesan kepada masyarakat tempatan.
Soalan 31: Jelaskan cara peluasan kuasa asing di negeri Selangor pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
 Daerah Klang kaya dengan bijih Timah. Daerah ini dibawah kekuasaan Raja Sulaiman tetapi apabila Raja Sulaiman
mangkat, Sultan Abdul Samad telah menyerahkan daerah tersebut kepada Raja Abdullah. Penyerahaan ini tidak
dipersetujui. Berlaku peperangan saudara. Manakala, daerah klang menjadi rebutan dalam kalangan pembesar.
 Hal ini menyebabkan campur tangan British dalam kekecohan ini.
Isi-isi penting

Cara-cara perluasan kuasa di Selangor


a) British mencari alasan untuk memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
b) Pada pertengahan November 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka
diserang oleh lanun berhampiran Sungai Jugra,Langat.
c) Orang Jugra dituduh dan Sembilan orang diberkas. Sultan Abdul Samad telah menjatuhkan hukuman mati ke atas
orangJugra ini.
d) Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang di perairan Selangor. Sir Andrew
Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen baru.
e) J.G Davison dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Frank Swettenham sebagai penolongnya.
f) Selangor menjadi negeri naungan British. British dengan rasminya mengiktiraf Tengku Kudin sebagai wakil Sultan
Selangor.
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 32: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu utara (NNMU) pada abad ke-19
hingga ke-20

Pendahuluan
 British meluaskan kuasanya ke atas Negeri-negeri melayu utara sejak awal abad ke-19. Selain itu, Negeri-negeri melayu
utara seperi kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri-negeri naungan Siam.
 Hubungan antara Negeri-negeri melayu Utara dengan British dan Siam dipengaruhi oleh faktor seperti penghantaran
bunga emas ke Siam, hubungan Inggeris-Siam, dan dasar tidak campur tangan British. Dengan itu, British ingin
memelihara hubungan baik dengan Siam atas soal kepentingan pedagangan.British hanya akan campur tangan jika
kepentingan terancam.
Isi-isi penting

1 . Persekutuan Crawfurd 1882


 Pada tahun 1818, Siam mengarahkan kedah menyerang perak dan memaksa menghantar bunga emas ke Bangkok.
 Siam menawan kedah pada tahun 1821 apabila sultan kedah, Sultan Ahmad Tajuddin gagal menghadirkan diri di
Bangkok untuk menjelaskan beberapa perkara. Baginda meminta bantuan ketenteraan dari British tetapi gagal.
Baginda juga gagal mendapatkan semula takhta karajaannya.
2 . Perjanjian Burney 1826
 Pada awal tahun 1825, Raja Ligor menyediakan satu angkatan tentera laut dan ingin menyerang perak dan Selangor.
Kapten Henry Burney dihantar ke Ligor untuk membincangkan beberapa perkara. Persetiaan awal diadakan pada
tahun 1825. Syarat-syaratnya ialah Raja Ligor tidak akan menyerag perak dan Selangor,Siam tidak akan memaksa
perak menghantar bunga emas, dan jika sultan kedah mendapat kembali takhta kerajaannya, baginda mesti
menghantar bunga emas setiap tiga tahun sekalidan $ 4000 tiap-tiap tahun. Persetiaan awal ini disahkan oleh
kerajaan British di india.
 Pada awal tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Kapten Burney dengan Raja Siam
3 . Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
 Pda akhir abad ke-19, keajaan British ingin menuruskan hubungan baik dengan Siam untuk menjaga kepentingan
perdagangan di Siam.British juga ingin mengekalkan Siam sebagai Negara penampamdi antara india dan Perancisdi
indo-China. Siam pula ingin mengekalkan kemerdekaan. Perancis Berjaya menduduki indoChinadan cuba meluaskan
pengaruhnya di Siam. Pada tahun 1896, British mandatangani Peristiharan Inggeris-Perancis untuk melindungi
kepentingan mereka di Siam dam Tanah melayu. Melalui penghistiharan tersebut, kemerdekaan Lembah Menam
Chao Phraya terjamin.
 Kebimbangan peluasaan kuasa Barat yang lain memaksa British menandatangani perjanjian sulit inggris- Siam pada
tahun 1897. Britishbimbang kuasa Barat seperti jerman akan menguasai Negeri-negeri melayu Utara.
Penutup
 British menggiatkan usahanya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri melayu utara dengan menandatangani
Peristiharan Inggris- Siam pada tahun 1902
 Penasihat british telah dilantik di kedah dan perlis pada tahun 1905. Selain itu, pada tahun 1909, Negeri-negeri melayu
utara di serahkan kepada British melalui perjanjian Bangkok.
Soalan 33: Jelaskan Cara Perluasan Kuasa Asing Di Negeri Sabah

Pendahuluan

 Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. British telah menduduki Singapura 1879),
Melaka(1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu.
 Potensi sabah dari segi ekonomi telah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari As, Britain, Balanda, dan Sepanyol.
Kerajaan British telah meluaskan pengaruh dan kuasanya terhadap Sabah secara tidak langsung melalui pemberian
Piagam Diraja. Di Sabah, kepentingan perdagangan merupakan salah satu faktor utama perluasan kuasa British.

Isi-isi penting

a) Perluasan kuasa asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada tahun 1865. Seorang warga
Amerika iaitu Claude Lee moses mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan daripada kesultanan Brunei.
b) Bagi mendapatkan keuntungan , Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika ( joseph William
torrey dan Thomas B.Haris) dan hong kong ( wo hang) Dan telah menubuhkan The American Trading Company
untuk memajukan kawasan tersebut.
c) Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan british ( Dent Brother) tahun 1877
dan telah mencetuskan satu perjanjian baru.
d) Bagi mengatasi pertindihan kuasa, Overback diiringi dengan William hood gabenor Labuan, berjumpa dengan
kesultanan sulu dan telah menandatangani perjanjian pada 22 jan 1878. Dalam perjanjian tersebut kesultanan sulu
bersetuju menyerahkan kesemua tanah kepada syt Overback dan Dent.

Penutup

 Kesannya, melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatngani pada tahun 1877-1878. Syarikat Overbeck dan Dent
memperolehi Borneo Utara yang meliputi kawasan antara Teluk gaya di pantai baratt hingga ke Sungai Sibuku di
Timur Wilayah Kimanis.
Soalan 34: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga Ke-20

Pendahuluan
 Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Bagi Sarawak, perluasan kuasa dilakukan
oleh James Brooke, seorang pesara yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.
 Beliau belayar dengan kapalnya Royalist dan berusaha mencari kawasan perdagangan di tanah melayu dan Sarawak. Di
Sarawak, kepentingan perdagangan merupakan faktor utama perluasan kuasa British.
Isi-Isi penting
a) Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan
Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran
Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar
pangeran Indera mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.

b) Pangeran Indera Mahkota bertindak


Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan
penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan
cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang
Bidayuh gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi. Akibatnya, orang
bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak memulakan penentangan pada
tahun 1836.
c) Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke

Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika itu james Brooke seorang
bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya
meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik
sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.

d) Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak


Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841). Syarat-syarat
James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di
sarawak, Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-
undang serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.
Penutup

 Kesimpulannya, kesan daripada perjanjian 1841, james Brooke telah dilantik sebagai gabenor Sarawak dan Raja
Sarawak (24 Nov 1841).
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing

Soalan 35: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kedah
terhadap Siam pada 1821-1842.

Pendahuluan
 Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di negeri-negeri
Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan
bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta
ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan.
Isi-isi Penting:

Penentangan
 Hubungan diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud. Ini terbukti dengan penghantaran
bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.
 Kedah dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan hebat. Perang pembebasan
Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long, dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan
mereka turut disokong oleh rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Terdapat
dua bentuk penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka.
Sebab-Sebab Penentangan
1. Hubungan Siam-Kedah
 Bagi Kedah pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak ada natijah politik. Ini
bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza tentang status masing-masing. Siam memaksa
Kedah menghantar bunga emas dan perak tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga
buruh dan askar, serta membekalkan makanan dan senjata.
 Siam juga mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan tentera menentang Burma
pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini
berikutan keengganan Perak menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500 orang
askar untuk menawan Tonkah dan Burma.

2. Hubungan Siam-Burma
 Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma. Kedua-dua kuasa ini cuba
menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga
manusia dan sumber.
 Kedah terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar suai-faedah, iaitu dasar diplomasi
yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat dalam sesuatu masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam
atau Burma akan menang, Kedah terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut.

3. Perselisiahan dalam negeri Kedah


 Sultan Ahmad Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim, dan
Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah mencetuskan pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya
dipatahakan.
 Tunku Bisnu dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat dengan Gabenor Singgora dan
Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan membuat hubungan sulit dengan Burma.

4. Hubungan Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor


 Sultan Ahmad Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri Thammarat kerana beliau
cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi pangkat Chao Phaya oleh istana Bangkok.
 Pada 12 November 1821, Siam, menghantar angkatannya ke Kuala Kedah. Askar-askar Siam melakukan keganasan
dengan menembak rumah-rumah di tebing sungai, menangkap orang lelaki dan menyeksa mereka hingga mati.
Mereka juga merampas barang-barang dan membawa tawanan perang balik ke Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor
menegakkan kekuasaanya di Kedah. Beliau meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai Gabenor dan
seorang lagi anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor.
5. Faktor Agama
 Orang Siam beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan agama di Kedah menggunakan
pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam seperti syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas
Agama.
 Penentangan terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang Kedah diberikan semangat mati
syahid.
Penutup
 Pada tahun 1823, Tunku Abdullah memimpin seramai 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam
melalui Seberang Perai. Namun, perjuangan ini gagal kerana Siam mendapat bantuan British. Tunku Kudin berjaya
menawan semula Kuala Kedah dari Melaka pada tahun 1831. Sekali lagi, perjuangan tentera Melayu dicabar oleh
Siam yang mendapat bantuan British. Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas pada tahun
1836. Malangnya, rancangan tersebut gagal kerana penglibatan British Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.
 Perang pembebasan Kedah diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838. Tentera Kedah berjaya menawan
semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah sehingga mara ke Songkla. Namun, Siam berjaya menguasai semula Kedah
dengan bantuan British.
Soalan 36: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di Naning pada tahun
1831-1832

Pendahuluan
 Naning ialah sebuah kawasan penempatan minangkabau yang terletak antara negeri Sembilan dengan Melak. Dol Said
atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku seri meleggang.Beliau telah dilantik menjadi
penghulu yang baru selepas Dato’Anjak ,Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831,penduduk Naning di
bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang british.
 Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan .Mereka juga menentang perturan
dan undang-undang british yang cuba dipaksa ke atas mereka.Perjuangan Dol Said selama 2 tahun ini lebih
berbentuk perang gerila.Namun penentangan mereka ini gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhir
nya menyerah kalah diri kepada british . Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
Isi-isi penting

Aspek Politik

1. British mencabar kedaulatan Naning


 Selepas perjanjian surat-surat kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795-1818. Kolonel Taylor yang menjadi
pemerintah british di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801. Taylor telah menadatangani perjanjian dengan
Naning. Naning bersetuju akan taat setia dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) . Naning juga bersetuju
membayar hasil padi empat ratus gantang setahun.
 Semasa Robert Farquhar menjadi residen Melaka, beliau berusaha untuk memperkukuhkan pengaruh british di
Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45 1/2sen ke atas setiap perahu Naning yang dating ke Melaka.
Beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang di hantar ke Melaka. Robert Farquhar ingin pihak
berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjatuhi hukuman di serahkan kepada pihak berkuasa Melaka
.Secara implisit,Farquhar ingi mengukuhkan kuasa british ke atas Naning.Perkara ini di tentang oleh penguhulu Dol
Said kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.
 Bagi penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan british tidak berasas, bagi mereka Melaka tetap
merdeka sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri
2. Pelaksanaan undang-undang british.
 British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Said dengan memperkenalkan peraturan penghulu.
Peraturan penghulu ialah menetapkan bahawa penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau
awam yang berat.Tindakan british ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan Naning.
 Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. pihak british berasa marah kerana
menggikut peraturan penghulu,kes tersebut sepatutunya di bawah ke mahkamah Melaka. Penghulu Dol Said didakwa
telah melanggar undang-undang british. Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan
british.Beliau diugut akan di lucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.
Ekonomi

1. Pelaksanaan cukai
 Gerakan anti-cukai merupakan satu isu penting dalam perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil satu
persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, pemungut Hasil Tanah Melaka,iaitu W.T Lewis telah mencadangkan
kepada Robert Fullerton supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning
 Beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun. Penghulu Dol Said hanya
sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal
Naning.
2. Sistem pemilikan tanah.
 British ingin melaksanakan system pemilikan tanah untuk memudahkan pengutipan cukai. Undang-undang british
berbeza dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka yang ditadbir secara adat perpatih di
Naning.
 Peraturan 19 tahun 1830 diluluskan berkaitan soal tanah. undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British
untuk mengutip cukai satu persepuluh dari hasil pertanian. SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-
tanah yang tidak diusahakan selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang
hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetuskan perang Naning.
Penutup
 Kebangkitan Dol Said bermula apabila satu peperangan antara orang melayu Naning dan tentera british meletus pada
tahun 1831-1832.Sebelum itu Dol Said telah di beri amaran oleh british di Melaka bahawa beliau akn di pecat
daripada jawatan penghulu dan digantikan dengan orang lain.
 Penentangan di Naning adalah untuk mempertahankan adat dan cara hidup tempatan penduduk Naning.peduduk
Naning yang di pimpin oleh Dol Said tidak dapat menerima undang-undang dan peraturan british.
Soalan 37. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri perak
pada tahun 1874-1875.

Pendahuluan
 Sultan Abdullah merupakan sultan perak yang bersetuju dengan penempatan seorang Residen British yang akan
menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.
 Di Perak, penguasaan British yang didalangi oleh J.J.W Birch ditentang oleh orang tempatan dan penentangan ini
berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4 November 1874, J.J.W Birch merupakan Residen British
yang pertama bertugas di Perak dan beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang dikenali
sebagai Perang Perak.
Isi-isi penting

Sebab penentangan.
1. Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggan makna adat)

 Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh agama dan adat resam orang Melayu tetapi
segala urusan pentadbiran am negeri dijalankan berdasarkan nasihat British.
 Bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi dan
kebudayaan. Bagi orang Melayu juga, unsur keagamaan dan kenegaraan ini tidak boleh diasingkan.

2. Sistem pewarisan takhta

 British telah campur tangan dalam sistem pengganti sultan. Tindakan tersebut telah mencabar strukur negeri-negeri
Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melanti Raja Abdullah sebagai sultan.
 Tindakan ini juga, bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak. Pelantikkan Raja Abdullah oleh
British ini boleh dipesoalkan kerana beliau dilantik dtidak disokong dengan alat kebesaran Perak seperti Sultan
Ismail.

3. Pemungutan cukai

 Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Brich mewujudkan sebuah khazanah pusat
yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk menguruskan pembayaran gaji. Mengikut adat Melayu, pembesar
dan sultan behak ke atas pungutan cukai di daerah mereka. Hasil cukai tesebut merupakan sumber pendapatan dan
sumbe unutk menanggung anak buah mereka.
 J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyrakat Melayu dan sekali lagi campur tangan dalam adat istiada
Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.

4. Amalan perhambaan

 Birch juga secara terbuka menentang adat hamba hutang malah sanggup memberi pelindungan kepada hamba abdi
yang lari dan berlindung di kediamaannya. Dalam perjanjian Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan
perhambahan.
 Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap bertentangan dengan kerajaan
“bertamadun”. Birch telah melanggar perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambahan kerana
perhambahan termasuk dalam adat orang Melayu.

5. Perundingan dan kehakiman

 demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan
undang-undangan awam dan jenayahnya sendiri.
 Penguatkuasan undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai polis
didirikan seperti di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia dan Kota Lumut.
Penutup
 Penentangan terhadap British di Perak berkait rapat dengan cita-cita British untuk menguasai dan mentadbir Tanah
Melayu. Sultan Abdullah terperangkap dalam rangkaian imperiasilme British apabila baginda menandatangani
perjanjian pangkor dan besetuju menerima seorang Residen British.
 Peluasan kuasa British menyebabkan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar tercabar.
Soalan 38: Bincangkan penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
 Pada tahun 1874, British mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada tahun
yang sama, British telah melantik Kapten W.I. Tatham, Penolong Residen untuk membantu Dato’Kelana Syed Abdul
Rahman dalam pentadbirannya.
 Pelantikan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan W.I. Tatham ditentang hebat oleh Yam Tuan Antah dan pembesar lain
di kawasan Terrachi, Gunung Pasir, Hulu Muar, dan Jempol.
Isi-isi penting

1.Penentangan
 Kebangkitan Yam Tuan Antah bermula apabila beliau menghantar satu pasukan untuk menghalang juruukur British,
iaitu Daly dan beberapa orang polis daripada membuat siasatan. British meminta bantuan dari Sungai Ujong dan
pasukan di bawah pimpinan Leftenan Hinxman telah dihantar. Lanjutan daripada itu, pertempuran berlaku antara
pasukan British dengan pasukan Yam Tuan Antah.
 Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan pasukan
Yam Tuan Antah. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya
tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol, Hulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan Inas.
2. Kronologi penentangan di Negeri Sembilan
a) Walaupun British tidak melibatkan diri di kawasan Yam Tuan Antah tetapi sudah terdapat kebangkitan menentang
British yang dipimpin oleh Yam Tuan Antah sendiri.
b) Hal ini adalah kerana nilai-nilai tradisi di Negeri Sembilan tercabar dengan penglibatan British di Sungai Ujong.
c) Semasa pertabalan Yam Tuan Antah sebagai Yam Tuan Seri Menanti, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman tidak hadir.
Ini adalah kerana beliau ingin melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yam Tuan. Dato’Kelana Syed Abdul Rahaman
tidak mengiktiraf pelantikan Yam Tuan Antah dan Yam Tuan pula tidak mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
sebagai pemerintah Sungai Ujong. Yam Tuan bimbang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang disokong oleh British
akan meluaskan kuasanya.
d) Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman bersikap sedemikian kerana mendapat sokongan British. Brittish sememangnya
mempunyai hasrat meluaskan kuasa mereka di Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah.
e) Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman kemudiannya menuntut hak ke atas Terachi yang merupakan kawasan hak Yam
Tuan Antah. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman seterusnya melantik seorang Penghulu mengawal Terachi.
f) British sekali lagi mengambil kesempatan membantu Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman. Residen British di Sungai
Ujong, iaitu P.J. Murray telah dihantar ke Terachi untuk membuat siasatan.
Kesimpulan
 Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan British
pada tahun 1876.
 Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya
terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol,Hulu,Muar,Terachi,Gunung Pasir dan Inas.
Soalan 39: Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Pahang
pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
 Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Negeri-negeri
Melayu. Di Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan British pada 1891-1895.
 Penentangannya yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap
penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam
dan adat istiadat tempatan.
Isi-isi Penting

Penentangan di Pahang terhadap British


 Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang ialah J.P. Rodger yang
dilantik pada oktober 1888.
 J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan pembesar-pembesar
melayu.
Sebab-sebab penentangan di Pahang
1. Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad
 Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri tidak bermakna
apabila segala keputusan dibuat oleh residen.
 Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah menghapuskan
amalan perhambaan.

2. Ketidakpuasan hati pembesar

 Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin dalam gerakan menentang British tidak puas hati dengan
peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.
 Pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah Dato’ Bahaman (Orang Kaya
Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar Berempat).

3. Perasaan tidak puas hati rakyat

 Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British telah memperkenalkan
sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
 Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga dikerah menjadi buruh paksa.
Penutup
 Kebangkitan Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut Dato’ Bahaman. Pejuang-
pejuang Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.
 Kebangkitan Pahang tamat pada tahun 1895.
Soalan 40. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kelantan
pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan :
 Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau ialah menasihati sultan
dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV. Penentangan ini
diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah
pembesar di daerah Jeram. Beliau menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan.
Isi-isi Penting:

Proses Penentangan
 Engku Besar Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah berjumpa dengan Tok Janggut dan
meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang British di Pasir Puteh. Kebangkitan Tok Janggut bermula
apabila Encik Latiff menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai.
Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain Berjaya melarikan diri lalu membuat
laporan kepada Encik Latiff.
 Tok Janggut dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir Pureh. Engku Besar Jeram
dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai Perdana Menteri. Mereka hanya menduduki pasir Puteh
selama 3 hari sahaja. Pada tahun 1915, British dari negeri-negeri melayu menawan semula Pasir Puteh dan Tok
Janggut dan pengikut terpaksa melarikan diri. Belaku pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan Tok Janggut
terkorban manakala Engku Besar Jeram tercedera diselamatkan oleh Awang Deraman dan melarikan diri ke Reman,
Thailand.
Sebab-sebab Penentangan:

Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad


 Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham mencadangkn supaya
membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri. Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-
ehwal pentadbiran bukan lagi dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.
 Pelantikan Che’ Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah
memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda,
jawatan yang lebih rendah daripada jawatan Tok Kweng.
 Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che’ Andak. Engku Besar jeram
semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah
dpt mengutip cukai. British telah melayannya seperti rakyat biasa.
Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British
 Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap rakyat
Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah
itu.
 Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini, semua tanah sama ada
diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.
Sikap kasar pegawai yang bertugas.
 Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala mereka dimarahi dengan
kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.
 Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya, mereka tidak dpt
membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat
bayaran cukai beberapa kali tetapi gagal membayar dlm masa yang ditetapkan.

Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh.


 Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi Kelantan tetapi berasal dari
Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai
mulai 1 Januari 1915.
 Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak pengutipan telur penyu dan
kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa sebarang bayaran.
Penutup :
 Kesan kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British bertapak lebih kukuh dikelantan.
 Kebangkitan di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di Terengganu.
Soalan 41 : Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri
Terengganu pada abad ke 19 hingga ke 20

Pendahuluan :
 British Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal
Abidin III yang memerintah Terengganu enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara
British dengan Siam kerana baginda tidak diberitahu dan dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat. Selepas
menghadiri rundingan dengan British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British
iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.
 Selepas kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British, Sultan Muhammad II bersetuju
menerima seorang penasihat British, iaitu J.L Humpreys pada tahun 1919. Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh
British telah mencabar nilai-nilai masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British tercetus pada tahun 1922,
1925 dan 1928.
Isi-Isi Penting :
(a) Penentangan

1. Penentangan 1922

 Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong. Penduduk pedalaman Terengganu
menentang pengenalan cukai tanah. Akibat penentangan tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan
dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan
bercucuk tanam. Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.
 Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad. Akhirnya setelah beberapa kali
dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan mahkamah.
2. Penentangan 1925

 Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala Temelong untuk
membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Mereka melakukan kerja
membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah.
Bagi penduduk Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.
 Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah
supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu. Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka
yang terlibat dalam kebangkitan pada tahun 1925 itu.

3. Penentangan 1928

 Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau British. Dalam kebangkitan
tersebut, agama memainkan peranan penting. Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah
hak Allah dan kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu. Golongan agama
menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang. Dua tempat
telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong. Penduduk Terengganu yang
tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang
bangunan kerajaan.
 Atas nasihat British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Amar Diraja seramai
25 orang untuk menawan semula Kuala Berang. Satu pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar
untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang
negeri ke Makkah.
(b) Sebab-SebabPenentangan

4. Faktor Politik

 Terengganu dibahagikankepada 3 wilayah. British telah meletakkan Penolong Penasihat dan Pegawai Daerah untuk
menjalankan pentadbiran. British telah membelakangkan system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada
sultan dan pembesar daerah. Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat.
 Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British. Elaun tahunan sultan dikurangkan daripada $9500 kepada $3500.
Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

5. Faktor Ekonomi

 Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas terlebih dahulu sekiranya ingin
membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil hutan. Penduduk yang ingin membuka penempatan
sementara di atas tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.
 Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat lesen sebelum memburu
binatang. Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar
sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk menyelesaikan massalah tanah mereka.

6. Faktor Sosial

 Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas. Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin
oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.
 Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai
ke atas tanah.
Penutup:
 Penduduk Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan kuasa mereka di
Terengganu
Soalan 42: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada
abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan :
 Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
 Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company untuk memerintah sabah. Pada
tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo
utara british atau dikenali sebagai SBBU).
Isi-isi penting :

Faktor Agama
 Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu menentang kuasa sepanyol di
Filipina.
 Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat Salleh sebagai Mahadi Baru. Pengaruh islam juga
dibuktikan daripada catatan pada alat-alat kebesaran yang mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar
islam. SBBU bimbang dengan pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
Faktor Ekonomi
 SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu. Penduduk tempatan juga
dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah
membina telegraf melalui amalan buruh paksa.
 SBBU membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk di beberapa kawasan. Suku
Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang pegawai british di keningau sebagai memprotes tindakan
SBBU.
Faktor Politik
 Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai sugut. Mat Salleh enggan
menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh melarikan diri apabila pasukan SBBU menyerang
kampungnya di pulau jambangan. Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke
Sandakan untuk berunding dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan keras pegawai
british terhadap penduduk.
 Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi percubaannya gagal. Mat Salleh tidak
dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam
kepentingan SBBU. SBBU bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan
hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
Penutup :
 Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20 telah membawa
kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.
 Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan
masyarakat tempatan.
Soalan 43. Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak
pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan :
 James Brooke menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan
terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
 Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan
tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan terhadap pemerintahan Brooke.
Isi-isi penting :

1. Penentangan Linggir (1849)


 Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini
dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
 Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2. Penentangan Syarif Masahor (1853)
 Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan pembesar yang
dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan
antara dua orang pembesar di Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini
menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan
sebagai Gabenor Sarikei.
 Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan
Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah
dikalahkan oleh tentera James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.
3. Penentangan Rentap (1853)
 Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama sebenar beliau ialah Libau
dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang
menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang
Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu
Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu Allan Lee.
 1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di Bukit Sadok. 1861,
Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap
berjaya ditewaskan seterusnya beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa
tahun kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka
bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
4. Penentangan Banting (1893)
 Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar Ijau Layang. Banting dan
beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen
Bahagian Kedua pada akhir tahun 1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang
kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.
 Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting pada
tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901,
seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh
di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan Mei 1902. 1908, Banting
dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.
5. Penentangan Asun (1930-an)
 Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau, Brooke melantik beliau
sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai
Rumah.
 Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen Bahagian Ketiga
mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga.
Orang Iban membantah arahan tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.
 Residen Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan rundingan namun
Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah.
Asun dipenjarakan dan selepas itu dibuang daerah ke Lundu.
Kesimpulan
 Apa-apa yang berkaitan
2.3 Pengubahsuaian
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan

Soalan 44: Huraikan perubahan pentadbiran dalam sistem residen (1874) di negeri-negeri Melayu.

Pendahuluan
 Sistem Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874 merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak
langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah seorang pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan
dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Kuasa memerintah jatuh ke tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan. British telah memperkenalkan
beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang
wujud ketika itu.

Isi-isi penting
1. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
 Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri. Pada
tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat. Majlis Mesyuarat Negeri
dianggotai oleh sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang wakil masyarakat
Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan semua usul dan cadangan dibahas sebelum dijadikan
undang-undang.
 Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan dalam Majlis juga terbatas kerana baginda hanya
berkuasa dalam agama dan adat istiadat melayu.
2. Sistem Pentadbiran Tanah
 Sistem Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskan usaha mengeksploitasi
kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran
tanah. Antaranya memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.
 Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan. Pengenalan perubahan ini
menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para pembesar Melayu terhadap pentadbiran British.
3. Sistem Pentadbiran Negeri
 British mengadakan perubahan pentadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah daerah yang diketuai
oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu. Pemungut
cukai dan Majistret ditukar kepada Pegawai Daerah dan ditambah beberapa tugas.
 Pembahagian negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri. Di bawah
sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit pentadbiran yang
lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Unit di peringkat bawah sekali ialah
kampung yang diketuai oleh seorang ketua kampung. Beliau berperanan sebagai penghubung antara penduduk
kampung dengan pentadbir yang lebih tinggi.
Penutup
 Walaupun Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan yang secara tidak langsung, tetapi sistem ini
dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap.
 Sistem Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga banyak kuasa terlepas ke tangan British.
Soalan 45: Huraikan sebab-sebab dan kesan-kesan penubuhan dan Persekutuan 1896 terhadap perubahan
pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pendahuluan.
 Pada tahun 1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri daripadaPerak,
Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
 Perjanjian persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Perjanjian ini telah
membawa kepada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, dan Pahang.
Isi-isi penting

Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan 1896


1. Masalah Kewangan Pahang
 British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. Pahang menghadapi masalah kewangan yang rumit akibat
kebangkitan rakyat menentang British. Perbelanjaan negeri melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, Pahang
banyak meminjam dari Negeri-negeri Selat. Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak lagi mampu meneruskan pinjaman itu
kerana turut menghadapi masalah kewangan.
 Pegawai-pegawai di Pejabat Tanah jajahan bimbang dengan masalah kewangan Pahang. Mereka mempuyai dua pilihan,
sama ada menarik diri dari Pahang tanpa menyelesaikan masalah kewanganya atau mencari penyelesaian. Imej dan
martabat Bitish akan jatuh sekiranya British menarik diri dari Pahang. Pembentukan Persekutuan merupakan
satu-satunya jalan penyelesaian yang paling baik atas alasan negeri kaya seperti Perak dan Selangor yang membantu
Pahang.

2. Mengurangkan kuasa Residen


 Residen di keempat-empat buah negeri Melayu bertindak tanpa panduan yang jelas. Terdapat kes-kes di mana
Residen mempuyai kuasa yang lebih luas daripada sultan. Gabenor Negeri-negeri Selat yang tinggal jauh di singapura
tidak dapat mengawal Residen secara langsung.
 Tanpa pengawasan yang berkesan, Residen menjadi teralu berkuasa sehingga Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak
berupaya mengawal mereka. Majlis Mesyuarat Negeri hanya berfungsi meluluskan usul yang dibentangkan oleh
Residen.
3. Keseragaman Pentadbiran
 Keempat-empat buah negeri Melayu tidak mempuyai sebarang penyelarasan dan keseragaman. Setiap negeri
mempuyai sistem kehakiman, undang-undang tanah, dan sistem percukaiannya tersendiri. Pembentukan
Persekutuan membolehkan sumber di keempat-empat buah negeri Melayu ini digunakan secara optimum. Begitu
juga dari segi kecekapan pentadbiran.
 Terdapat juga faedah dari segi kekuatan pertahanan apabila semua negeri yang disatukan itu dapat menghadapi
ancaman anasir luar secara bersama.

4. Dasar Penjajah British


 Sejak tahun 1890-an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri naugannya
menubuhkan Persekutuan.
 British telah memulakan dasar ini dengan jayanya di Australia dan afrika.
Kesan-kesan politik Persekutuan 1896
1. Kesatuan politik
 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan satu persekutuan dalam erti kata sebenar. Ianya lebih mirip kapada
satu kesatuan politik disebabkan NNMB tidak memenuhi syarat-syarat pentadbiran yang berupa sebuah
persekutuan. Sepatutnya, setelah keempat-empat buah negeri Melayu itu dijadikan Persekutuan, salah seorang atau
berdasarkan sistem giliran, keempat-empat Sultan dijadikan Ketua Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun,
dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai ketua Kerajaan Persekutuan.
 Asas pembentukan sesebuah persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
Pembahagian ini tidak wujud dalam Persekutuan 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya melaksanakan
beberapa tugas tidak penting. Segala tugas dan dasar penting digubal oleh kerajaan Persekutuan yang berpusat di
Kuala Lumpur.
2. Kuasa Residen Jeneral

 Persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa dan tugas Residen
dipindahkan ke tangan Residen Jeneral.
 Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya mengawal dan mengawasi Residen Jeneral.

3. Kehilangan kuasa sultan

 Lebih banyak pegawai British dilantik dalam Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Ini secara Implisitnya menuju ke
arah pemerintah lansung berbeza dengan pemerintah secara tak langsung semasa di bawah sistem Residen.
Dengsupaya pemerintahan an demikian, kuasa sultan semakin merosot jiak dibandingkan di bawah sistam Residen.
 Sultan-sultan berkenaan terpaksa menyerahkan kuasa mereka secara sah kepada Residen Jeneral. Antara tahun 1874
hingga tahun 1896, penyerahan kuasa tidak berlaku kerana Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki
pentadbiran. Melalui Persekutuan British seolah-olahnya mempuyai kuasa penuh di keempat-empat buah negeri itu.

4. Penubuhan Persidangan Raja-raja Melayu Durbar (1897)

 Penubuhan Persekutuan 1896 telah membuka mata sultan-sultan dan golongan Intelektual Melayu. Buat pertama
kalinya dalam sejarah Tanah Melayu (sejak Kesultanan Melayu Melaka) , sebuah gagasan empayar Melayu dapat
mewujudkan keempat-empat negeri Melayu dalam satu gabungan jang jelas. Sultan dari keempat-empat buah negeri
dapat bertemu antara satu sama lain dan perbincangan tertumpu kepada hal ehwal adat,agama islam, dan kebajikan
orang Melayu.
 Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Sultan, Residen Jeneral, dan empat orang Residen.
Durbar diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak dan Durbar kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903.
Melalui Durbar, Sultan mengkritik pemusatan kuasa yang berlebihan dalam tanagan Residen Jeneral. Mereka juga
membantah kehilangan kuasa mereka. Sultan juga tidak berpuas hati tentang bilangan pegawai British yang kian
bertambah. Melalui Durbar, Sultan menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula.

5. Pembentukan Majlis Mesyuarat Pesekutuan 1909


 Pada Persidangan Durbar kedua, Sultan Idris mencadangkan desentralisasi (pengagihan kuasa pusat). Residen Jeneral
seharusnya membahagikan kuasanya dalam kalangan Sultan Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen. Kesan cadangan
Sultan Idris, langkah pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis
Mesyuarat Persekutuan (MMP). MMP sepatutnya menjadi sebuah badan penasihat kepada sultan tetapi sultan
hanya menjadi biasa saja.Sultan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP atau mempunyai hak
membatalkan usul yang dibentangkan dalam MMP.
 Ini bermakna MMP boleh menjalankan tugasnya tanpa kehadiran sultan kerana kehadiran sultan sebagai ahli biasa
tidak penting sedangkan segala usul yang diluluskan oleh MMP ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan
bukannya oleh sultan. Pemusatan kuasa terletak pada tanga Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP. Pesuruhjaya
Tinggi mempuyai kuasa luas seperti mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi, memberhentikan ahli-ahli tidak
rasmi sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka, dan mempuyai undi pemutus.
Kesimpulan
 Sebab-sebab penubuhan persekutuan 1896 adalah masalah kewangan di mana British campur tangan di pahang pada
tahun 1888. seterusnya mengurangkan kuasa residen. Hal ini menyebabkan, sultan dan majlis mesyuarat tidak
mampu mengawal kuasa residen. keseragaman pentadbiran setiap negeri mempunyai sistem yg tersendiri seperti
kehakiman, undang-undang tanah, cukai dan pertahanan. Dasar penjajahan sejak 1980, mereka menggalakkan tanah
jajahan dan negeri-negeri sebagai persekutuan.
 Kesan-kesan politik 1896, kesatuan politik. Kempat-empat Sultan dijadikan ketua kerajaan persekutuan dan Residen
Jeneral merupakan ketua bagi kerajaan persekutuan.Kuasa Residen Jeneral,persekutuan memberikan kuasa yang
luas kepada residen jeneral.
 Penubuhan persidangan Raja-Raja Melayu Durbar 1897, menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula.
Pembentukan majlis mesyuarat persekutuan 1909. Sultan tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan
mesyuarat MMP. Segala usul yang diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 46 : Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke
arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pendahuluan:

 Menurut L.A. Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan
dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan
pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
 Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen
Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala
Lumpur. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan Pusat dengan cara
mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.

Isi-isi Penting:

Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat

1. Rasa tidak puas hati sultan-sultan

 Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga
Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau
memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.

2. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

 Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut.
 Ini kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan
kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap
dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai
persekutuan.

3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an

 Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini
bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis
kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
 Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada
para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan
pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh
kerajaan negeri sendiri.

4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi

 Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa
Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan.

5. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris.


 Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu
meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang
Melayu.
Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi

1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat
2. Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa
pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini
masih mempunyai beberapa kelemahan.
3. Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.
4. Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi.

Kesimpulan:
 Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun
akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat
tempatan.
Soalan 47: Huraikan Perubahan pentadbiran Dasar Desentralisasi 1909-1939 di negeri-negeri Melayu

Pendahuluan
 Desentralisasi ialah satu proses pemulangan kuasa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Dasar ini
dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral
di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada
Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri.
 Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang
berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Isi-Isi Penting

Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir John Anderson.


 Pada tahun 1909, percubaan pertama ke arah melonggarkan pemusatan kuasa yang ada di negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson. Perubahan perlembagaan yang besar
ialah penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan ( 1909 ).
 Desentralisasi dalam erti kata yang sebenar belum lagi bermula kerana tidak wujud pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri. Ini menunjukkan Sir John Anderson tidak berniat membahagikan apa-apa kuasa
kepada kerajaan negeri. Malahan, setelah Sir John Anderson menjadi Presiden MMP, beliau memusatkan kuasa yang
berlebihan dalam tanganya. Jelas di sini bahawa Anderson hanya mahu mewujudkan hubungan rapat antara Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat dan mengurangkan kuasa Residen Jeneral. Pemusatan kuasa
yang dahulunya tertumpu di Kuala Lumpur kini Berpinda ke Singapura.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard
 Pada tahun 1920-an, dasar desentralisasi telah dimulakan selepas pelantikan Sir Lawrence Guillemard sebagai
Pesuruhjaya Tinggi. Sebab-sebabnya, sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu membantah kehilangan kuasa
mereka dan pemusatan kuasa pentadbiran dalam tangan Pesurujaya Tinggi. Sultan NNMB berasa kecewa dengan
penubuhan MMP.
 British ingin memujuk Negeri-negeri melayu Tidak bersekutu menyertai Persekutuan. Dasar desentralisasi dipikirkan
sebagai langkah yang paling berkesan kea rah tujuan itu apabila perubahan yang dijalankan dapat mengembalikan
kuasa kepada sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1924, Sultan Idris telah berangkat ke London
dan mendesak Pejabat Tanah Jajahan supaya meneruskan dasar desentralisasi. Baginda mengritik perubahan tahun
1909 yang tidak memuaskan itu.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi
 Dasar desentralisasi semasa Sir Cecil Clementi dipercepatkan pada tahun 1930-an. Cadangan-cadangan Sir Cecil
Clementi. Climenti mencadangkan supaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan
yang menggabungkan semua negeri. Selain itu, Negeri-negeri ini diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali
Jabatan Kereta Api, Kastam, dan Pos. Jawatan ketua setiausaha dibubarkan. Tempatnya diambil alih oleh Setiausaha
Persekutuan yang lebih rendah kedudukannya daripada seorang Residen.
 Reaksi terhadap cadangan Sir Cecil Clementi. Golongan pedagang Cina, Eropah, dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu membantah dengan hebatnya. Bantahan dari NNMTB berdasarkan pandangan bahawa pemansuhan
jawatan Ketua Setiausaha akan membawa kepada perubahan kuasa kearah Singapura. Masyarakat Cina bimbang
mereka akan dikuasai oleh orang melayu.
 Bantahan terhadap cadangan Clementi telah menimbulkan masalah. Oleh itu, kerjaan British melantik Sir Samuel
Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan mengkaji keadaan di Tanah Melayu dan cadangan
Clementi
Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
 Pada tahun 1933, kerajaan British menerima laporan dari Sir Samuel Wilson. Hasil laporan Sir Samuel Wilson, hasil
drpd cadangan dlm Laporan Sir Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
mulai tahun 1934 sehingga tahun 1941.
 Majlis Mesyuarat Negeri diberi lebih kuasa. Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan
dengan jawatan Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun1939, jabatan pertanian, perhutanan, kesihatan,
perlombongan dan kerja raya dipindahkan dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri tidak
dibenarkan memungut hasil sendiri tetapi akan diberikan peruntukan tahunan (annual grant) oleh Kejaraan Pusat.
Bilangan ahli tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri ditambah.
Penutup
 Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen
Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada
pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri.
 Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang
berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 48: Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di
Sarawak pada abad ke-19.

Pendahuluan:

 Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.


 Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan.

Isi-isi Penting:

Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah.

a) Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah
syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. Pada
peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat
dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.
b) Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya.
Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. Pegawai
daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua
jabatan pada peringkat daerah.
c) SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah
menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan
jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
d) Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat
kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak
Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
e) Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman
dan berpengaruh dalam masyarakat.
f) Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang Barat dan
undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang
Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai
daerah.

Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.

a) Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang
bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja. Walaupun mereka menjadi
pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula
pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat
dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.
b) Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-
undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. Majlis Negeri juga dibentuk untuk membawa
semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-
tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
c) Bagi memudahkan pentadbiran, keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian
ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.
d) Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah
Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan
adapt resam masyarakat pribumi.
e) Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang
menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa
pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
f) Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun
menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan
British. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang
gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak.

Kesimpulan:
 Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran mereka mendapat
tentangan daripada masyarakat tempatan.
Soalan 49: Bandingkan perluasan kuasa asing di Sabah dan Sarawak.

Pendahuluan :
 Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke sebagai raja Sarawak
oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa
baik beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.
Isi-isi Penting:

Sabah :
1. Perluasan kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya
menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian
tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu
iaitu di timur Kimanis. Pada 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan. Pada
1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating saudara Sultan Israel Sulu.
2. Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di
Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur
Inggeris.

3. Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu
Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan
bayaran ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang
pedagang Amerika syarikat di Hong Kong.

4. Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan
kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan
membentu sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback
telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh
Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.

Sarawak :

1. 1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. James Brooke
mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua
lanun di Sadung.
2. 1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat
bantuan angkatan tentera laut British.
3. Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei
meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga
keamanan di situ.
4. 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas,
Rejang, samarahan, Krian, Sekrang dan dari rejang ke Tanjung Kidurung.
5. 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di
situ.

Kesimpulan :

 Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran
di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur untuk pertanian.
Soalan 50: Huraikan perubahan pentadbiran di sarawak pada tahun 1841-1946

Pendahuluan
 Sistem pemerintahan beraja diamalkan dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan gelaran Raja Putih. Raja Putih
Sarawak yang pertama ialah James Brooke (1841-1868)
 Pentadbiran berasaskan pengubahsuaian sistem barat dengan beberapa unsur tempatan.
Isi-isi Penting:
1. Pentadbiran James Brooke (1841-1868)
 Beliau mengekalkan jawatan Ketua tempatan Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi, datu Temenggung, dan Datu
Bandar.mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan masing2 dan menyerahkan sebahagian hasil kepada
pentadbiran Brooke. Pembesar2 tempatan berperanan sebagai penasihat kepada Brooke.
 Pada tahun 1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak di bentuk untuk membuat dasar2 pentadbiran. James brooke
menubuhkan majlis tertinggi dan majlis negeri dan di bahagikan kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh majlis
bahagian.

2. Pentadbiran charles Brooke (1868-1917)


 Charles Brooke mengantikan James Brooke sebagai raja puitih sarawak yang ke-2. Asas pentadbiran ialah sistem
pemerintahan tradisional masih diteruskan.
 Majlis negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu pentadbir dalam pemerintahan negeri. Majlis negeri
dianggotai oleh ahli majlis tertinggi, pegawai kanan kerajaan, dan pegawai tempatan. Majlis negeri mengadakan
mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat kali pertamanya pada tahun 1867 di Sibu.
 Charles Brooke membahagikan sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh seorang residen dan dibantu oleh
pegawai anak negeri, pegawai rendah dan ketua2 suku. Diperingkat kampung, ketua orang melayu atau ketua orang
cina menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan memungut cukai.
 Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai. Pada tahun
1888,Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai.
 Pada tahun 1888, kerajaan british mengiktiraf sarawak sebagai negeri naungan british dan charles brooke yang sah.

3. Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1946)


 Majlis tertinggi sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil bersidang dari tahun 1927-1941. Sebuah jawatankuasa
pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan eropah, 2orang melayu, dan 2 orang cina ditubuhkan.
 Pada tahun 1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu bagi sarawak,antaranya; Menyerahkan kuasa mutlak
charles vyner brooke kepada majlis tertinggi(majlis eksekutif) dan majlis negeri(majlis perundangan), Majlis
tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan majlis negeri mempunyai 25 orang ahli, Kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh
Raja brooke dan Sarawak dijanjikan kemerdekaan.
 Perlembagaan sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan jepun ke atas sarawak pada November 1941.
Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan pentadbiran personal rule kerana tidak terdapat satu
perlembagaan formal.
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 51: Huraikan perubahan pentadbiran di Sabah 1881-1946

Pendahuluan
 Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah pada tahun 1881. Pada tahun
1888, Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan diperintah secara langsung oleh SBBU
antara tahun 1881 sehingga 1946.
 SBBU tlh menggabungkan institusi pentadbiran British dgn institusi tempatan dlm pentadbiran awam negeri.
Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dgn
persetujuan kerajaan Britain di London.
Isi-isi Penting:
1) Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam di mana saham dijual kepada orang awam. SBUB
mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan dgn institusi tempatan. Sabah menjadi negeri
naungan British mulai tahun 1888.
2) Gabenor merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh Lembaga Pengarah London. Ibu pejabatnya di Sandakan
dan beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di anggotai oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan,
Bendahari, dan Ketua Pasukan Keselamatan.
3) Setiap residensi di Sabah dibahagikan kpd daerah yg diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah dibantu oleh
Ketua Anak Negeri.
4) SBUB mengekalkan golongan peribumi dlm pentadbirannya. Ketua Anak Negeri yg bergelar Orang Kaya-Kaya
dilantik utk menguruskan perkara berkaitan dengan masyarakat tempatan. Antara Ketua Anak Negeri yang pernah
dilantik ialah OKK Haji Mohammad Arshad.
5) Walaupun Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenar terletak dlm tangan Residen dan
Pegawai Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan mengawal Ketua Anak Negeri.
6) Di Peringkat Kampung, ketua kampung atau digelar Orang Tua dilantik. Pentadbiran kampung dikenali sebagai Majlis
Orang Tua-Tua
Penutup
 Pada tahun 1912, Majlis Undangan ditubuhkan bertujuan utk mendapatkan pandangan pelbagai kaum dlm penggubalan
undang-undang. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan. Jawatan ini
disandang oleh penduduk tempatan.
 Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri berperanan sebagai orang tengah antara kerajaan dgn rakyat tempatan.
Sebuah Majlis Penasihat Cina dibentuk bagi menasihati Gabenor mengenai hal ehwal orang Cina. Ini menunjukkan
betapa pentingnya orang Cina dlm kegiatan ekonomi Sabah.
Soalan 52: Huraikan sejarah perkembangan Perusahaan Bijih Timah pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
 Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan bermulanya
perubahan dari segi politik, tetapi juga bidang ekonomi, dan social. Setelah keamanan dapat dipulihkan, ekonomi
Tanah Melayumula berkembang dengan pesat.
 Penjajah British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri
kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain modal tempatan, British membawa masuk modal asing untuk
dilaburkan ke dalam sektor seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.
Isi-isi penting
1. Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang
Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
2. Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk
untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri
Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.
3. Orang Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan
bijih daripada tanah. Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan
lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal bekalan air.
4. Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka usaha mencari gali semakin diperluaskan.
Mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.
Akibatnya, mereka dapat menguasai monopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.
5. Apabila Revolusi Perindustrian meletus di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih timah
digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Pengeluaran bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai
pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-19.
6. Sebahagian besar bijih timah dieksport ke Amerika Syarikat. Hasil pendapatan ini digunakan untuk membiayai
pentadbiran dan pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Penutup
 Satu skim bagi mengawal harga dan pengeluaran bijih timah turut diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan
penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia, dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang
dikenali sebagai Skim Kawalan Timah.
 Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran
pada tahun 1929 untuk menggelakkan lebihan penawaran.
 Hasil daripada perjanjian ini, Majlis Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan
pengeluaran bijih timah. Kawalan pengeluaran bijih timah menerusi perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga
bijih timah.
Soalan 53: Huraikan perkembangan dan kesan-kesan pertanian dagangan pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
 Pertanian dagangan mendapat tempat dalam sektor ekonomi dunia. Terdapat beberapa tanaman menjadi tumpuan
negara untuk keperluan mereka dalam menghasilkan produk negara.
 Terdapat dua peringkat dalam pertanian dagangan.
Isi-isi Penting:
Perkembangan
1. Pertanian dagangan peringkat pertama

 Antara jenis tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam, Tebu. Ubi Kayu dimulakan
oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat permintaan tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman
dagangan yang menguntungkan di Melaka pada tahun 1850. Kopi menjadi tanaman eksport yang menguntungkan
pada abad ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor oleh
pengusaha Eropah.
 Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di selatan Johor. Gambir dan lada
hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada tahun 1910. Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan.
Tebu diusahakan oleh orang Cina dan Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai, Linggi
di Melaka dan Kerian di Perak.

2. Pertanian dagangan peringkat kedua

 Perusahan Getah telah digiatkan. Pada peringkat pertama, perusahan getah ini kurang mendapat sambutan. Pada awal
kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah
dan Amerika Syarikat. Perusahaan getah pesat berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis. Selain itu, pelaburan
individu dan syarikat-syarikat Eropah, peningkatan permintaan getah dunia, tenaga buruh yang murah dan
penyelidikan saintifik.
 Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa sawit pertama muncul di
Selangor atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917. Kelapa sawit muncul apabila berlaku kemelesetan dalam
perusahaan getah. Kawasan penanaman utama di Tanah Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport
utama kelapa sawit.

Kesan-kesan
 Kesan daripada perkembangan pertanian dagangan, permintaan pertanian perdagangan telah meningkat.
 Perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi permintaan getah.
 Pertubuhan penanam-penanam getah ditubuhkan pada tahun 1907.
 Orang asing dari luar dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk mengusahakan tanaman.
Penutup
 Apa-apa sahaja yang berkaitan
Soalan 54: Huraikan sebab-sebab perkembangan dan zaman kemelesetan perusahaan getah pada abad ke-19
hingga ke-20

Pendahuluan

 Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke 19 bukan sahaja menandakan bermulanya
perubahan dari segi politik tetapi juga dalam bidang ekonomi dan sosial.
 Walaupun ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi tidak dipelbagaikan. Tumpuan hanya diberikan kepada
dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah. Tanaman getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal daripada jenis
Hevea Brasiliensis.

Isi-isi penting

Sebab-sebab perkembangan

1. Sumbangan H.N. Ridley

 Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardens, Singapura. Beliau memainkan peranan
penting dalam perkembangan penanaman getah. Beliau berusaha memujuk peladang-peladang kelapa, kopi dan tebu
yang masih ragu-ragu terhadap potensi getah supaya menanam getah. Beliau memenuhkan saku kawan-kawannya
dengan biji getah sambil merayu kepada mereka supaya cuba menanamnya. Keazaman dan minat beliau terhadap
getah sangat mendalam sehingga beliau dikenali sebagai “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”.
 Atas usaha beliau, cara menoreh getah iaitu sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring mula digunakan pada tahun
1897. Sistem ini membolehkan torehan dilakukan beberapa kali tanpa merosakkan pokok getah. Beliau juga telah
memperkenalkan cara mengangkut anak getah dalam keadaan iklim yang panas dengan selamat iaitu dengan
membungkus anak-anak getah dalam arang yang lembap.

2. Dasar kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

 British telah mengambil beberapa langkah menggalakkan penanaman yang lebih luas. Pada tahun 1897, tanah yang
digunakan bagi penanaman getah hanya dikenakan cukai tanah sebanyak 10 sen seekar untuk tempoh 10 tahun yang
pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah akan dinaikkan sebanyak 50 sen seekar. Cukai ke atas getah hanya
2.5% selama 15 tahun daripada tarikh kerja dimulakan. Selepas itu, cukai tidak akan melebihi 5%.
 Pada tahun 1905, British telah memberikan 45 dividen kepada syarikat pengusaha getah dan pengecualian cukai
eksport selama 50 tahun. Kerajaan juga mengambil langkah dari segi kewangan. Pada tahun 1899, sebanyak $4 000
diperuntukkan untuk usaha penanaman getah dan tanaman lain.

3. Kejatuhan harga kopi

 Pada pertengahan tahun 1890-an, harga kopi merosot disebabkan penawaran yang berlebihan di pasaran dunia.
Persaingan kopi dari Brazil dan ancaman penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memaksa orang ramai
mencari tanaman gantian.
 Orang ramai mula menanam getah yang ketika itu menjadi tanaman gantian yang paling sesuai.

Zaman kemelesetan perusahaan getah

a) Setelah harga getah melambung sebelum perang dunia pertama, perusahaan getah mula menempuh zaman
kemelesetan dan kesukaran. Antara tahun 1920-1922, harga getah mula tidak stabil dan mengalami turun naik
sehingga mencecah harga terendah. Pertubuhan penanam-penanam Getah yang mewakili pengusaha ladang getah di
Tanah Melayu mendesak British supaya campur tangan. British diminta merangka satu skim sekatan kepada semua
pengeluar kerana stok simpanan yang bertimbun dan hatga yang semakin merosot.
b) Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah yang dikenali sebagai ‘Skim Sekatan Getah Stevenson’
diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. Pada tahun 1928, skim
sekatan ini dihentikan dan ketika itu, jumlah pengeluaran getah di Tanah Melayu melambung naik walaupun harga
getah di paras yang rendah. Keadaan menjadi semakin buruk setelah kemelesetan besar ekonomi melanda dunia
mulai bulan oktober 1929.
c) Kejatuhan harga telah memaksa negara-negara pengeluar supaya berunding bagi memulihkan harga getah. Pada
bulan Mei 1934, satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘ Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa’ ditandatangani
antara Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah.
d) Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, harapan untuk memulihkan harga getah terus
musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus
bekalannya di pasaran antarabangsa.
Penutup

 Apabila kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-1931, ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk.
 Selepas tahun 1941, barulah ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan menggalakkan pengeluaran lain-
lain jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa kering dan nenas.

Soalan 55: Huraikan kesan-kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah terhadap ekonomi Tanah
Melayu.

Pendahuluan

 Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum kedatangan British lagi. Tanah Melayu pernah
mengeksport bijih timah ke India, Tanah Arab, dan China. Pada abad ke-19, bijih timah menjadi salah satu faktor
penting yang menyebabkan British meluaskan politiknya di negeri-negeri Melayu.
 Perusahaan getah jiga mengalami peningkatan pada abad ke-19 atas peningkatan permintaan.

Isi-isi penting

 Perkembangan Ekonomi

Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang menakjubkan. Menjelang akhir abad ke-19, ciri-ciri
ekonomi tanah melayu moden telah muncul. Teras ekonomi berlandaskan perusahaan bijih timah dan getah. Bijih
timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden
berorientasikan eksport. Ekonomi moden ini terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun
naik ekonomi dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.

 Perkembangan sistem perhubungan

Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan jalan raya. Pada peringkat awal, ianya dirangsangkan oleh
keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan ketiadaan sistem perhubungan yang memuaskan
kecuali perhubungan melalui sungai atau kereta lembu sebelum tahun 1874. Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di
antara pusat perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai. (Kerja membina landasan keretapi
pertama sepanjang lapan batu antara lombong di Taiping dengan kawassan pantai di muara Sungai Larut telah
bermula pada tahun 1881). Selepas itu, beberapa landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut
bahan bijih timah dan getah.

 Kemajuan pelabuhan

Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah pelabuhan baharu muncul contohnya Port Weld, Telok
Anson, Port Dickson, dan Port Swettenham.

 Kemunculan bandar baharu

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan munculnya bandar-bandar baharu di kawasan
pedalaman. Mengambil alih pentadbiran bandar contohnya Taiping, Kuala Lumpur, dan Seremban.Kuala
Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama manakala Gemasmerupakan tempat
persimpangan jalan. Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terlibat dalam ekonomi moden.

 Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi


Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami perkembangan yang pesat. British telah membina
infrastuktur yang lengkap. Manakala keadaan di Pahang terus merosot kerana keadaan Geografi, masalah
pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan kekurangan galian berharga. Negeri-negeri yang lain seperti
Terengganu dan Kelantan turut ketinggalan dari aspek pembangunan kerana tidak mempunyai potensi bijih timah
dan getah.

 Perkembangan industri sampingan

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan
perusahaansampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut.

 Peluang pekerjaan

Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan
kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah
dan getah.

 Kemunculan sistem dwiekonomi

Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British.
Pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar bandar terus ketinggalan dan berbentuk
sara diri. Muncul sistem dwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden
yang berlandaskan eksport di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskanpertanian sara diri di kawasan
luar bandar.

Penutup

 Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah meningkatkan taraf ekonomi di Tanah Melayu. Akibat daripada
perkembangan ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga dapat dirasakan di luar bandar. Contohnya, Kuala Lumpur
dahulunya dikenali sebagai kawasan luar bandar, namun setelah British mengenal pasti potensi kawasan tersebut,
maka Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan mengambil fungsi
pentadbiran.
 Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di
Tanah Melayu.

Soalan 56: Huraikan perkembangan ekonomi di Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
 Ekonomi komersial di sabah melibatkan Syarikat Borneo Utara British mengaut keuntungan daripada sabah. Tanaman
tradisional sabah dijalankan secara komersial untuk mengekploitasi kesuburan tanah.
 Kegiatan ekonomi komersial berasaskan kegiatan pertanian dagangan perlombongan, dan perdangangan.
Isi-isi Penting:

Tanaman Tradisional
 Kegiatan ekonomi tradisional dan komersial meningkat di sabah pada zaman pemerintahan dan pentadbiran Syarikat
Borneo Utara British (SBUB), hasil eksport tradisional merupakan sumber utaman di sabah. SBUB menggiatkan usaha
mencari hasil laut seperti trepang, sirip ikan yu, dan mutiara. Akitiviti ini diusahakan oleh kaum bajau. Trepang
mendapat permintaan yang tinggi di Cina.
 Gentian pokok lanut (abaka atau manila hemp) dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke
Eropah.
Pertanian Dagangan
 Demi mengaut keuntungan lumayan, SBUB mengusahakan tanaman baharu seperti getah dan tembakau. Ini dilakukan
memandangkan sabah menpunyai tanah yang luas dan subur.
Tembakau.
 Tanaman eksport yang dihasilkan secara komersial pada abad ke-19 dan menjadi tanaman dagangan utama kerana
mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Perusahaan tembakau diusahakan oleh orang Cina.
Tanaman tembakau diusahakan di pulau banggi. SBUB telah memberi tanah secara liberal dan mengecualikan cukai
eksport kepada peladang tembakau.
 Menjelang tahun 1890, hasil eksport tembakau bernilai lebih dua juta dolar. Buruh dari singapura dan Hong Kong
diambil untuk mengusahakan ladang tembakau.
Getah
 Pembinaan landasan kereta api telah meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Tenom, dan Jesselton. Bagi
menggalakkan penanaman getah SBUB telah menberi 4% dividen kepada pengusaha getah.
 Penanaman getah meningkatkan daripada 3 226 ekar pada tahun 1900 kepada 34 828 ekar pada tahun 1911.
Kayu Balak
 Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Buruh dari Filipina dan Indonesia dibawa masuk
untuk bekerja dalam sektor ini.
 British Borneo Trading and Planting company ialah syarikat terbesar yang terlibat dalam industri ini. Pada tahun 1920,
BBTPC sebuah syarikat yang dibiayai olej Harrisons and Crosflied telah mendapat monopoli untuk menenbang pokok
balak di sabah selama 25 tahun.
 Sandakan muncul sebagai pelabuhan balak yang penting di dunia. Hasil balak diksport ko China, Britian, Singapura dan
Australia.
Kegiatan Perlombongan
 Di sabah, SBUB menggiatkan usaha perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan. Orang Cina mengusahakan
perlonbongan emas di sungai segama.
 Syarikat British Borneo mengusahakan perlombongan mengan. Mengan dieksport ke Britian.
Penutup.
 Apa-apa yang berkaitan.
Soalan 57: Huraikan perkembangan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
 Antara tahun 1900 hingga 1941, perkembangan ekonomi di Sarawak adalah sederhana disebabkan kerajaan Brooke
tidak menggalakkan pelaburan luar sevara besar-besaran demi menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak.
Walaupun keluarga Brooke menguasai ekonomi Sarawak, namun orang Cina diberi peluang bergiat dalam
perdagangan dan perlombongan.
 Pembangunan ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan keluarga Brooke tidak seimbang dan kebanyakkannya
tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua Sarawak.
Isi-isi Penting:

Pertanian Perdagangan
1. Lada hitam dan Gambir

 Lada hitam diusahakan oleh orang Cina disepanjang Sungai Sarawak dan Sarikei di Sungai Rajang. Lada hitam menjadi
bahan eksport utama pada tahun 1910.
 Kerajaan Brooke memberi geran tanah dan bantuan kewangan kepada orang Cina untuk menanam lada hitam. Raja
Charles menggalakkan penanaman lada hitam dengan membenarkan kemasukan orang Cina dari Singapura sehingga
projek penanaman lada hitam berjaya dilaksanakan di kawasan Ulu Sarawak pada tahun 1870-an dan berkembang ke
Lembangan Sungai Rajang.

2. Getah

 Ditanam di Kuching pada tahun 1881. Diusahakan oleh orang Cina dan Iban.
 Menjelang tahun 1910, getah menjadi bahan eksport kedua utama selepas minyak.
3. Kayu Balak

 Menjelang akhir tahun 1890-an – 1941, kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas
getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.
 Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil kayu balak
dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika Syarikat.

4. Sagu

 Sagu menjadi hasil pertanian komersial yang penting mulai tahun 1840-an. Dibawah pemerintahan keluarga Brooke,
penanaman sagu dipergiatkan lagi.
 Syarikat Borneo membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil untuk
menanam sagu. Pada tahun 1880-an, Sarawak mengeluarkan separuh daripada jumlah pengeluaran sagu di dunia
dan orang Cina menguasai perusahaan sagu menjelang abad ke-20.
Kegiatan Perlombongan
 Pentadbiran keluarga Brooke mempergiatkan lagi kegiatan perlombongan emas, antimoni, dan minyak di Sarawak.

1. Emas
 Emas diusahakan oleh pelombong Cina di Bau.
 Apabila orang Cina melarikan diri ke Sambas, kerana membantah pengenalan cukai, perlombongan emas diambil alih
oleh Syarikat Borneo.

2. Antimoni

 Syarikat Borneo mendapat monopoli melombong antimoni daripada keluarga Brooke. Antimoni dilombong di Bau dan
Kuching. Perusahaan antimoni menambahkan sumber pendapatan negeri Sarawak.
 Antara tahun 1870 – 1916, eksport antimoni bernilai hampir dua juta dollar.

3. Minyak

 Pentadbiran keluarga Brooke memberi konsesi kepada The Anglo Saxon Oil Company untuk menjalankan kegiatan
perlombongan minyak di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga minyak yang pertama digali di Miri. Pada tahun 1909
pula, usaha mencari gali minyak ditawarkan kepada Sarawak Oil Company dan anak syarikat iaitu Syarikat Royal
Dutch Shell untuk dieksport.
 Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.
Penutup
 Sebab perkembangan ekonomi di Sarawak ialah perkembangan dalam pertanian perdagangan iaitu lada hitam dan
gambir, getah, kayu balak, dan sagu.
 Seterusnya ialah kegiatan perlombongan emas, antimoni dan minyak.
Soalan 58: Jelaskan perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
 Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa penjajahan british. Dasar british
yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan
vernakular.
 Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular
melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.
Isi-isi penting
1. Sekolah agama islam

 Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah pondok.
Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah
menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur
 Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, Dilaksanakan secara kelas
mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar
bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah

2. Sekolah vernakular melayu

 Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani
dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan
dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
 Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca,
menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah
sehingga darjah empat dan maktab perguruan

3. Sekolah vernakular cina

 Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolah-
sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina
tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting
 Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa
dari negara cina

4. Sekolah vernakular tamil

 Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat
india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang
india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil
didirikan dikawasan ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor
 Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi

5. Sekolah aliran inggeris

 Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh
mubaligh kristian dan badan-badan awam
 Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar
kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.
Penutup
 Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga perpaduan kaum
terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-masing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang
boleh menyatukan semua kaum
Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20

Pendahuluan:

 Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negeri-
negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak
memberi keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu.

Isi-isi penting:

Sekolah Mubaligh Kristian


 Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak
mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah
pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah
ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai Institut Bryon.
 Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di kawasan-kawasan pantai timur
dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan
masyarakat Cina.
Sekolah Melayu
 Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak
Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama
ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi
menampung 400 orang murid.
 Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan
jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah
Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja.
Sekolah Inggeris
 Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah
Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan kerajaan
kolonial.
 Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan di
peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan
tidak mendatangkan keuntungan.
Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953
 Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent, Tuaran
telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-
sekolah sekitar Sabah.
 Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem
pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah,
menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.
Penutup
 Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem pendidikan masyarakat
pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan
Tempatan dengan tujuan mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang lebih
sistematik dan teratur.
Soalan 60: Bincangkan perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20

Pendahuluan
 Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan british iaitu
berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran
tentang pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem
pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
 Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris hanya
dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan
awam selepas tamat pengajian.
Isi-isi Penting
1. Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke enggan mengubah gaya
hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui sistem pendidikan barat. Namun, Brooke tidak menghalang
para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan.
2. Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong pengarah
pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah
mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini,
lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.
3. Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu, namun bidang
pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar ingin mengekalkan status quo orang melayu.
Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu
yang tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “...perhatian yang lebih berat diberikan supaya tiada orang
Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.”
4. Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti
membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 1914-1940,tidak terdapat sekolah menengah aliran
melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat
dan maktab perguruan sahaja.
5. Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik terutama setelah laporan
woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan
Sarawak.
6. Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan penubuhan lembaga pelajaran
pada tahun 1956. Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing dengan setiausaha
majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli
Penutup
 Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
 Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang pendidikan inggeris. Pendidikan
inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam
perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.
Soalan 61: Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957
dan Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957.

Pendahuluan :
 Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British
yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan
vernakular.
 Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular
Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk
memperbaiki sistem pendidikan di negara ini.
Isi-isi penting :

Usaha Pendidikan British sebelum merdeka


1. Rancangan Cheeseman

 Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union. Syor yang dicadangkan ialah pendidikan
percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah.
 Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang
rosak akibat peperangan. Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk
mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.

2. Laporan Barnes

 Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu.
Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu.
 Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah dimansuhkan
dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk
semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa
penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah
menengah.
3. Laporan Fenn-Wu

 Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina iaitu
Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
 Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar dari
semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah
berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk
pentadbiran sekolah cina.
4. Ordinan Pelajaran 1952

 Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah
ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
 Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa
penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional
diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah
rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat cina dan india,
kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu.

5. Penyata Razak 1956

 1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa pelajaran.
Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu
sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain,
mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu.
 Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah) yang
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan
bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.
 Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua
penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran
1957.
Dasar Pendidikan selepas merdeka
1) Akta Pelajaran 1961

 Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan aneka
jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang
dihapuskan.

2) Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979

 1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran
dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohammad.
 Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa
Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity
kebangsaan.

3) Akta Pendidikan 1996

 Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan dikuatkuasakan
31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan
dari pra sekolah hingga peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan secara jelas
halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat pemimpin Negara yang ingin menjadikan
pendidikan sebagai asas pembangunan daripada pelbagai aspek
 Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari
segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia.
Penutup :
 Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak perubahan kepada sistem
pendidikan di negara kita.
Soalan 62: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.
Pengenalan.
 Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum.
Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain.
Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada
isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh
pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.
Isi-isi penting:

1. Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.

 Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India
sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah
inggeris yg terletak di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan
di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.
 Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan
kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India
tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh
diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.

2. Tiada Bahasa Penghantar Tunggal

 Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan
BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi
menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

3. Perbezaan Kawasan tempat tinggal.

 Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. Sek Cina
pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang
dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.
 Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.

4. Tiada Keseragaman Kurikulum

 Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri. Sek Inggeris
menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu
juga dengan buku2 teks.
 Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan
mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil
menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan
bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm
sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan
kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di
bandar.

Kesimpulan.
 Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara
di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai
kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini
kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.
Soalan 63: Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996

Pengenalan
 Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam
 Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan
penempatan kaum masing-masing.
Isi-isi Penting:

Sistem Pendidikan
1. Pendidikan Melayu
 Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian. 1856, dua buah
sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap
sekolah melayu tidak begitu menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula
membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu.
 Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu didirikan. Pendidikan melayu
zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada
atau membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden.
Maktab Latihan Perguruan
 Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga..
namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal
menjadi guru.. walaupun maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan satu
tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.
Pengajian Tinggi
 Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi di Tanah Melayu.
1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi UM di Singapura.
 Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan Ukur, Jabatan Kereta Api
dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini
dikenali sbg UPM.

2. Pendidikan Cina
 Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap. Sekolah-sekolah cina lebih
tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak.
 Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu.
Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.
 Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah cina menjadi
pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis.
 1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah cina di
TM. Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina.

3. Pendidikan Tamil
 Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap
ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg berumur 10-12 tahun.
 Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932, British mula memberi bantuan kewangan kpd
sekolah tamil.
Peringkat pengajian dan Kurikulum
 Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM mahupun BI. Ketiadaan
kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain.
 Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan dan selepas
itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.

4. Pendidikan Inggeris
 Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai. Tertumpu di Bandar-bandar
seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh.
 1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka perlu belajar selama 2 tahun
sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.
Peringkat Pengajian
 Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah matapelajaran, murid-murid
hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara
berkaitan masyarakat tempatan.

5. Sekolah Agama Madrasah


 Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan inggeris. Madras ad
pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi
sukatan dan sistem pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak menepati
kehendak moden.
Penutup
 Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di TM terutamanya di sekolah-
sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.
2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum
2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum

Soalan 64: Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu pada abad ke-20.
Pengenalan:

 Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya, agama, bahasa dan adapt
resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.
Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan
ekonomi.
 Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Negara China dan India
memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan
India. Pembentukan masyarakat majmuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.

Isi-isi Penting:

1. Dasar British

 British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan
perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

 Perkembangan pesat perusahaan Bijih Timah telah menyebabkan kemasukan buruh dari china. Perkembangan
ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih
timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.
 Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh.
Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang
menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang
berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong, orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan
buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

3. Kawasan penempatan yang berbeza

 seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti
ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil
daripada orang Cina dan Melayu.
 Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan
mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

4. Faktor agama
 Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa
bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.
 Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang
India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan / persekolahan

 Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga
dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar.
 Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku–buku dan guru-
gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah
mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6. Sosio budaya

 Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan
amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya.
 Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu
kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat
tersendiri.

Kesimpulan:

 Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah
Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara
yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa
mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.
Soalan 65: Huraikan sejarah dan faktor-faktor penghijrahan masyarakat Indonesia di tanah melayu pada
abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan:
 Masyarakat Indonesia yg berhijrah ke tanah melayu terdiri daripada beberapa komuniti spt jawa, banjar,bugis dan
minangkabau. Penghijrahan ini di sebabkan dasar belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan
penduduk Indonesia di pulau jawa.
Isi-isi penting:

1. kesengsaraan social dan ekonomi penduduk Indonesia


 Semasa pemerintahan belanda, pendduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan ditindas. Belanda hanya berminat
mendapatkan bahan mentah semata2 dan tdk menjaga kebajikan penduduk tempatan. Pelaksanaan system kultur,
petani jawa ditindas dan dipaksa menanam tanaman kontan yg diperkenalkan oleh belanda.penanaman padi
merupakan tanaman utama diabaikan. Akibatnya drpd 300 000 org mati kebuluran di cheribon pd tahun 1949-1950.
 Cukai yg membebankan jga diperkenalkan spt cukai buruh, cukai tanah, cukai harta, cukai kepala, cukai perniagaan dan
cukai tol.
2. Sistem sosial dan sifat keperwiraan.
 Di minangkabau, system sosial mreka adalah berasaskan adat perpatih yg lebih memihak kepada kaum wanita
menyebabkan anak lelaki mreka merantau, mengembara, belayar, dan berniaga mendorong orang bugis menjelajah
jauh dri ngeri asal mereka.
3. Kestabilan politik dan perkembangan pesat ekonomi tanah melayu.
 Perkembangan pesat di tanah melayu di tanah melayu menyebabkan pada abad ke-19 penduduk Indonesia memainkan
peranan penting dalam perlombongan bijih timah. Dengan ini, pengusaha lading getah telah menggunakan orang
banjar terutamanya dlm kerja2 menebas dan menggali parit.
4.Undang-undang tanah yg longgar.
 Orang ramai jawa yg berhijrah kejohor akibat dprp dasar pembukaan tanha yg membolehkan mreka menerokai tanah
baharu utk dijadikan kwsn pertanian, lading, dan kebun kecil. Disamping itu, tiada cukai yg diperkenalkan terhadap
peneroka.
Penutup:
 Penghijrahan beramai2 orang Indonesia ke tanah melayu pada akhir abad ke-19 dan ke-20 telah membawa kepada
perubahan yg ketara dalam msyarakat tanah melayu.
Soalan 66: Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu pada abad
ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semakin ramai orang. Kebanyakan mereka golongan pedagang, saudagar dan
mubaligh. Namun bilangan mereka tidaklah begitu ramai. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang kembali ke
India setelah urusan masing-masing selesai. Manakala yang lainnya terus menetap di Tanah Melayu dan berkahwin
dengan wanita tempatan.
 Buruh asing India berhijrah secara ramai-ramai ke Tanah Melayu bermula pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20,
apabila semakin ramai tenaga buruh diperlukan untuk sektor pertanian.
Isi-isi Penting
1) Faktor Penolak

a) Pertambahan pesat yang berlaku di India telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula
kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang. Petani yang
tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang
tinggi.

b) Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan
merebaknya wabak penyakit.

c) Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta rendah
tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa dihina dan tidak dapat menikmati hak yang
sama dengan golongan yang berasal daripada kasta tinggi.

d) Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang
kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah.

e) Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk
memulakan kehidupan baru.

2) Faktor Penarik
a) Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga
buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah. Oleh itu, oranh India
dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah.

b) Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Pertanian di Eropah. Kuasa
Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat
membekalkan tenaga buruh.

c) Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang-
peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk
mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.

d) British di Tanah Melayu mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun
dibayar gaji yang sedikit. Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan
kereta api. Orang Punjabi keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan tentera. Orang Tamil daripada India
Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas
di ladang.

3) Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak

 Pada peringkat awal, kemasukan orang India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem Buruh Kontrak yang
mula diperkenalkan pada tahun 1820. Buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai
tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang
tertentu, biasanya lima tahun.
 Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas. Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi
layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang
jatuh sakit dan tidak mendapat gaji. Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain
iaitu Sistem Kangani.

4) Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani

 Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil. Majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki
menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani itu
bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-
masing. Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
 Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara
berkeluarga. Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-
buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
 Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. Sistem kangani dibayar mengikut jumlah buruh
yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa ramai buruh yang ada.
Penutup
 Selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh dari India dikurangkan. Pada tahun
1938, Sistem Kangani dihentikan setelah kerajaan India mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari
negara itu. Bagi mengelakkan beban kewangan yang besar untuk membantu buruh-buruh yang diberhentikan itu,
kerajaan British memutuskan untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.
 Melalui Ordinan Imigrasi dan Ordinan Orang Asing, kerajaan British telah berjaya mengawal kemasukan buruh asing
dari negara China dan India ke Tanah Melayu dengan lebih teratur.
Soalan 67 : Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
 Masyarakat pelbagai kaum di tanah melayu terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india.
Terdapat juga golongan minority seperti kaum peranakan atau kacukan. sebelum pertengahan abad ke-20, hampir
semua penduduk di tanah melayu terdiri daripada orang melayu.
 Orang cina berasal dari Negara China dan berhijrah ke tanah melayu sejak wujudnya jalinan hubungan antara kerajaan
melayu Melaka dengan negara china pada abad ke-15. Pedagang-pedagang cina telah membuka petempatan di
Pahang, Kelantan, dan terangganu pada awal abad ke-17. Pada awal abad ke-19, british telah membuka petempatan
di pulau pinang dan singapura. Orang cina berkerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan melibatka diri dalam
pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan orang cina pada peringkat awal bertujuan untuk
tinggal sementara dan tidak bermaksud untuk menetap dan menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka.
Kedatangan mereka ke tanah melayu adalah semata-mata dipengaruhi oleh faktor ekonomi.

Isi-isi Penting:
1. Sejarah kemasukan masyarakat cina di Sarawak

 Kemasukan orang cina ke Sarawak berlaku pada pertengahan abad ke-18. Mereka di jemput oleh sultan–sultan melayu
untuk mengusahakan lombong emas. Pada mulanya, bilangan orang cina kecil dan tinggal di kawasan seperti
pengkalan Tebang. Pelombong-pelombong cina di Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian. Mereka
tidak menubuhkan Kongsi.
 Bilangan orang cina telah meningkat dari 45 000 orang pada tahun 1908 kepada 229 154 orang pada tahun 1960.
Kemasukan oranfg cina berketurunan Foochow dari selatan China pada abad ke-20 dikendalikan oleh Wong Nai
Siong , ketua Foochow di sibu. Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak
antara bulan januari hingga mac 1901. Orang cina Foochow ini mengusahakan ladang lada hitam dan gambir.

2. Sejarah kemasukan masyarakat cina sabah

 Orang cina mula memasuki sabah semasa pemerintahan syarikat borneo utara british (SBUB). Untuk menggalakkan
penglibatan orang cina dalam penanaman getah, tembakau, pembalakan, perdagangan, dan perlombongan, SBUB
telah mengeluarkan pas kepada mereka.
 Petempatan orang cina berkembang sehingga munculnya Bandar Sandakan, kota kinabalu, tawau, dan kudat.

5) Faktor Penolak kepada kemasukan masyarakat Cina

 Pertambahan pesat yang berlaku di China telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula
kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
 Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan
kadar yang tinggi. Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau,
kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
 Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang
kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah. Semua
masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan
kehidupan baru.

6) Faktor Penarik

 Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga
buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di lombong-lombong
 Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Perindutrian di Eropah. Kuasa
Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat
membekalkan tenaga buruh.
 Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
 Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu
untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari China.

3. Cara-cara kemasukan orang Cina

a) Melalui ejen atau sistem tiket kredit

 Orang cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau. Ejen ini akan membayar tambang pelayaran
mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa
sehingga hutang tambang pelayaran mereka dijelaskan.
 Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti pengusaha lombong atau ladang
dengan harga $10 seorang. Mereka dikenali sebagai Sin Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan
sehingga hutang tambang mereka selesai dibayar. Selesai menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali
sebagai Lau khek bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.
 Pada bulan mac 1872,jawatan pegawai pelindung buruh dari china telah diwujudkan di tanah melayu bagi mengawasi
kemasukan buruh dan imigran dari china.

b) Sistem pengambilan kakitangan

 Dalam sistem ini, majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara china untuk mendapatkan
buruh. Majikan akan menyediakan segala keperluaan seperti tambangkepada bakal buruhnya.
 Pegawai yang Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikan atau
ke tempat kerja.
c) Sistem pengambilan rumah kongsi

 Dalam sistem ini, pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah melayu akan menguruskan
kemasukan buruh ke tanah melayu. Pegawai yang mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh
termasuk tambang dan perbelanjaan.
 Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam kadar yang telah di tetapkan
oleh rumah kongsi.

d) Cara kemasukan orang cina adalah melalui tajaan oleh Charles Brooke

 melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Di Sarawak, kemasukan orang cina berketurunan Foochow
dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan antara ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong
dengan Charles Brooke. Kesannya, lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara
bulan januari hingga mac 1901.
Penutup

 Terdapat pelbagai faktor dan cara kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak melalui beberapa
sistem yang telah digunakan yang telah menjadikan masyarakat pelbagai kaum telah terbentuk yang terdiri daripada
tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india.

Soalan 68: Huraikan perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.

Pendahuluan
 Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang Melayu, Cina, dan
India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum peranakan atau kacukan. Sebelum pertengahan abad ke-20,
hampir semua penduduk di TM terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum
Cina dan India di Kelantan, Melaka, Terengganu dan Seberang Perai.
 Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 telah
membawa perubahan ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri
daripada orang Melayu, Cina dan kumpulan etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM.
Kemajmukan masyarakat di TM juga telah didorong oleh beberapa faktor.
Isi-isi Penting:
1) Perubahan kependudukan

a) Jumlah penduduk

 Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi jumlah penduduk.
Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah
menambahkan bilangan orang Melayu di TM.
 Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah ini telah meningkat
sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.

b) Jenis penduduk

 Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan
permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua
kaum besar, iaitu Cina dan India.
 Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.

c) Nisbah jantina

 Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan kaum lelaki Cina
dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
 Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang, tahun 1911 pula 308 orang
dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang.

2) Sebab-sebab kemajmukan masyarakat

a) Amalan budaya yang berbeza

 Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup mereka berkelompok
berdasarkan puak masing-masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan
interaksi kaum cina dengan masyarakat melayu juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa kumpulan
etnik yang berbeza seperti Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Kelompok ini menggunakan bahasa etnik
masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan Melayu.
 Orang cina dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan perayaan.

b) Perbezaan agama
 Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan india terpisah
daripada masyarakat peribumi.
 Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india menubuhkan pelbagai
institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan
identiti etnik masing-masing.

c) Perbezaan dalam fungsi ekonomi


 Orang melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani, nelayan dan pegawai rendah di
pejabat British. Orang cina hidup di bandar utama dan menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan
kepada perlombongan dan perdagangan.
 Orang india tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar sebagai kerani dan buruh di
pelabuhan. Fungsi ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga kaum ini secara langsung membawa kepada kewujudan
masyarakat majmuk.

d) Perbezaan dalam sistem pendidikan

 Orang cina menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar cina dan matapelajaran
yang berteraskan peristiwa yang berlaku di Negara China dan bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india
dari kelompok Tamil menubuhkan sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa
penghantar Tamil. Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai negara India.
 Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan tempatan.
Penutup
 Penghijrahan masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM telah menyebabkan perubahan
kependudukan di TM. Perubahan tersebut meliputi aspek jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina
penduduk.
 Kependudukan masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada kewujudan masyarakat
majmuk. Kemajmukan masyarakat di TM telah didorong oleh beberepa sebab seperti amalan budaya yang berbeza,
perbezaan agama, perbezaan dalam fungsi ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.
3.1 Gerakan Nasionalisme
3.1 Gerakan Nasionalisme

Soalan 69: Huraikan Faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Pendahuluan

 Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah
air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada
cengkaman ekonomi dan budaya asing.
 Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain (kecuali thailand). Gerakan ini
merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat
untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Isi-isi penting

1. Pengaruh Agama Islam

 Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal
kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah,
khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam
yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah
setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
 Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar
akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan


 Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel,
puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan
penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk
bersatu padu.
 Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan
emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga
melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di
lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam
pemerintahandi negeri-negeri Melayu.

3. Pengaruh Kewartawanan

 Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar
akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan
perjuangan mereka.
 Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara,
Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar
desentralisasi, dan Malayan Union. Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting
dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

4. Peranan Pendidikan

 Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-
20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan
penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang
akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-
Azhar.
 Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah
melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan
Inggeris khasnya di Raffles Instituation. Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan
Mohammad Eunos Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan
merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran
dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
 Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang dan menyebabkan
kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan
Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.MPSI telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual
Melayu. Pergaulan dan perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki
nasib orang Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini

5. Peranan Golongan Intelektual


i. Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah

 Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa
sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih
boleh diselamatkan sekiranya diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang
termaktub dalam al Quran dan Hadis.
 Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris
dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di
Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum
Muda.
 Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme telah diambil alih
oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris danMelayu.

ii. Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris

 Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi olah bangsa
asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup berkerjasama dengan penjajah.
 Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak mereka,
Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu Singgapura(KMS).

iii. Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu


 Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan Inggeris. Kewujudan
golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada
sederhana kepada berunsur politik dan agresif.
 Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan bangsa Melayu. Golongan
ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air
mereka dari penjajahan British.
Penutup
 Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina
dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang pesat.
 Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu
tentang kemunduran mereka.
Soalan 70: Bincangkan peranan pendidikan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Pendahuluan:

 Perkembangan pendidikan sama ada di dalam atau luar Negara telah melahirkan golongan intelektual yang memainkan
peranan penting dalam membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Isi-isi penting:

1.Sistem pendidikan agama


 Sistem pendidikan masyarakat Melayu yang terpenting ialah sisitem pendidikan Islam.sistem ini juga dikenali sebagai
sistem pondok. Pondok memainkan peranan sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas
tamat pengajian di pondok,ramai orang Melayu akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah,sama ada di Mekah
atau di Mesir.
 Semasa di Timur Tengah,mereka akan dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh
Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti Al-Azhar.apabila mereka kembali ke Tanah Melayu,mereka ingin melihat
pemulihan dalam agama Islam dengan perjuangan melalui akbar dan majalah.
2.Sistem pendidikan Inggeris
 Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual
berpendidikan Inggeris.Golongan berpendidikan Inggeris mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Institution.
3.Sistem pendidikan Melayu
 Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan dalam jumlah tanaga
pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI
menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.
 Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada guru-guru
melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan berganding bahu dengan golongan cerdik
pandai agama demi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan
pendidikan.
Penutup:
 Golongan intelektual yang mendapat pendidikan agama,Melayu,dan Inggeris menerajui kepimpinan dan bertindak
sebagai egen perubahan.
Soalan 71: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Pendahuluan:
 Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah
air. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-
institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
 Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk mewujudkan satu gerakan
kebangsaan di Tanah Melayu.
Isi-isi penting:
1. Golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah

 Antara golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu
ialah golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah.
 Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali. Perjuangan
golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu Kaum Muda. Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh
diselamatkan sekiranya deberi petunjuk kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar.

2. Kaum Muda

 Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal
dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab.
 Walau bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua.

3. Golongan intelektual berpendidikan Inggeris

 Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang
penguasaan ekonomi oleh bangsa asing. Golongan ini juga merupakan golongan yang bersikap sederhana dan
sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah.
 Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah bin Haji Dahlan, Dato’ Onn bin
Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin
Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik.

4. Golongan intelektual berpendidikan Melayu

 Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937 hingga 1941
yang berunsurkan politik dan agresif. Ibrahim Haji Yaakob menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi
meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan menentang penjajahan British.
 Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi. Manakala, Harun Hadi Hassan
merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan semangat nasionalisme kepada pelajarnya.
Penutup:
 Kesimpulannya, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British.
 Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam
bidang ekonomi dan pendidikan.

Soalan 72: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Pendahuluan:
 Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing dengan hasrat untuk
menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada
penjajahan asing.
 Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah memperkenalkan pelbagai
perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting:
1. Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.

 Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah Islamiah dari Timur Tengah
pada tahun 1906.
 Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam di
seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat. Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya
kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis.

2. Gerakan Pan-Islamisme

 Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagaii Khalifah sangat dihormati oleh
seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-
Islamisme.
 Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam diseru supaya bersatu-padu di
bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk menyekat perluasan kuasa Barat.

3. Gerakan Turki Muda

 Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di
Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan
kemunduran rakyat Turki.
 Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada tahun 1930.

4. Pengaruh dari Indonesia

 Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu. Hal ini kerana, golongan
intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia. Sarekat Islam di Indonesia yang
diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.
 Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi golongan nasionalis Tanah Melayu.
5. Pengaruh dari negara lain

 Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh ini bertujuan membebaskan India
daripada penjajahan British.
 Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China berjaya menggulingkan kerajaan Manchu telah
membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu.
Penutup:
 Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam
membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang Melayu.
Soalan 73: Huraikan gerakan Islah di tanah melayu pada abad ke-20

Pendahuluan
 Pembaharuan yang diperkenalkan oleh British telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang melayu.
 Pada tahun 1900-1920, golongan intelektual berpendidikan Timur tengah memainkan peranan penting dalam gerakan
kebangsaan di Tanah melayu. Dengan itu, Golongan ini dikenali sebagai kaum muda.
Isi-isi penting
a) Tujuan perjuanan kaum muda ialah memajukam kaum melayu melalui ajaran islam sebenar, membebaskan islam
daripada ajaran kuno, menyeru orang melayumenggunakan akal dalam mengamalkan agama mereka, dan
menyedarkan orang melayu tentang kemunduran ekonomi dan social mereka.
b) Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi,Haji Abbas bin
Muhammad Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis islam
ditimur tengah yang memerjuangkan konsep Pan-Islamismedan membebaskan agama islam daripada kepercayaan
kuno.
c) Perjuangan kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majala seperti al-imam, Neracha, Idaran zaman, dan
Pengasuh. Tujuan al-imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan manjaga mana yang tidur dan menunjukkan
mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebajikan.
d) Demi mencapai kemajuan dalam bidang Sosial dan ekonomi, Kaum muda memerjuangkan beberapa pembaharuan
seperti: Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran, Kebebasan wanita dalam bidang pendidikan dan social,
Sistem agama yang lebih liberal yang meliputi pengajaran bahasa inggeris dan mata pelajaran moden.
e) Kaum muda mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan idea perjuangan mereka. Contohnya, Madrasah Al-
Masyhur al- islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum muda ditentang oleh kaum tua melalui majala seperti
Suara benar dan Lidah benar. Selepas tahun 1920-an, pengaruh kaum muda semakin pudar.Kepimpinan gerakan
kebangsaan diambil ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum muda gagal mewujudkan satu gerakan
massa dalam kalangan orang melayu.
Penutup
 Walaupun kaum muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan kebangsaan pada tahun 1920-an, namun kaum muda
memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran social dan politikdalam kalangan orang melayu.
Perjuangan kaum muda menjadi pelopor kepada gerakan kebangsaan seterusnya.
Soalan 74: Huraikan gerakan persatuan dan kelab di negeri-negeri Melayu pada abad ke-20

Pendahuluan
 Gerakan islah, kelab, kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan negeri memainkan peranan sangat
penting dalam gerakan memberikan kesedaran kebangsaan dalam kalangan oarng melayu. Gerakan islah, kelab dan
persatuan memperjuangkan isu berkaitan dengan agama, ekonomi, dan politik
 Perjuangan melalui kelab dan persatuan lebih berorganisasikan dan teratur. Hanya pada tahun 1938 , perjuangan
berubah menjadi radikal dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Isi-isi Penting:
1. Gerakan Islah

 Gerakan islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap
islam. Pendorong gerakan ini di tanah melayu ialah , Syed Syeikh al-hadi , Syeikh Tahir Jalaludin , Haji Abbas bin
Mohd. Golongan ini mengelar diri mereka sebagai Kaum Muda . Mereka berpendidikan agama dari timur tengah.
 Mereka menerima pengaruh dari gerakan reformis islam yang diketuai oleh Syed Jamaludin al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh. Saluran gerakan islah Melalui akhbar dan majalah seperi Al imam , neracha , edaran zaman dan
pengasuh. Serta melalui masjid dan madrasah (kaum muda mengadakan ceramah dan perbincangan agama di masjid
dan madrasah)

2. Perjuangan Kaum muda

 Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia dan menyeru orang melayu berpengang pada al-Quraan dan
hadis.orang melayu juga dinasihati mengetepikan amalan-amalan khurafat yang dilarang dalam agama islam.
Menyematkan sikap menkritik penjajah ke dalam fikiran orang islam terutamanya bangsa Melayu.
 Dari segi pendidikan , kaum muda amat mementingkan soal pendidikan bagi memajukan orang melayu . bagi mereka
pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan. Kaum Muda menkritik raja dan pembesar melayu yang tidak
memelihara kepentingan orang melayu.
3. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

 Ditubuhan di Singapura pada tahun 1926. Pengasas ialah , Muhammad Eunus Abdullah dan Tengku Abdul Kadir. KMS
bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi. Bertujuan menyedarkan
orang melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi.
 Mengingatkan kaum melayu tentang kesan penjajahan British. Menyedarkan orang melayu tentang kepentingan
melibatkan diri dalam politik dan Memajukan sosiekonomi orang Melayu

4. Kesatuan Melayu Muda (KMM)

 Ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
Penubuhannya lebih bersifat radikal. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain iaitu , pelarian politik dari
Indonesia.
 Objektif KMM mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung dan untuk
meningkatkan taraf pendidikan orang melayu. KMM berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk
menghalau british dari tanah melayu

Penutup

 Gerakan persatuan dan kelab di negeri – negeri melayu banyak membangkitkan semangat Nasionallisme dalam
kalangan pemikiran orang melayu untuk bangkit menentang penjajah.
 Sebagai contoh geraka Islah yang menyeru orang melayu untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap islam.
Soalan 75: Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

 Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19. Tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan,
sosial , pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud.
Kesedaran awal untuk membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat
tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936.
 Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Isi-isi Penting:

A. Kesatuan Melayu Singapura ( KMS )

 Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul Kadir , Imam Haji
Mohd Yusof dan Emboh Suloh. Merupakan pertubuhan awal orang Melayu yang bercorak separa politik. Menjurus
kearah nasionalisme walaupun perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan
kegiatannya berkisar di Singapura.
 Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta membaiki
kedudukan sosio-ekonomi mereka. Matlamat penubuhan KMS, menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam
bidang politik, pentadbiran dan urusan umum, Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang
serta mewakili suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan dan Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan
tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu.
 Sebuah pertubuhan bersifat sederhana - memberi kerjasama kepada British. Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya
memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan
khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg Melayu. Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri
lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Mendorong
kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu.

B. Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri

 Penubuhan kesatuan sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi
perhatian. September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada
penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang. Perkembangan ini membawa kepada
kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
 Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial. Pemimpin
persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit. Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana
cenderung untuk menyokong pemerintahan British. Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat
kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.
 1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan
Melayu Semenanjung – tiada sambutan. Akhbar Saudara memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk
membolehkan penulis baru dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. April 1934 PASPAM diasaskan
oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan – menjadi sebuah
pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.

C. Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

 Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an. Ogos 1938 golongan nasionalis
berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia menubuhkan parti politik yang dikenali
sebagai KMM di Kuala Lumpur - diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob. Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj,
Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll
 Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan
bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira
negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu,
Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu,
seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.
 Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan Menyebarkan dasar perjuangan.
Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak berjaya
menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat Melayu berpendidikan Inggeris.

Kesimpulan

 Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya membangkitkan
kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
 Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan didorong oleh perubahan cara
hidup.

Soalan 76: Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan mereka.

Pengenalan

 Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan
berpendidikan agama/ Arab.
 Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.

Isi-isi Penting:

1. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda

 Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha. Mendapat
pendidikan di Timur Tengah
 Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.

2. Matlamat perjuangan

i. Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam


 menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat. menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan
kerana Islam menggalakkan perniagaan.
 Taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.

ii. Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.
 menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam sebenar. meninggalkan
amalan taklid buta
 mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.

iii. Emansipasi wanita


 meningkatkan taraf wanita. wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
 tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
 membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
 bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.
3. Kaedah perjuangan

Secara langsung
 melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara.
 melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.

Secara Tidak Langsung


 Melalui madrasah yang dibina.
 Mengajar ilmu dunia dan agama. Idea diterap dalam pengajaran

Tentangan daripada Kaum Tua.


 Terdiri darpada ulama konservatif. Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh kaum
muda.
 Percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah- ceramah agama serta disiarkan
dalam akhbar dan majalah. Menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan.

Kesimpulan

 Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran walaupun perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang
 Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.

Soalan 77: Huraikan Gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di tanah melayu pada abad ke-20.

Pendahuluan.
 Kesatuan Melayu muda ialah persatuan berbentuk separa politik yang pertama di tanah melayu dan ditubuhkan pada
tahun 1939 yang di pimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob,iaitu wartawan akhbar majlis kuala lumpur. Nama KMM
diilhamkan oleh sultan Djenain, iaitu pelarian politik dari Indonesia.
 Tujuan penubuhan KMM lebih bersifat politik. Objektif KMM ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda
melayu di seluruh semenanjung, meningkatkan taraf pendidikan orang melayu,menentang penjajahan orang british
di tanah melayu,menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing,dan menuntut kemerdekaan bersama Indonesia
dalam gagasan Indonesia raya.
Isi-isi penting
1. Cawangan KMM didirikan di Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun,
pergerakan KMM sering di awasi oleh pihak british. Pemimpin utama KMM, Ibrahim Yaacob menggunakan akbar
rasmi KMM iaitu Warta Malaya untuk membangkitkan semangat nasionalisme melayu dan sentiment anti-
british.Cara di salurkan ialah melalui ceramah yang di buat oleh pemimpin utama KMM.
2. Tindakan radikal KMM menyebabkan british menangkap dan memenjarakan pemimpin-pemimpin KMM seperti
Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Secara keseluruhannya KMM gagal mendapat sokongan meluas kerana
,keradikalan KMM dan perjuangan penyatuan dengan Indonesia,sikap KMM yang anti-biokrasi, dan tiada sokongan
kewangan dan kemahiraan.
3. Sebaik sahaja Jepun Berjaya menawan tanah melayu, mereka mebebaskan pemimpin-pemimpin KMM yang di
penjarakan. pemimpin KMM Ibrahim Yaacob telah memberi bantuan kepada pihak jepun dengan menubuhkan
pembela tanahair (PETA), Sebuah ketenteraan yang di pimpin oleh Ibrahim Yaacob.
4. Menjelang akhir pendudukan jepun, usaha di buat untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Ibrahim Haji
Yaacob meminta jepun memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu bersama-sama Indonesia ini sesuai dengan
matlamat kesatuan melayu muda KMM,untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.
5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah mengadakan perbincangan di kuala lumpur untuk persediaan
kemerdekaan bersama Indonesia. Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 ogos 1945, tetapi kerana
kekalahan jepun secara tiba-tiba soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal , iaitu 15 ogos 1945.
Keadaan ini telah menyebabkan persidangan KRIS di kuala lumpur di batalkan, Ibrahim Yaacob, isterinya dan orang
kanannya terpaksa mendapatkan perlindungan di Indonesia.
Penutup
 KMM ini adalah untuk menentang penjajahan British di tanah melayu ,dan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan
meningkatkan pendidikan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung.
 Perjuangan KMM di pengaruhi oleh pergerakan politik yang berlaku di luar tanah melayu seperti, perjuangan parti
nasional indonesia pimpinan soekarno,perjuangan dan ketetapan sumpah pemuda di Indonesia, gerakan parti
komunis Indonesia pimpinan Tan Malaka.

3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan


3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan – Pendudukan Jepun 1941-45

Soalan 78. Bincangkan dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan.
Pendahuluan
 Negara Jepun dikenali sebagai “Negara Matahari Terbit” bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868,
kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan
kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.
 Oleh itu, Jepun menakluki negara-negara lain untuk tujuan mendapatkan bahan mentah. Negara yang ditakluki Jepun
seperti Manchuria, China, IndoChina, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pentadbiran Jepun memerintah selama 3 ½
tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.

Isi-isi penting

Dasar Politik:
1. Sistem Pentadbiran bercorak ketenteraan

 Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3 ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari
1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan. Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun. Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor.
Beberapa biro pentadbiran seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di
bawah pentadbiran Gabenor.
 Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan. Pentadbiran Sabah, Sarawak dan
Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara. Kuasa tertinggi dalam pentadbian
ialah Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching. Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya
pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943.

2. Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran

 Pemerintahan Jepun mengalami masala kekurangan pegawai awam. Demi mengatasi masala tersebut, Jepun telah
mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan. Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan
Melaka yang membieri latihan pentadbiran kepada orang Melayu. Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan
awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut. Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman
dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai
pasukan Pembela Tanah Air (PETA).

3. Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu

 Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda
(KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun juga menubuhkan Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang
dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi
bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM. Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah
menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. KRIS merupakan satu badan yang
akan melaksanakan tugas memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.

4. Dasar berbeza-beza terhadap Kaum di Tanah Melayu

 Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan
pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun dan Majlis Agama Islam ditubuhkan.
Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam
rancangannya menguasai India. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan Jepun
melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca
daripada permusuhan antara Jepun dengan China.
Dasar Ekonomi
5. Dasar Sistem ekonomi kawalan

 Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh
industri Jepun. Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perniagaan dan perdagangan dalam
negeri dikuasai oleh pihak Jepun. Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.

6. Dasar Sistem Permit

 Jepun mempekenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pergangkutan. Dengan permit
khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya. Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras
tidak mencukupi, maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras. Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat
Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras sebulan.
7. Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang

 Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan penggunaan mata wang yang
berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di
pasaran antarabangsa dan hanya boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.
Dasar Sosial
8. Dasar Rancangan Penjepunan

 Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita yang menjadi
tanah jajahannya. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan “Penjepunan” melalui ketaatan kepada
Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun
dijadikan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain. Kelulusan dalam bahasa Jepun
menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak.

9. Dasar Pendidikan

 Jepun memperkenalkan sistem pendidikan untuk menjepunkan masyarakat tempatan. Sistem pendidikan Jepun
memberikan tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada maharaja Jepun. Setiap pagi, murid-murid wajib
menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa
pengantar dan buku-buku teks dalam bahasa Jepun banyak diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun memainkan
peranan penting dalam menerbitkan pendidikan Jepun. Sekolah-sekolah Cina ditutup kerana Jepun mengamalkan
dasar anti Cina.

10. Dasar menindas terhadap kaum Cina

 Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina.
Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk medapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi
kesultanan melayu dan mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dasar menindas orang Cina
disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan
peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937. Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan
nyawa semasa bekerja dalam buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-
Burma.
Penutup
 Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada
negara asal kaum masing-masing. Perkembagang politik selepas pendudukan jepun memperlihatkan semua kaum di
Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan negara.
Soalan 79: Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah
Melayu ( 1942 – 1945 )

Pendahuluan

 Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945.
 Pendudukan Jepun selama 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu
dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

Kesan politik

a) Menyemarakkan semangat nasionalisme kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di
kalangan orang Melayu yang anti British.

b) Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk
menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. orang Melayu
menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. Kehidupan
semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. Keadaan ini telah
membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu
menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS
Kesan Ekonomi
a) sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar Bumi Hangus British
menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. rakyat mengalami kebuluran
kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.
b) Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan
keladi.
c) kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. perusahaan
tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport.
d) perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun
e) orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.
f) Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

Kesan sosial

a) perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. permusuhan semakin
menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.
b) orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan
latihan ketenteraan.
c) tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit
malaria,beri-beri, taun dan kudis .
d) pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.
e) Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun –
mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

Kesimpulan

 Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.Memainkan
peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.
 Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya
membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan

Soalan 80: Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan

Pendahuluan
 Negara Jepun juga dikenali sebagai ‘Negara Matahari Terbit’ bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun
1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada Negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan
dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.

 Di Eropah, perancis bersekutu dengan Britain menentang Jerman menyebabkan jajahan Britain dan Perancis di Timur
tidak dipertahankan.

Isi-isi penting

1. Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun


 Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran kebangsaan yang mendalam dalam kalangan orang Melayu
sehingga orang Melayu telah bangun menentang British apabila mereka balik semula ke Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Ini jelas dilihat dalam kes penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan
Anti-Penyerahan Sarawak. Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik sama seperti pada
zaman penjajahan British. Mereka sedar bahawa Jepun hanya memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi
pentadbiran mereka sendiri. Jepun masih mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua
agama dan adat istiadat Melayu sahaja dan bukannya pemerintah negeri.
 Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah air apabila Jepun
menyerahkan empat negeri Melayu Utara, iaitu Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand.
2. Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
 Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan
mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri. Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk
penjajahan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka. Mereka sedar bahawa British tidak boleh
diharapkan dalam melindungi tanah air mereka. Maruah dan imej British sebagai kuasa terunggul hilang apabila
British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat.
 Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu dan mesti
berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta tanah air mereka. Pendedahan orang Melayu
kepada organisasi ketenteraan dan separa tentera telah menyemai semangat Jepun, kessetiaan, pengorbanan, dan
sikap anti-Barat.
3. Kesan pergerakan nasionalisme Melayu
 Pembebasan para nasionalis seperti Ibrahim Yaacob telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan. Ibrahim
Yaacob telah menggunakan bantuan kewangan Jepun untuk membeli akhbar Warta Malaya pada tahun 1941 bagi
menyalurkan mesej nasionalisme, membangkitkan kesedaran politik dan menjadi alat propaganda anti-British. KMM
telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah. KMM berjaya
memperalatkan Jepun bagi tujuan nasionalisnya. Dengan sokongan yang diberikan oleh Jepun, KMM bergiat semula
secara sulit dan berjaya menyemarakkan sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat Melayu.
 Pendudukan Jepun telah menyemarakkan kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila selepas pendudukan Jepun banyak parti muncul, antaranya
ialah UMNO,MCA,MIC,AWAS,API, dan PKMM. Idea kemerdekaan juga disemai dalam kalangan orang Melayu semasa
pendudukan Jepun walaupun KRIS gagal mencapai matlamt memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
bersama Indonesia dalam lingkungan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
4. kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu
 Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada Negara
asal. Orang India lebih cenderung kepada perjuangan kemerdekaan di Negara India. Orang Cina bersikap anti-Jepun
dan berjuang mempertahankan Negara China daripada pencerobohan Jepun. Akibat dasar menindas terhadap orang
Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menjadi
parti yang paling popular dalam kalangan orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan
Jepun.
 Permusuhan antara Jepun dan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak mereka
sebagai bumiputera Tanah Melayu.
5. Kesan Dasar Ekonomi
 Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat merosot. Ekonomi Tanah Melayu yang
bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan. Ini disebabkan pengeluaran berkurangan
akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.
 Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna, Tanah Melayu
mengalami inflasi.
 Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi menyebabkan pengangguran semakin
meningkat. System ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna
terutmanya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras
penduduknya.
 Program Grow Your Own Food Crops and Vegetable telah mencerobohi kawasan tanah simpanan Melayu.
6. Kesan Dasar Sosial
 Dasar penjepunan dan system pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun menimbulkan kebencian dan kemarahan
penduduk tempatan. Namun, sistem pendidikan Jepun menyemai sifat kerajinan dalam kalangan belia terutmanya
orang Melayu. Penduduk tempatan dipaksa menjadi lebih rajin dan kreatif. Berhadapan dengan situasi kekurangan
bahan keperluan, mereka mencipta kain daripada benang nanas dan bahan api daripada susu getah.
 Penduduk Tanah Melayu hidup sengsara dan menderita di bawah pemerintahan Jepun. Mereka ditindas dan diseksa
oleh Kempeitai tanpa diberi peluang membela diri. Orang cina yang diseksa melarikan diri ke pinggir hutan untuk
mengelakkan kekejaman.
 Ramai orang India dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut.
Ramai yang meninggal dunia kerana kekurangan makanan dan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria.
Tambahan pula, tentera Jepun merampas ubat yang sedia ada.
 Tindakan Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan tentera untuk menentang MPAJA menambahkan lagi
permusahan antara orang Melayu dengan Cina.
Kesimpulan
 Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada
Negara asal kaum masing-masing. Orang Melayu memperjuangan pembebasan tanah air melalui kesatuan Melayu
Muda, orang Cina lebih kepada bersikap anti-jepun kesan daripada Perang China-Jepun manakala orang India
berjuang membebaskan Negara India daripada penjajahan.
 Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu
membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan.

3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan


3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan

Soalan 81: Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan
Malayan Union 1946 .

Pendahuluan

 Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu
Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. MU dilaksanakan selepas
British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada
orang Melayu.
 Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara
untuk menentangnya.
Isi-isi Penting:

A. Sebab-sebab penentangan

i. Kedaulatan dan kuasa sultan terancam

 Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja hanya menjadi ketua agama
dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor MU
menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi
pengerusi.
 Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan, tidak rela sultan dilucutkan kuasa
politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi
tanah jajahan British

ii. Pemberian taraf kerakyatan

 Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina.
syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
Melayu. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat
nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.
 Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf
kewarganegaraan Tanah Melayu.

iii. Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan

 Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan
secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British
semasa Perang Dunia Kedua. Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan
Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
 Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan
pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian.

B. Cara-cara penentangan

i. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara


 15 Dis 1945 - demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan
 19 Jan 1946 - demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
 01 Feb 1946 - Persatuan Melayu Kelantan anjur demonstrasi.
 10 Feb 1946 - demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

ii. Kongress Melayu Se Malaya

 oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan
Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai
beberapa persetujuan.
i. orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU
ii. raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU
sebagai tanda bantahan.
iii. kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.
 kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941.

iii. Sokongan bekas pegawai British

 bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU
dilaksanakan.
 Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak
sesuai dengan Tanah Melayu.
Kesimpulan

 Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan. MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Soalan 82: Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada
tahun 1946.

Pendahuluan

 British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur. MU bertujuan menyediakan Tanah
Melayu kearah kemerdekaan
 Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU. Orang Melayu melakukan
penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal tetapi menentang pada tahap berikut.
Dasar penentangan berbeza dengan orang Melayu

Isi-isi Penting:

1. Reaksi Orang Melayu

 Jelas menentang penubuhan MU. Penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektif iaitu cara
individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan dan cara kolektif termasuklah melalui persatuan. orang
Melayu melakukan demonstrasi besar-besaran. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan
seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.
 penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada
penubuhan UMNO. Boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan. orang Melayu menentang MU kerana
tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka, Sultan diugut dan
dipaksa menandatangani penerimaan MU, Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak
memuaskan hati orang Melayu dan Sultan kehilangan kuasa secara mutlak

g Bukan Melayu

 ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan
kerakyatan. Reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan. Orang Cina dan India mula melihat British
menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial . melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan
menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri). bantahan orang Cina dipusatkan kepada
sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action - bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action.
AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli.
 Memperjuangkan 6 prinsip iaitu: penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, anggota Dewan Undangan Pusat dipilih
oleh rakyat, hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat
setia, Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari badan berunsur
demokrasi, Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu
sahaja dan Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.
 orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan kepada perkembangan politik
negara China - menganggap penerimaan MU membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik. Bagi kaum
India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian
kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang
Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang
sama.

Kesimpulan

 Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Reaksi orang
Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Soalan 83: Huraikan bentuk penentangan dan faktor kejayaan orang melayu menggagalkan pentadbiran
Malayan Union 1946.

Pendahuluan :
 Pada tahun 1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir Edward Gent. Rancangan ini
berusaha menggabungkan Negeri-negeri Melayu Besekutu (NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah
Malayan Union. Singapura dipisahkan menjadi tanah jajahan mahkota British.
 Kerajaan Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. Pengistiharan ini secara
rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan
September tahun 1946.
Isi-isi Penting:
1. Bentuk penentangan melalui Peranan Akhbar
 Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara, Majlis, dan utusan Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan.
Ketiga-tiga akhbar ini menyeru orang melayu di seluruh Tanah Melayu supaya membantah dan menolak Malayan
Union serta menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu.
 Akhbar utusan Melayu mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum meluluskannya. Utusan
melayu juga mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk barisan bersatu bagi melindungi kepentingan orang
melayu. Warta Negara telah memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union.

2. Bentuk penentangan melalui Demonstrasi / rapat umum.

 Pada 15 Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 10 000
orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana. Pada 19 Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai
oleh 50 000 orang telah diadakan di Alor Star. Perarakan anjuran Persatuan Melayu kedah disertai ulama, pelajar,
orang kampung, dan kaun tani. Pada 3 Februari 1946, perarakan oleh 5 000 orang melayu membantah kertas Putih.
 Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukan bantahan mereka kepada ahli-
ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams.

3. Bentuk penentangan melalui Peranan Sultan

 Sultan Negeri-negeri Melayu menghantar kawat ke London membuat bantahan terhadap penipuan dan paksaan
semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. Sultan juga menghantar kawat kepada tokoh yang berpengaruh
di British dan bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu.
 Sultan telah berkumpul di kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli
parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams. Sultan memulaukan pengistiharan Malayan union
yang diadakan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur.

4. Peranan Akhbar

 Seruan akhbar tempatan menjadi salah satu faktor penting menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan
Union. Akhbar tempatan seperti Majlis, Warta Negara, dan Utusan Melayu telah menyuarakan bantahan secara
berterusan terhadap rancangan pengenalan Malayan Union. Akhbar ini membangkitkan kesedaran tentang
rancangan British menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif Malayan Union terhadap
orang melayu.
 Pada 12 Oktober, Utusan Melayu menyeru supaya Raja-Raja melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak
dihapuskan. Majlis menyeru orang melayu menentang Malayan union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan
Tanah Melayu serta merdeka dan berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan.

5. Faktor sokongan rakyat

 Hampir semua orang Melayu menentang Malayan Union. Mereka menentang melalui demontrasi di Alor Star, Kota
Bharu, dan Johor Bharu.
 Mereka sedar bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan union akan mengancam status quo mereka
sebagai peribumi.
Penutup :
 Penubuhan Malayan union mendapat tentangan yang kuat oleh orang melayu. Sebab penentangan ini ialah syarat
kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan, tindakan Harold MacMichael dan kedudukan orang melayu.
 Bantahan orang melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan yang longgar melalui
prinsip jus soli. Orang melayu membantah cara ugutan dan paksaan yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael
untuk mendapatkan tandatangan sultan.

Soalan 84: Jelaskan sebab-sebab penentangan dan faktor-faktor kegagalan Gerakan Anti-Penyerahan
Sarawak kepada British.

Pendahiuluan:
 Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada
tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946, Raja Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan
Sarawak kepada kerajaan British. Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.
 British mendesak Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka
dilindungi dan lebih terjamin. Penyerahan Sarawak menunjukkan tindakan British mencerobohi kedaulatan negeri
Sarawak kerana Sarawak kepunyaan peribumi Sarawak dan bukannya milik keluarga Brooke atau kerajaan British.
Isi-Isi Penting:
a) Sebab-Sebab Penentangan
 Ketua2 bumiputera tidak puas hati dengan cara tipu muslihat yang digunakan oleh Gerald MacBryan semasa mendapatkan
persetujuan mereka mengenai rancangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Ketua2 bumiputera
Sarawak tidak dibawa berunding atau diberitahu terlebih dahulu mengenai rancangan tersebut.
 Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
 Tindakan Charles Vyner Brooke akan menutup peluang Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.

b) Faktor-Faktor Kegagalan Anti-Penyerahan Sarawak

1) Tiada pemimpin yang berwibawa

 Selepas kematian Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, tiada pemimpin lain yang berwibawa untuk menggerakkan Gerakan
Anti-Penyerahan Sarawak.
 Pemimpin yang berkaliber seperyi Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha telah menubuhkan Young Malay Association yang
menyokong penyerahan Sarawak kepada British.

2) Tiada pertubuhan kebangsaan

 Di Tanah Melayu, pertubuhan nasionalis, iaitu UMNO Berjaya menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union.
Fenomena seperti ini tidak terdapat di Sarawak. Hana terdapat beberapa pertubuhan seperti Persatuan Melayu
Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak dan pertubuhan lain yang menentang.
 Tiada satu organisasi nasional yang Berjaya menyatupadukan semua pertubuhan ini untuk menentang penyerahan Sarawak
kepada British.

3) Tindakan menindas oleh British


 Kerajaan British bertindak keras terhadap penyokong Gerakan Anti-Penyerahan. British mengelarkan Pekeliling No.9 yang
memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak menyertai Gerakan Anti-Penyerahan.
 British bertindak keras terhadap ahli Rukun 13 yang terlibat dalam komplot membunuh Gabenor Kedua Sarawak. Mereka
dijatuhi hukuman gantung sanpai mati dan lima belas orang lain yang terlibat dipenjarakan. British juga
mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
Penutup:
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 85: Bincangkan faktor-faktor dan langkah-langkah pembentukan persekutuan tanah melayu 1948

Pendahuluan :
 Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan perjanjian Malayan Union 1946.
 Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang melayu menentang penjajahan british di tanah melayu.
Isi-isi penting :

Faktor-faktor pembentukan
a. Perpaduan orang melayu daripada semua golongan.

 Perpaduan dalam kalangan orang melayu dan raja – raja melayu telah wujud sehingga berjaya mengatasi pihak lain
yang menyokong Malayan Union.
 Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak british untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah
membantu mereka menolak Malayan Union.

b. Sikap politik orang melayu yang sederhana.

 Sikap politik sederhana orang melayu telah mendorong british memulakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.
Orang Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk
Raja-Raja Melayu supaya memulaukan Malayan Union.
 Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti mengangkat senjata seperti
yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

c. UMNO tidak menuntut kemerdekaan.

 UMNO dan Raja – Raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan Malayan
Union, tetapi mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah menyebabkan british menerima
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 British bimbang orang melayu akan terpengaruh dengan perjuangan parti politik radikal seperti PKMM, API, dan BATAS
yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari Indonesia.
Langkah-langkah pembentukan
 Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh british terdiri daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan british,
pemimpin UMNO, dan wakil Raja – raja Melayu. Mesyuarat jawatankuasa itu telah diadakan di King’s House, Kuala
Lumpur.
 Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang melayu iaitu UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip
dan struktur Malayan Union, mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union, dasar perlindungan terhadap negeri melayu dan orang melayu
hendaklah dikekalkan dan menuntut supaya kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua negeri melayu diakui serta
dipulihkan semula.
Penutup
 Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 januari 1948 antara raja-raja melayu dengan
british di King’s House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 februari 1948. Pengenalan rakyat raja melayu iaitu
orang melayu yang lahir di sesebuah negeri melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara automatik telah
membuktikan penerusan dasar perlindungan british terhadap kedudukan istimewa orang melayu, status quo negeri-
negeri melayu dilindungi, kedudukan agama islam dan adat istiadat melayu.
 Institusi raja melayu dikekalkan dengan bidang kuasa raja yang jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri mengadakan
perlembagaan bertulis dengan british yang dikenali sebagai undang-undang tubuh negeri.
Soalan 86: Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri
masing-masing kepada British pada tahun 1946.

Pendahuluan

 Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan
SBBU. British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa
pendudukan Jepun.
 Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku
dengan hebat.

Isi-isi Penting:

A. Sabah
1. tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.
kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang
penyerahan tersebut. Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran
2. kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak
tempatan.
3. pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan antara
pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan
bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

B. Sarawak
1. wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri
kepada rakyat Sarawak. penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak
terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Charles Vyner Brooke tidak berunding
terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.
2. Persatuan Melayu Sarawak (PPM) pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan
kepada Pejabat Tanah. PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum
penjara. kegiatan Rukun 13 lumpuh
3. PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang
sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan
tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda
Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British
menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan
membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada
1951
Kesimpulan
 penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu kehidupan sosial
masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya.
Soalan 87: Galurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak

Pendahuluan :
 Selepas perang dunia kedua, SBUB tidak mampu mentadbir Sabah kerana keadaan ekonomi Sabah merosot akibat
peperangan. SBUB kemudiannya menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan British. 15 Julai 1946, Sabah
menjadi tanah jajahan British. Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British dan Sarawak
diisytiharkan sebagai tanah jajahan mahkota British pada 1 julai 1946.
 Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
Isi-isi penting :

Perkembangan perlembagaan di Sabah

1. Tahun 1950 (perlembagaan baharu)


 17 oktober 1950, British mengisytiharkan perlembagaan baharu bagi Sabah yang merupakan langkah awal ke arah
berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada 9 orang
ahli yang dilantiknya sendiri yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor.
 Melalui Majlis Undangan, bumiputera Sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran
negeri. Tokoh-tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli Majlis Undangan ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha
Datu Harun.
2. Tahun 1952 (Majlis tempatan)
 Majlis tempatan yg pertama ditubuhkan di Kota Belud. Berfungsi sebagai jabatan kerajaan peringkat daerah atau bandar
dan menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi.
 Bertanggungjawab dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik, pertanian, kesihatan dan
ternakan.
3. Tahun 1960 (pindahan perlembagaan)
 Kerajaan British meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera
sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Semua ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan
raya tetapi mereka dilantik oleh Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.
 Parti UNKO, UNSO, Pasok Momogun dan SCA digabungkan menjadi Parti Perikatan Sabah yang diketuai oleh Donald
Stephens dan Datu Mustapha.
Perkembangan perlembagaan di Sarawak

1. Tahun 1946
 British menggunakan Perlembagaan 1941 yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan Brooke seagai asas
pentadbirannya di Sarawak. Di bawah Perlembagaan 1941 terdapat Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi.
 Fungsi Majlis Negeri sama dengan Majlis Perundangan yang berkuasa meluluskan perbelanjaan negeri Sarawak
manakala fungsi Majlis Tertinggi sama dengan Majlis Eksekutif iaitu berunding dengan Gabenor berkaitan dengan
pentadbiran.
2. Tahun 1947
 Majlis Tempatan yg ditubuhkan pada akhir tahun 1947 merupakan satu usaha memberi pengalaman pentadbiran dan
kepimpinan kepada masyarakat tempatan.
 Majlis Tempatan berfungsi mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di kawasannya dan mengutip cukai
kepala dan cukai-cukai lain.
3. Tahun 1956
 Pilihan raya majlis daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pada hujung tahun 1959, semua
Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya. Pilihan raya tersebut memberi peluang kepada rakyat memilih
wakil bagi memperjuangkan kepentingan mereka secara tidak langsung.
 Hasil daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa parti plitik ditubuhkan seperti SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA,
SCA dan PESAKA.
Penutup :
 Parti Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 1962.
 Pada November 1962, Perikatan Sarawak telah dibentuk. Pembentukan ini adalah bagi menghadapi pilihan raya pada
tahun 1963 dan telah memenangi 138 kerusi dalam pilihan raya tersebut.
Soalan 88: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Pati Komunis Malaya

Pendahuluan
 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah tenaga utama
dalam arena politik tempatan, malah ia hanya melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah secara haram. PKM telah
beralih kepada dasar agresif apabila dasar berpelembagaan gagal mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan
sebuah Republik Komunis Malaya.
 Dasar baharu yang digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa menentang pemerintahan
British.

Isi-isi penting
1. Undang- undang Darurat
 Undang- undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan beberapa langkah telah dilaksanakan. Satu sistem
pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri
dan mempunyai kad pengenalan. Mereka mesti membawa kad pengenalan ke mana sahaja. Kerajaan boleh
menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anggota komunis, anggota Min Yuen, atau tali barut komunis tanpa
perbicaraan.
 Sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan bebas komunis dan mengelakkan bekalan makanan, ubat-
ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak komunis. Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati
berbahaya akan dibuang negeri atau dihantar balik ke China. Kerajaan juga mengharamkan parti-parti radikal seperti
API, AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union.
2. Pengharaman Perti Komunis Malaya dan parti berhaluan kiri
 Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.
 Parti-parti radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, PETA, PERAM, dan Hizbul Muslimin
turut diharamkan.
3. Rancangan Briggs
 Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai pengarah gerakan pada bulan Mac 1950. Briggs telah mengenal
pasti bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk melumpuhkan pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera
MRLA yang berada di hutan. Briggs telah melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs yang
mengesyorkan penempatan semula setinggan di kampung baharu yang merupakan sokongan kepada mereka. Selain
itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku
penyelewengan.. Kad catuan makanan membolehkan orang ramai membeli barangan makanan mengikut catuan yang
ditetapkan.
 Min Yuen tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan maklumat kepada pengganas komunis.
Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan pasukan keselamatan
British.
4. Pasukan keselamatan
 Kerajaan bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan Home Guard diperingkat kampung dibentuk
untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga keamanan dan keselamatan. Kerajaan seterusnya melatih
seramai 24000 orang Mata-mata Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang
terpencil.
 Kerajaan British juga bertindak membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel untuk memperkukuh pasukan
keselamatan negara demi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Pasukan ini berjaya mengebom dan
melakukan serangan hendap di kawasan yang menjadi sarang komunis terutamanya di hutan dangan bantuan
Tentera Udara British.
5. Perang Saraf (Perang Psikologi)
 Perang saraf bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat bersama kerajaan dalam perjuangan menentang komunis.
 Antara usaha yang dijalankan adalah Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”, Penubuhan
Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap atau
membunuh pengganas komunis, Mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran,
dan Pelaksanaan Sistem Ahli.
6. Pengampunan beramai-ramai
 Sebagai langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Sebanyak 40 juta
risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada rakyat. Radio Malaya menyiarkan
syarat pengampunan ini pada setiap hari.
 Gerila komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan keselamatan sedia membantu komunis yang ingin
menyerah. Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti
komunis mereka dibenarkan bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis yang ingin balik ke China, permintaan
mereka dipertimbangkan.
7. Pertemuan Baling
 Pada 28 dan 29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul
Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock) Tandengan wakil Parti Komunis Malaya (Chin Peng, Chien Tien,
dan Rashid Maiden) Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng supaya membubarkan
PKM, meletakkan senjata,dan menyerah diri.
 Chin Peng setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai satu parti yang sah dan bebas di Persekutuan Tanah
Melayu. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan
Baling gagal mencapai matlamatnya.
Kesimpulan
 Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan dalam menangani ancaman komunis. Pada permulaannya,
kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis dengan keganasan tanpa melibatkan rakyat.
 Kerajaan sedar tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan sehingga ke peringkat akar umbi.
Soalan 89: Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu
antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.

Pendahuluan

 Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal
memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun. PKM mengambil kesempatan untuk
menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.
 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik
Tanah Melayu. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan
komunis di Tanah Melayu.

Isi-isi Penting:
A. Kesan Politik

1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan
dipenjarakan tanpa pembicaraan. Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit
dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
2. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM. Pemimpin politik
berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-
Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.
3. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Pilihanraya
diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.

B. Kesan Sosial

1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung
terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi
terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. Dasar Bumi
Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
2. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis.
Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
3. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti
arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
4. Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan
Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam
pasukan bersenjata kerajaan. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal
kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000
orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2
juta orang Cina mendapat kerakyatan.
5. Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi
Inggeris Sir Henry Gurney.
6. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955
kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis. Pengenalan rancangan Briggs untuk
mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan
tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati
lalu menuntut pemulihan ekonomi.

Kesimpulan

1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan. PKM meneruskan perang
gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .
2. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis. Kegiatan komunis
mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960.
3.2.3 Kemerdekaan
3.2.3 Kemerdekaan

Soalan 90: Analisiskan langkah-langkah ke arah mencapai Kemerdekaan di Tanah Melayu.

Pendahuluan.

 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, kerajaan British
memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli diperkenalkan pada tahun 1951. Rundingan kemerdekaan telah
diadakan pada bulan Januari 1956.
 Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang merdeka. Kemerdekaan
Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Isi-isi penting
1. Sistem Ahli

 Bertujuan memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran. Beberapa orang Majlis Perundangan
Persekutuan dipilih untuk mengetuai jabatan tertentu dan berfungsi seperti menteri.
 Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai kaum dan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi.

2. Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952


 Pilihan raya ini diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pada 1 Disember
1951, pilihan raya tempatan pertama diadakan bagi 9 kerusi dalam Majlis Bandaran Pulau Pinang.
 Pada tahun 1952, pilihan raya Majlis Kuala Lumpur diadakan. Parti Perikatan UMNO-MCA mencapai kemenagan yang
cemerlang dengan memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

3. Pilihan raya Majlis Perumdangan Persekutuan (MPP) 1955

 Pada Julai 1955, pilihan raya diadakan bagi memilh 52 orang ahli Majlis Perudangan Persekutuan. Dalam pilihan raya
ini, MIC telah meyertai UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan.
 Partti Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

4. Rombongan Merdeka

 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rambongan ke London pada Januari 1956 untuk membincangkan
kemerdekaan Tanah Melayu.
 Rombongan ini berjaya apabila kerajaan British bersetujui mengsytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957.

5. Suruhanjaya Reid

 Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang baharu merdeka. Ahli-ahlinya
terdiri daripada Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim
Abdul Hamid (Pakistan), dan B. Malik (India).
 Suruhanjaya Reid mengumumkan satu Rang Perlembagaan pada Februari 1957. Parti Perikatan membantah beberapa
perkara seperti: Islam tidak diterima sebagai agama rasmi Tanah Melayu, Bahasa Mandarin dan Tamil boleh
digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dalam 10 tahun selepas kemerdekaan, Seseorang dibenarkan
mendapat dwikerakyatan, iaitu rakyat Tanah Melayu dan negara Tanah Melayu dan negara lain pada masa yang
sama, Rang Perlembagaan ini dikaji semula oleh satu jawatankuasa Eksekutif dan Beberapa pindaan dibuat dan
diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.

6. Pengisytiharan Kemerdekaan

 Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di stadium Merdeka, Kuala
Lumpur.
Kesimpulan
 Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui tolak ansur antara kaum.
 Ini menunjukkan bahawa Parti perikatan diterima oleh rakyat.
Soalan 91: Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun
1957.

Pendahuluan

 Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas
perang
 Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu
Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Isi-isi Penting:

1. Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan
Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah
menyemarakkan semangat orang Melayu

2. Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu
pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.
Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah
ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union. Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan ,
George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu
iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
3. Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran. Tentangan orang Melayu
telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun
1948.

4. Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan ahli-
ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri,
Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk
memerintah negara sendiri. Pada 1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan
Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.

5. Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan ke arah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.
Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan
berdasarkan demokrasi berparlimen. Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi
mendapatkan kemerdekaan. British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara
rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

Kesimpulan

 Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.
 Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

Soalan 92: Bincangkan Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia pada 1963

Pendahuluan
 Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab
kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang
terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963
 Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting

Kemerdekaan
 Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura, dan Brunei.
Negeri-negeri ini masih dibawah penjajahan British. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah, dan
Brunei yang kecil menyulitkan usaha mendapatkan kemerdekaan secara bersendirian dari British.
 Keanggotaan mereka dalam Persekutuan Malaysia akan menjamin pencapaian kemerdekaan yang lebih awal.
Keselamatan/ancaman komunis/pengaruh berhaluan kiri.
 Menjaga keselamatan dan kestabilan politik singapura dan Sarawak daripada ancaman komunis. Penyertaan singapura,
sabah, dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia dapat dijadikan benteng pertahanan yang kukuh terhadap
ancaman komunis tersebut.
 Bagi British, Pembentukan Persekutuan Malaysia dilihat sebagai satu langkah bagi kestabilan politik kepada rantau Asia
Tenggara. British berharap Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat melemahkan perjuagan komunis di Sarawak
dan di wilayah Borneo. Usaha ini penting bagi british untuk melindungi kepentingan ekonominya di rantau Asia
Tenggara khasnya di singapura.
Dekolonisasi
 Pembentukan Persekutuan Malaysia dianggap sebagai satu proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil
yang belum membangun. Memberi pembebasan kepada tanah jajahan.
 Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia sejajar dengan usul PPB tersebut. Pada ketika itu, hampir semua Negara di
Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.
Kemajuan sosioekonomi
 Penubuhan Persekutuan Malaysia dapat menjamin kerjasama yang lebih erat dari segi ekonomi. Membentuk satu
kawasan pasaran ekonomi yang luas. Tanah melayu kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.
Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak dan tembakau. Brunei kaya dengan sumber minyak. Menyatukan
sumber tenaga manusia dan sumber asli dalam kalangan negeri dalam Persatuan.
 Menghapuskan sekatan cukai dalam kalangan Negeri Persekutuan. Memudahkan usaha menarik pemodal luar.
Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, sabah, dan brunei.
 Menbawa manfaat ekonomi kepada singapura kerana bekalan bahan mentah terjamin. Meningkatkan perusahaan dan
pangkalan British di singapura.
Kependudukan/ keseimbangan kaum
 Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia. Tunku Abdul
Rahman bimbang akan timbul masalah ketidakseimbangan kaum sekiranya hanya singapura sahaja yang menyertai
Persekutuan Tanah Melayu dalam gabungan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum Melayu keran 80%
daripada penduduk singapura merupakan orang cina.
 Penyertaan Sabah, Sarawak, dab Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan
kaum. Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang ramai.
Penutup
 Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.
 Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi
negeri-negeri anggota.
Soalan 93: Bincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.

Pendahuluan
 Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab
kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang
terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963
 Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

1. Reaksi dalam Negara

Persekutuan Tanah Melayu

 Persekutuan tanah melayu melihat pembentukan gagasan tanah melayu sebagai usaha murni untuk membantu dan
memimpin negeri2 anggota. Parti politik di tanah melayu menyokong cadangan Tunku Abdul Rahman dan menerima
prinsip gagasan persekutuan malaysia.
 Parti Islam se-tanah melayu (PAS) dan barisan sosialis mahu idea gagasan dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan
rakyat. UMNO menyokong penggambungan dengan sabah, sarawak dan brunei tetapi tanpa singapura.

Singapura

 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dibawah Lee Kuan Yew memenangi pilihan raya umum pada 1959 ingin bergabung
dengan Persekutuan tanah melayu. Perpecahan dalam PETIR berlaku berikutan perbezaan fahaman politik antara
ahli yang berpendidikan Inggeris dengan ahli yang berpendidikan cina. Lee kuan Yew menghadapi tentangan hebat
daripada ahli berpendidikan cina yang berhaluan kiri. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil Hong Lim pada April
1961 dan pilihan raya kecil Anson pada bulan julai 1961.
 Lee Kuan Yew berunding dengan Tunku Abdul Rahman dan menyeru supaya penggabungan diantara kedua-dua negeri
ini dijalankan dengan secepat mungkin. Golongan Berhaluan kiri pimpinan Dvid Marshall, pemimpin sekretariat
kongres kesatuan sekerja singapura, barisan sosialis, dan parti buruh membantah cadangan Lee Kuan Yew. Lee Kuan
Yew terpaksa mengadakan satu pungutan suara.

Sabah

 Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik yang
masing2 memperjuangkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Masyarakat kadazan menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang berjuang mengeratkan hubungan orang kadazandusun. Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Mustapha Datu Harun menyokong gagasan
malaysia kerana ekonomi dsn politik akan terjamin jika sabah menyertai persekutuan malaysia.
 Parti pasok Momogun pimpinan G.S. Sundang disokong oleh orang cina berasa bimbang dengan kedudukan ekonomi
mereka sekiranya Sabah meyertai perssekutuan tanah melayu. Parti Bersaatu dan parti Demokratik membentuk
persatuan cina sabah (SCA) dengan tujuan menjaga kepentingan masyarakat cina di sabah.

Sarawak

 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bimbang sarawak dan sabah akan dikuasai oleh persekutuan tanah melayu. Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen kalong Ningkan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan
menamatkan penentangan apabila menyertai Parti Perikatan Sarawak pada tahun 1962. Parti Negara Sarawak
(PANAS) menentang pembentukan Malaysia pada awalnya tetapi memberi sokongan apabila sedar dan manfaat
ekonomi sarawak yang diperoleh.
 wakil sabah dan sarawak mengemukakan perkara 20 untuk di masukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang akan
dibentuk oleh jawatankuasa antara kerajaan (JAK).

Brunei
 Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Persekutuan Malaysia sebab ingin mempercepatkan kemerdekaan,
memerlukan perlindungan, dan brunei akan terselamat dari ancaaman komunis. Pemimpin Parti Rakyat Brunei A.M.
Azahari menentang hebat pembentukan malaysia kerana ingin memulihkan zaman kegemilangan, menubuhkan
Persekutuan Bor neo, dan mendakwa brunei akan menjadi tanah jajahan di tsanah melayu.
 A.M.Azahari mendapat sokongan kewangan dari Filipina dan indonesia yang juga menentang pembentukan malaysia.
Apabila Azahari gagal mendapat sokongan dari Sultan Brunei, beliau melancarkan pemberontakan ingin
menggulingkan Sultan Brunei pada 7 disember 1962 yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei tetapi dikalahkan
oleh tentera british. Sultan Omar Saifuddin menolak jemputan tanah melayu menyertai gagasan Persekutuan
Malaysia pada bulan julai 1963.

2. Reaksi luar negara

British

 British bersetuju dengan idea pembentukan gagasan persekutuan malaysia. British bimbang ancaman komunis
berpendapat bahawa pembentukan persekutuan Malaysia dapat menyekat perkembangan pemgaruh komunis.
 British berharap agar indonesia mengugurkan tuntutannya terhadap kepualauan borneo. British berhasrat melindungi
kepentingan ekonominya di malaysia dan masih meneruskan bantuan ketenteraanya.

Filipina

 Filipina dibawah pimpinan Presiden Macapagal menentang persekutuan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah milik
Filipina. Menurut Presiden Macapagal, kesultanan sulu memajak sabah kepada SBUB dan bukan menjualnya. Ini
dibuktikan dengan pembayaran tahunan secara tetap oleh SBUB kepada Sultan Sulu.
 Hubungan Tanah Melayu dengan Filipina renggang apabila A.M.Azahari melawat macapagal dan menghasut agar tidak
menyokong gagasan persekutuan malaysia. Pada tahun 1946, SBUB telah menyerahkan Sabah kepada British,
pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris sultan sulu. Filipina mengiktiraf penubuhan malaysia pada jun 1966.

Indonesia

 Menganggap pembentukan malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam indonesia.
Memberikan latihan tentera kepada anggota parti rakyat brunei yang memberontak pada disember 1962.
Menggunakan pemberontakan parti rakyat brunei sebagai alasan brunei tidak menyokong pembentukan malaysia.
Mengumumkan secara rasmi sokongan kepada A.M.Azahari semasa pemberontakan brunei.
 Hubungan tanah melayu dengan indonesia yang renggang. Sebab konfrontasi ialah soekarno menuduh malaysia sebuah
negara neokolis.
Penutup
 Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.
 Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi
negeri-negeri anggota.
Soalan 94: Bincangkan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun 1963

Pendahuluan
 Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah persetujuan dicapai,
perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, dan Sarawak yang mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Sabah, Sarawak, dan Sarawak. Ratu
Elizabeth 2 telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Ini seterusnya disusuli dgn
kelulusan perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan
Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah . Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong tlh memperkenankan Akta
Malaysia.
 Akta Malaysia tlh memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dlm
perlembagaan persekutuannya.
Isi-isi penting

Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963


1. Semua urusan yang berkaitan dgn hal ehwal luar terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan
persekutuan.

2. Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dgn bebas.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain masih boleh
digunakan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi bahasa Inggeris dan bahasa itu masih boleh digunakan
sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
4. Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imegresen dan perkhidmatan awam di kedua-dua negeri itu.

5. Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi, dan Singapura 15 kerusi dlm badan perundangan di peringkat
persekutuan, iaitu parlimen.

6. Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama, iaitu kedudukan istimewa dlm perlembagaan
persekutuan seperti yang dinikmati oleh orang melayu di Tanah Melayu.
Penutup
 Hampir semua tuntutan Sabah dan Sarawak diberikan pertimbangan sewajarnya, diterima, dan dimuatkan dlm
perlembangan Malaysia 1963.

 Dengan ini, pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan pada 16 September 1963.

4.1 Sistem Pemerintahan


4.1 Sistem Pemerintahan

Soalan 95: Huraikan sistem pemerintahan persekutuan, Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
di Malaysia

Pengenalan
 Konsep pemerintahan

Isi-isi Penting:
Persekutuan
a) Pemerintahan persekutuan dibahagikan kepada dua peringkat pemerintahan – kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi dalam bidang perundangan tertentu
b) Ketua negara – YDP Agong ( mengikut nasihat Jemaah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-Raja)
c) Perdana Menteri – ketua pentadbir Negara
d) Terdapat Parlimen – mengandungi 2 Dewan ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
e) Setiap negeri diketuai oleh Sultan / Gabenor dan dibantu oleh Menteri Besar/Ketua Menteri

Raja Berpelembagaan
a) YDP Agong sebagai ketua negara yang memerintah berdasarkan kuasa yang diberikan kepada baginda oleh
perlembagaan
b) Menjadi lambang perpaduan
c) Mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman
d) Dipilih daripada 9 orang Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun

Demokrasi Berparlimen
a) Perlembagaan menjadi asas pembentukan kerajaan
b) Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga badan (perundangan, eksekutif dan kehakiman)
c) Parlimen adalah lambang pemerintahan demokrasi
d) Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali
e) Wujud parti-parti politik dengan ideologi tersendiri
f) Setiap warganegara ada hak kebebasan asasi
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 96: Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia
Pengenalan

 Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja
Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan
sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan
ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira
bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan sembilan orang sultan
Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
 Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan
YDPA dipegang seiama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan
tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa
Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan
nasihat Perdana Menteri.

Isi-isi Penting:

a) Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia.Baginda


merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis
Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga
tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan
tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, pengampunan dan
menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga
berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

b) Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang,
Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di
kawasan-kawasan tersebut.

c) Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang-undang yang
dilakukan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua
pelaksanaan undang- undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum
dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan
oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut, baginda boleh merujuknya
kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.

d) YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri.Baginda juga berkuasa
melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik
anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

e) YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung dan hakim-hakim
mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan
kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

f) YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana
Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak
permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belurn cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan
dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis
Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.

g) YDPA juga bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar negara dan menerima
tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda
seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada
orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada negara. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan rakyat secara menyeluruh.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar
negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri seperti
melucutkan jawatan atau melantik hakim, Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi
Suruhanjaya.

4.2 Pembinaan Negara Bangsa


4.2 Pembinaan Negara Bangsa

4.2.1 : Pembangunan Sosial


Soalan 97: Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan di Malaysia

Pengenalan

 Konsep pembangunan sosial di Malaysia

Isi-isi Penting
Dasar Bahasa Kebangsaan
 Perkara 152, perlembagaan – Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, walau bagaimanapun penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.
 Tujuan : untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama
 Pendidikan untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah. Kurikulum terbahagi kepada 2,
iaitu: KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada kegiatan kokurikulum
 Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
 Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
 Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
 Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti
 Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Berasaskan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Bersasaskan 3 prinsip iaitu; Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan; Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan dan Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
 Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau, unsusr-unsur kebudayaan lain yang
sesuai dan wajar diterima dan Islam dijadikan unsur pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Rukun Negara
 Digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) dalan mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970. Tercipta ekoran
daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
 Objektif iaitu, Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, Memelihara cara hidup yang demokratik dan
Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan

4.2.2 Pembangunan Ekonomi


Soalan 98: Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia
Pengenalan
 Konsep pembangunan ekonomi di Malaysia
Isi-isi Penting:
Dasar Pembangunan Luar Bandar
 Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping mewujudkan
kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar
mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari, Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal
dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat
bandar serta pelancong asing
 Pada 10 April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah memperkenalkan Halacara Baru
Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembasmian
kemiskinan, menekankan penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai kemudahan untuk menambah pengeluaran
petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala besar dengan bimbingan dan latihan organisasi tertentu dan
melibatkan perkidmatan sosial untuk membaiki taraf hidup seperti projek perumahan awam, kemudahan
pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan kemudahan rekreasi.
 Program –program yang telah dilaksanakan
(a) Pembangunan Industri Kecil
(b) Penubuhan RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi luar bandar
(c) Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan – ditugaskan membuka tanah untuk penempatan baru dan menambah hasil
pertanian
(d) Kemententerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras projek pembangunan luar
bandar
(e) Kerajaan menyediakan bantuan kredit luar bandar
(f) Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA
(g) Rancangan pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR
(h) Bahagian Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong
(i) Program-program pembangunan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka disebabkan oleh
pembangunan yang tidak seimbang – ekonomi dualism, jurang ekonomi antara kaum dan corak kegiatan ekonomi
mengikut kaum- mengakibatkan jurang antara kaum
 Dilaksanakan untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan sosioekonomi yang tidak
seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan mempercepat
proses penyusunan semula masyarakat
Dasar Pembagungan Negara
 Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun ( 1986-1995)
 Matlamat penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Negara,
menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara dan meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi
tempatan sebagai asas
Dasar Perindustrian Negara
 Terdapat 12 sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan getah, kelapa
sawit, kayu kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan galian bukan ferus dan sektor industri yang bukan
berasaskan sumber seperti elektrik,dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus,
tekstil dan pakaian
 Strategi yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada, Mempelbagai
eksport dan menggalakkan sektor gentian import, Menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia,
Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baharu di negara-negara yang sedang membangun,
Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan yang kurang maju, Menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan oleh pihak awam dan swasta, Menggalakkan industri berat dan Menggalakkan pertumbuhan
perushaan kecil
Dasar Pertanian Negara
 Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa Kabinet – Dasar Pertanian
Negara)
 Objektif: garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada sumber pertanian,
menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu komoditi,memaksimakan pendapatan pengusaha,
bertujuan untuk memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi
 Strategi:
(a) Pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan pembangunan sosial.
(b) Membangunkan kawasan-kawasan melalui MADA, KADA dan perbadanan-perbadanan pembangunan wilayah
(c) Meningkatan penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI
(d) Meningkatkan mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred, penstabilan harga dan
pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan LPP
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 99: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam konteks perjuangan dan
pembangunan Negara Malaysia.
Pengenalan
 Putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan pada 8 Februari 1903. Anak Melayu pertama
berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
 Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a) penentangan terhadap Malayan Union
b) menerajui kepimpinan UMNO
c) memperjuangkan kemerdekaan
d) mengemukakan idea pembentukan Malaysia
e) mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)
f) Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969
Sumbangan Ekonomi
a) Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama
b) Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959
Sumbangan Sosial
a) melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara, Bangunan
Parlimen dan lain-lain
b) menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji pembentukan dasar pendidikan kebangsaan
c) mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 100: Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
Pengenalan
 Beliau Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk
Hussein. Lulusan daripada Lincoln’s Inn di London. Menjadi Perdana Menteri yang Kedua pada 22 September 1970
 Diberi gelaran Bapa Pembangunan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a) salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956
b) memperluaskan gabungan perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan, dan PPP
c) banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun
Tetangga
d) mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti-komunis kepada Dasar Berkecuali
e) menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969
f) melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
g) mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi
Sumbangan Ekonomi
a) di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di
Kuala Lumpur untuk menyelaraskan program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA, FELCRA
b) melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri
c) memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun
d) menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Beras dan Padi Negara, Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya
e) memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau
Sumbangan Sosial
a) sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak
b) mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum
c) meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
pada tahun 1972
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 101: Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn
Pengenalan
 Beliau Dilahirkan peda 12 Februari 1922 di Johar Bharu. Anak kepada Dato Onn Jaafar, lulusan undang-undang dari
Lincoln’s Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga pada 15 Januari 1976.
 Dikenali sebagai Bapa Perpaduan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a) menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977
b) menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan kepimpinan UMNO
c) membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan penyertaaan kaum Melayu dalam bidang
perniagaan
d) mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata akibat krisis kejatuhan Vietnam ke tangan komunis
e) berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO
Sumbangan Ekonomi
a) Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976
b) Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah yang dilaksanakan oleh agensi
seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
c) Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam pemilikan modal dan saham dengan
mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah Nasional dikendalikan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera
Sumbangan Sosial
a) semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970 menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib lulus dalam
peperiksaan awam.
b) memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di universiti tempatan
c) memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
d) Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara
e) merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan
Soalan 102: Huraikan sumbanga Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam konteks pemodenan Negara
malaysia
Pengenalan
 Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik beradik. Beliau merupakan
Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
 Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1981. Dikenali
sebagai Bapa Pemodenan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a) orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan
b) memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan
c) memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan produktiviti
d) memperkenalkan idea wawasan 2020
Sumbangan Ekonomi
a) menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan ekonomi terkawal agar tidak dimonopoli oleh pihak-
pihak tertentu
b) melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan pada tahun 1983
c) memperkenalkan dasar Sogoshosha
d) melancarkan Dasar Perindustrian Negara
e) berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997
Sumbangan Sosial
a) memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM)
b) memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994, mengasaskan Pusat Kajian Angkasa Lepas dan
menubuhkan Planetarium Negara
c) melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun 1995
d) melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)
e) pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan Putrajaya
Penutup
 Apa-apa yang berkaitan

4.3 Wawasan 2020


4.3 Wawasan 2020

Soalan 103: Huraikan cabaran dan strategi utama Negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan
2020

Pengenalan

 Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat
Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding
dengan negara-negara maju yang lain.
 Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan
rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan,
ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh
negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi-isi Penting:

a. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara
adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas
kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020.
Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar
Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

b. Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan.Masyarakat Malaysia mesti
dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak
mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga
dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-
ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat
mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh
dengan mudah.

c. Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh
kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan
dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran
tertentu secara berhemah dan bersifat membina.
d. Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan Wawasan
2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat
dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu
mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan
dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil
kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan
sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat
yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat
berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

e. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi.Masyarakat yang
matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada
fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang
bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam,
kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan
masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

f. Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju ialah
masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan.
Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan
berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik
mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi
masa depan.

g. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem sosial yang
meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup
muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat
berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan
masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai
murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat
bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam
agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk
masyarakat yang bersifat penyayang.

h. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan
kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam
segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi
ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan
taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima
Tahun.

i. Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah
masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga
bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan
negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik,
giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan
merealisasikan Wawasan 2020.
 Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan
perpaduan negara.
4.4 Perhubungan Luar
4.4 Perhubungan Luar

Soalan 104: Huraikan faktor-faktor yang menentukan dasar luar negara Malaysia dari tahun 1957-1970?
Pengenalan

 Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan
negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa
itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
 Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi faktor yang mempengaruhi
pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
ketika itu.

Isi-isi penting

Faktor keselamatan dan pertahanan negara

 Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah Melayu
memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan
tanggungjawab pertahanan kepada Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957
 Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau
diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu
tidak kuat dan tidak mampu menghadapi ancaman dari luar

Faktor ideologi

 Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi
dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai
ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu
 Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang
Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat
dan antikomunis

Faktor ekonomi

 Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih
timah dan getah sejak zaman penjajahan British
 Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama. Persekutuan Tanah
Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik
dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara

Faktor politik

 Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan
menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam
menyelesaikan konflik di Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan
menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris,
 Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua
resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia

Faktor sejarah

 Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam. Terdapat
hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia
 Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia
dan New Zealand

Faktor geografi

 Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di
rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia
 Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-
kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-masing. Keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia

Faktor demografi
 Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam. Malaysia
tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin
 Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika
Selatan

Kesimpulan

 Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman
memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah
kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
 Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di
Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua
negara khususnya dengan negara jiran

Soalan 105: Huraikan Asas-asas perhubungan luar Negara Malaysia

Pengenalan

 Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan
negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa
itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
 Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi asas yang mempengaruhi
pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga asas lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
ketika itu.

Isi-isi Penting:

 Asas-asas Dasar luar antarabangsa Malaysia

(a) Saling menghormati kedaulatan semua negara


(b) Menjalin hubungan secara diplomasi
(c) Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik
(d) Mengamalkan prinsip hidup bersama
(e) Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat
(f) Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam Perhubungan Bangsa Bangsa Bersatu

Kesimpulan

 Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman
memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah
kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
 Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di
Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua
negara khususnya dengan negara jiran

Soalan 106: Huraikan penglibatan Malaysia dalam Komanwel

Pengenalan

 Ditubuhkan pada tahun 1931. Terdapat 54 anggota. Mengadakan mesyuarat ketua-ketua Kerajaan ( CHOGM) – dua
tahun sekali
 Syarat-syarat keanggotaannya mestilah Bekas tanah jajahan Britain, Bebas menyertai dan menarik diri, Ratu England
sebagai Ketua, Hak dan kebebasan sama rata dan Tidak terikat dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh negara
Britain

Isi-isi Penting:

Penglibatan Malaysia :

a. Membantah Dasar Apartheid ( 1982-1984)


b. Mesyuarat CHOGM – menjadi tuan rumah – 1987
c. Menyuarakan kebimbangan terhadap penyertaan Britain dalam EEC ( Komuniti Ekonomi Eropah) – 1972
d. Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-negara maju yang mengubah dasar pertukaran mata
wang
e. Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF)
f. Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi pada tahun 1996
g. Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998

Penutup

 Apa-apa yang berkaitan

Soalan 107: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pengenalan

 Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat. Terbuka kepada semua negara merdeka. Terdapat 191 buah
negara anggota

Isi-isi Penting:

Matlamat penubuhan:

a) Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa


b) Menyelesaikan perselisihan
c) Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota
d) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan, melindungi hak –hak asasi manusia tanpa mengira
bangsa, jantina dan agama
e) Menyatupadukan penduduk dunia

Penglibatan Malaysia

a) Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia


b) Pernah memegang jawatan penting dalam PBB
c) Terlibat dalam perjuangan isu dunia – Israel-Palestine, mengutuk tindakan Komunis China menceroboh Tibet (1959),
menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu Zimbabwe mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke
Namibia (1989), pasukan pengaman ke Somalia (1993), pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999)
d) Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank Dunia.
e) Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dan isu alam
sekitar pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia
pada tahun 1996
f) Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan Bosnia

Penutup

 Apa-apa yang berkaitan

Soalan 108: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN

Pengenalan

 Ditubuhkan pada tahun 1967 , kerjasama Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
 1984- anggota bertambah dengan Vietnam, 1995 -Laos dan Myanmar, 1997 – Kemboja.

Matlamat penubuhan :

a) Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan serantau.


b) Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam PBB
c) Menggalakkan kerjasama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal , saintifik dan pentadbiran
d) Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan pentadbiran
e) Bekerjasama memajukan bidang pertanian dan perusahaan
f) Memelihara hubungan yang erat dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau bagi kepentingan
bersama
Penglibatan Malaysia:

a) Mencetuskan idea penubuhan ASEAN


b) Konsep ZOPFAN
c) Perjanjian SEANWFZ
d) Kerjasama ekonomi: Projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan di Acheh (Indonesia)
e) AFTA di Singapura (1992)
f) ASEAN +3

Penutup

 Apa-apa yang berkaitan

Soalan 109: Huraikan prinsip dan peranan Malaysia dalam NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali)

Pengenalan

 Ditubuhkan pada tahun 1961. Gabungan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin
 Dibentuk sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar ( Amerika dan Russia)

Prinsip-prinsip:

a) Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB


b) Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara
c) Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa
d) Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua negara
e) Mengamalkan dasar berkecuali
f) Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan
g) Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama

Penglibatan Malaysia :

a) Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam Tanzania (1970)


b) Sidang Kemuncak Lusaka (1970)
c) Sidang Kemuncak New Delhi (1983)
d) Sidang Kemuncak Harare (1989)
e) Sidang Kemuncak Belgrade (1989)

Penutup
 Apa-apa yang berkaitan

Soalan 110: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan OIC

Pengenalan
 Ditubuhkan pada tahun 1971 (57 buah anggota- 3 buah negara pemerhati)

Matlamat :

a) Menjalin hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang


b) Memperjuangkan kepentingan umat Islam
c) Memelihara perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
d) Memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari

Penglibatan Malaysia :

a) Mencetus idea penubuhan OIC


b) Menjadi tuan rumah Persidangan Islam (1964, 1969, 1974, 2002 dan 2003)
c) Setiausaha Agung OIC
d) Isu Israel-Palestine
e) Isu Iran-Iraq
f) Penubuhan UIAM

Kesimpulan
 Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman
memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.