Anda di halaman 1dari 11

1. .

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KALI YANG KE 14 ISMAIL:


Mengumumkan ketibaan, yang berbahagia, Dato Dr Dev anand, CEO Eagle Security diiringi
oleh yang berusaha guru besar sekolah kebangsaan cochrane, Puan Tay Mee Yong. Yang
dipertua persatuan ibu bapa dan guru, Encik Mohammad Zakri bin Zulkifli, guru-guru
penolong kanan dan jawatankuasa sambutan. Diminta semua jemputan mengambil tempat.
Pohon selasih tumbuh sebatang, Sayang merbah di pohon cemara, Terima kasih dan
selamat datang, Kalimah Bismillah pembuka bicara. 1
2. 2. ISMAIL: Bismillahhirahmannirahim, • Yang Berbahagia, Dato Dr Dev Anand, CEO Eagle
Security. • Yang berusaha, guru besar sekolah kebangsaan cochrane, Puan Tay Mee Yong.
• Yang dihormati, yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Cochrane, Encik Mohammad
Zakri bin Zulkifli. • Guru-guru penolong kanan,ajk PIBG, guru-guru,tuan2 dan puan2 serta
murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam sehati
sejiwa dan salam perpaduan untuk semua. 2
3. 3. ERNIE: Tanam tebu di atas para, Untuk manisan raja baginda, Kejohanan balapan dan
padang kita bersua, Tanda sepakat kita bersaudara. Selamat datang diucapkan kepada
semua jemputan yang sudi hadir untuk memberikan sokongan kepada anak tuan2 dan
puan2 sekalian. Kesudian pihak tuan2 dan puan2 hadir pada hari ini di harap dapat
memeriahkan dan menghangatkan lagi Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah
Kebangsaan Cochrane Kali Yang Ke 14. Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola
kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan pada hari ini.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan
kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini. Diharap tuan – tuan,
dan puan – puan berada dalam keadaan selesa di tempat duduk masing - masing sambil
menyaksikan acara – acara yang akan berlangsung dari mula sehingga ke penghujung
kejohanan pada hari ini. 3
4. 4. Bagi meneruskan majlis kita, di jemput, Dato Dr Dev Anand untuk menerima lintas hormat
daripada kontinjen rumah - rumah sukan yang bertanding. Dengan segala hormatnya
dipersilakan...... PERBARISAN RUMAH SUKAN ERNIE: 4
5. 5. • Perbarisan lintas hormat ini akan diketuai oleh Tharshen a/l Dev Anand dari kelas 6 Arif ,
pembawa bendera Malaysia Muhammad Khairul Hariz bin Khairul Ikhsan dari kelas 6
Cemerlang, pembawa bendera wilayah ialah Adam Hakimi bin Azman dari Kelas 6 Arif dan
pembawa bendera sekolah ialah Haziq bin Jeffry dari kelas 6 Bestari. Piala Malaysia itulah
tema perbarisan pada tahun ini. Pasukan pertama yang akan membuat lintas hormat adalah
pasukan dari rumah bendahara. 5
6. 6. RUMAH BENDAHARA ERNIE: BENDAHARA.... LUASKAN KUASA Hijau satriasegak
bergaya, Semangat gagah seorang wira, Mengerah kudrat selagi terdaya Ingin
menggengam kilauan juara. Pemegang sepanduk bagi rumah bendahara ialah Shirin
Maisarah binti Shamsul Bahri dari kelas 5 Arif, pemegang bendera Mohd Nesam bin Abtal
dari kelas 6 Bestari dan komander bagi rumah Bendahara ialah Megat Arif Ibrahim bin Megat
Ainul Hasnan dari kelas 6 Cemerlang. Guru yang mengiringi pasukan rumah Bendahara
ialah Cik Syarifah binti dahlan dan Puan Noor Sharwana bt Abd Azri. Bendahara kini
mengumpul markah sebanyak 733. RUMAH TEMENGGUNG ISMAIL: 6
7. 7. Dengan pungutan markah sebanyak 815, Temenggung The Boss Gaurus, merupakan
tema yang dipilih oleh pasukan rumah temenggung pada tahun ini. Temenggung The Boss
Gaurus adalah imej unggul legasi negeri Perak Darul Ridzuan. Dengan kekuatan anggota
seramai 60 orang. Pemegang sepanduk bagi rumah Temenggung ialah Diana binti Rosmi
dari Kelas 6 Dinamik dan pemegang bendera ialah Zahran bin Ab Rahim dari kelas 6
Cemerlang. Komander bagi pasukan Temenggung ialah Muhd Danish bin Roslan dari kelas
6 Cemerlang. Guru yang mengiringi pasukan rumah Temenggung ialah Puan Norhalizawati
binti Mahzir dan Cik Nurul Hafizah binti Mohd Imanuddin. RUMAH LAKSAMANA ERNIE: 7
8. 8. Berada dihadapan memegang sepanduk, Qistina Arina binti Mohd Helmi dari kelas 6 Arif,
diikuti pula pembawa bendera pasukan ini ialah Amir Asyraf bin Azman dari kelas 6
Cemerlang dan komandernya ialah Irfan Idraqi bin Mohd Azizan dari kelas 5 Arif. Guru yang
mengiringi pasukan rumah Laksamana ini ialah Pn Azliza binti Ithnin dan Pn Valarmathi.
Memiliki kekuatan anggota seramai 60 orang murid, laksamana kini berada dikedudukan
yang kedua bagi pungutan markah iaitu sebanyak 851. Kijang emas telah diangkat menjadi
haiwan kebanggaan rumah laksamana pada tahun ini sebagai simbolik kepada keberanian
para atlit yang berani mencuba dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Rumah
Laksamana sepakat memilih dan menjadikan Dato Vida sebagai ikon. Semangat usahawan
itu yang tidak pernah malu , sikapnya yang berani dan tidak mudah mengalah untuk
menempa kejayaan menjadikan sumber inspirasi kepada rumah laksamana. Bunga cengkih
bunga kantan, 8
9. 9. Campur sedikit serbuk lada, Aoa ertinya nama KELANTAN, Kalau tiada dato Vida.
RUMAH SHAHBANDAR ISMAIL: 9
10. 10. Kontinjen terakhir yang akan membuat lintas hormat adalah dari pasukan rumah
Shahbandar. Shahbandar membawa kekuatan pasukan perbarisannya seramai 60 orang
ahli dengan diketuai oleh Mohd Syafiq bin Sapri. Melangkah gagah penuh semangat,
membawa slogan ‘Victory is our Goal’ rumah Shabandar melangkah dengan penuh
keyakinan dan keazaman. Dengan pungutan mata sebanyak 983, Shahbandar jauh
meninggalkan rumah sukan yang lain. Di serikan pula dengan keayuan gadis pemegang
sepanduk iaitu Umairah binti azhar dari klelas 6 Arif, pembawa bendera yang gagah perkasa
Muhd Farish bin Muhd Rizal dari kelas 6 Bestari, dan komander Akida binti Muhd Ramlee
dari kelas 6 Arif. Luaskan kuasamu oh biruku, Gentarkan semua musuhmu pahlawanku,
Tetap bersamamu biru SHAHBANDARKU BIRU PASTI JUARA!! Guru yang mengiringi
perbarisan ialah Encik Asaruddin bin Che Razak dan Cik Wong Kai Yueh. PERBARISAN
(NYANYI LAGU) ERNIE: 10
11. 11. Semua hadirin diminta berdiri bagi menghormati serta menyanyikan 3 buah lagu iaitu
lagu negaraku, lagu wilayah dan lagu sekolah... ****************NYANYIAN 3 BUAH LAGU
*************** • Semua hadirin boleh mengambil tempat kembali.. BACAAN DOA Raut – raut
sebatang buluh, Buluh disusun bertingkat - tingkat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dibaca
memohon berkat. Bagi memberkati Kejohanan balapan dan padang kali ke 14 ini, majlis
dengan ini menjemput ustaz Mohd Asaruddin bin Che Razak untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan.... ******************BACAAN DOA ******************** 11
12. 12. Amin..amin ya rabbal alamin....... semoga Kejohanan balapan dan Padang kali yang ke
14 ini, akan berjalan dengan lancar hendakNYA. ISMAIL: Majlis diteruskan lagi dengan kata
alu – aluan yang akan di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cochrane, Yang
Berusaha Puan Tay Mee Yong . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.....
***************** UCAPAN GURU BESAR **************** • Terima kasih diucapkan kepada
Guru Besar Sekolah kebangsaan cochrane, Yang berusaha Puan Tay Mee Yong atas
ucapan alu aluan itu tadi. ERNIE: 12
13. 13. Majlis dengan sukacitanya menjemput, yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Cochrane, Encik Mohamad Zakri bin Zulkifli, untuk memberikan kata – kata semangat bagi
kejohanan balapan dan padang Sekolah Kebangsaan Cochrane bagi tahun 2017. dengan
segala hormatnya dipersilakan... *************** UCAPAN ENCIK ZAKRI ************** Terima
kasih diucapkan kepada encik Mohammad Zakri atas ucapan yang penuh bersemangat itu
tadi. ISMAIL: Daun semulur di pekan sari, 13
14. 14. Batang jerami rebah ke bumi, Madah Dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya
kami. Majlis dengan berbesar hati menjemput yang berbahagia, Dato Dr Dev Anand, CEO
Eagle Security untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan
balapan dan padang Sekolah Kebangsaan Cochrane kali ke 14. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.... *************DATUK BERUCAP DAN GIMIK ***************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang berbahagia
Datuk atas kesudian memberikan ucapan dan merasmikan majlis pada hari ini. Jalan
lengkok redup berkalis Damba pedoman menyongsang arah Ucapan dato’ merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung sudah 14
15. 15. Dengan berakhirnya ucapan daripada yang berbahagia Dato itu tadi, maka rasmi sudah
Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Kebangsaan Cochrane kali yang ke 14. (Kalau
ada bagi cek) ISMAIL: • majlis dengan ini menjemput, Yang berbahagia Dato Dr Dev Anand
untuk menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM_______ kepada yang dipertua PIBG
SK Cochrane, encik Mohd Zakri bin Zulkifli lepas bagi cek : Sebagai tanda kenang-
kenangan, majlis menjemput Guru besar Sekolah Kebangsaan Cochrane, Puan Tay Mee
Yong untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat. Dipersilakan.... Terima
kasih diucapkan kepada Puan Tay Mee Yong atas kesudian menyampaikan cenderahati
kepada yang berbahagia Datuk. 15
16. 16. BACAAN IKRAR ERNIE: Majlis diteruskan lagi dengan upacara bacaan ikrar oleh semua
pasukan yang akan bertanding pada hari ini. Bacaan ikrar ini akan di ketuai oleh Tharshen
a/l Dev Anand dari kelas 6 Jasmine.. Majlis mempersilakan.... **************** BACAAN
IKRAR *********************** Dengan berakhirnya lafaz ikrar itu tadi, perarakan keluar padang
akan dimulakan. * SEMUA DAH KELUAR PADANG: PERHATIAN: Diminta semua pegawai
kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara akan dimulakan tidak
berapa lama sahaja lagi 16
17. 17. ERNIE PERHATIAN: Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk
bersedia kerana acara akan dimulakan tidak berapa lama sahaja lagi 17
18. 18. ACARA SUKAN Tahap 2 • Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan 100 meter lelaki
tahun 6 Berada di lorong pertama • Acara yang akan dilepaskan sebentar sahaja lagi,
adalah acara 100 meter perempuan tahun 6. • Seterusnya kita akan sama-sama saksikan
acara 100 meter lelaki tahun 5 lorong pertama: • Berada di garisan permulaan sekarang
adalah peserta2 acara 100meter perempuan tahun 5... • peserta di lorong pertama ialah
....... 18
19. 19. • berada di garisan permulaan adalah peserta 100 meter lelaki tahun 4 • acara yang
akan dilepaskan sebentar sahaja nanti adalah acara 100 meter perempuan tahun 4 * Majlis
dengan berbesar hati menjemput Datuk Haji Astaman Bin Abd Aziz dengan diiringi oleh
Guru Besar Sk Cochrane Puan Tay Mee Yong untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. 19
20. 20. Tahap 1 • Acara balapan pertama yang akan dijalankan sebentar sahaja lagi adalah, 80
meter lelaki tahun 3. • Berada di garisan permulaan , adalah peserta bagi acara 80 meter
perempuan tahun 3. • Selepas ini, tuan – tuan dan puan - puan akan menyaksikan acara 80
meter lelaki tahun 2 Berada di lorong pertama.......dari rumah ........ • Berada di garisan
permulaan sekarang adalah peserta2 acara 80 meter perempuan tahun 2...peserta di lorong
pertama ialah ....... 20
21. 21. • Sebentar sahaja lagi, acara 50 meter lelaki tahun 1. Berada di garisan permulaan,
lorong pertama • Selepas ini, acara yang akan dilepaskan adalah acara 50 meter
perempuan tahun 1 Berada di lorong pertama.......dari rumah ........ PENYAMPAIAN HADIAH
WAKTU REHAT : Untuk mengurangkan tekanan kepada peserta serta ibu bapa yang begitu
bersemangat memberi sokongan, marilah kita meredakan sedikit debaran itu dengan
menyaksikan acara sukaneka dari murid – murid pra sekolah. 21
22. 22. ACARA JEMPUTAN 4 x 100 meter Lorong pertama dari sekolah ...... *****************
LEPAS REHAT ********************** Acara 4x 50 meter ( L/P) tahun 1 Acara 4x 80 meter (
L/P) tahun 2 Acara 4x80 meter (L/P) tahun 3 Acara 4x100 meter (L/P) tahun 4, 5 dan 6
MAJLIS PENUTUP Berikutnya adalah majlis penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SK
COCHRANE. Semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-
masing. (marching song) Sekarang, tibalah masa yang di tunggu-tunggu, 22
23. 23. Seterusnya adalah majlis penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dijalankan.
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan
(Nama)En................................................ (jawatan)............................................................
dengan diiringi oleh (nama) En..................................................... (jawatan). Dipersilakan
tuan. Bagi acara (nama acara). Emas dimenangi oleh ................................dari
rumah................. Perak dimenangi oleh ................................dari rumah................. Gangsa
dimenangi oleh ..............................dari rumah................ Berikut adalah penyampian hadiah
bagi kategori khas ibu dan bapa. Hadiah bagi kategori ibu dimenangi oleh
Pn................................ Hadiah bagi kategori bapa dimenangi oleh En.............................
....................................................................................................... ............ Bagi kategori
Perbarisan terbaik disandang oleh: rumah..................................................... Johan Sukantara
jatuh kepada: rumah........................... Dan Johan keseluruhan bagi kejohanan olahraga SK
Cochrane kali ke-14, jatuh kepada: rumah................................... 23
24. 24. Olahragawan Kejohanan Balapan Dan Padang Cochrane kali yang ke 14 telah
memenangi _______ pingat ________ akan disandang oleh : Olahragawan kejohanan
balapan dan padang Cochrane kali yang ke 14 telah memenangi _______ pingat ________
akan disandang oleh : ____________________________________________________
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Maka dengan itu berakhirlah sudah
Kejohanan Balapan Dan Padang kali ke 14 Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
ALLAH S.W.T dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri. Akhir kata dari kami berdua,
24
25. 25. Memohon Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis
ini, Syabas untuk semua dan “Majulah Sukan SK Cochrane untuk negara” TIGA SORAKAN
UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP…..HOORAY 3X
Sekian , terima kasih. 25
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56
Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil Acara Teks


Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan
VIP
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan
Paluan kompang
Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
SK Batang Kali.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang
Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali
yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang
akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama
hormat kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
hormat dari Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
peserta perbarisan Dipersilakan.

- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan


Bendera yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa
kejohanan bendera Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman, pembawa
bendera Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan
pembawa bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik


Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam
Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan


Biru mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin
Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi
rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah
Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai
Merah seramai 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Lawan Tetap
Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin
Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal
bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt
Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai
Kuning seramai 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning
Dipersada’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin
Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza
bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau Sapu
Hijau Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailandan
disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau
ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau
ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini
Prasekolah adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada
Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt
Saad dan Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn.
Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari
Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.


menaikkan Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan
bendera upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali


ke-56 bagi tahun 2014.
Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding
pembawa bendera maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
mengiringi yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.
pembaca ikrar ………

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan
Persembahan Silat Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul
Aiman bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang


Kali.Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul
Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen
padang yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan
lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.
Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan
kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
penyampian penghujungnya.
hadiah ketegori
khas(6) Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut
rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK


Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil,
Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang


untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t