Anda di halaman 1dari 27

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya

menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya

iaitu En. Faisal Bin Hj. Karim di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan

tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan

di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya

sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di

dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh

750312-02-5163

Azman Bin Salleh 1


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

2. Jenis – Jenis Bahan Toksik

2.1 Pencemaran Toksik 2-5

3. Simptom – Simptom Jangkitan Toksik

3.2 Masalah – masalah yang dihadapi 6-8

3.3 Keracunan 8-11

4. Penyakit Akibat Bahan Toksik 10-20

5. Rawatan dan Pencegahan 21-25

6. BIBLIOGRAFI 26

Azman Bin Salleh 2


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pengenalan

Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau
biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku sama ada dalam jangka
masa pendek atau panjang. Ini kerana bahan buangan toksik berbahaya bersifat mudah terbakar,
mudah menghakis, beracun dan I atau mudah bertindakbalas atau meletup apabila bercampur
dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan gas.

Info Alam

PEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA


PEPEJAL MUDAH TERBAKAR
SEPONTAN

PEPEJAL: BERBAHAYA APABILA


CECAIR MUDAH TERBAKAR
BASAH

BAHAN PENGOKSIDAAN BAHAN LETUPAN


   

BAHAN BERJANGKIT BAHAN TOKSID BAHAN MENGAKIS

Azman Bin Salleh 3


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jenis-Jenis Bahan Buangan Toksik

Sisa Radioaktif oleh loji nuklear.

Azman Bin Salleh 4


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sisa Radioaktif oleh loji nuklear.

Pembuangan Sampah Sarap

Pembuangan Sampah Sarap

Azman Bin Salleh 5


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Penggunaan racun dalam pertanian

Penggunaan racun dalam pertanian

Azman Bin Salleh 6


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kesan dari bahan radioaktif

Toksik dari asap rokok

Azman Bin Salleh 7


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Di bawah ini adalah tanda-tanda jangkitan akibat dari toksik yang diperolehi dari
internet dan juga bahan bacaan yang berkenaan dengan toksik. Tanda-tanda di bawah ini
meliputi dari semua bahan toksik cecair, pepejal dan gas.

☻ Masalah kegagalan buah pinggang

Apabila terdedah dengan bahan toksik berkamungkinan seseorang akan mengalami kegagalan buah
pinggang untuk berfungsi dengan licin. Dengan kegagalan ini akan mengundang pelbagai masalah
kepada pesakit terutama pembuangan bahan toksik dari badan.

☻ Masalah keracunan

Simptom-simptom dalam keracunan biasanya tidak khusus . Beberapa sistem organ manusia
mungkin terjejas pada satu masa bergantung kepada jenis bahan racun yang terbabit . Pesakit akan
menemui ajal sekiranya saluran darah tersekat , penekanan fungsi pernafasan atau apabila mangsa
tersedak dengan bahan racun yang masuk ke dalam paru-paru . Sebab utama kematian akibat
keracunan ialah kesukaran bernafas .

Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya
sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti . Sekiranya kesukaran bernafas berlaku , keracunan
harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman , pesakit dikenalpasti mengalami
stres yang teruk , koma atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa
diketahui punca sebenar .

☻ Masalah sistem saraf

Bahan toksik juga boleh menyebabkan masalah sistem saraf yang mana ia boleh mengundang
pelbagai penyakit berkaitan dengan saraf. Jika ia menganggu system saraf berkemungkinan
seseorang itu akan mendapat penyakit mental sama ada smenetara atau kekal.

☻ Sakit kerongkong

Sistem kerongkong akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila terdedah pada bahan toksik. Ini akan
membuatkan seseorang hilang selera makan dan memberikan tekanan perasaan.

Azman Bin Salleh 8


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

☻ Masalah pada hati

Bahan toksik yang masuk ke dalam badan kita juga boleh menyebabkan penyakit hati atau barah
hati yang sukar untuk diubati. Hati adalah satu organ yang amat penting bagi manusia dan perlu
dijaga dengan baik. Akibat kegagalan hati boleh mengakibatkan perlbagai penyakit yang serius
kepada seseorang.

☻ Masalah pernafasan

Sekiranya kita terkena bahan toksik secara berlebihan maka kita akan mengalami masalah dalam
pernafasan yang mungkin boleh membawa kepada kematian. Masalah pernafasan boleh dikesan
semasa kita tidur dimana bunyi dengkur yang kuat mungkin disebabkan oleh toksik yang berlebihan
di dalam badan menyukarkan kita bernafas dengan selesa.

☻ Masalah jantung

Bahan toksik tak kira dari jenis apa akan merosakkan jantung dan akan menyukarkan untuk darah
dipam ke seluruh badan. Ada pelbagai tanda yang menunjukkan jantung kita bermasalah tak kira
disebabkan oleh toksik ataupun sebab lain.

☻ Masalah paru-paru

Kesan bahan toksik juga boleh meberi kesan kepada paru-paru manusia akibat daripada bahan
toksik yang masuk ke dalam badan. Paru-paru yang bermasalah akan memberikan tekanan kepada
seseorang dalam menjalani kehidupan secara normal.

☻ Masalah kulit

Sekiranya kita terdedah pada sisa toksik radioaktif maka penyakit yang biasa di hidapi ialah
masalah kulit yang teruk. Penyakit kulit yang paling memberbahaya ialah barah kulit. Tanda-tanda
barah kulit lebih teruk daripada tandat-tanda penyakit kulit yang lain.

☻ Masalah berkaitan dengan organ badan gagal berfungsi

Azman Bin Salleh 9


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Masalah organ badan gagal berfungsi dengan baik apabila kita terdedah kepada bahan toksik yang
terlalu banyak dan sudah tidak boleh dtampung oleh badan yang normal.

☻ Masalah berkaitan dengan penglihatan

Bahan toksik juga boleh menyebabkan sistem penglihatn menjadi lebih teruk seperti rabun dan silau
serta sebagainya akibat daripada bahan toksik.

☻ Masalah berkaitan mental

Bahan toksik akan menyebabkan seseorang tidak boleh berfikiran dengan waras dan rasional akan
menyebabkan seseorang mengalami masalah mental. Tekanan akibat daripada penyakit yang
disebabkan oleh toksik akan menambahkan lagi masalah dan membuat seseorang hilang kawalan
dan juga buntu mencari penyelesaian.

Ini sebagai maklumat tambahan dari internet berkaitan dengan keracunan

Antidepresi Sawan , nadi tidak menentu dan perlahan , koma , pengsan ,


nadi pantas , pupil mata mengembang , kejutan .
(imipramine, triptylines )

Ubat sakit sendi seperti aspirin Muntah-muntah , bernafas dalam – dalam dan pantas ,
atau minyak gosok panas yang demam
mengandungi salisilat metil

Ubat selsema Pening , bingung , meracau , pergerakan terhuyung-hayang,


tiada kordinasi , pupil mata mengembang , kulit merah
(anthistamina ) padam dan demam .

Ubat tidur/sawan yang Tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau
mengandungi barbiturat pengsan .

Ubat sakit jantung yang Rasa loya , muntah-muntah , nadi tidak menentu dan
mengandungi digoksin perlahan serta demam .

Zat besi Muntah-muntah , kejutan .

Narkotik seperti morfin dan Koma atau pengsan , tidak bernafas atau pernafasan yang
kodein dalam ubat batuk perlahan , pupil mata mengecil .

Ubat penenang Pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , tidak

Azman Bin Salleh 10


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau


pengsan , sawan .

Tumbuh-tumbuhan Simptom keracunan

Cendawan Muntah-muntah .

Kecubung Pupil mata mengembang , kulit merah padam , demam , nadi


pantas , pening ,bingung , meracau , sawan .

Bahan-bahan yang disimpan di Simptom keracunan


rumah

Bahan asid / alkali seperti pencuci Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar
longkang, pengkakis di bahagian mulut , perut , kejutan .

Peluntur-natrium hipoklorit Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di


bahagian mulut , perut , kejutan .

Asid borik Rasa loya , muntah-muntah , kulit merah padam .

Kamfor Rasa loya , muntah-muntah , pening , bingung , meracau ,


sawan , kejutan .

Disinfektan-fenol Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar


di bahagian mulut , perut , pening , bingung , meracau , koma
atau pengsan , kejutan .

Minyak tanah dan cecair pemetik Rasa loya , muntah-muntah , sukar bernafas .
api

Ubat gegat Rasa loya , muntah-muntah .

Pengilap perabot dan pelarut- Muntah-muntah , sukar bernafas .


penipis cat

Turpentin Rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut ,


sukar bernafas , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi
dan sawan .

Penyembur-freon Kejutan .

Azman Bin Salleh 11


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Alkohol-metil, alkohol gosok Rasa loya , sakit kepala , koma atau pengsan .

Alkohol - minuman arak, minyak Rasa pedih/ panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut ,
wangi sawan , koma atau pengsan .

Racun Makhluk Perosak Simptom keracunan

Racun serangga Hidrokarbon: Muntah-muntah , sakit kepala , pening , bingung , meracau ,


klordane, lindane sawan , sukar bernafas , nadi tidak menentu dan perlahan ,
kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di


bahagian mulut , perut , pergerakan terhuyung-hayang , tiada
kordinasi , nadi tidak menentu dan perlahan , warna kebiruan
di bahagian mulut .

Fluorid-racun semut, lipas dan Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di
tikus bahagian mulut , perut , tidak bernafas atau pernafasan yang
perlahan , nadi tidak menentu dan perlahan , sawan

Arsenik-racun tikus, herbisid Rasa loya , muntah-muntah , sakit kepala , kejutan .

Striknin-racun tikus Sawan , koma atau pengsan .

Karbon tetraklorid Muntah-muntah , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan


dan kejutan .

Gas Simptom keracunan

Karbon monoksid Sakit kepala , pening ,bingung ,meracau , koma atau pengsan ,
kulit merah padam .

Sianid-fumigant Sakit kepala , muntah-muntah , sukar bernafas , nadi pantas ,


sawan , koma atau pengsan .

Bisa sengatan serangga Simptom keracunan

Himenoptera – lebah Sukar bernafas , rasa mual , muntah-muntah dan tekanan darah
menurun yang boleh menyebabkan kematian .

Makanan tercemar Sakit perut , muntah dan cirit-birit selepas 3-24 jam
terkemudian . Demam , muntah-muntah , lemah dan hilang
selera makan melebihi tempoh 6 jam .

Azman Bin Salleh 12


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Plumbum Kesakitan usus , abdomen , diarea , muntah teruk , tanda


anemia , kurang selera makanan , garisan gusi kebiruan / hitam
/ kebiruan , anggota lumpuh / lemah , halusinasi , seizur , koma
, mungkin kematian .

Salah satu penyakit yang disebabkan oleh toksik adalah seperti di bawah ini. Penyakit ini
disebabkan oleh bahan toksik yang terkandung dalam asap rokok ( gas ).

☻ Penyakit Jantung, Paru-paru dan Kanser dari toksik asap rokok.

Azman Bin Salleh 13


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

* Nikotin dan karbon monoksida dalam rokok merosakkan endothelium yang menyediakan tapak
kepada pengumpulan plak. Toksin daripada asap tembakau merendahkan kolesterol baik dan
meningkatkan paras kolesterol berbahaya.

* Menyedut asap rokok akan mengurangkan vitamin dan nutrien tubuh yang akan melemahkan
sistem imun tubuh. Sistem imun yang lemah akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung,
peparu dan juga kanser

* Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) - ia merupakan kumpulan masalah kesihatan di


mana laluan udara tersekat dan menyebabkan kesukaran bernafas. Bronkitis kronik - penyakit di
mana laluan pernafasan menghasilkan lebih mukus yang memaksa perokok batuk lebih kerap.
Merokok juga dikaitkan sebagai penyumbang utama kepada emphysemia, iaitu penyakit yang
secara perlahan melemahkan keupayaan untuk bernafas. Merokok akan meningkatkan kadar
kemerosotan fungsi peparu tiga kali ganda lebih tinggi dan kesukaran bernafas bermula akibat
kemerosotan fungsi peparu.

Di dalam rokok juga terdapat beribu-ribu bahan kimia dan sebahagian besarnya memberi
toksik kepada tubuh. Bahan ini menjejaskan banyak aspek kesihatan daripada fungsi organ dalaman
tubuh hinggalah kepada sistem imun. Kandungan bertoksin daripada rokok boleh memasuki
segenap ruang tubuh dan boleh merosakkan dengan banyak cara.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Mengurangkan menghisap rokok ataupun berhenti terus dari menghisap rokok.

● Mengadakan kempen-kempen berkaitan dengan keburukan menghsiap rokok dan juga kesan
kepada tubuh badan.

● Mengedarkan poster-poster atau gambar-gambar kepada orang ramai akibat daripada toksik
daripada asap rokok yang dihisap oleh perokok.

● Memberikan kursus atau ceramah kepada murid-murid sekolah tentang kesan daripada asap rokok
terutama murid-murid sekolah rendah.

Azman Bin Salleh 14


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

● Kerajaan juga boleh menaikkan lagi cukai import bahan bakar ini dengan harapan agar perokok
berasa rugi apabila perlu membeli rokok dengan harga yang lebih tinggi.

● Mencari alternatif untuk menghilangkan rasa ingin merokok dikalangan perokok tegar.

☻ Penyakit Hati dari toksik asap rokok

Pengumpulan toksin yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan, dimana kita akan
mudah letih, daya konsentrasi yang lemah, peningkatan berat badan serta risiko pelbagai penyakit.
Hati merupakan organ penting yang melibatkan tugas yang kompleks. Ini termasuklah memproses
ubatan dan toksin lain untuk disingkirkan daripada tubuh. Penyelidikan juga mendapati merokok
menukar keupayaan hati untuk menguruskan bahan-bahan tersebut.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Milk thistle dan dandelion adalah dua jenis herba popular dalam menyokong kesihatan hati.
Bahan aktif dalam Milk thistle iaitu silymarin bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel
hati daripada serangan radikal bebas akibat pengumpulan toksin berlebihan. Radikal bebas ialah
bahan yang sangat reaktif dan berupaya menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Silymarin juga
boleh merangsang sintesis protein yang membantu merangsang penghasilan sel baru. Kajian
klinikal menunjukkan milk thistle mempunyai kesan yang positif dalam rawatan beberapa jenis
penyakit hati, termasuklah penyakit hepatitis, keradangan pundi hempedu dan sirosis hati.

● Kajian tentang keberkesanan akar dandelion juga merumuskan ia berupaya menggalakkan


pengaliran hempedu dan memperbaiki beberapa jenis keadaan seperti hepatitis, kongesi hati,
keradangan saluran hempedu, batu hempedu dan jaundis. Keberkesanan ini berkait rapat dengan
kebolehan dandelion untuk membekalkan nutrien kepada hati dan meningkatkan fungsi hati.

Penyakit akibat dari sinaran radioaktif

Azman Bin Salleh 15


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sejak akhir-akhir ini negara Peranchis dan China berlumba-lumba menguji senjata nuklear
mereka untuk mengetahui sejauh mana kekuatan dan kelebihan senjata tersebut. Namun kesan
selepas ujian tersebut menimbulkan pelbagai kesan negatif ke atas alam sekitar mahupun manusia.
Bahaya ujian ini jelas dapat dilihat dari peningkatan paras sinaran radioaktif seperti iodin 131 yang
terhasil daripada ujian nuklear, seterusnya menjejaskan kesihatan manusia.

Oleh itu adalah sepatutnya kita meningkatkan lagi kesedaran dan ilmu pengetahuan kita kepada
bahaya ujian nuklear yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Pengukuran sinaran radioaktif
dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray (Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1
joule yang diserap oleh 1 kg tisu. Unit yang digunakan sebelum unit gray ialah rad atau rem.
Hubung kait antara unit gray dengan unit rad adalah 1 Gy bersamaan dengan 100 rad atau 100 rem
untuk sinar X dan gama. Alat umum yang digunakan untuk mengukur sinaran radioaktif ialah
Pembilang Geiger-Mueler yang merupakan pengukur kepada pengionan yang berlaku apabila
sinaran radioaktif memasuki alat pengukur.

☻Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia menyebabkan Kanser.

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.
Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan atom lain di dalam sel untuk menghasilkan
kerosakan. Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam
sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku. Pada dos sinaran yang tinggi
(sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau
tak normal. Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.
Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk
mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

☻Kerosakan Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk
menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran
radioaktif.

Azman Bin Salleh 16


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah
seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat
berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan. Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan
badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan
kuman. Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima
sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.
Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi
dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik
(seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang
terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima
oleh manusia. Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran
radioaktif. Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif
yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan
penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.Selain daripada
leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah
kepada sinaran radioaktif yang tinggi. Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser
paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat
dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini
seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Memberikan kesedaran kepada masayarakat tentang bahaya toksik daripada bahan radioaktif yang
boleh menyebabkan penyakit kanser dan sebagainya.

Azman Bin Salleh 17


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

● Mengharamkan ujian-ujian nuklear dan juga loji-loji nuklear di seluruh dunia yang mana ia tidak
mungkin akan dapat dicapai oleh Negara-negara barat.

● Mengelak daripada melancong ke negara-negara yang terdedah kepada bahan radioaktif yang
melampau.

Berdasarkan daripada data-data yang diperolehi tentang penyakit-penyakit akibat daripada


bahan toksik maka rawatan dan bantuan yang boleh diberikan adalah seperti berikut.

Penyakit Kanser

Soo Ewe Jin, yang bekerja sebagai wartawan, didiagnosismenghidap kanser nasofarinks (hidung)
lima tahun yang lalu. Ini bukanlah kali pertama keluarganya mengalami kanser – kakaknya yang
keempat meninggal dunia pada tahun 1983 pada usia 34 tahun, dan bapanya meninggal dunia pada

Azman Bin Salleh 18


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

tahun 1987, keduaduanya akibat kanser. Pengalamannya, ditambah dengan apa yang dilalui
isterinya, tercatat dalam buku terbitannya sendiri yang berjudul, "Face to Face with Cancer"
(Menghadapi Kanser). Ia boleh dibaca secara dalam talian di www.geocities.com/ejsoo.

( Dipetik dari internet )

Ada pelbagai prosedur yang membantu para pakar menentukan sama ada anda menghidap kanser,
dan membantu doktor anda menentukan rawatan yang terbaik. Antara ujian atau prosedur yang akan
anda diminta untuk menjalani ialah:

Biopsi: Apabila gumpalan atau tumor dikesan, sama ada ia mengandungi sel kanser tidak dapat
ditentukan serta-merta. Sampel tisu yang kecil daripada bahagian yang disyaki diambil dan dihantar
untuk diuji sama ada sel berkenaan adalah malignan (kanser) atau benigna (bukan kanser). Inilah
antara langkah pertama yang menentukan sama ada anda menghidap kanser ataupun tidak.

Imbasan: Dua jenis imbasan yang berbeza membantu ahli onkologi 'melihat' tumor untuk
menentukan saiznya dan lokasinya secara khusus. Ini sama ada pengimbasan CT, yang
menggunakan sinar X, atau ultrabunyi, yang pada dasarnya adalah teknologi sama yang digunakan
untuk mengukur perkembangan janin dalam kandungan. Ultrabunyi tidak menggunakan sinar X.
Kedua-dua kaedah pun tidak menyebabkan rasa sakit. Anda juga mungkin akan diminta untuk
menjalani ujian darah sebagai menyokong diagnosis tersebut.

Pembedahan lazimnya kaedah rawatan pertama bagi kanser setempat, iaitu sementara sel-sel
kanser belum merebak ke organ atau bahagian tubuh yang lain. Pembedahan radikal bertujuan
untuk membuang semua sel kanser, manakala pembedahan paliatif menolong melegakan atau
meringankan gejala seandainya tumor tidak dapat dibuang seluruhnya. Misalnya, pembedahan
paliatif bagi pesakit kanser hati mungkin termasuk pembedahan pintasan hati untuk melegakan
jaundis (penyakit kuning).

Kemoterapi ialah penggunaan ubat, yang biasanya diberikan secara suntikan, sama ada untuk
membunuh sel-sel yang tumbuh dengan cepat atau untuk mengawal pertumbuhan tumor.

Azman Bin Salleh 19


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Rawatannya bersifat sistemik, iaitu diedarkan ke seluruh tubuh dan juga digunakan sebagai
prosedur yang dijalankan selepas pembedahan untuk menghapuskan apa-apa sisa sel kanser yang
tidak dapat dibuang

Keracunan akibat toksik.

Kawasan luar rumah melibatkan alam sekitar mengalami pencemaran pelbagai bahan kimia toksin
daripada sumber asli atau bahan buangan . Agen-agen ini didapati dalam air , tanah , udara dan
makanan . Pencemaran udara menjadi contoh yang paling nyata . Karbon monoksida , hidrokarbon
dan nitrogen dioksida adalah agen toksik yang biasa terdapat di udara

Kaedah pendedahan kepada keracunan .

Kaedah pendedahan atau penyerapan merujuk kepada cara di mana racun memasuki tubuh . Ia
dibahagikan kepada :

Pendedahan melalui mulut dengan menelan ( ingesi ) .

Keracunan sebegini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan menjadi punca utama dalam
kejadian keracunan pestisid . Racun yang ditelan akan dibawa ke perut . Malah sesetengah racun
boleh menembusi dinding perut dan meresap ke dalam saluran darah . Keracunan yang lebih serius
akan dialami sekiranya racun berada lebih lama di usus yang seterusnya banyak yang memasuki
saluran darah . Keracunan tidak akan berlaku sekiranya racun tidak menembusi dinding usus dan
tidak dapat meresap ke dalam darah . Sebaliknya , ia bergerak mengikut saluran usus dan keluar
melalui najis . Sebagai contoh , logam raksa .

Pendedahan melalui paru-paru dengan cara bernafas ke dalam mulut atau hidung .

Penghiduan racun berlaku semasa pengendalian bahan racun di dalam bangunan yang kurang udara
segar atau ketika penyemburan pestisid tanpa pemakaian pakaian lindung diri secukupnya .
Pengeluaran wasap beracun seperti karbon monoksida daripada alat pemanas minyak atau bergas
dan api boleh mencapai kepekatan tahap bahaya jika sirkulasi udara tidak sempurna yang
menyebabkan asap tidak dapat keluar .

Azman Bin Salleh 20


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Racun yang berada dalam paru-paru akan meresap ke dalam saluran darah dengan cepat . Hal ini
disebabkan ruang udara dalam paru-paru berdinding nipis dan mempunyai aliran darah yang baik .
Hanya zarah yang terlalu kecil boleh meresap ke dalam paru-paru manakala zarah yang lebih besar
akan tersekat di bahagian mulut , tekak dan hidung serta berkemungkinan ditelan .

Pendedahan melalui kulit akibat sentuhan dengan cecair , semburan atau kabus .

Individu yang menggunakan pestisid boleh diracuni jika tersembur bahan tersebut ke atas kulit
ataupun memakai pakaian yang tercemar dengan bahan kimia . Ada sesetengah racun yang boleh
menembusi kulit . Kulit yang panas , basah , dan berpeluh lebih cepat ditembusi berbanding kulit
yang sejuk dan kering . Kulit yang rosak akibat terbakar atau tercalar juga lebih cepat ditembusi
berbanding kulit yang tidak rosak . Justeru , pembasuhan kulit disyorkan untuk mengeluarkan racun
di samping mencegah kemasukan dos beracun ke dalam tubuh .

Pendedahan dengan suntikan melalui kulit .

Suntikan melalui penggunaan jarum , pistol tekanan ( semasa melukis tatoo ) ataupun gigitan atau
sengatan serangga , ular berbisa dan ikan boleh menyebabkan keracunan . Tindakan racun adalah
lebih lambat sekiranya racun disuntik di bawah kulit atau ke dalam otot . Hal ini disebabkan racun
perlu menembusi beberapa lapisan tisu sebelum sampai ke saluran darah . Suntikan secara terus ke
dalam saluran darah mendatangkan kesan yang lebih cepat . Sejurus selepas racun memasuki
tubuh , racun akan disebarkan ke seluruh bahagian tubuh . Implikasinya bergantung kepada jenis-
jenis racun yang terbabit .

Pendekatan rawatan keracunan .

Antara pendekatan rawatan keracunan ialah bantuan sokongan yang bertujuan menstabilkan
keadaan mangsa diikuti pengeluaran racun daripada perut , usus di samping pada kulit dan mata .
Pendekatan seterusnya ialah pemberian penawarnya jika ada , penyingkiran bahan beracun yang
telah diserap oleh tubuh dan rawatan sokongan serta pemerhatian . Ia termasuk pengenalpastian
sistem jantung , pernafasan , peredaran darah dan aliran udara berfungsi dengan sempurna .

Azman Bin Salleh 21


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Tindakan yang boleh diambil untuk menangani keracunan bergantung kepada kaedah pendedahan
kepada keracunan .

Toksik atau racun yang ditelan .

Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu adalah kategori ubat-ubatan
sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus diberikan setengah gelas susu
atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut bahan kimia yang digunakan dalam rumah
( umpamanya sabun ) melainkan sekiranya tidak sedar diri , tidak berupaya menelan atau
mengalami sawan . Ia bergantung kepada kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-
kanak disyorkan minum lebih daripada 60 ml ( 1 cawan ) dan orang dewasa pula kurang 150 ml ( 2 .
5 cawan ) . Mangsa patut disuruh muntah jika keracunan melibatkan dadah , racun serangga dan
tumbuhan beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan
untuk muntah kerana mendatangkan kesan yang lebih buruk .

Toksik atau racun yang dihidu ( asap / gas ) .

Tindakan segera ialah membawa mangsa ke kawasan lapang . Tingkap dan pintu harus dibuka luas .
Mangsa yang terhidu gas beracun seperti karbon tetraklorid harus dipindahkan ke tempat berudara
bersih atau segar . Kepala dan dada mangsa yang masih sedar harus diangkatkan sedikit untuk
memudahkan pernafasan . Pakaian ketat harus dilonggarkan dan bantuan pernafasan diberikan jika
mangsa tidak dapat bernafas dengan baik sebelum pemerolehan bantuan lanjut . Kebiasaannya ,
mangsa keracunan gas perlu diuruskan dengan cermat agar badannya tidak bergoncang . Sekiranya
perlu , penolong mangsa boleh menggunakan alat seperti topeng gas .

Toksik atau racun yang terkena pada mata .

Biasanya , mata menjadi merah dan rasa pedih . Langkah yang diambil ialah mencuci mata dengan
menuangkan air suam dari bekas ( umpamanya gelas ) pada jarak 2-3 inci dari mata . Langkah ini
perlu dilakukan terus-menerus sekurang-kurangnya selama 15 minit . Mangsa harus mengelip -

Azman Bin Salleh 22


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

gelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh . Kelopak mata tidak harus dibuka apabila mata
dibasahi dengan air . Seterusnya mangsa dibawa ke hospital rawatan dan penilaian selanjutnya .

Toksik atau racun yang terkena pada kulit .

Langkah segera ialah penanggalan pakaian yang tercemar diikuti pembilasan kulit dengan sebanyak
mungkin air selama sekurang-kurangnya 10 minit . Seterusnya , bahagian yang terkena racun harus
dicuci dengan sabun sekiranya kulit tidak melecur dan dijirus dengan air sebelum rawatan lanjut di
hospital .Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh menggunakan pakaian pelindung khusus
( sarung tangan )

Langkah-langkah rawatan awal bila berlaku keracunan .

Ubat-ubatan Rawatan awal

Antidepresi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa


tidak sedar diri atau mengalami sawan .
(imipramine, triptylines ) Ubat
tidur/sawan yang mengandungi Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.
barbiturate Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Ubat selsema Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa


tidak sedar diri atau mengalami sawan .
(anthistamina )
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Terapkan dengan air sejuk .

Ubat sakit jantung yang mengandungi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa
digoksin tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Zat besi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat


dalam ½ gelas air .

Gunakan julap .

Azman Bin Salleh 23


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Narkotik seperti morfin dan kodein Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .
dalam ubat batuk

Ubat penenang Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Gunakan julap .

Tumbuh-tumbuhan Rawatan awal

Cendawan Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Kecubung Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Terapkan dengan air sejuk .

Bahan-bahan yang disimpan di Rawatan awal


rumah

Bahan asid / alkali seperti pencuci Berikan air dan susu pada ketika ini .
longkang , pengkakis
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jika terkena
racun .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan


mangsa keracunan muntah .

Peluntur-natrium hipoklorit Berikan air dan susu pada ketika ini .


Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan
mangsa keracunan muntah .

Asid boric Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Kamfor Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Azman Bin Salleh 24


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Disinfektan-fenol Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan
mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Ubat gegat Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan
cat , turpentine mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Penyembur-freon Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol-metil , alkohol gosok Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat


dalam ½ gelas air .

Azman Bin Salleh 25


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol - minuman arak, minyak Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika
wangi mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Racun Makhluk Perosak Rawatan awal

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan
lindane mangsa keracunan muntah .

Gunakan julap .

Rawat kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan


mangsa keracunan muntah .

Rawat kejutan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika
mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan
mangsa keracunan muntah .

Arsenik-racun tikus, herbisid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .

Striknin-racun tikus Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Karbon tetraklorid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika


mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan


mangsa keracunan muntah .

Azman Bin Salleh 26


750312025163
OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Rawat kejutan .

Gas Rawatan awal

Karbon monoksid , sianid-fumigant Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Rawatan awal

Plumbum Penceghan pendedahan seterusnya . Doktor mungkin


mempreskrib ejen kelat Penicillamine untuk ikat
plumbum dan menolong badan mengumuhkannya pada
kadar yang lebih cepat .

Rujukan

http://www.doe.gov.my/wiraalam/bab6/ms5.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

http://hope.malaysiaoncology.org/pdf/Hope_BM.pdf

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ong_kok.html

Azman Bin Salleh 27


750312025163

Anda mungkin juga menyukai