Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

( 20 markah)

Soalan 1 hingga Soalan 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Megalai menolong ibu menyiang ________ yang dibeli dari pasar tadi.

A ikan B ketam C udang D daging

2. Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Thivendran l berbaring di kerusi santai sambil membaca __________.

A majalah B surat khabar C buku cerita D diari

3. “Jangan bermain di ________ . Lalangnya sudah tinggi, bimbang pula

ada ular nanti,” larang Tok Hassan kepada cucu-cucunya.

A ini B itu C dalam D sana

4. Amira mencuba baju kurung yang baru siap ________ oleh tukang jahit yang

berpengalaman itu.

A penjahit B terjahit C dijahit D menjahit

1
5. Githa ________ cadangan Ramli untuk mengadakan lawatan ke Melaka.

A dibantah C bantahan

B pembantah D membantah

6. “Aini , tambahkan dua ________ garam lagi ke dalam gulai itu,”kata ibu

kepada kakak.

A ketul C cubit

B cebis D butir

7. Ai ling menerima se __________ bunga yang sungguh cantik daripada

suami sempena hari lahirnya.

A jambak C sepucuk

B gugus D buah

8. Mereka dapat melihat pelbagai jenis binatang di _________ .

A Taman Nasional C Muzium Negara

B Taman Burung D Zoo Negara

9. Ayah membawa kami sekeluarga menonton konsert Kebudayaan

di _____________.

A Menara Kuala Lumpur B Dewan Merdeka C Taman Tasik Perdana

2
10. Anak perempuan Encik Nordin merupakan seorang _______________

Universiti Teknologi Malaysia.

A budiman C biduanita

B mahasiswa D seniman

11. Perdana Menteri sedang ditemu bual oleh beberapa orang __________

asing.

A sukarelawan C wartawan

B hartawan D olahragawan

12. Orang ramai dinasihatkan ________ mengurangkan pengambilan gula dalam

makanan dan minuman.

A kalau C ketika

B supaya D setelah

13. Sambal belacan yang dibuat oleh Kak Limah sangat _________.

A pahit C masam

B masin D pedas

3
14. Ibu menyuruh Kamala membuang patung kesayangannya yang berbau

_________ itu ke dalam tong sampah.

A hamis C hapak

B hanyir D hangit

15. Roy yang ______________ hanya duduk di tepi padang sambil

memerhatikan rakan –rakannya bermain bola sepak.

A kaki ayam C kaki botol

B kaki judi D kaki bangku

16. Pilih ayat yang betul

A Ah, kakiku terpijak kaca !

B Oh, kamu rupanya di sini !

C Wah , terimalah tumbukanku ini !

D Hai, barulah aku sedar akan segala kesilapanku ini !

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagian daripada pokok

kelapa ada kegunaannya. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan.

Antara kegunaanya adalah batang pokok kelapa boleh dibuat titi. Isi buah kelapa yang putih

boleh dimakan begitu saja. Air kelapa yang manis dan menyejukkan boleh diminum begitu saja

pada waktu cuaca panas.

4
Daun kelapa boleh dibuat sarung ketupat manakala tempurung kelapa pula boleh dibuat

sebagai penyedok. Ia juga boleh diukir dan diwarnakan sebagai barang perhiasan manakala

tempurung buah kelapa boleh dibuat tabung untuk menabung wang.

Lidinya pula boleh dibuat penyapu lidi dan cucuksate. Pokok kelapa yang banyak kegunaanya

dan tidak memerlukan penjagaan rapi ini baruslah digalakkan penanamannya

17. Apakah tajuk yang sesuai untuk petikan di atas ?

A Kegunaan pokok kelapa

B Pokok kelapa dan masakan

C Kebolehupayaan pokok kelapa.

D Asal usul pokok kelapa di kampung

18. Nyatakan kegunaan batang pokok kelapa ?

A Dijadikan sebagai atap rumah.

B Dijadikan sebagai titi.

C Digunakan sebagai penyapu lidi .

D digunakan sebagai sarung ketupat.

19. Mengapakah pokok kelapa mudah ditanam ?

A Ini kerana perlu siram air yang banyak.

B penjagaan sukar kerana memerlukan penjagaan teliti.

C Tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

5
20. Pilih pernyataan yang benar tentang kegunaan pokok kelapa

A Batang kelapa boleh dijadikan sarung ketupat.

B Lidi pokok kelapa boleh dijadikan atap rumah.

C Air buah kelapa diminum untuk menyejukkan badan.

D Isi kelapa yang telah diperah tidak boleh digunakan dalam masakan.

6
BAHAGIAN B

(30 markah)

Soalan 21 ( 4 markah )

A.Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberi.

membuatkan mengadakan membaiki

disediakan menceriakan membetulkan

membersihkan dimasakkan

Penduduk Kampung Sentosa telah ________________ aktiviti gotong-royong

membersihkan kawasan kampung. Penduduk kampung dibahagikan kepada

beberapa kumpulan. Antara tugasan yang dilakukan ialah _______________

jambatan, _______________ longkang, menanam pokok bunga dan mengecat

balai raya. Kira-kira pukul 1.00 petang aktiviti gotong-royong selesai.Penduduk

kampung berasa gembira kerana kampung mereka bersih, ceria dan cantik.

Sebelum bersurai, mereka menjamu selera dengan hidangan yang telah

________ oleh kaum ibu.

Soalan 21 ( 4 markah)

B. Tandakan ( √ ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1. Lelaki berbaju hijau itu sedang asyik ___________________ duitnya yang

banyak itu.

mengukur-ukur ( ) membilang-bilang ( ) membelah-belah ( )

7
2. Puan Mila sekeluarga ke pantai itu untuk ________________________

berduka-duka ( ) bersiar-siar ( ) bertalu-talu ( )

3. Kilang getah itu mengeluarkan asap yang _________________.

berpusu-pusu ( ) berketul-ketul ( ) berkepul-kepul ( )

4. Para penonton ketawa _________________ apabila menonton filem

komedi itu.

terbahak-bahak ( ) terkebil-kebil ( ) teresak-esak ( )

Soalan 22 ( 5 markah)

A. Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberi.

1. Nasuha membeli sepuluh buah sate di pasar malam.

______________

2. Ravi membeli beberapa batang mata kail di kedai itu.

_______________

3. Anu makan sebiji durian. ________________

4. Cindy membeli seketul roti di kedai itu. _________________

5. Pak Abu menebar sehelai jala di tepi sungai. __________________

8
SOALAN 22

B.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. ( 2 markah)

1. Ayat Tanya

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Jawapan :

Kemudahan yang disediakan di kawasan rekreasi ini ialah tandas, surau dan

gerai makanan.

C. Soaln berikut berdsarkan gambar di bawah. ( 2 markah)

Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasrkan gambar di atas.

___________________________________________________

Soalan 23 ( 4 markah)

A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.

1. Ayat aktif : Saya mencuci kasut sekolah.

9
Ayat pasif : __________________________________________

______________________________________________________

B. Tulis ayat perintah yang betul berdasrkan jawapan yang diberi

Ayat Perintah

_______________________________________________________

______________________________________________________

Jawapan : Baiklah, saya akan membuang sampah ini ke dalam tong

sampah.

Soalan 24

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adakah rumah anda memiliki kriteria ini?

Bersih ( / ) dan selamat ( / )

Jika jawapan anda ialah Ya, maka inilah peluang untuk anda menyertai peraduan

realiti terbaharu di TV4. Rancangan ini akan diacarakan oleh selebriti terkenal

dan siarannya akan bermula pada bulan Mei 2018 . Rancangan sepuluh episod ini

mengajak peserta untuk membersihkan dan memastikan rumah sentiasa dalam

keadaan selamat sepanjang masa. Mudah sahaja caranya. Nyatakan butiran diri,

alamat rumah dan nombor telefon. Pihak kami akan ke rumah anda untuk

memeriksa keadaan rumah secara mengejut. Jika berjaya, anda akan dipilih

untuk bertanding di peringkat seterusnya.

Hadiah yang disediakan ialah:

Wang tunai bernilai RM 25 000 Dan Baucer pembelian perabot RM 10 000

10
a) Kriteria rumah yang layak menyertai rancangan ini ialah

___________________________________________________

(1 markah )

b) Siapakah yang menjadi pengacara bagi rancangan ini?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

(2 markah)

c) Tandakan / pada penyataan yang sesuai dengan ciri-ciri rumah selamat.

1. Semua suis mesti sentiasa terpasang. ( )

2. Pintu rumah perlu sentiasa dikunci. ( )

3. Peralatan tajam disimpan dalam laci. ( )

4. Keadaan di dalam rumah cantik sentiasa. ( )

( 2 markah)

d) Nyatakan cara menjaga kebersihan rumah. ( 2 markah)

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Soalan 25Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Terang sungguh si bulan purnama ,

Menjadi pujaan senantiasa,

Berbilang kaum hidup bersama,

11
Bersatu padu aman sentosa.

Harum sungguh bunga melati,

Hiasan sanggul amat memikat;

Bertolak ansur, hormat-menghormati,

Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

1.(a) Tanda ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X) bagi pernyataan yang salah

dalam kotak yang disediakan. ( 1 markah )

i Kehidupan kita akan sejahtera jika mengamalkan sikap bertolak-ansur.


ii Sikap bantu-membantu merupakan amalan yang perlu dijauhi.

2.Nyatakan dua aktiviti yang dapat menyatupadukan semua kaum ? ( 2 markah)

___________________________________________________________

___________________________________________________________

3. Pada pendapat kamu, adakah perpaduan di dalam negara penting? Mengapa?

__________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

( 3 markah)

12

Anda mungkin juga menyukai