Anda di halaman 1dari 9

Kepelbagaian Kompetensi Murid Pemulihan Khas

Kompetensi Kendiri

Kompetensi kendiri bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan


dirinya sendiri:

i. Kesedaran Kendiri
Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan
dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran
hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Individu sedar berkenaan
pemikiran jenis apa yang merangsang perasaannya. Tambahan lagi kesedaran adalah
perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu. Paling penting, kita
menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu dapat membantu
kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan
dan keyakinan pada diri. Guru pemulihan yang bersikap prihatin akan perasan emosi
seseorang murid pemulihan, kerana biasanya emosi murid pemulihan akan terpancar
daripada wajahnya seperti:

Emosi gembira

Emosi sedih
Emosi rasa tertekan

Emosi geram/marah!

ii. Pengurusan Kendiri

Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri.
Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita.
Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh muncul tanpa
direncana. Namun apa yang boleh dilakukan ialah dengan menentukan emosi
yang menguasai kita itu hanya sementara sahaja. Kita boleh menentukan berapa lama
emosi itu akan menguasai diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan
cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita
dicabar,keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun
dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia akan membawa
mudarat. Maka beberapa kemahiran boleh dipraktikkan, seperti memikir kembali
rangsangan emosi tadi, mencabar fikiran yang mencetuskan emosi marah itu dan
mengalih tumpuan masalah. Seseorang yang mampu mengurus emosinya boleh dikira
mempunyai sebahagian kecerdasan emosi. Guru pemulihan boleh membantu murid
pemulihan menguruskan emosi yang menguasai diri seperti tidak cepat putus asa jika
masih tidak dapat menguasai kemahiran 3M.
Walaupun sedikit sahaja kemahiran yang dikuasai oleh murid pemulihan tetapi pujian
yang diberikan guru dapat meredakan emosi murid pemulihan yang kurang gembira,
malahan dapat meningkatkan motivasi murid

iii. Motivasi kendiri

Motivasi adalah satu dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak atas kehendak
mereka sendiri. Setiap individu bertanggungjawab memotivasikan diri mereka sendiri,
orang lain hanyalah sebagai perangsang.

Guru pemulihan boleh mendorong murid pemulihan untuk menghargai hasil kerja mereka
sendiri, dokumenkan secara sistematik semua hasil kerja murid dan minta murid
pemulihan melihat sendiri hasil kerja mereka dari semasa ke semasa untuk membuat
perbandingan peningkatan prestasi.

2. Kompetensi Sosial
i. Kesedaran Sosial
Kesedaran sosial bermaksud seseorang individu itu sedar mengenai perasaan, kemahuan
dan perihal orang lain.

Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:

1. Rasa empati

Dapat merasai dan memahami perasaan emosi yang ditanggung oleh orang lain, rasa
empati yang dimiliki akan menjadikan murid pemulihan bersikap lebih prihatin dan tidak
menimbulkan masalah kepada keluarga dan pihak sekolah dari segi disiplin

2. Membangun individu lain

Jika murid pemulihan telah dapat menguasai kemahiran 3M, mereka sudi untuk berkongsi
bersama rakan-rakan dalam program pemulihan, gaya belajar mereka supaya rakan
mereka turut sama dapat menguasai kemahiran 3M

3. Kesedaran organisasi
Memahami peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, akur jadual waktu yang
telah ditetapkan, murid pemulihan sendiri akan ke bilik khas pemulihan pada waktu mata
pelajaran bahasa Melayu dan matematik

4. Berorientasikan perkhidmatan

Guru pemulihan sedaya upaya menyedarkan murid pemulihan peranan guru untuk
membimbing murid pemulihan sehingga dapat menguasai kemahiran 3M, peranan guru
perlukan kerjasama murid & ibu bapa murid pemulihan

5. Melayani kepelbagaian
Selain perlu menguasai kemahiran 3M, kepelbagaian kebolehan murid juga diambil kira
untuk peningkatan perkembangan pembelajaran murid ,guru boleh membuat penilaian
kebolehan pelbagai murid berdasarkan pemerhatian ketika aktiviti p&p dilaksanakan
dalam kelas

ii. Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial bermaksud seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dalam
sesuatu situasi dan menginginkan tindak balas daripada orang lain.

Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:

1. Kepimpinan berinspirasi
2. Komunikasi
3. Pengaruh
4. Pemangkin perubahan

3. Pembentukan Sikap
Faktor Membina Sikap Positif Murid

i. Pengalaman manis kerana mendapat kejayaan.

Guru memberikan token yang dapat meningkatkan lagi semangat murid untuk terus
berusaha, memberikan pujian kepada murid pemulihan di kelas aliran biasa supaya murid
pemulihan berasa diri mereka juga dihargai di hadapan rakan-rakan satu kelas. Menjemput
ibu bapa ke sekolah untuk berkongsi kejayaan murid dapat menguasai kemahiran 3M.

ii. Sentiasa mendapat dorongan dan pujian daripada keluarga, guru dan rakan sebaya.

Faktor dorongan dan pujian tidak boleh diabaikan, murid pemulihan yang sentiasa
mendapat kata-kata semangat dan diberi pujian ketika mereka dapat menyudahkan
tugasan yang diberi dengan kemas, berdisiplin dan dapat bergaul dengan rakan-rakan
secara baik, akan mengekalkan sikap positif tersebut.

iii. Pencapaian akademik yang memberangsangkan.

Membawa murid-murid pemulihan menyertai kem pembelajaran, supaya mereka bergaul


dengan murid-murid lain dengan cara ini dapat mendorong keinginan murid pemulihan
untuk mencapai akademik yang memberangsangkan.

iv. Keadaan sosioekonomi keluarga yang membuatkan murid berasa selesa dan senang
dengan kehidupannya.

Menyakinkan murid keluarga sangat penting, murid pemulihan perlu menerima seadanya
kehidupan bersama keluarga, tidak bersikap terlalu meminta-minta, bersikap berjimat-
cermat dan bangga mempunyai keluarga yang dapat memberikan perlindungan kepada
mereka.

v. Matlamat yang ditetapkan sesuai dengan tahap murid, membolehkan murid mencapai
matlamat yang diharapkan.

Matlamat yang hendak di capai sesuai dengan keupayaan murid. Menyediakan pelbagai
bentuk bahan yang dapat merangsang murid untuk dapat menguasai kemahiran 3M seperti
bahan bantu maujud, bahan-bahan berasaskan teknologi maklumat, yang boleh
memberikan kepelbagaian bahan dan aktiviti pembelajaran kepada murid .

Guru sentiasa memberikan pujian dan dorongan kepada murid pemulihan

Bimbingan Berterusan daripada Guru

i. Guru mengelolakan aktiviti yang bersesuaian dengan minat murid bagi membentuk sikap
kendiri positif. Mengadakan bengkel pembelajaran secara aktif, guru menggunakan
pelbagai aktiviti dan bahan yang berunsurkan inovasi dan kreatif yang dapat mengekalkan
minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan.

ii. Menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan moral dan


agama. Menghasilkan murid yang berdisiplin dan bersahsiah, menghormati ibubapa, guru,
rakan-rakan dan masyarakat.
iii. Menggalakkan murid menyertai kem bina semangat bagi meningkatkan daya
ketahanan diri murid. Membina diri murid yang tabah dengan pelbagai dugaan dalam
mencapai matlamat untuk menguasai kemahiran 3M. Membina sahsiah diri murid yang
kuat keazaman diri untuk berjaya.

iv. Mengadakan kem motivasi bagi murid yang mempunyai keyakinan diri yang
rendah. Menjadikan murid pemulihan lebih berkeyakinan bercakap di khalayak ramai,
berani tampil untuk menyuarakan pendapat dalam kelas, tidak ragu-ragu pada kebolehan
diri sendiri dan boleh hidup dalam masyarakat secara berdikari.

v. Gunakan ganjaran dan pujian untuk menunjukkan perhargaan terhadap hasil yang
dilakukan oleh murid. Ekonomi token boleh digunakan oleh guru untuk menaikkan
semangant murid mencapai kemahiran 3M dan dapat menggalakkan murid sentiasa
menghadiri kelas pemulihan, murid juga akan berasa diri dihargai oleh guru dan rakan-
rakan di sekolah. Hubungan guru dan murid menjadi mesra dan ini memudahkan guru
menyampaikan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai