Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


SK PADANG LEBAR 2018

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismillahirahmanirrahim…..

Assalamualaikum wbt diucapkan kepada..

Yang berusaha, Puan Fatimah Ab Kadir,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Lebar,

Yang berusaha Encik Zainal Abidin bin Sulaiman

Naib Yang Dipertua PIBG SK PL

Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,

Puan Ruzimah Bt Zainal, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Maznah bnti Ibrahim, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

Encik Rosli bin Shamsudin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Para guru yang berdedikasi,

Ahli Jawatankuasa PIBG,

1
Staf-staf sekolah,

Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum


wbt dan salam sejahtera.

Dalam suasana ceria dan gemilang,

Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


Kedatangan hadirin sekalian ke

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


PERINGKAT SK PADANGLEBAR

Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama


memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan umul furqan
al-fatihah.

(al-fatihah)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,


majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.

2
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan, adik Mohd
Mustaqeem bin Md Razali

untuk menerajui bacaan doa.

Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada
adik Mohd Mustaqeem

Hadirin yang budiman,

Untuk pengetahuan warga sekolah, Sambutan Hari Kanak-Kanak


Sedunia yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi
penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak.
Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai
peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk
memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

3
Hadirin yang budiman,

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Sebagai pembuka persada ucapan majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Puan
Fatimah Ab Kadir, GURU BESAR SK Padang Lebar bagi
menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi sambutan kita
pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

(ucapan alu-aluan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Fatimah atas


ucapan beliau sebentar tadi. Semoga hadirin sekalian, khususnya
para murid dapat mengambil ikhtibar dan pedoman daripada apa
yang disampaikan.

Kita teruskan majlis dengan upacara penyampaian hadiah bagi


beberapa acara yang telah dipertandingkan. Untuk makluman
hadirin, sepanjang hari ini telah diadakan Pertandingan Mewarna
Poster Hari Kanak-kanak serta Pertandingan Pakaian Beragam.
Majlis dengan ini menjemput Puan Maznah dengan diiringi oleh
Encik Rosli bagi menyampaikan hadiah bagi pertandingan
Mewarna Poster.
4
Berikut diumumkan pemenang bagi setiap kategori:

Bagi kategori …..

Tempat ketiga dimenangi oleh

Naib johan jatuh kepada

Johan disandang oleh…

Terima kasih diucapkan kepada Puan Maznah dan Encik Rosli.

Seterusnya majlis menjemput Puan Ruzimah dengan diiringi


Puan Maznah bagi menyampaikan hadiah bagi Pertandingan
Pakaian Beragam.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Ruzimah & Pn Maznah.


Untuk makluman semua, sebanyak __________ buah hamper
telah disediakan bagi pertandingan ini. Jadi tahun hadapan,
diharapkan lebih ramai pelajar akan lebih sporting dan
mempamerkan bakat terpendam masing-masing. Kan pelajar-
pelajar SKPL hebat-hebat belaka? Betul tak?

5
Hadirin warga dewan sekalian, akhirnya majlis kita sampai ke
kemuncaknya, iaitu Penyampaian Tokoh Kanak-kanak. Untuk
tujuan ini, kami serahkan majlis kepada Miss Syahirah bagi
meneruskan agenda seterusnya.

Baiklah berikut saya bacakan biodata penerima anugerah Tokoh


Kanak-kanak SK Padang Lebar, bersempena Sambutan Hari
Kanak-kanak Tahun 2018. Kita mulakan dengan Tokoh Kanak-
kanak Perempuan.

Seterusnya akan saya bacakan biodata bagi tokoh kanak-kanak


lelaki….

Terima kasih kepada Pn Fatimah atas penyampaian anugerah.


Tahniah diucapkan kepada adik ____________ dan _________
atas anugerah yang diterima. Sesuai tak tokoh-tokoh yang telah
sekolah pilih ini? Pihak sekolah telah mengambil kira pelbagai
aspek dan kriteria dalam pemilihan tokoh kita, dan diharapkan
tokoh-tokoh kita akan menjadi role-model kepada murid-murid
yang lain dalam menjadi kanak-kanak yang baik lagi cerdik,
terbilang dan gemilang.

6
Hadirin yang dihormati, akhirnya majlis kita telah sampai ke
penghujungnya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada PARA IBU BAPA DAN


WARGA SEKOLAH SERTA mereka yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemafaan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari allah
s.w.t dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami
insan biasa, memohon dan memberi maaf. Sebelum mengundur
diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan
lafaz suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai