Arus pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat pesat seiring dengan zaman yang kian
maju.
Generasi kini sudah banyak berubah, berbeza dengan generasi dahulu. Seiring dengan perubahan
ini, sewajarnya kaedah mengajar juga harus diubahsuai dengan keadaan semasa.
Cabaran ini juga termasuklah apabila mengendalikan murid-murid yang lemah dalam sesi
pembelajaran.
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat murid lemah supaya dapat
belajar dengan baik.
Setiap gaya belajar ini mempunyai cara pendekatan yang berbeza. Guru perlu mengenali gaya
belajar setiap murid di dalam kelasnya dan menyesuaikan dengan kaedah yang hendak
digunakannya.
Jika satu sesi pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang berbeza, minda murid belum
sempat merasa bosan dengan sesuatu ia telah diperkenalkan dengan sesuatu yang baru.
Ini dapat mengurangkan rasa bosan mereka dan dapat menarik minat mereka untuk belajar.
Adalah lebih baik jika guru dapat mengajar dengan berfokuskan bahan bantu mengajar.
Bahan tersebut mestilah kreatif dan menggunakan warna yang cerah untuk menarik minat
mereka. Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk sesuatu aktiviti janganlah terlalu panjang,
dan jika ia perlu memakan masa yang panjang sebaiknya diselangkan dengan masa rehat untuk
mengelakkan mereka mudah hilang tumpuan. Jika sebelum ini kita hanya belajar di dalam kelas,
apa kata kita ke luar kelas, belajar sambil melihat suasana yang berbeza.
Mereka hanya mengetahui bahawa mereka perlu belajar kerana disuruh oleh ibubapa mereka
atau bagi mereka ia adalah rutin yang perlu mereka lalui seperti rutin-rutin yang lain.
Guru yang baik adalah guru yang mampu menjelaskan kepada anak muridnya tentang apa yang
boleh mereka aplikasikan dengan apa yang mereka pelajari.
Contohnya, jika murid mengetahui dengan jelas kepentingan belajar matematik untuk membantu
mereka dalam sukatan yang betul untuk membuat kek pasti murid yang minat membuat kek akan
lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu tersebut.
Cara ini lebih berkesan terutamanya untuk generasi sekarang yang hanya mengetahui sesuatu
hanya di hujung jari.
Sebagai contoh untuk belajar ukuran kilogram, jika guru membawa alat penimbang dan
menimbang bahan di depan murid, pastinya akan lebih difahami dan diingati berbanding jika
guru hanya memberitahunya secara lisan.
Ia akan jadi lebih menarik jika guru mengadakan kelas membuat kek dan sambil mengajar
sambil mengajar sukatan ukuran.
Peneguhan positif adalah seperti pujian atau memberikan hadiah-hadiah yang membuat murid
gembira dan merangsang mereka untuk terus bersemangat dalam belajar.
Manakala peneguhan negatif pula adalah seperti memberikan hukuman seperti denda berdiri,
buat kerja di luar kelas dan sebagainya. Tujuan jenis ganjaran bersifat negatif ini adalah agar
murid tidak mengulangi kesalahan yang sama berulangkali. Kedua-dua jenis ganjaran ini penting
mengikut kesesuaian suasana.
Namun peneguhan positif lebih sesuai digunakan untuk murid-murid yang lemah seperti puji-
pujian, kata semangat. Sebab itulah dalam Pembelajaran Abad 21 perlu disediakan Reward
Chart.
Ini adalah kerana biasanya murid yang lemah adalah murid yang kurang yakin pada diri mereka
sendiri, apabila ada peneguhan barulah semangat dari dalam diri akan muncul.
Guru boleh mengulang-ulangnya dengan lisan, kemudian diulang lagi mengunakan media
ataupun dengan menggunakan peta minda yang menarik menggunakan kreativiti guru itu sendiri.
Selain itu, guru boleh menarik minat mereka dengan sentiasa memanggil nama murid yang
lemah berulangkali semasa proses pembelajaran, ini sedikit sebanyak akan menyebabkan mereka
akan fokus kepada guru yang sedang mengajar.
Biasanya murid yang lemah adalah terdiri daripada mereka yang juga mempunyai masalah
displin. Sikap tegas amat penting untuk membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari
dan membantu mereka mematuhi peraturan semasa belajar.