Anda di halaman 1dari 15

Nama :______________________________________ Kelas :_________________

SULIT
BAHASA
MELAYU
011
MEI
2017
1 jam 15 minit

UJIAN PENTAKSIRAN PENGESANAN PECUTAN PRESTASI (PPPP)

BAHASA MELAYU

(PEMAHAMAN)

TAHUN 6

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawaban,


iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja.
Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.
Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini

____________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak .

[ Lihat halaman sebelah

BAHAGIAN A
1
(20 markah)

Soalan 1 hingga soalan 16


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Syazwin telah memenangi beberapa ____________ pingat dalam sukan berkuda.

A butir
B biji
C keping
D bentuk

2 Kelunakan suara Sumayyah ketika mengalunkan lagu berentak balada itu telah
_____________________ para juri profesional.

A mengambil berat
B membuka minda
C menambat hati
D memeras otak

3 Orang ramai diminta __________________ kawasan kebakaran itu.

A jauhi
B jauhkan
C menjauhi
D menjauhkan

4 Kebiasaannya ____________________ kanak-kanak akan cepat meragam apabila


menghadapi ____________________ situasi yang meletihkan mereka.

A setengah … setiap
B sebahagian … satu
C sesetengah … sesuatu
D sekalian … beberapa

5 Kita hendaklah selalu bersenam dan beriadah supaya badan kita cergas dan perut
kita tidak nampak ______________________ .

A leper
B gendut
C kempis
D kembung

2
6 Pakaian Adam ____________________ akibat terkena lumpur ketika bermain bola
di padang.

A congkah-cangkih
B comot-momot
C cobak -cabik
D compang-camping

7 “Daging ayam kampung yang kamu rebus tadi masih _____________, jadi daging
itu perlu direbus lagi,” kata nenek kepada Hanis.

A liat
B kental
C lembut
D empuk

8 Amran ___________________ dan sombong semenjak perniagaan yang


diusahakannya itu semakin maju.

A jauh hati
B kecil hati
C lapang dada
D lupa daratan

9 Permaisuri Puspa Sari yang baharu berputera itu sedang _________________ di


dalam kamarnya.

A bersemayam
B bersantap
C bersiram
D beradu

10 Puan Rania tidak terlayan kerenah anak bongsunya.


Pilih perkataan sinonim bagi kerenah

A sikap
B ragam
C kehendak
D keinginan

11 Hairi mengemas buku yang berselerakan di atas meja itu setelah selesai belajar.
Pilih perkataan antonim bagi berselerakan

A bertaburan
3
B bersebaran
C berserakan
D bersusun

12 “Sebagai ________________________ Kampung Sening, kita perlu membendung


masalah kecurian yang berleluasa akhir-akhir ini,” kata ketua kampung.

A anak buah
B anak jati
C anak didik
D anak bujang

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Monyet peliharaan Pak Mail sedang _______________________ buah kelapa


sebelum memetiknya.

A memulas
B memintal
C menggilis
D memusing

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Singgahlah ke rumah saya jika berkunjung ke Shah Alam nanti,” kata Zaiha kepada
Azira.

A Azira dijemput oleh Zaiha ke rumahnya di Shah Alam.


B Azira dan Zaiha dijemput berkunjung ke Shah Alam.
C Azira mempelawa Zaiha ke Shah Alam jika berkunjung ke rumahnya.
4
D Azira dipelawa oleh Zaiha ke rumahnya jika dia berkunjung ke Shah Alam.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Bila Azim dan Azam bertemu, mereka pasti bertengkar.


B Cikgu Farif menerangkan yang murid tadi telah dibawa ke hospital.
C Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya, inikan pula Bukit Broga.
D Jika sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya agar saya kembali ke pangkal
jalan.

16 A Semua adik-adiknya masih belum bersekolah.


B Hampir dua suku jam Amin menunggu ayahnya di stesen bas.
C Berbagai- bagai usul telah dikemukakan dalam mesyuarat itu.
D Ribuan para peminat bola sepak telah membanjiri stadium sejak petang tadi.

5
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ketentuan, ajal maut di tangan Tuhan. Timah tidak dapat diselamatkan. Perasaan terkilan
terbuku kerana ikhtiarnya untuk memindahkan sumsum tulangnya, tidak sempat dilakukan.
Hasrat murninya tidak kesampaian. Namun, Ani yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Bisikan
Timah masih terngiang-ngiang pada telinga Ani pada saat-saat akhir, “cikgu, peluklah Timah,
jangan tinggalkan Timah.”

Azan yang dilaungkan oleh imam masjid Kampung Bilut sebelum Ani bertolak untuk
meninggalkan daerah tersebut menambahkan kesayuan dalam hatinya. Ani minta ditukarkan
kembali ke tempat lahirnya. Biarlah segala kenangan suka dan duka bersama dengan Timah
tersimpan kemas dalam memorinya dapat dilupakan. Bagi Ani, perjuangan sebagai pendidik
perlu dipertingkatkan bukan sekadar diri semata-mata sebaliknya untuk menerangi orang lain.

17 Ani berasa terkilan _________________________.

A Timah meninggal dunia sebelum waktunya


B ikhtiar Ani tidak dapat ditunaikan
C penyakit Timah tidak dapat dirawat
D Timah tidak dapat diselamatkan

18 Mengapakah Ani meninggalkan daerah tersebut ?

6
A Ani ingin melupakan segala kenangan suka dukanya.
B Ani sudah tidak berkhidmat sebagai guru lagi.
C Ani ingin terus berjuang sebagai pendidik.
D Ani perlu mendapatkan rawatan di hospital.

19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

A Timah merupakan anak murid Ani.


B Ani berada di sisi Timah hingga ke saat-saat akhir.
C Hajat Ani untuk membantu Timah tidak kesampaian.
D Ani telah ditukarkan sekolah selepas kematian Timah.

20 Frasa terngiang-ngiang dalam petikan di atas membawa pengertian

A terdengar-dengar
B teringat-ingat
C terfikir-fikir
D terbayang-bayang

7
UJIAN PENTAKSIRAN PENGESANAN PRESTASI AWAL (PPPA)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
No.Soalan Markah

21
1. Tulis nombor kad pengenalan atau
22
nombor sijil kelahirandan angka giliran
23
kamu pada petak yang disediakan.
24

25
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
Jumlah
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan 30

ini.

3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama

borang jawapan objektif kepada pengawas

8
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

_____________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

[Lihat halaman
sebelah]
SULIT

BAHAGIAN B

( 30 MARKAH )

Soalan 21

(a) Tandakan (√) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Saya mendengar _________________ bahawa Encik Amin akan berpindah ke Pulau
Pinang pada bulan hadapan.

dolak - dalik ( ) desas - desus ( ) dakwa - dakwi ( )

(ii) Selepas kemalangan, Azizul berjalan dalam keadaan kakinya_______________.

incang – incut ( ) lintang – pukang ( ) bengkang – bengkok ( )

[2 markah]

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh .

(i) Tubuh Azlan mula ____________ kerana menahan sakit akibat menuai
disengat obor-obor.

menabur
(ii) Petani sangat sibuk berada di bendang apabila tiba musim
__________________ padi.

(iii) Pak Abu ________________ benih padi di tapak semaian. menyusuri

menggeletar
(iv) Seroja suka ______________ pantai pada setiap petang.

9
[2 markah]

c Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah.

(i) Air kopi yang tumpah itu menitik di atas lantai.

(ii) Keindahan panorama di atas puncak itu memukau pandangan.


[2 markah]

Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong di bawah.

bertaburan menjerang

berguguran menanak

berbisik menuntun

berteriak membonceng

a. Ihsan ___________________ basikalnya apabila masuk ke kawasan sekolah.


b. Daun pokok itu __________________ kerana menandakan musim luruh tiba.
c. Aiman ________________ memanggil nama kawannya yang berada di dalam
rumah.
d. Ibu sedang ________________ nasi di dapur.
e. Setiap hari Luqman _______________motosikal ayahnya untuk ke sekolah.

[ 5 markah ]

10
Soalan 23

Baca jadual di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
yang lengkap.

Jadual Tugasan Anggota Pengakap pada Hari Sukan Sekolah

Kumpulan Nama Masa Tugasan

Hazim 8.00 pagi -10.30 pagi Menulis markah di papan

1 Saw Yi Lin markah

Kartika

Jason Azman

Suresh Fauzi 10.30 pagi - Menjaga tempat letak


2 kenderaan
Rahim 12.30 tengah hari

Lisa Hanis

Fahmi 9.00 pagi - 2.00 petang Mengedarkan makanan dan


3
minuman
Yusri
kepada urus setia

Jagjit Ariff

Bryant Arvind 8.00 pagi -10.00 pagi Mengangkat peralatan sukan


4 ke padang
Ridzuan

Aisyah Syafiq

5 Amir Farah 9.00 pagi -2.00 petang Membantu anggota Bulan


Sabit Merah memberi
Rosma Intan bantuan kecemasan.

11
(a) Kumpulan manakah yang mempunyai tempoh masa bertugas yang sama?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah]

(b) Encik Fairus meminta bantuan _____________________untuk memarkir kenderaannya


di kawasan sekolah.
[ 1 markah]

(c) Berpandukan jadual di atas, nyatakan nilai murni yang dapat diterapkan kepada anggota
pengakap yang bertugas.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 3 markah]

SOALAN 24

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Planetarium Negara dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1993.
Planetarium Negara telah dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Planetarium Negara merupakan salah sebuah
kampus di bawah pentadbiran agensi angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Planetarium Negara beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad
bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Berfungsi sebagai pusat pendidikan sains angkasa, Planetarium Negara menawarkan


pembelajaran secara santai melalui pameran, antaranya pameran astronomi, astrofotografi,
pameran penerokaan angkasa, pameran bertema dan lain-lain lagi.

Selain pameran, pengunjung juga berpeluang meneroka angkasa melalui tayangan


angkasa yang menawarkan 199 tempat duduk bagi setiap sesi. Tayangan yang berkonsepkan
pendidikan sains dan teknologi angkasa ini mengambil masa selama 30 minit bagi setiap
tayangan. Planetarium Negara telah menawarkan empat tayangan iaitu Perfect Little Planet,
We Are Astronomers, Astronaut dan Cosmic Collisions.

Di samping meneroka angkasa di galeri dan teater angkasa, para pengunjung boleh
melawat dan mengambil gambar di batuan buruj dan replika di Stonehenge serta berkelah di
kawasan taman Planetarium Negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Planetarium Negara, program dan

12
fenomena terkini, layarilah laman sesawang Planetarium Negara dari Facebook, Twitter, serta
Instagram Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).

a) Apakah aktiviti yang dijalankan di Planetarium Negara?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(a) Apakah aktiviti yang dijalankan di Planetarium Negara?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[ 2 markah]

(b) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Planetarium Negara beroperasi pada setiap


hari dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah Betul


merasmikan Planetarium Negara.

Salah

Maklumat lanjut berkenaan Planetarium


Negara boleh diperoleh dari Facebook,
Twitter, Instagram dan Telegram Agensi
Angkasa Negara (ANGKASA).

[ 2 markah ]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah murid-murid digalakkan melawat ke Planetarium


Negara?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[ 3 markah ]

13
Soalan 25

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

CERIAKAN HIDUP ANDA DENGAN PENGALAMAN BAHARU

Pameran Haiwan Eksotik Panitia Sains SK Bandar Seri Suria

Tarikh : 14 hingga 16 Februari 2017


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup

Anjuran : Panitia Sains SK Bandar Seri Suria

Objektif : 1. Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang haiwan eksotik.


2. Memberi pengalaman baharu kepada murid-murid sambil bergambar
dengan haiwan eksotik.

Masuk adalah percuma.


RM5.00 untuk aktiviti bergambar dengan haiwan eksotik.
Hadiah menarik untuk gambar yang paling kreatif.
Haiwan eksotik yang dipamerkan ialah iguana, kala jengking, landak putih, tenggiling dan
ular sawa albino.

Slip bayaran aktiviti bergambar boleh didapati daripada:


Tahun 1 : Puan Rosnani binti Dolah
Tahun 2 : Encik Mohd. Azmi bin Nahar
Tahun 3 : Puan Nor Hamiza binti Hamzah
Tahun 4 : Puan Maisarah binti Abdul Manaf
Tahun 5 : Encik Hanipah bin Idris
Tahun 6 : Puan Nor Azlinda binti Jamal

SLIP BAYARAN
Nama Murid : __________________________________________
Kelas : __________________________________________
Tarikh : __________________________________________ RM 5.00

Di sini saya sertakan bayaran RM5.00 untuk sekeping gambar.

Tandatangan murid: _______________________________________

(a) Panitia yang terlibat dengan penganjuran pameran haiwan eksotik ini ialah
14
_____________________________________________________________________

[ 1 markah ]

(b) Matlamat pameran haiwan eksotik adalah untuk memberi


____________________kepada murid-murid.

[ 1 markah ]

(c) Sofia ialah murid Tahun 5 yang ingin menyertai aktiviti bergambar dengan haiwan
eksotik. Sofia harus menyerahkan slip bayaran tersebut kepada
___________________________

[ 1 markah ]

(d) Sekiranya kamu ingin memelihara haiwan eksotik, apakah haiwan yang akan kamu
pilih? Mengapa?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

15