Anda di halaman 1dari 5

Bercerita Lelaki Tajuk 1 JPNPahang

2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih pengacara budiman, barisan hakim peneraju keadilan…


seterusnya sidang dewan sekalian…

Mari bersama kita dengarkan,


Peristiwa Nuzul al-Quran kisah pilihan.

Kawan-kawan,

Al-Quran ialah kalamullah. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.


dalam bahasa arab. Membacanya, merupakan satu ibadat.

Nasyid :

Kitab Al-quran pegangan manusia


Mukjizat agung Rasul mulia
17 Ramadan detik turunnya
Malam yang hening saksikan segala

....‫َشه ُْر َر َمضَ َان ذ ِاَّلي ُأن ِز َل ِفي ِه امْ ُق ْر َء ُان هُدً ى ِن ّلنذ ِاس‬
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan)
al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia…"
(Surah al-Baqarah ayat185)

Ya kawan-kawan,

Bacalah al-Quran, jadikan amalan.

Penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Sekolah Kementerian


Pendidikan Malaysia, anjuran Bahagian Pendidikan Islam saban tahun
telah menjadikan bacaan al-Quran sebagai budaya dalam kehidupan
pelajar.

1
Bercerita Lelaki Tajuk 1 JPNPahang
2019

Kawan-kawan,

Pada asalnya al-Quran itu diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah.

Nasyid :

Dari Luh Mahfuz tempat mulia


Terkumpul di sana segala ketentuanNya
Ke Baitul Izzah diturunkan semua
Risalah suci lagi sempurna

ٍۭ ‫) ِِف مَ ْوحٍ ذم ْح ُف‬12( ‫ب َ ْل ه َُو قُ ْر َء ٌان ذم ِجي ٌد‬


)11( ‫وظ‬
“Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia, yang
(tersimpan) dalam Lauh Mahfuzh.”

(Surah al-Buruj ayat 21-22)

Ya kawan-kawan,

Kesucian al-Quran perlu dipelihara, kerana disitu ada keberkatan.

Penemuan cebisan Al-quran selepas kejadian gempa bumi di Palu


Indonesia pada penghujung 2018 telah menzahirkan bahawa al-quran
kitab yang mulia ibarat “Tidak lapuk dek hujan ,tidak lekang dek
panas”.

2
Bercerita Lelaki Tajuk 1 JPNPahang
2019

Kawan-kawan,

Peringkat seterusnya, Al-quran diturunkan dari Baitul Izzah ke langit dunia


secara beransur-ansur. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
melalui malaikat Jibril pada malam yang penuh kemuliaan.

Sajak :

Al-Quran…
Penurunannya penuh hikmah
Mengiringi setiap detik peristiwa yang berlaku
Persoalan demi persoalan mendapat jawapan
Mudah dihafaz dan faham isinya

‫ِاَّنذ َأ ْن َزمْنَا ُه ِِف مَ ْي َ َِل امْ َق ْد ِر‬


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam
kemuliaan.”

(Surah al-Qadr ayat 1)

Ya kawan-kawan ,

Marilah merenung kembali hikmah di sebalik penurunan al-Quran.

Program Tahfiz Ulul Albab yang di laksanakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia telah melahirkan kesedaran kepada ibu bapa
untuk menghantar anak-anak mengikuti program tersebut.

3
Bercerita Lelaki Tajuk 1 JPNPahang
2019

Kawan-kawan,

Penurunan al-quran berlangsung selama 23 tahun. 13 tahun di Makkah,


10 tahun di Madinah. Terkandung di dalamnya 86 buah surah Makkiyah
dan 28 buah surah Madaniyah.

Syair :

Surah al-alaq…. petunjuk Tuhan…


Dilantik sebagai…. Rasul junjungan …
Wahyu pertama… telah diturunkan…
Risalah kebenaran… panduan insan…

ِ ِ‫اقْ رأْ بِاس ِم رب‬


َ ُّ‫) اقْ َرأْ َوَرب‬٢( ‫) َخلَ َق اإلنْ َسا َن ِم ْن َعلَق‬١( ‫ك الَّذي َخلَ َق‬
‫ك‬ َ َِّ ْ َ
)٥( ‫) َعلَّ َم اإلنْ َسا َن َما َلْ يَ ْعلَ ْم‬٤( ‫) الَّ ِذي َعلَّ َم بِالْ َقلَ ِم‬٣( ‫األ ْكَرم‬
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah
Yang Maha Mulia.Yang mengajar (manusia) dengan pena.”

(Surah al-alaq ayat 1 -5 )

Ya kawan-kawan,

Amalkan budaya membaca untuk mencapai kejayaan.

Contohnya kejayaan adik Nureen Alya Mohd Ikhwan yang dinobatkan


sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2018 adalah amat
membanggakan.

4
Bercerita Lelaki Tajuk 1 JPNPahang
2019

Kawan-kawan,

Pantun :

Membaca al-Quran banyak ganjaran


Beroleh pahala besar fadhilatnya
Panduan hidup sepanjang zaman
Menenangkan hati melapangkan jiwa

‫َذَٰ ِ َِل أ ْم ِكتَ َٰ ُب ََل َريْ َب ِفي ِه هُدً ى ِن ّلْ ُمتذ ِق َي‬
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya, ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;”

(Surah al-Baqarah ayat 2)

Kawan-kawan,

Kesimpulannya, Al-Quran merupakan mukjizat agung yang perlu


dijadikan pegangan hidup setiap lapisan masyarakat.

Sekian Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai