Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN KHAS

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


PESTA SUKAN MUHIBAH JKM 2013

1. AM

Pertandingan ini adalah dinamakan “Pertandingan Bola Tampar Pesta Sukan


Muhibah JKM 2013”

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

3. YURAN PENYERTAAN

Tiada yuran penyertaan dikenakan.

4. TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 - 7 September 2013


Tempat: Dewan Perdana MAKSAK, Kota Kinabalu
Masa: 8.00 Pagi

5. PENDAFTARAN

5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar 12 orang pemain, 1


Pengurus Pasukan dan 1 Jurulatih dengan mengisi Borang: BT (L)
PSM JKM-2013 bagi pasukan lelaki dan Borang: BT(W) PSM-JKM
2103 bagi wanita yang disediakan oleh pihak pengelola.

5.2 Setiap pasukan LELAKI dimestikan untuk mendaftar sekurang–


kurangnya 3 orang pemain bagi kategori Pegawai gred 27 ke atas dan
3 orang pemain bagi kategori Veteran 45 tahun ke atas. (Umur 45
tahun dalam Tahun 2013 atau lahir dalam Tahun 1968)

5.3.1 Setiap pasukan WANITA dimestikan untuk mendaftar sekurang–


kurangnya 3 orang pemain bagi kategori 40 tahun ke atas. (Umur 40
tahun dalam Tahun 2013 atau lahir dalam Tahun 1973)

5.3.2 Pemain LIBERO mestilah didaftarkan.

1
5.3.3 Pertukaran senarai nama pemain dibenarkan semasa mesyuarat
Pengurus pasukan diadakan sebelum pertandingan bermula.

5.2 Borang-borang penyertaan boleh diperolehi dari laman web rasmi


Jabatan Perhutanan Sabah atau daripada pegawai pengelola berikut:

Encik Nurzaili Ali : 017-8664718


Encik Mohd Aidy Wahid : 016-8460976

5.3 Pemain yang tidak didaftarkan, tidak dibenarkan mengambil bahagian.


Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua
perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap
tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan.

6. PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Peraturan Am

6.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang


MAVA dan FIVB yang masih berkuatkuasa serta Peraturan Am
Pesta Sukan Muhibah JKM 2013.

6.1.2 Semua keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.

6.2 Format Dan Peraturan Pertandingan

6.2.1 Pertandingan ini menawarkan dua (2) pingat emas, iaitu satu pingat
bagi pasukan lelaki dan satu bagi wanita.

6.2.2 Pemain utama 6 orang bagi pasukan LELAKI mestilah terdiri daripada
senarai seperti berikut:

i. Pemain kategori terbuka – 2 orang


ii. Pemain pegawai gred 27 ke atas – 2 orang
iii. Pemain veteran umur 45 tahun ke atas – 2 orang

6.2.3 Bagi pasukan WANITA, 6 orang pemain utama adalah:

i. Pemain kategori terbuka - 2 orang


ii. Pemain veteran umur 40 tahun ke atas - 3 orang

6.2.4 Hanya pemain simpanan yang berdaftar dibenarkan bermain sebagai


pemain gantian.

6.2.5 Setiap pertukaran pemain mestilah mengikuti kategori pemain yang


telah didaftarkan kecuali berlaku sebarang kecederaan serius yang

2
akan ditentukan oleh Pengadil bahawa pemain tersebut tidak dapat
meneruskan permainannya.

6.2.6 Setiap pasukan mestilah memastikan mempastikan senarai pemain


yang berada dalam gelanggang, mengikuti para 6.2.2 bagi Lelaki dan
para 6.2.3 bagi Wanita.

6.2.7 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi pasukan yang mempunyai


nombor di bahagian hadapan dan belakang jersi.

6.3 Sistem Pertandingan

6.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara Round Robin.

6.3.2 Undian kedudukan dalam Carta akan diadakan bagi menentukan


Jadual Perlawanan setiap pasukan.

6.3.3 Pasukan yang mendapat jumlah kutipan mata tertinggi akan


diistyharkan sebagai Johan Pertandingan, manakala pasukan–pasukan
yang mengutip jumlah kutipan mata yang berikutnya akan diistiharkan
sebagai Naib Johan dan Tempat Ketiga.

6.3.4 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ke-3) akan dimenangi oleh
pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima
2 mata. Jika berlaku seri 24–24, permainan diteruskan sehingga
kelebihan dua mata diperolehi.

6.3.5 Sekiranya berlaku seri 1-1, set penentuan akan dimainkan sehingga
mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai.

6.3.6 Setiap pasukan yang menang akan diberi 2 mata dan pasukan yang
kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat jumlah
mata yang sama maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk
mencari pemenang.

Kaedah 1: Nisbah Set Terbesar : Jumlah Set Menang/Jumlah


Set Kala.

Kaedah 2: Nisbah Mata Terbesar : Jumlah Mata Set


Menang/Jumlah Mata Set Kalah

6.3.7 Jika masih tiada pemenang, pengundiaan akan diadakan.

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN MESYUARAT PENGURUS

7.1 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu sampai kepada
Pengelola sebelum atau pada 20 Ogos 2013.

3
7.2 Semua Pengurus Pasukan atau wakil yang sah dari Jabatan/Agensi
adalah dikehendaki hadir ke Mesyuarat Pertama Pengurus-Pengurus
Bola Tampar lelaki dan wanita yang diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2013 (Selasa)


Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama
Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Lok Kawi.
(Bersebelahan Zoo Lok Kawi)

7.3 Taklimat akan dijalankan semasa mesyuarat 7.2 di atas dan jadual akan
diedarkan kepada semua Pengurus pada 5 September 2013.

7.4 Semua pertanyaan berkenaan pertandingan ini, boleh dirujuk kepada


Pegawai Pengelola melalui telefon di Para 5.2.

8. KEMENANGAN PERCUMA

8.1 Setiap pasukan hendaklah berada di tempat perlawanan 15 minit lebih


awal dari masa yang ditetapkan untuk satu-satu perlawanan. Pasukan
yang gagal hadir selepas 10 minit dari waktu perlawanan yang
ditetapkan akan dianggap kalah (walk-over).

8.2 Pasukan yang tidak meneruskan permainan sehingga tamat pada satu-
satu perlawanan akan dianggap telah memberikan kemenangan
kepada pihak lawan.

9. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

9.1 Setiap keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Walau


bagaimanapun, Refri Kehormat Kejohanan boleh menguasai semua
keputusan jika berlaku pertikaian semasa perlawanan dijalankan.

9.2 Bantahan dan rayuan rasmi boleh dibuat dalam tempoh 30 minit
setelah sesuatu keputusan rasmi diumumkan. Prosedur bantahan dan
rayuan hendaklah dirujuk kepada Peraturan Am Pesta Sukan Muhibah
JKM 2013.

4
Borang: BT(L) PSM JKM-2013

BORANG PENDAFTARAN BOLA TAMPAR (LELAKI)

AGENSI/ PASUKAN
NAMA PENGURUS PASUKAN
ALAMAT
TELEFON /FAKS/EMAIL
NAMA JURULATIH

Bil. Nama Pemain Kategori No. Kad Pengenalan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pengesahan Pemain:

Adalah disahkan bahawa pemain-pemain yang disenaraikan di atas adalah terdiri dari
kakitangan Jabatan/Agensi kami dan layak menyertai dalam acara Sukan Bola Tampar di
Pesta Sukan Muhibah JKM 2013.

Tandatangan Pengurus Pasukan Tandatangan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh dan cop Jabatan:

5
Borang: BT(W) PSM JKM-2013

BORANG PENDAFTARAN BOLA TAMPAR (WANITA)

AGENSI/ PASUKAN
NAMA PENGURUS PASUKAN
ALAMAT
TELEFON /FAKS/EMAIL
NAMA JURULATIH

Bil. Nama Pemain Kategori No. Kad Pengenalan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pengesahan Pemain:

Adalah disahkan bahawa pemain-pemain yang disenaraikan di atas adalah terdiri dari
kakitangan Jabatan/Agensi kami dan layak menyertai dalam acara Sukan Bola Tampar di
Pesta Sukan Muhibah JKM 2013.

Tandatangan Pengurus Pasukan Tandatangan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh dan cop Jabatan:

6
7

Anda mungkin juga menyukai