Anda di halaman 1dari 1

Pembukaan Doa

Ya Allah, segala puji dan syukur ke hadrat-Mu kerana memberi peluang dan kekuatan kepada kami
untuk berkumpul pada petang ini, dalam majlis motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan
percubaan SPM SMK Jelawat bagi tahun 2014.

Ya Allah, Tuhan yang maha mengetahui, sesungguhnya engkau lebih mengetahui tujuan perjumpaan
kami pada hari ini. Oleh itu berkatilah majlis kami ini. Bukakanlah pemikiran dan kefahaman kami,
kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keberanian, kurniakanlah kepada kami ketekunan dan
kesungguhan, kurniakanlah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan
tanggungjawab kami, terutamanya dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak kami. Kami
tahu sesungguhnya tugas mendidik anak-anak adalah suatu perkara yang sangat berat oleh itu
jauhilah kami dari sifat leka, sifat lemah, malas, putus asa dan sikap tidak peduli terhadap anak.

Ya Allah, Tuhan yang maha mengasihani, kasihanilah anak-anak kami. Bimbinglah mereka, pimpinlah
mereka, tunjukilah kepada mereka jalan yang lurus, kuatkanlah mereka untuk berada di landasan
yang betul. Kurniakanlah kepada mereka rasa cinta kepada ilmu pengetahuan, kefahaman di dalam
pelajaran, ketekunan di dalam berusaha dan kesabaran dalam mencari kejayaan.

Jadikanlah anak-anak kami sebagai anak yang soleh, anak yang menyejukkan mata dan hati kedua ibu
bapa, anak boleh dijadikan tempat kami bergantung harap di hari tua, anak yang kelak mampu
menghulurkan pahala kepada kami di alam barzakh kelak. Ya Allah kepada-Mu lah kami memohon
dan kepada-Mu lah kami berserah.

Penutup Doa

Anda mungkin juga menyukai