Anda di halaman 1dari 5

BADMINTON

PERATURAN PERTANDINGAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH - SEKOLAH
NEGERI MELAKA 2019
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH-
SEKOLAH NEGERI MELAKA 2019

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF)
dan Peraturan-Peraturan Am MSSNM/MSSM.

2.0 JENIS PERTANDINGAN


Perseorangan lelaki dan perempuan
 18 tahun dan ke bawah
 15 tahun dan ke bawah
 12 tahun dan ke bawah

3.0 KELAYAKAN
Sila rujuk Peraturan Am MSSM (Peraturan 3)

3.1. Pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
3.1.1 Pelajar-pelajar SSN dibenarkan mewakili kawasan asal dengan keutamaan
kepada kawasan terkini.
3.1.2 Perkara diatas perlu mendapat persetujuan dan permohonan bertulis daripada
Pengetua SSN melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
3.1.3 Pelajar-pelajar yang bersekolah di SSM TIDAK DIBENARKAN menyertai
kejohanan MSSNM 2019.

4.0 HAD UMUR PESERTA


Sila rujuk Peraturan Am MSSM (Peraturan 4)

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN


5.1. Setiap sekolah dibenarkan mendaftar TIGA PEMAIN SAHAJA bagi SETIAP
KATEGORI dan bayaran dikenakan sebanyak RM 15.00 per entry WAJIB dibayar oleh
pihak sekolah untuk Bayaran Kepengadilan Pertandingan di Peringkat Negeri.
5.2. Setiap pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU (1) ACARA
PERSEORANGAN SAHAJA.
5.3. Pelajar Pra-U (Tingkatan Enam Atas) dibenarkan menyertai pertandingan di peringkat
MSSNM. Bilangan yang dibenarkan adalah SATU (1) LELAKI dan SATU (1)
PEREMPUAN.
5.4. Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu
(RO1, MO1) dan dokumen sokongan tertentu yang lengkap.

1 MSSNM2019
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1. Pertandingan ini dijalankan secara kalah keluar.
6.2. Keutamaan pemain (seeding) akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.
6.3. Setiap perlawanan akan ditentukan melalui tiga (3) game terbaik.

7.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH


Sekiranya seseorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan SENGAJA daripada
pertandingan, maka lawannya dikira menang. Pemain berkenaan dikira menarik diri
keseluruhan pertandingan.

8.0 KELEWATAN
8.1. Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat, 15 MINIT
sebelum perlawanan dimulakan.
8.2. Hanya 5 MINIT sahaja dibenarkan kepada seseorang pemain yang lewat dan selepas itu,
lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

9.0 PAKAIAN
9.1. Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat
pengiklanan Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
9.2. Pakaian pemain hendaklah beridentitikan pasukan sekolah masing-masing.
9.3. Pemain perempuan dibenarkan memakai trek bottom, skaf, atau tudung yang tidak
mengganggu permainan.
9.4. Pakaian yang menimbulkan sensitivi seperti jenama rokok, minuman keras, parti politik,
dan seumpamanya tidak dibenarkan.

10.0 MENERIMA NASIHAT JURULATIH


10.1 Semasa pertukaran gelanggang pemain boleh menerima nasihat daripada jurulatih.
Tertakluk kepada Peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
10.2 Nasihat dan tunjuk ajar jurulatih dari tepi gelanggang semasa perlawanan adalah
TIDAK DIBENARKAN.
10.3 Nasihat dan tunjuk ajar daripada jurulatih luar TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN


11.1 Mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
11.2 Jenama bulu tangkis yang digunakan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik
Permainan MSSNM 2019.

12.0 PENGADIL / HAKIM SERVIS / HAKIM GARIS DAN PEGAWAI GELANGGANG


Semua pengadil, hakim servis, hakim garis, dan pegawai gelanggang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSNM 2019.

2 MSSNM2019
13.0 BANTAHAN
Bantahan bertulis dengan menggunakan Borang Bantahan yang ditandatangani oleh
seseorang pengurus yang berdaftar, hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya TIDAK LEWAT DARI 30 MINIT
setelah tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus). Wang pertaruhan TIDAK DIKEMBALIKAN sekiranya
bantahan ditolak.

14.0 JURI RAYUAN


Sila rujuk Peraturan Am MSSM (Peraturan 13)

15.0 PEMILIHAN PEMAIN


Pemenang-pemenang dalam pertandingan ini TIDAK SECARA AUTOMATIK
DIPILIH untuk mewakili pasukan MSS Negeri Melaka ke Kejohanan MSSM Peringkat
Kebangsaan. Pemain dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik dan
dipengerusikan oleh Jawatankuasa Pengelola dan KEPUTUSAN PEMILIHAN
ADALAH MUKTAMAD.

16.0 AM
16.1 Borang penyertaan hendaklah ditaip dengan lengkap serta disahkan dan dihantar
kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan.
16.2 Sekiranya terdapat pertukaran atau perubahan hendaklah diubah mengikut tarikh yang
ditetapkan.
16.3 Penggantian pemain tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penyertaan.
16.4 Pengundian akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan Teknikal.
16.5 Hanya empat (4) orang pengawai bagi setiap daerah dibenarkan berada dalam
mesyuarat Pengurus Pasukan, iaitu dua (2) Pengurus Pasukan dan dua (2) Pengerusi
Teknik.
16.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan,
dan kehilangan harta benda yang berlaku semasa dan selepas pertandingan.
16.7 Pihak penganjur berhak meminda, menambah, atau membatalkan mana-mana syarat
atau peraturan yang difikirkan perlu bagi melicinkan perjalanan pertandingan.
16.8 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSNM / MSSM dan
peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan
keputusannya adalah muktamad.
16.9 Sebarang kekeliruan bersabit dengan Peraturan Pertandingan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah muktamad.
16.10 Semua peraturan yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi dan sebarang
keputusan Jawatankuasa Pengelola berkaitan dengan peraturan yang dinyatakan
hendaklah juga dipatuhi.

DISEDIAKAN OLEH:
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan Badminton MSSNM 2018
Peraturan Pertandingan Badminton MSSNM 2019

3 MSSNM2019
KRITERIA PEMILIHAN PEMAIN KE KEJOHANAN MSSM 2019
Pemilihan pemain akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut:-
1. Pemenang Kejohanan Badminton MSSNM 2019 tidak secara automatik dipilih
mewakili kontinjen MSS Negeri Melaka ke Kejohanan MSSM Peringkat
Kebangsaan.
2. Status dan kelayakan pemain.
3. Berdasarkan ranking semasa oleh Persatuan Badminton Negeri dan Kebangsaan.
4. Prestasi dan persembahan semasa (Latihan Pusat).
5. Penilaian Jawatankuasa Pemilihan ke atas kekuatan dan kelemahan pemain.
6. Status dan prestasi semasa pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
7. Berdasarkan peluang yang ada.
8. Berdasarkan keperluan dan strategi pasukan/jurulatih.
9. Pemilihan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola dan keputusan pemilihan adalah muktamad.

JAWATANKUASA TEKNIKAL BADMINTON MSS NEGERI MELAKA 2019

4 MSSNM2019

Anda mungkin juga menyukai