Anda di halaman 1dari 9

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling

sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. “ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai


bilik darjah pada hari Isnin,” kata Dira dan Lilian.
A. Mereka C. Kami
B. Kamu D. Saya

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________


hendak menggoreng sayur.
A. Engkau C. Saya
B. Awak D. Dia

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Air di
dalam
______
itu
masih
panas kerana dijerang sebentar tadi.
A. Periuk C. Cerek
B. Sudu D. Baldi

4. Ayah mempunyai ______ membaiki motorsikal yang


rosak.
A. Kebolehan C. Kepakaran
B. Kepintaran D. Kecekapan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat


daerah Lubok Antu.
A. Ninja C. Taekwando
B. Judo D. Silat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. “ ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari


aku tidak makan!” keluh si monyet.
A. Aduhai C. Aduh
B. Amboi D. Cis
7. _____________, nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.
A. Oh C. Hai
B. Cis D. Amboi

8. Ayah menghadiahkan se__________ cincin untuk ibu.


A. butir C. bentuk
B. biji D. ketul
9. “____________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata
Dharis kepada Aziz.
A. Eh C. Nah
B. Oh D. Wah
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Rahim
sedang
mencuci
kereta
_________
abangnya
menyiram pokok bunga.
A. atau C. tetapi
B. manakala D. walaupun

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11. Ammar leka memerhati lembu datuknya ___________


rumput.
A. memakan C. memakai
B. makanan D. memakanan

12. Khairul Fahmi ____________ bola ke dalam gol pasukan


Kelantan.
A. memukul C. membaling
B. menolak D. menendang

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah


13. Murid-murid bergotong royong ___________ pokok
bunga
di kawasan sekolah.
A. menanam C. ditanam
B. menanami D. ketanaman

14. Kami melawat Cikgu Zaki di hospital kerana beliau


sakit ____________.
A. tenat C. penat
B. keras D. sesak

15. Aliza __________ tentang kehilangan wangnya kepada


Cikgu Juliana.
A. menulis C. mencatatkan
B. membicarakan D. memberitahu
16. Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.
A. menjemur C. menggantung
B. menabur D. meletak

17. Setiap pagi, Amin dan ayahnya akan ___________


selama
10 minit sebelum mandi.
A. bersenam C. berlari
B. bersorak D. bermain
18. Sebelum bermain bola di padang, Filix dan rakanya
__________ pakaian dan kasut yang sesuai.
A. mengguna C. mengambil
B. memakai D. membeli

19. Amirahayu dan kawan-kawannya membersihkan


kawasan ______ luar rumah asuhan itu.
A. di C. kepada
B. ke D. dari

20. Majlis jamuan akan diadakan_____________hari Ahad ini.


A. dari B. kepada
C. di D. pada

Soalan 21 pilih kata lawan yang betul

21. Pak
Jalal
sedang
mencabut pokok ubi kayu.
A. Menanam C. Mengeluarkan
B. Menarik D. Memotong

Soalan 22 pilih kata seerti yang betul.

22. K
ami

bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama


dua hari.
Perkataan seerti bagi bersantai ialah
A. Berehat C. Duduk
B. Termenung D. Bekerja

Soalan 23 hingga 25
Kata Majmuk
23. Ada sebuah ______________________di ruang dapur rumah
kami.
A. peti surat C. meja makan
B. nasi lemak D. tandas awam

24. “Ini ___________________untuk nenek, ambillah.” Kata Lili


sambil menghulur sebungkus buah limau kepada
neneknya.
A. buah hati C. buah kaki
B. buah fikiran D. buah tangan

25. Ramai tetamu berselera makan __________________ yang


dihidangkan oleh Pak Cik Kasim.
A. nasi minyak C. ruang tamu
B. bunga telur D. merah jambu

Soalan 26 hingga 30
Pengucapan bertatasusila
26. Ibu, ___________________ saya menyertai rombongan sekolah
ke Melaka bersama-sama kakak?
A. bolehkah C. dapatkah
B. adakah D. maafkan

27. _____________ mengganggu, boleh kita bercakap sebantar?


A. Jangan C. Maaf
B. Sila D. Tidak

28. “Puan Latifah, Kami ingin __________________kebenaran


menggunakan meja ini untuk mengulangkaji pelajaran”
kata Poniah.
A. membantu C. meminta
B. izin D. suruh

29. Cikgu, ____________________ kami ke perpustakaan untuk


meminjam buku rujukan.
A. izinkan C. mohonkan
B. maafkan D. Dapatkah

30. “Pak cik, ________________ lah duduk di kerusi ini.” Kata


Amin kepada orang yang cacat itu.
A. minta B. jangan
C. sila D. izin

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan berikutnya.

JOHOR BAHRU, Khamis – satu pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Johor Bahru telah
berlangsung di dewan SK Kampung Pulai, di sini semalam. Sebanyak 10 orang peserta yang
berjaya ke peringkat akhir telah menunjukkan persembahan yang menarik.

Arif bin Mansor dari SK Kompleks Sultan Abu Bakar, telah muncul sebagai johan dalam
pertandingan tersebut. Walaupun Arif bin Mansor baru berusia sembilan tahun, bakatnya begitu
menyerlah. Dia dapat menyampaikan cerita “ Sang Buaya Yang Cerdik” dengan penuh perasaan.
Adik Arif sungguh petah berbahasa Melayu. Semasa bercerita, dia tidak berasa takut dan
gementar. Dia bercerita dengan penuh yakin.

31. Bilakah Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Johor Bahru berlangsung?


A. Pada hari Rabu C. Pada hari Jumaat
B. Pada hari Khamis D. Pada hari Sabtu
32. Mengapakah Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah
Johor Bahru diadakan di dalam dewan?
A. kerana suara pencerita tidak boleh didengar
B. kerana dewan ada pembesar suara
C. kerana dewan cantik
D. kerana dewan boleh menempatkan ramai penonton

33. Berapa orang pesertakah yang mengambil bahagian


dalam pertandingan itu?
A. Dua Orang B. Sembilan orang
C. Seorang D. Sepuluh orang

34. Berikut adalah tajuk cerita haiwan kecuali…….


A. Sang Kancil dengan Sang Badak.
B. Arnab dan Kura-kura.
C. Sang Pokok Yang Berjasa.
D. Sang Lipan Yang Berkaki Banyak

35. Kata johan dalam petikan bermaksud………


A. kalah B. berkebolehan
C. juara D. gembira

Saolan 36 hingga 40
Baca petikan kemudian jawab soalan berikutnya.

Za’ba terkenal sebagai pejuang bahasa. Beliau banyak menyumbangkan jasa dalam bidang
bahasa dan pendidkan. Banyak buku dalam bidang tersebut telah dihasilkannya.

Nama penuh Za’ba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September
1895. Beliau ialan anak jati Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Za’ba sangat gigih mencari ilmu. Beliau menghadapi pelbagai cabaran. Ketika itu bahan
bacaan teramat sukar diperolehi. Namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau belajar pelbagai
bahasa seperti Bahasa Inggeris, Belanda dan Arab. Beliau juga mahir dalam bahasa-bahasa
tersebut.

Za’ba juga tekun mengarang. Beliau telah menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayu.
Buku-buku beliau menjadi rujukan hingga kini.

36. Di manakah Za’ba dilahirkan?


A. Batu Kikir, Negeri Johor.
B. Batu kikir, Negeri Melaka.
C. Batu kikir Negeri Sembilan
D. Batu Kikir, Negeri Pahang.

37. Apakah bidang sumbangan yang telah diberikan oleh


Za’ba kepada kita?
A. bahasa
B. pendidikan
C. bahasa dan agama
D. bahasa dan pendidikan

38. Bilakah tarikh lahir Za’ba?


A. Enam September 1895
B. Enam belas September 1895
C. Enam puluh Oktober 1895
D. Enam belas Oktober 1895

39. Za’ba mahir dalam bahasa berikut KECUALI……..


A. Bahasa Inggeris
B. Bahasa Jerman
C. Bahasa Belanda
D. Bahasa Melayu

40. Kata cabaran boleh diganti dengan perkataan….


A. musibah
B. bala
C. godaan
D. dugaan

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

……………………………….. ……………………………….
(Rosidah Bt Mat Nawi) (Marim Dalila Bt Shabaruddin)
Guru mata pelajaran Bm, Ketua Panitia BM,
Tahun 3, SKTDH 1. SKTDH 1.

Disahkan oleh;

…………………………