Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitulah juga nasib seorang guru yang
berjiwa pendidik. Seorang yang bergelar guru itu sanggup mengorbankan masa dan
tenaganya untuk mendidik dan membentuk akhlak serta nilai-nilai murni demi melahirkan
generasi muda yang seimbang dari pelbagai aspek. Guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa
kepada anak-anak muridnya di sekolah kerana guru memikul tanggungjawab sebagai penjaga
di samping mendidik murid-muridnya sepanjang masa mereka berada di sekolah.

Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah
juga masalah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan
Tuhan. Pendidik merupakan ejen kepada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi. Istilah profesion keguruan (teaching profession) menurut The Chambers
Dictionary (1994) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan
pembinaan ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah, tunjuk ajar,
teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi sehingga
terpahat dalam minda, pekerti dan perlakuan orang itu perkara yang dikehendaki. Profesion
keguruan bukan sahaja berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan ilmu
(kowledge education), malahan berkaitan dengan pendidikan karekter (character education)
(Lanqing, 2005).

Demi melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi
dan juga sosial, guru-guru hendaklah sentiasa kompeten sepanjang kerjaya keguruan mereka.
Persoalannya, mengapakah seorang guru itu perlu sentiasa kompeten dan bagaimanakah
seorang guru itu dapat melahirkan sifat-sifat seorang guru yang kompeten itu. Namun,
sebagai seorang guru, sudah tentulah mereka menyokong kenyataan ini dan untuk
membuktikan sejauh manakah mereka bersetuju dengan kenyataan ini, mereka hendaklah
mempertingkatkan profesionalisme keguruan mereka.

1
2.0 Pelbagai latihan khusus adalah wajar bagi meningkatkan profesionalisme seorang
guru.

Untuk menjadi guru yang cekap, seorang guru itu perlu mempertingkatkan profesionalisme
dengan mengikuti pelbagai latihan khusus, pendidikan formal atau pembelajaran profesional
demi meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan keberkesanan profesionalisme
guru. Hal ini amatlah wajar dan sebagai seorang guru seharusnya bersetuju dengan kenyataan
ini.

Hal ini kerana guru ini menjadi contoh atau suri teladan bagi murid-muridnya. Seperti
pepatah “bagai mana acuan begitulah kuihnya”, murid-murid ini amat cenderung dalam
mencontohi guru-gurunya kerana berdasarkan teori kognitif yang dikemukakan oleh Paget,
kanak-kanak akan melakukan imitasi iaitu dengan meniru tingkah laku sesiapa sahaja yang
dilihat dan diperhatikan di sekelilingnya. Oleh sebab guru ini banyak meluangkan masa
dengan murid, maka guru lah yang menjadi suri teladan bagi murid-muridnya. Hal ini
membuktikan bahawa seorang guru itu hendaklah meningkatkan tahap profesionalisme dan
kompetensi guru agar nilai ini secara tidak langsung dapat dicontohi oleh murid-murid.

Untuk meningkatkan profesionalisme keguruan, sudah tentulah pengetahuan yang


menyeluruh itu perlu ada bagi setiap guru dan menjadi aspek yang paling penting sekali.
Pengetahuan ini kemudiannya diaplikasikan dan diadaptasi dalam kehidupan seharian untuk
menunjukkan kecekapan dan keberkesanan seseorang guru sepanjang kerjaya keguruan
mereka dan ini lah yang dipanggil sebagai kemahiran yang perlu ada bagi seseorang
pendidik. Pengajaran yang efektif amat berkait rapat dengan cara, gaya, kemahiran,
komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996) menyatakan
amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka.

Ini bermakna, proses menjadikan seseorang guru lebih kompeten perlu dilakukan
dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru
dilaksanakan secara berterusan. Maka, semua guru termasuk Pengetua perlu diberi latihan
khusus secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih kompeten dan profesional.

2
Jika dirujuk pada perkara berkaitan anjakan ke empat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Maaysia (2013-2025), perkara tersebut adalah untuk mentransformasikan
profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam
merealisasikan usaha ini. Antaranya ialah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin serta gejala sosial, melaksanakan
pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan
sebagainya. Oleh yang demikian, usaha memperteguhkan profesyen keguruan ini tidak boleh
diambil ringan. Dalam mempertingkatkan profesionalisme keguruan, pelbagai latihan khusus
perlu diadakan bsgi melahirkan golongan pendidik yang berbekalkan pengetahuan,
kecekapan serta kemahiran dalam menjalankan tugas seorang guru.

Elemen yang medasari keteguhan profesionalisme keguruan adalah sejauh mana


seseorang guru itu melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh
daripada institusi latihan guru. Dalam erti kata lain, untuk menjadikan kerjaya perguruan
sebagai satu profesion yang teguh, guru itu perlulah mengikuti program pengajian tiggi
formal, dilatih mendapatkan kemahiran tertentu, mengamalkan pengajaran berasaskan
beberapa teori, mempraktikkan ilmu secara berkesan serta mengamalkan etika profesyen.

Menurut Abdul Malek Samsuri (2000) Sebagai seorang pendidik yang mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berperanan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dengan meningkatkan kualiti
guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Untuk meningkatkan kualiti guru, peribadi guru
perlulah dilengkapkan dengan sifat sabar terutamanya dalam menyampaikan ilmu dan
mendidik pelajar(yang rata-rata masih belum matang dan nakal) dan melayan kerenah-
kerenah mereka. Mendidik pelajar-pelajar masa kini haruslah dilakukan seperti menarik
rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar, profesion keguruan


perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Secara umumnya, guru
mesti mencintai profesion keguruan, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar,
sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid, bersifat sabar, berkeperibadian
mulia,mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan dan sanggup bekerja tanpa mengira di
bandar atau di luar bandar.

3
Secara peribadi, guru mesti berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
Guru mesti sentiasa menunjukan contoh dan teladan yang utuh sama ada di dalam atau di luar
kelas. Guru perlu mengajar kebertanggungjawaban murid-murid dan budi pekerti yang tinggi.
Terhadap pelajar, guru mesti mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah
orang lain, mengajar anak murid cara belajar, menganalisis dan berfikir secara kritis,
menghubungkan “mata pelajaran” dengan kehidupan murid, kenal, hormati dan mempercayai
murid-murid, menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid berfikir, mengalakan anak
murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran dan menghadiri dalam aktiviti-aktiviti yang
murid terlibat seperti sukan tahunan sekolah dan persembahan dalam sekolah. Guru mesti
bersikap adil terhadap muridnya untuk mengelak meluka hati murid dan menjejaskan
hubungan antara murid-murid.

Terhadap tugas mengajar pula, guru mesti mempastikan situasi ”guru mengajar murid
belajar” wujud dalam kelas. Guru mesti merancang pengajaran terdahulu, memberi masa
yang cukup bagi setiap tajuk, dan sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas
kepada murid-murid. Guru juga perlu melakukan refleksi dan kritik kendiri, berfikir secara
sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman. Selain itu, guru harus
fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Secara berterusan
mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa
baru dan segar serta relevan.

Terhadap disiplin, selain menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang diajar, guru
perlu bersikap aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya. Guru mesti seorang yang mendahagakan ilmu., suka membaca, dan sudi
menghadiri konferens, konvensyen, bengkel & seminar dan mengikuti kursus-kursus dalam
perkhidmatan. Guru harus menjadi peranan baik kepada murid-murid seperti menegur sapa
dengan orang lain tidak mengira umur, jantina dan status seseorang dan berusaha menyertai
unit-beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan.

3.0 Rumusan

Profession perguruan merupakan kerjaya yang dihormati oleh segenap lapisan masyarakat
yang terdiri dari lapisan umur, kaum dan agama. Profession guru adalah salah satu kerjaya
yang dianggap profession kelas pertama. Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
bererti meletakkan pekerjaan yang berkaitan dengan pendidik yang biasanya dilakukan oleh
guru itu pada kedudukan yang tinggi di mata masyarakat.

4
Untuk meningkatkan profesionalisme perguruan, pendidik perlulah mempunyai ciri-
ciri keperibadian, keintelektualan dan keterampilan yang tinggi. Secara peribadinya
seseorang guru itu haruslah menjadi seorang yang didorong oleh keinginan untuk mencapai
matlamat (mission-driven) dan yang cintakan profesionnya yang ”dunia”nya ialah sekolah
dan pelajar, kecintannya ialah ilmu, kegembiraannya ialah kejayaan pelajar dan kesedihannya
ialah kegagalan pelajar mempelajari ilmu yang disampaikan. Lantaran itu, seseorang guru itu
akan membuat yang terbaik, sentiasa bersikap positif dan berkeyakinan dalam apa-apa yang
dilakukan.