Anda di halaman 1dari 3

INNOCATE 2018

LAPORAN AKTIVITI
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Pengenalan
Tajuk Aktiviti : Landasan Berfikir
Nama Ahli : 1. Aston 3. Amir Ashraf
2. Firdaus Pu’ad 4. Izzat Harrith
Tarikh : 13 April 2018
Sesi : Petang
Landasan berfikir merupakan aktiviti ciptaan kami sendiri yang mampu
meningkatkan kemahiran berfikir dan menerapkan nilai cinta akan bahasa
kebangsaan. Peserta yang terlibat dalam aktiviti ini merupakan murid-murid sekolah
rendah, iaitu dalam lingkungan umur tujuh hingga ke 12 tahun. Aktiviti ini melibatkan
proses berfikir dan pergerakan tubuh badan. Hal ini dapat meningkatkan minat dan
semangat murid-murid untuk belajar sambil bermain.

Objektif
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menanam minat murid-murid untuk
mempelajari bahasa Melayu dengan permainan yang menyeronokkan. Dalam masa
yang sama, aktiviti ini berperanan untuk memberi pendedahan awal tentang
penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa kepada murid-murid yang berumur 10
tahun dan ke atas. Bagi murid-murid yang berumur sembilan tahun dan ke bawah,
aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mentafsir bahan bacaan.

Prosedur
Murid Tahap 2
1. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang ahli.
2. Empat daripada ahli tersebut digelar sebagai ‘Komander Bisu’ dan seorang
lagi digelar sebagai ‘Pahlawan Pekak’.
3. Ahli yang menjadi Pahlawan Pekak akan dibawa ke zone kuarantin terlebih
dahulu.
4. Empat ahli yang lain pula (Komander Bisu) diberikan sekeping kad yang
mengandungi peribahasa ataupun simpulan bahasa.
5. Beberapa kertas A4 yang mengandungi maksud peribahasa atau simpulan
bahasa tersebut tersusun di atas meja sebagai pilihan jawapan.
6. Mereka dikehendaki untuk memilih maksud peribahasa atau simpulan bahasa
tersebut dengan tepat.

1
INNOCATE 2018

7. Setelah memilih jawapan, Pahlawan Pekak itu tadi akan dibawa masuk
semula.
8. Keempat-empat Komander Bisu itu diberikan anak panah (hadapan,
belakang, kiri dan kanan) dan anak panah ini berfungsi sebagai arahan
kepada Pahlawan Pekak jika anak panah tersebut diangkat oleh mana-mana
Komander Bisu. Misalnya, anak panah hadapan mewakili arahan kepada
Pahlawan Pekak untuk bergerak ke hadapan.
9. Empat Komander Bisu itu dikehendaki memberi arahan kepada Pahlawan
Pekak sehingga Pahlawan Pekak sampai ke meja yang mempunyai maksud
peribahasa atau simpulan bahasa yang telah dipilih.
10. Kumpulan yang mampu menjawab dengan tepat dan menghabiskan
permainan ini dengan masa yang pantas, adalah pemenang.
11. Namun, kesemua murid yang menyertai aktiviti ini tetap akan mendapat
hadiah berbentuk ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang aktiviti.
Murid Tahap 1
1. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang ahli.
2. Empat daripada ahli tersebut digelar sebagai ‘Komander Bisu’ dan seorang
lagi digelar sebagai ‘Pahlawan Pekak’.
3. Ahli yang menjadi Pahlawan Pekak akan dibawa ke zone kuarantin terlebih
dahulu.
4. Empat ahli yang lain pula (Komander Bisu) diberikan sekeping kad yang
mengandungi satu perkataan.
5. Beberapa kertas A4 yang mengandungi gambar, tersusun di atas meja
sebagai pilihan jawapan.
6. Mereka dikehendaki untuk memilih gambar bagi perkataan tersebut dengan
tepat.
7. Setelah memilih jawapan, Pahlawan Pekak itu tadi akan dibawa masuk
semula.
8. Keempat-empat Komander Bisu itu diberikan anak panah (hadapan,
belakang, kiri dan kanan) dan anak panah ini berfungsi sebagai arahan
kepada Pahlawan Pekak jika anak panah tersebut diangkat oleh mana-mana
Komander Bisu. Misalnya, anak panah hadapan mewakili arahan kepada
Pahlawan Pekak untuk bergerak ke hadapan.
9. Empat Komander Bisu itu dikehendaki memberi arahan kepada Pahlawan
Pekak sehingga Pahlawan Pekak sampai ke meja yang mempunyai gambar
(jawapan) yang telah dipilih.
10. Kumpulan yang mampu menjawab dengan tepat dan menghabiskan
permainan ini dengan masa yang pantas, adalah pemenang.
11. Namun, kesemua murid yang menyertai aktiviti ini tetap akan mendapat
hadiah berbentuk ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang aktiviti.

2
INNOCATE 2018

Bahan
1. Kad Manila (2 unit)
2. Mounting Board (1 unit)
3. Tape (1 unit)
4. Marker (2 unit)
5. Gunting (2 unit)
6. Kertas A4 (25 unit)

Langkah-Langkah Penyediaan
Murid Tahap 2
1. Kad manila digunting menjadi kad-kad yang kecil.
2. Setiap kad tersebut kemudiannya dituliskan peribahasa atau simpulan bahasa
dengan menggunakan pen marker.
3. Mounting Board dipotong berbentuk ‘arrow’ untuk menghasilkan anak panah.
4. Maksud bagi peribahasa atau simpulan bahasa dituliskan pada kertas A4.
Murid Tahap 1
1. Kad manila digunting menjadi kad-kad yang kecil.
2. Setiap kad tersebut kemudiannya dituliskan satu perkataan dengan
menggunakan pen marker.
3. Mounting Board dipotong berbentuk ‘arrow’ untuk menghasilkan anak panah.
4. Gambar bagi perkataan yang terdapat pada Kad Manila tersebut ditampal
pada kertas A4.
*Kedua-dua langkah penyediaan ini menggunakan bahan yang sama