Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum :9

Tarikh : 4 Oktober 2018

Tajuk jurnal : Pengurusan masa kelas perdana

1. Isu yang difokuskan :

Setelah beberapa bulan, guru masih gagal untuk menguruskan masa dalam memastikan
rancangan pengajaran diikuti sepenuhnya. Bahkan sikap murid sambil lewa juga menjadi
faktor masa yang ditetapkan tidak diikuti.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan:

Setelah membuat pemerhatian, saya dapat mengenalpasti beberapa punca saya tidak
dapat menguruskan masa pdp dengan baik. Antaranya ialah murid tidak bersedia untuk
memulakan pembelajaran. Malahan murid tidak serius untuk belajar, Kemudian saya pula
tidak tegas untuk menegur murid. Mungkin satu kesilapan saya di mana saya tidak
melaksanakan hukuman kepada murid yang membuat kesalahan, di mana saya hanya
memberi amaran tanpa tindakan. Selain itu, murid juga selalu lambat untuk bersedia
semasa pertukaran kelas, di mana murid sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru sebelum kelas saya lalu saya akan lambat untuk mengajar dalam masa 10-12 minit.
Hal ini kerana murid berasa takut dengan guru mereka berbanding saya. Oleh kerana itu,
pengurusan masa saya menjadi masalah.

3. Kajian Lampau

Menurut Tifla (1989) dalam Husaini Jikan (2004), untuk mencapai kecemerlangan dalam
sebarang tugasan, selain mempunyai azam dan motivasi tinggi, pengurusan masa juga
penting untuk mengurus masa dengan berkesan. Tambah lagi Korweit (1989) dalam
Husaini Jikan (2004), pengurusan masa guru yang sedikit akan menyukarkan
pembelajaran berlaku dalam kelas. Hal ini penting untuk mendapat kesan positif dalam
pencapaian murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Melalui analisis yang telah saya lakukan terhadap isi yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesain masalah, antaranya ialah :
i. Guru perlu tetapkan masa dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Contohnya
menetapkan masa diperlukan untuk menyiapkan tugasan 8 minit.
ii. Guru perlu memberi tindakan secepatnya bukan sekadar amaran atau kata-
kata.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 minggu

6. Tindakan Susulan
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mula bersikap tegas dari permulaan
kelas sehingga habis. Saya perlu menetapkan masa untuk menyiapkan kerja
berkumpulan supaya murid dapat siapkan tugasan dengan cepat dan tepat masa.
Saya juga perlu masuk ke kelas lebih awal.

Rujukan :

Husaini Jikan. (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Johor Bahru: Universiti Teknologi
Malaysia.