Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 PENGENALAN

2 DATA DAN STATISTIK

3 PERBINCANGAN

4 RUMUSAN

5 RUJUKAN
PENGENALAN
Denggi adalah disebabkan oleh virus Denggi (DENV), sejenis flavivirus bawaan
nyamuk (Centers for Disease Control and Prevention, n.d.). DENV adalah RNA merupakan
virus positif lembar tunggal keluarga Flaviviridae, genus Flavivirus. Genus ini termasuk virus
West Nile, Tick bawaan virus Ensefalitis, Virus Demam Kuning dan beberapa virus lain yang
boleh menyebabkan ensefalitis. DENV menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia, dari
Demam Denggi (DF) kepada sindrom mengancam nyawa yang dipanggil Demam Denggi
Berdarah (DHF) atau Sindrom Kejutan Denggi (DSS) (Centers for Disease Control and
Prevention, n.d.). Terdapat empat serotype antigen virus yang berbeza, walaupun terdapat
laporan pada 2013 bahawa serotype kelima telah dijumpai (Centers for Disease Control and
Prevention, n.d.): DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4.

Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini
tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi
dan nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. Apakah kempen
kesedaran tidak meninggalkan bekas di hati dan minda masyarakat atau kempen itu sendiri yang
gagal adalah dua perkara yang perlu dipersoalkan. Hakikatnya, saban tahun negara akan
dikejutkan dengan kematian disebabkan denggi.

Penyakit Demam Denggi dikesan muncul sekitar tahun 1779.Wabak pertama dikesan
berlaku serentak di Asia, Afrika & Amerika Utara pada 1780-an, namun wabak ini tidak
berbahaya.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO
), wabak sejagat meletus di Asia Tenggara sekitar tahun 1950-an melibatkan beberapa buah
negara terutamanya Thailand & Filipina.Pada tahun 1975, wabak denggi berdarah menjadi
penyebab kematian utama kanak-kanak di rantau ini termasuk Malaysia.

Pada 1980-an ,wabak denggi menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi penyakit virus
bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas demam malaria dengan lebih 40
juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu kes demam denggi berdarah setiap tahun.Pada
2002, serangan denggi paling teruk berlaku di Rio De Janeiro Brazil melibatkan sejuta
penduduk tetapi hanya 16 orang daripadanya sahaja yang meninggal dunia.

Sehingga hari ini,wabak demam denggi bawaan sejenis nyamuk yang dikenali sebagai
aedes menjadi penyakit yang digeruni, meningkat mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi
juga di negara-negara yang lain..
Fenomena global ini kini melangkaui sempadan iklim iaitu tidak lagi menyerang negara-
negara beriklim tropika dan subtropika sahaja, sebaliknya telah merebak ke negara-negara
lain. Perubahan ini dipercayai berlaku akibat perubahan iklim di seluruh dunia menyebabkan
proses pembiakan dan kitaran hidup nyamuk aedes bertambah cepat.

Setakat ini, wabak ini masih belum menemui jalan penyelesaian malah dibimbangi virus
denggi yang bermutasi memiliki strain baharu iaitu boleh berjangkit dengan kesan yang lebih
teruk terutama terhadap bekas penghidapnya.
PENCARIAN LITERATUR

KUALA LUMPUR 13 Julai - Sejak Januari hingga 7 Julai tahun ini, kes demam denggi
meningkat kepada 60,713 berbanding 45,484 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, negeri Selangor kekal
sebagai penyumbang terbesar kes denggi di negara ini hingga mencatat peningkatan dua kali
ganda jumlah kematian berbanding tahun lepas.Katanya, jumlah kematian di negeri Selangor
akibat demam denggi pada tahun lepas hanya 30 orang, namun semakin meningkat kepada 86
orang hingga awal Julai ini.

“Peningkatan 15,229 kes di seluruh negara dapat dikurangkan sekiranya masyarakat sedar akan
tanggungjawab masing-masing dengan memastikan persekitaran sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih.

“Selain itu, sempena musim perayaan, kementerian menjangkakan akan berlaku penurunan kes
denggi di kawasan-kawasan bandar memandangkan orang ramai akan pulang ke kampung,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis sumba-ngan Aidilfitri kepada 113
pesakit saraf di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah
Pengurusan HKL, Norul Hana Ishak dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HKL, Datuk Syed
Mehdar Syed Abdullah.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memastikan semua takungan air yang menjadi tempat
pembiakan aedes dibersihkan terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung bagi menyambut
Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata, kementerian juga bercadang menyalurkan bantuan
seperti katil, alat hawa dingin, alat bantuan pernafasan dan sebagainya bagi memastikan semua
pesakit saraf di HKL mendapat keselesaan.

Katanya, bagaimanapun, cadangan itu harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat


kementerian dan kerajaan juga amat menghargai seandainya ada agensi swasta yang ingin
bekerjasama menyumbang alat bantuan pernafasan yang berharga RM100,000 setiap satu.

petikan daripada akhbar Utusan Online , 13 JULAI 2016


MELAKA 9 Feb. - Sikap sambil lewa masyarakat mengenai bahaya demam denggi dikatakan
menjadi punca jumlah kematian akibat wabak itu melonjak kepada 43 orang hanya dalam
tempoh sebulan di seluruh negara pada Januari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kerajaan serius
mengadakan pelbagai usaha bagi menangani ancaman demam denggi namun tanpa kerjasama
semua pihak, langkah itu tidak akan berhasil.

Sebagai contoh, katanya, punca peningkatan demam denggi khususnya di Selangor yang
menjadi negeri mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah disebabkan wujudnya banyak
tapak pembinaan yang menjadi lokasi pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.

“Angka kematian akibat demam denggi ini dilihat semakin parah dan sepanjang tempoh minggu
lalu sahaja sebanyak 3,500 kes majoritinya di Selangor dilaporkan dan jumlah itu dikatakan
semakin meningkat.

“Kerajaan mengadakan kempen memerangi denggi secara berterusan tetapi jika hanya
melibatkan usaha pihak berkuasa tempatan tanpa kerjasama penduduk, usaha itu tidak akan
berjaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex
Mengenai Minyak dan Lemak (CCFO) kali ke-24 yang dihadiri 118 delegasi dari 38 buah
negara di seluruh dunia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian
Kesihatan, Noraini Mohd. Othman dan Setiausaha CCFO, Tom Heilandt.

Hilmi semalam memaklumkan sebanyak 43 kematian akibat demam denggi dicatatkan di


seluruh negara pada bulan lalu berbanding hanya 16 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes demam denggi tertinggi
iaitu sebanyak 1,286 kes dan diikuti Perak dengan 201 kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Selangor pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kementerian Kerja
Raya untuk memeriksa semua lokasi tapak pembinaan di negeri itu yang dikenal pasti sebagai
punca merebaknya wabak demam denggi.
Tegas beliau, antara tindakan yang diambil termasuk mengenakan denda sehingga RM30,000
kepada mana-mana pengusaha tapak projek yang membiarkan lokasi pembinaan mereka
menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

“Kempen dan usaha kita sentiasa diteruskan namun masih ada penduduk yang memandang kes
demam denggi ini sambil lewa sedangkan sebanyak 43 kematian dicatatkan dalam tempoh
sebulan.

“Untuk itu, saya mencadangkan kepada penduduk supaya meluangkan masa sekurang-
kurangnya 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan persekitaran rumah mereka supaya
tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Malah kata beliau, usaha Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan menyembur asap di
kawasan perumahan tidak akan berjaya menghapuskan nyamuk aedes kerana masih ada
segelintir penduduk yang sanggup menutup pintu rumah mereka dan keluar menaiki kereta
ketika aktiviti itu dilakukan.

Katanya, ini secara tidak langsung menjadikan usaha memerangi aedes gagal dicapai dan rakyat
perlu memandang serius kesan penyakit demam denggi ini yang kini semakin meningkat.

SUFFIAN ABU BAKAR | Utusan Online , 10 Februari 2015 1:33 AM

“Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan
awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih
merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di
kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya.”

SARAVANAN THAMBIRAJAH | Konsumerkini Online , MONDAY, 10 JANUARY


2011 10:15

DENDA BIAK NYAMUK AEDES NAIK

Hutan Melintang (Malaysia) – Kompaun RM100 kerana kesalahan membiak nyamuk akan
dinaikkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan membasmi
nyamuk Aedes. Kementerian Kesihatan sedang menimbangkan menaikkan kompaun itu ke
satu kadar, sehingga ia mampu menyedarkan orang awam mengenai pentingnya nyamuk Aedes
untuk dibasmi secara bersungguh-sungguh.

Berita Harian, Isnin ,3 Mac 2003

VIRUS BERUBAH PUNCA KES DENGGI NAIK

Perubahan jenis virus denggi dikenal pasti antara faktor menyebabkan peningkatan kes demam
denggi dari 1998 hingga 2002.Menurut Menteri Kesihatan, mulai 2001, virus DEN3 dikesan
menjadi lebih ketara, menyebabkan ramai penduduk yang tidak mempunyai antibodi DEN3
dijangkiti demam denggi. Peningkatan kes demam denggi juga berpunca daripada hujan dan
panas sepanjang tahun, menyebabkan ia sesuai untuk pembiakan nyamuk.

Berita Harian, Rabu, 12 Mac 2003

Musim panas ni heboh tentang penyebaran penyakit demam denggi. Yang plaing serius adalah
di Selangor. Kita kena waspada dan ambil berat mengenai bahaya demam denggi. Terbaru kata
menteri kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam; Malaysia diancam virus denggi baru yang boleh
merosakkan otak dan hati serta mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat. "Datuk Seri
S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan
simptom serangan penyakit telah berubah berbanding sebelum ini. Simptom denggi sebelum
ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit. Beliau berkata,
sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada
tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Jumlah itu menunjukkan
peningkatan sebanyak 116 peratus. “Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia
kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah
dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di
sini semalam."

Kosmo Online , Mac 2015


DATA DAN STATISTIK

Kejadian Kes Denggi Bulanan bagi Tahun 2014 di Daerah Kota


Setar
45

40
39
35
JUMLAH KES

30

25

20 22 23
20 19
15 17
14
10
11
5
3 3 6 6
0

BULAN

Graf di atas menunjukkan kejadian kes denggi bulanan bagi tahun 2014 di daerah Kota Setar.
Sebanyak 183 kes denggi telah berlaku di Daerah Kota Setar pada tahun 2014.Bulan Februari dan
Mac merupakan bulan yang paling rendah jumlah berlakunya kes denggi di daerah Kota Setar bagi
tahun 2014. Manakala , bulan Disember merupakan bulan yang mengalami kejadian kes denggi
yang tertinggi pada tahun 2014.1 Daripada rumusan graf di atas, saya dapat mengenalpasti bahawa
kes denggi yang telah berlaku bagi tahun 2014 di Daerah Kota Setar adalah berlaku secara tidak
menentu.
Kejadian Kes Denggi Bulanan bagi Tahun 2015 di Daerah Kota
Setar
30

25 26 26 26
JUMLAH KES

20
19 19
15 17

10 12
11 11

8
5 6
5

BULAN

Graf yang kedua menunjukkan Kejadian Kes Denggi Bulanan bagi tahun 2015 di daerah Kota
Setar. Apa yang dapat dilihat bulan Januari , Julai dan juga November mencatatkan jumlah kes
yang tertinggi pada tahun 2015 iaitu sebanyak 26 kes bagi setiap bulan tersebut. Manakala bulan
Jun pula mencatatkan jumlah kes yang terendah bagi tahun 2015. Jumlah keseluruhan kes bagi
tahun 2015 ialah sebanyak 186 kes yang telah berlaku. Ini menunjukkan bahawa telah berlaku
peningkatan sebanyak 3 kes dari tahun 2014 ke tahun 2015.
Kejadian Kes Denggi Bulanan bagi Tahun 2016
di Daerah Kota Setar
35

33
30
JUMLAH KES

25
26

20
20
18
15 17

10

5 7 7
6
2 1 3 4
0

BULAN

Graf yang ketiga menunjukkan Kejadian Kes Denggi bulanan bagi tahun 2016 di Daerah Kota Setar.
Jumlah keseluruhan kes pada tahun 2016 ialah sebanyak 144 kes denggi. Bulan Julai mencatatkan jumlah
kes yang tertinggi di Daerah Kota setar sepanjang 2016 iaitu sebanyak 33 kes denggi telah disahkan
berlaku. Manakala bulan Mac pulak mencatatkan bulan yang terendah kerana 1 kes saja yang telah berlaku
pada bulan ini. Kejadian kes denggi yang terjadi sepanjang tahun 2016 adalah tidak menentu.
Kejadian Kes Denggi di Daerah Kota Setar Kedah Darul
Aman Bagi Tahun 2014 - 2016
200
180
160
140
jumlah kes

120
100
80
60
40
20
0
2014 2015 2016
tahun

Graf keempat pula menunjukkan statistik kejadian kes denggi di Daerah Kota Setar sepanjang tiga tahun
dari tahun 2014 hingga 2016. Pada tahun 2014 , sebanyak 183 kes denggi telah berlaku. Manakala bagi
tahun 2015 pula berlaku peningkatan sebanyak 3 kes iaitu sebanyak 186 kes denggi telah berlaku. Pada
tahun 2016 , telah berlaku penurunan kepada 144 kes denggi, Ini menunjukkan bahawa segala usaha dan
program yang telah dijalankan oleh Unit Vektor di bawah Pejabat Daerah Kota Setar sedikit sebanyak telah
berjaya dalam menangani kejadian kes denggi di daerah Kota Setar.
PERBINCANGAN

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah
demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari
ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.Sesiapa
sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi
mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut
umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus
denggi.Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas
menghisap darah manusia (perumah).Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan
virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).Manusia masih
merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa
bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum
dijangkiti.Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke
perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya
gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi
di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.
Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya,
maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui
nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua
nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia.
Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti
nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Ciri-ciri klinikal demam denggi:

 Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan
kemunculan ruam.
 Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam
yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di
belakang mata, otot dan sendi.
 Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
 Kadar kematian amat rendah.
 Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-
gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak
spesifik.
 Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di
bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
 Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC
dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
 Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas
demam sembuh.
 Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion
berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-
tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat melalui kulit pesakit yang menjadi dingin, lebam dan padat
dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa.
Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini
menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang
mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian
tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam
tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Komplikasi demam denggi ialah:

 Demam Denggi Berdarah.


 Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

 Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet
yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya
dikesan.
 Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis
klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh
dipercayai.
 Ujian Hess

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair
yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat,
anoreksia dan muntah-muntah.Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau
bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis -
mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu
dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi
mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan
plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang
menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi, iaitu pesakit perlulah meningkatkan pengambilan cecair. selain itu perlulah
meningkatkan bekalan oksigen.Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk
segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena
(melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah,
penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes,
pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang
merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi
merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjut dapat dijalankan.

Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh
pihak berkuasa.Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak
merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah
pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah
mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan
sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah
dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus
denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
RUMUSAN

Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di
dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa
kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk
Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti demam denggi dan
menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah menggunakan penyembur racun serangga,
memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas
menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di
dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu
memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah.
Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah
pembiakan nyamuk aedes.

Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam
kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap didedahkan dengan berita
tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat masih lagi mengabaikan tahap kebersihan
rumah dan kawasan persekiran. Masyarakat dan pihak penguatkuasaan perlu lebih
melipatgandakan usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu
melaksanakan penguatkuasan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan
kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah
pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah
“Denggi Membunuh”.
rujukan

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/demam-denggi-serius-

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_0
2.htm#ixzz4WqZ4eE99

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sambil-lewa-punca-denggi-meningkat-
1.57931#sthash.xtQtfzmj.dpuf

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/522-apa-itu-demam-denggi

http://sihatmacamyaya.blogspot.my/2015/03/lawan-virus-demam-denggi-dari-membahayakan-nyawa-
pesakit.html

http://sihatmacamyaya.blogspot.my/2015/03/lawan-virus-demam-denggi-dari-membahayakan-nyawa-
pesakit.html

http://www.majalahsains.com/demam-denggi-wabak-membunuh/