Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A

[30 markah]

Lihat peta minda di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri
remaja berwawasan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 – 250 patah
perkataan.
BAHAGIAN B
[100 Markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Masalah ketagihan rokok dalam kalangan murid sekolah menengah semakin sukar
dibendung walaupun terdapat pelbagai akta yang menghalang penjualan rokok
kepada golongan ini.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah ini begitu sukar untuk ditangani dan
cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.

2. Hubungan kekeluargaan semakin longgar akibat penggunaan telefon pintar dan


alatan elektronik dalam kalangan masyarakat hari ini.

Bincangkan langkah-langkah untuk mengelakkan keadaan ini menjadi semakin


parah.

3. Sempena sambutan Hari Guru, anda telah dipilih mewakili pelajar di sekolah anda
untuk memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

4. Pelbagai usaha giat dijalankan untuk melahirkan masyarakat usahawan bertaraf


dunia dengan jenama tempatan dengan lebih banyak.

Huraikan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi masyarakat usahawan yang berjaya.

5. Peribahasa ‘Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan’ bermaksud jika tersilap
melakukan sesuatu, kita hendaklah insaf dan membetulkan kesilapan itu dengan
segera.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

SOALAN TAMAT.
SEMOGA BERJAYA.

Anda mungkin juga menyukai