Anda di halaman 1dari 59
Garispanduan Pengurusan Stor ENERO s(t Rca Oli a Caielelit Kementerian Kesihatan Malaysia Ee Be 7 ni) Bahagian Perkhidmatan Farmasi Se / Kementerian Kesihatan Malaysia Garispanduan Pengurusan Stor Farmasi di Hospital & Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia ISBN 978-983-3433-70-4 789833 3 433704 PRAKATA PENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Saya bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan izinNya, satu Garispanduan Pengurusan Stor Farmasi di Hospital / Klinik Kesihatan, KKM telah berjaya dikeluarkan dan diedarkan kepada semua yang berkenaan. Pengurusan kewangan merupakan satu proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan sumber manusia, modal dan aset bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah amat penting Pegawai Farmasi yang bertugas di Unit Stor Farmasi mempunyai ciri-citi bersih, cekap, amanah dan telus terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan. Stor-stor farmasi memegang modal kewangan terikat yang tinggi dalam bentuk ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan. Pengurusan inventori yang mantap secara berakauntabilti, berintegriti dan mematuhi akta serta peraturan semasa perlu diamalkan oleh semua anggota bagi mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa dan pembaziran. Pembelajaran berterusan dalam aspek Jlatihan pengurusan kewangan perlu diadakan bagi pembangunan modal insan dan buku ini telah disediakan pada masa yang sesuai dan tepat selaras dengan keperluan fungsi dan peraturan yang berkuatkuasa Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anggota Jawatankuasa Kerja Amalan Farmasi Hospital dan Kesthatan (Stor) di atas inisiatif mereka menghasilkan garispanduan ini bdu, EISAH BINTI A.RAHMAN H KANAN PERKHIDMATAN FARMASI KESIHATAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai