Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 2018

`Bil AGENDA TEKS


1. 8.30 pagi Tuan-tuan dan puan diminta mendaftarkan nama masing-masing di
Pendaftaran kaunter pendaftaran yang terletak di hadapan bilik pemulihan.

Tua-tuan diminta menyimpan nombor yang telah dilekatkan di buku


program untuk acara cabutan bertuah di penghujung majlis nanti.

2. 8. 45 pagi Mohon perhatian..


Ketibaan YDP *** Tuan-tuan dan puan diminta untuk berdiri bagi menghormati ketibaan
YDP PIBG. Dipersilakan.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Din bin Omar, YDP PIBG
SK Tiara Permai, En. Abdul Rahman b. Md. Nor, Guru Besar SK Tiara
Permai, Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG, Sekolah Kebangsaan
Tiara Permai.

3. Nyanyian Lagu Sidang hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Wilayah
Persekutuan dan lagu Malaysia Berjaya.

***Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

4. Kata Alu-aluan Bismilahhirahmanirahim...


Pengacara Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam sejahtera dan
Majlis salam sehati sejiwa.

Yang Berbahagia, En. Din bin Omar


Yang Dipertua PIBG SK Tiara Permai

Yang Berusaha En. Abdul Rahman bin Md Nor


Guru Besar SK Tiara Permai

Yang Dihormati
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru,
Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira. mala_best05@yahoo.com.my
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 2018

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-11 bagi tahun 2018 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Tiara Permai, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan
dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini.

5. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohamad Firdaus bin
Abdul Hamid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Firdaus bin
Abdul Hamid atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

6. Persembahan Para hadirin sekalian,


Multimedia
Bagi menceriakan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan multimedia yang disediakan oleh Cikgu Abdul Rauf
bin Zulkurnain. Dipersilakan..

******Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan multimedia


sebentar tadi.

7. Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan,


Perasmian
YDP PIBG Untuk tidak membuang masa, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Berbahagia En. Din bin Omar, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan
dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Tiara Permai Kali Ke-11 bagi
tahun 2018. Dipersilakan.

**** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Din bin Omar
atas ucapan dan perasmian itu tadi.

mala_best05@yahoo.com.my
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 2018

8. Penyampaian Tuan-tuan dan puan-puan,


Sijil Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada
Penghargaan individu dan syarikat-syarikat yang telah banyak memberi bantuan kepada
pihak sekolah. Untuk itu, majlis menjemput Encik Yahya bin Yusof selaku
Penyelaras Program pada pagi ini untuk mengiringi Yang Berusaha En.
Abdul Rahman bin Md Nor, bagi menyampaikan sijil penghargaan
tersebut. Dipersilakan.

*** SENARAI NAMA

Majlis dengan ini menjemput ……

Para hadirin sekalian,


Majlis seterusnya berbesar hati untuk menganugerahkan sijil penghargaan
kepada AJK PIBG sesi 2017/2018. Majlis dengan ini menjemput ……..

*** SENARAI NAMA

*** Majlis mengucapkan terima kasih Yang Berusaha En. Abdul Rahman
bin Md Nor atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan.

9. Ucapan Seterusnya, majlis menjemput En. Abdul Rahman bin Md Nor, Guru Besar
Guru Besar SK Tiara Permai untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

**** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar
atas ucapan itu tadi.

10. REHAT Tuan-tuan dan puan-puan,


9.30/9.45 pagi Majlis kita akan berhenti rehat seketika selama 20 minit. Tuan-tuan dan
puan-puan dipersilakan ke kantin sekolah bagi membeli makanan dan
minuman. Mesyuarat Agong PIBG kali ke-11 akan dimulakan pada pukul
………. pagi.

MESYUARAT AGUNG PIBG BERMULA


11. *** Saya dengan ini menjemput En Din bin Omar YDP PIBG untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SKTP, kali ke 11 bagi tahun
2018. Majlis mempersilakan.
mala_best05@yahoo.com.my
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 2018

12. Cabutan Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan
Nombor nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Bertuah Berusaha En. Abdul Rahman bin Md. Nor untuk membuat 5 cabutan
nombor bertuah. Hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor
masing-masing.

**** Panggil 10 nombor bertuah

Untuk membuat 5 cabutan seterusnya, dipersilakan ……………….untuk


membuat cabutan.

*** Terima kasih diucapkan kepada …………dan tahniah diucapkan


kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.

13. Bersurai Dengan berakhirnya cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah
Mesyuarat Agung PIBG tahun 2018. Saya mewakili jawatankuasa
pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang
telah menyumbang bagi menjayakan majlis ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


wassalmualaukumwarahmatullahiwabarakatuh.

mala_best05@yahoo.com.my

Anda mungkin juga menyukai