Anda di halaman 1dari 3

SYARAT PERTANDINGAN1

KESENIAN ISLAM – KALIGRAFI

1. SYARAT PESERTA

Setiap kontinjen hanya boleh menghantar dua orang peserta sahaja:

a) Seorang siswa
b) Seorang siswi

2. SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Jenis-jenis khat yang dipertandingkan
a. Khat wajib - Khat Thuluth
b. Khat pilihan (pilih satu sahaja)
-Khat Nasakh
-Khat Diwani
-Khat Diwani Jali

2.2 Peserta yang menulis selain daripada khat yang ditetapkan tidak akan diadili

3. PERALATAN

1. Peserta dikehendaki membawa peralatan khat sendiri seperti pen, dakwat, pembaris dan
sebagainya.
2. Penganjur hanya menyediakan kertas (saiz A2) dan soalan sahaja;
3. Peserta akan dibekalkan dengan tiga (3) helai kertas pada permulaan pertandingan, dan terhad
kepada dua (1) helai kertas tambahan akan diberi jika diperlukan
4. Saiz mata pen untuk khat wajib hendaklah tidak kurang 5.0mm
5. Peserta tidak dibenarkan meminjam atau berkongsi peralatan dengan peserta lain
6. Peserta dikehendaki menulis satu khat wajib dan satu khat pilihan
7. Kedua-kedua jenis khat hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan
8. Hiasan hasil penulisan tidak melebihi 30% daripada kandungan persembahan
9. Hanya 2 warna dakwat sahaja dibenarkan dalam pertandingan ini

1
Pindaan 27 Ogos 2018
4. MASA

Masa pertandingan adalah selama tiga (3jam) sahaja

5. PEMARKAHAN

Pemarkahan hasil karya peserta dibahagikan seperti berikut:

Bil Bahagian Markah %

1 Tulisan/Kaedah 50

2 Persembahan dan Susunan 40


Huruf
3 Hiasan 5

4 Kebersihan 5

Jumlah 100

6. PENGHAKIMAN

6.1 TULISAN / KAEDAH


a) Perkataan yang betul dari sudut imla’
b) Menulis mengikut teks dan jenis khat yang ditentukan
c) Jenis khat yang seragam; tidak bercampur dengan jenis yang lain

6.2 PERSEMBAHAN DAN SUSUNAN


a) Tulisan yang kemas dan boleh dibaca dengan baik
b) Tiada lambang atau logo sensitif yang menyentuh isi-isu politik, perkauman, sosial dan
sebagainya.
c) Saiz tulisan (font) yang sesuai dengan potongan ayat
d) Susunan huruf yang kemas.
e) Tulisan mewakili 80% ruang kertas
6.3 HIASAN
a) Hiasan tidak melebihi 20% keseluruhan karya
b) Bunga dan hiasan yang bersesuaian
6.4 KEBERSIHAN
a) Karya yang bersih, tidak comot dan tanpa kesan padam
b) Tulisan yang jelas tanpa kesamaran

7. KESALAHAN
7.1 Tertinggal perkataan
7.2 Tidak menepati syarat khat wajib yang dipertandingkan
7.3 Kesalahan tulisan atau kaedah seperti:
i. Tertinggal huruf atau rumah huruf
ii. Tulisan yang tidak boleh dibaca
iii. Hiasan yang keterlaluan
iv. Jenis Khat yang tidak seragam
v. Menulis teks luar daripada soalan yang diberikan
vi. Meniru peserta lain

8. PENENTUAN KEPUTUSAN

8.1 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan
8.2 Peserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai naib johan dan begitulah
seterusnya.
8.3 Sekiranya terdapat persamaan markah, penentuan johan akan dirujuk kepada:
-Pertama: ejaan
-Kedua: tulisan
-Ketiga: kebersihan

8.4 Sekiranya masih sama, Jemaah juri akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri
hakim. Keputusan juri adalah MUKTAMAD

Anda mungkin juga menyukai