Anda di halaman 1dari 20

PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER MAY / 2016

BBEK1103

PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

NO. MATRIKULASI : 840319035080001

NO. KAD PENGNEALAN : 840319-03-5080

NO. TELEFON : 013-2746264

E-MEL : piecesgurlz_1903@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KOTA BHARU

1
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadratilahi


dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada

Puan Juliana binti Ismail,

Pensyarah Mata pelajaran Principles of Microeconomics (BBEK1103), di atas


kesudian beliau mengajar saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga
pembangunan dalam bidang kerjaya. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang
yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri
terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan bersama.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat


1 Muka Depan 1
2. Isi Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pengenalan Jenis Ekonomi Malaysia dan Myanmar 4-7
5. Penerangan Tentang Sistem Ekonomi Malaysia dan Myanmar 7-10
6. Mengenalpasti Masalah Ekonomi Malaysia dan Myanmar 11-13
Cadangan untuk Mengatasi Masalah Ekonomi Malaysia dan
7. 13-17
Myanmar
8. Rumusan 17-18
9. Rujukan 19-20

3
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

1.0 PENGENALAN
Secara umum, Pengertian sistem ekonomi adalah merujuk kepada satu set institusi
sosial yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah masyarakat.Sistem ekonomi cuba menyelesaikan masalah
ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian sumber yang terhad.

Pengertian Sistem Ekonomi menurut Mc. Eachren, Sistem ekonomi dapat


didefinisikan sebagai seperangkat mekanisme dan institusi untuk menjawab pertanyaan
kenapa, bagaimana, dan untuk siapa barang dan jasa yang dihasilkan.

Sistem ekonomi di pengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman
yang membezakan sistem ekonomi antara negara ialah falsafah dan ideologi negara, sistem
politik, sistem pemerintahan, keadaan sosial, ekonomi dan budaya. Faktor luaran pula ialah
sosial budaya luar negeri dan politik antarabangsa. Terdapat berbagai sistem ekonomi yang
diterapkan oleh Negara dan setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah penyelesaian
masalah asas ekonomi yang berbeza. Sistem ekonomi tersebut antaranya sistem ekonomi
tradisional, sistem ekonomi liberal/pasar/bebas, sistem ekonomi komando/terpusat, dan
sistem ekonomi campuran. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran manakala
Myanmar mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

1.1 Pengenalan Jenis Ekonomi di Malaysia


Ekonomi Malaysia terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor tersebut
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, kedua dan ketiga.

Sektor pertama merangkumi sektor pertanian, perikanan, penternakan,


perhutanan dan perlombongan kerana ia melibatkan aktiviti. Sektor kedua lebih
bersifat pemprosesan iaitu aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor
ketiga adalah sektor aktiviti perkhidmatan, antaranya seperti pengangkutan,

4
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong,


perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain. Sumbangan ketiga-tiga sektor di atas kepada ekonomi negara semakin
meningkat.

Walaupun begitu kepentingan dan kepesatan setiap satunya mungkin berubah-ubah


mengikut perkembangan masa. Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan
perlombongan menjadi penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun
1990-an, sektor perkilangan menjadi penymbang utama kepada eksport Malaysia.

Definisi Ekonomi Campuran

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, “Ekonomi campuran adalah sistem


ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya,
ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan sosialisme. Tiada satu
definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan
ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur
aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial,
pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh
negara).”

Manakala menurut (Yearm 2006:24) “sistem ekonomi campuran adalah


satu sistem dimana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan
ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi”. Sistem ekonomi campuran
ini banyak dijumpai di negara-negara yang berkembang atau bekas negara non-blok
yang majoriti berada di Asia dan Afrika, seperti Indonesia, Mesir, dan Malaysia.

Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang mengabungkan lebih dari


satu aspek sistem ekonomi lazimnya ekonomi campuran mengandungi unsur-unsur
ekonomi kapitalis dan sosialisme dan ada juga mengunakan kaedah enam jenis
ekonomi itu contohnya negara Malaysia. Dalam usaha mencapai status negara maju

5
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

sesebuah negara mesti menjalan kesemua jenis ekonomi ini atau pun 2 atau 3 jenis
ekonomi. Contohnya Malaysia, asal penubuhan FELDA dan FELCRA adalah
mengamalkan sistem ekonomi Komunisme, yang mana tanah dan rumah adalah hak
milik kerajaan sepenuhnya, keadaan ekonomi ini dari ekonomi komunisme bertukar
kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalis, yang mana sekarang tanah dan
rumah di FELDA telah menjadi hak peneroka. Kejayaan FELDA untuk menaik
tarafkan ekonomi peneroka telah membuka luas negara-negara luar dengan sistem
ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia. Bukti ekonomi campuran di
Malaysia adalah pemberian BR1M kepada masyarakat dan Penyedia rumah PR1MA
kepada keluarga yang berpendatan isi rumah RM2500 – RM10,000. Kerajaan
Malaysia juga banyak menyediakan bantuan kepada masyarakat dalam bentuk
pemberian pencen, biasiswa, wang kebajikan kepada orang tua dan kurang upaya.

1.2 Pengenalan Jenis Sistem Ekonomi Myanmar


Myanmar merupakan negara sosialis di Asia Tenggara dengan ibukota
Yangoon. Pemerintahannya berbentuk republik. Myanmar merupakan nama baru
bagi negara Burma yang digunakan sejak tanggal 12 Jun 1989. Nama rasmi
Myanmar adalah Pyidaungzu Sosialis Thamada Myanmar Nuinggandaw (Republik
Kesatuan Sosialis Burma). Sepanjang sejarahnya, Myanmar merupakan negara bekas
jajahan Inggeris dan sentiasa dalam percaturan politik.

Meskipun kaya sumber alam, ekonomi Myanmar sebahagian besar telah


mengalami kelambatan ekonomi sejak tahun 1997 kerana pengurusan makroekonomi
yang teruk, hutang sektor awam yang besar, penurunan pelabur asing, kebijakan
isolasionis dan sanksi perdagangan. Ekoran dairpada itu, Myanmar menghadkan
untuk meningkatkan pendapatan pajak, dan penghindaran pajak meluas serta masalah
pengurusan dan masalah mata wang yang tidak menentu.

Meskipun liberalisasi awal 1990-an, terdapat halangan dan kepentingan


untuk syarikat swasta. Selain kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi,masalah
inflasi, penyelewengan nilai matawang, rasuah, mengawal perdagangan, dan krisis

6
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

dalam pelaburan sektor perbankan swasta telah melambatkan pertumbuhan sektor


swasta dan seterusnya Myanmar dianggap sebagai negeri berisiko tinggi untuk
pelaburan luar negeri.

Gas adalah salah satu sumber terbesar eksport Myanmar, meliputi sekitar
30% dari keseluruhan nilai eksport, diharapkan pertumbuhan ekonomi terus
meningkat disebabkan permintaan yang meningkat dari negara-negara jiran, terutama
India, Cina dan Thailand.

2.0 CIRI –CIRI EKONOMI MALAYSIA

Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar di merata dunia, khususnya di


negara-negara maju, kita harus memberi perhatian kepada mengapa masyarakat tersebut
menghadapi kesan negatif seperti peningkatan jumlah kemiskinan, jurang perbezaan di
antara yang kaya dan miskin, kos sara hidup dan pengangguran meningkat seta beban
hutang sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara ciri-ciri dan sistem ekonomi
campuran di Malaysia adalah.
2.1 Ciri Ekonomi campuran
2.1.1 Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam.
- Kerajaan - mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh
mekanisme harga menyebabkan meningkat taraf kebajikan rakyat.
- Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan
keuntungan.
- Pembankan- menggalakkan sistem kewangan Islam dalam sistem
pembankan Malaysia.
- Kerajaan akan campur tangan dalam melaksanakan harga maksimun
dan minimum bagi menjaga kebajikan pengguna dan penjual
- Terdapat sistem percukaian dan subsidi dalam ekonomi Malaysia.

2.1.2 Pilihan
- Pengguna dan pengeluar, bebas membuat pilihan.

7
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

- Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran


yang mereka miliki.
- Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya
mengeluarkan barang yang memberi faedah kepada pengguna.

2.1.3 Swasta Kegiatan ekonomi yang terkawal


- Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan
ekonomi tidak menghasilkan kesan negatif bagi mengelakkan
berlakunya ekonomi tidak mengikut bidangan.

2.1.4 Keputusan Ekonomi


- Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma
harga, kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan
swasta.
- Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan
masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan
keuntungan.
- Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.
- Kerajaan mengeluarkan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh
pihak swasta.
- Keputusan dibuat bersama-sama antara individu, kerajaan dan pihak
swasta Individu.

Pentadbiran sektor awam tertakluk kepada undang-undang dan peraturan menyebabkan


pihak pengurusan sukar membuat keputusan dengan cepat untuk menghadapi perubahan.

2.2 Sistem Ekonomi Campuran di Malaysia


2.2.1 Peraturan dan undang-undang

- Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada


sistem pasaran. Contohnya, memperkenalkan undang-undang buruh
supaya tidak berlaku penindasan terhadap buruh.

8
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

2.2.2 Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.

- Barangan keperluan asas contohnya seperti gula, beras, garam dan


susu adalah barangan kawalan dan harganya tidak boleh dinaikkan
atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan. Pengeluar diwajibkan
untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan
makanan yang tarikh luput. Aktiviti perniagaan perlu mempunyai
lesen supaya aktiviti pngeluar tidak bercanggah dengan peraturan
kerajaan.

2.2.3 Sistem percukaian.

- Bagi menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan


penggunaan pengguna terhadap sesuatu barangan. Beban cukai perlu
ditanggung oleh pembeli dan pengeluar bergantung kepada keanjalan
permintaan dan keanjalan penawaran.

2.2.4 Subsidi

- Kerajaan memberi subsidi bagi mengurangkan kos pengeluaran


pengeluar. Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar
bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

2.2.5 Pemilikan Kerajaan

- Kerajaan akan memiliki sesuatu firma supaya firma tersebut dapat


menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk
menikmati ekonomi bidangan.

3.0 CIRI –CIRI EKONOMI MYANMAR

2.1 Ciri Ekonomi di Myamar

3.1.1 Semua sumber produksi adalah milik individu.

9
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

- British menyediakan peralatan yang lebih baik untuk golongan petani


bagi mengerjakan tanah-tanah di delta bagi pengeluaran padi yang
banyak. Golongan petani mulai sedar terhadap kepentingan teknik
pertanian moden yang boleh mengeluarkan hasil pertanian yang
banyak. Kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk
memajukan kawasan-kawasan penanaman padi di Myanmar dan
sebagai balasannya petani perlu membayar cukai pertanian tersebut.

3.1.2 Pemerintah tidak campur tangan secara langsung dalam kegiatan ekonomi.
- Pemerintah mahir dalam bidang fiskal dan kewangan, seterusnya
melakukan kegiatan ekonomi dengan mengeluar barang keperluan
orang awam, Mengelak ekonomi dari menanggung kerugian,
mengawasi kegiatan perusahaan terutama yang melibatkan perusahaan
yang besar.

3.1.3 Modal memegang peranan penting dalam kegiatan ekonomi.


- Kerjasama antara China (Tiongkok) dan Myanmar dalam bidang
ekonomi yang mana sektor utama yang dilaburkan oleh Tiongkok di
Myanmar adalah tenaga elektrik, minyak dan gas, industri pengeluaran
dan pembuatan. Tiongkok mengambil bahagian dalam pembangunan
infrastruktur Myanmar, ini merupakan pendorong utama terhadap
perkembangan ekonomi Myanmar.

3.1.4 Kegiatan produksi dilakukan dengan tujuan mendapat keuntungan.


- Pada dasarnya pihak kerajaan, swasta atau asing yang melakukan
kegiatan pengeluaran bertujuan untuk mencari keuntungan yang
banyak tetapi sistem ekonomi liberal menyelamatkan keadaan dimana
pihak swasta tidak boleh mengambil kekayaan pihak pemerintah atau
negara tersebut.

10
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

4.0 MASALAH EKONOMI


4.1 Masalah Ekonomi di Malaysia
Keluhan dan rintihan masalah ekonomi di Malaysia. Rakyat Malaysia
perlu bersedia hadapi cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan. Antara
masalah ekonomi di Malaysia adalah;

4.1.1 Paras hutang isi rumah rakyat yang membahayakan


- Hutang isi rumah rakyat Malaysia berganda kepada RM750 billion
Julai tahun ini.Rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan
dengan membazir dan tidak berhemah. Jika tidak dikawal, lima tahun
lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK
Negara, bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk
membayar hutang terkumpul.

4.1.2 Pertumbuhan ekonomi dekad yang lebih perlahan


- Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah
RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat,
pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih
perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan
domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada
tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.Semenjak
tahun 1945 hingga 1998, Malaysia salah satu daripada 13 negara yang
mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7% selama lebih daripada 53
tahun tetapi selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh
dengan perlahan.

4.1.3 Beban subsidi kerajaan yang tinggi


- Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan meningkat daripada RM1.1 bilion
pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013.Ini bermakna 20% dari
cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Penamatan
subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang

11
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

memerintah.Pemberian subsidi adalah tidak efektif bagi rakyat miskin


kerana orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada
orang miskin yang bermotosikal.

4.1.4 Produktiviti pekerja yang kurang cemerlang


- Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti
pekerja negara ini jauh lebih rendah berbanding dengan negara seperti
Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan
Singapura.
- Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti sebanyak
RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat
mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558
setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong
RM201,485.

4.1.5 Kenaikan kos sara hidup rakyat


- Langkah kerajaan menaikkan harga petroleum, tarif elektrik, harga
gula, harga tepung dan kadar tol sedikit sebanyak akan melonjakkan
kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini meningkat
kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar
mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

4.2 Masalah Ekonomi Di Myanmar


Para Menteri Kewangan Asean memperinci tentang empat masalah yang akan
mengancam pertumbuhan ekonomi organisasi negara Asia Tenggara iaitu;

4.2.1 Pelarian Modal


- Pelarian Modal atau capital flight iaitu perpindahan wang dalam
jumlah yang besar dari suatu negara ke negara lain untuk mencari
untung yang lebih besar atau untuk menghindari kerugian akibat
masalah ekonomi atau politik di negara asal. Akibatnya ekonomi

12
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

Myanmar akan merudum, selebihnya akan memberi kesan kepada


masalah kewangan negara.

4.2.2 Perubahan mata wang yang tidak stabil


- Tukar nilai matawang dunia yang tidak stabil juga menyebabkan
pelabur mencari negara yang lebih maju untuk melabur seperti
Amerika Syarikat. Turun naik matawang akan memberi kesan kepada
modal pelaburan sesebuah syarikat yang melabur di negera berkenaan.

4.2.3 Tekanan Inflasi


- Menteri Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Myanmar, Soe Tha,
melaporkan bahwa inflasi di Myanmar meningkat 4 kali lipat dari
tahun lalu sementara pertumbuhan produk domestik bruto (GDP)
melebihi target iaitu 13,2%. Pemerintah mensasarkan pertumbuhan
GDP untuk tahun fiskal 2006-07 sebesar 12%. AS dan Eropah
mengenakan sanksi terhadap Myanmar kerana masalah pelanggaran
hak asasi manusia dan lambatnya langkah demokrasi.

4.2.4 Masalah kewangan yang meruncing.


- Faktor lain yang turut membendung pertumbuhan ekonomi Myanmar
adalah infrastruktur dan harga minyak. Harga minyak antarabangsa yang
jatuh membuat projek-projek pengeboran minyak tertunda. Masalah ini
menjadi lebih serius apabila rakyatnya tiada pekerjaan dan menyebabkan
mereka terpaksa berhijrah ke negera lain untuk mencari pekerjaan.

5.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH EKONOMI

5.1 Cadangan Mengatasi masalah ekonomi di Malaysia


Pendekatan Malaysia dalam menangani masalah krisis ekonomi boleh
dibahagi kepada 3 tahap (Suresh Narayanan, 1998). Pada tahap permulaan,

13
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

krisis dilihat sebagai berpunca daripada kelemahan sektor kewangan,


pertambahan defisit akaun semasa, pinjaman yang terlampau kepada sektor
tertentu (hartanah dan pasaan saham) dan aliran keluar modal. Oleh itu, dasar
kewangan dan fiskal yang ketat telah diaplikasikan.Strategi counter-cyclical
mula digunakan, menandakan bermulanya tahap kedua dan September 1, 2000
menandakan bermulanya tahap ketiga apabila Malaysia mula
mengimplikasikan dasar kawalan modal terpilih. Namun, secara
keseluruhannya, polisi dan strategi pemulihan ekonomi dapat dianalisis dengan
lebih lanjut seperti berikut.

5.1.1 Polisi Kewangan


Kerajaan mengambil langkah dengan menetapkan kadar pertukaran
Ringgit kepada satu Dolar Amerika sebanyak RM 3.80 per dolar. Selain
itu, Ringgit juga tidak boleh diniagakan di pasaran luar negara dan
transaksi akaun modal tidak boleh dipinda. Dasar kewangan longgar
diamalkan dengan kadar bunga diturunkan dari semasa ke semasa.
Struktur penentuan Base Lending Rate (BLR) juga berubah. BLR tidak
lagi dikira menggunakan Kuala Lumpur Interbank Offer Rate (KLIBOR)
tetapi menggunakan kadar bunga (3 bulan) campur tangan Bank Negara
(Bank Negara intervention rate) demi mempercepatkan impak dasar
kewangan kerajaan.

5.1.2 Polisi Fiskal


- Selepas melihat keadaan ekonomi masih merosot, kerajaan mula
mengubah pendirian dasar fiskalnya untuk mengambil peranan yang
lebih dalam ekonomi negara pada tahun 1998. Oleh itu, pakej stimulus
fiskal berjumlah sebanyak RM 7 billion telah diimplimentasikan
(Daim Zainuddin, 2000). Sumber dana ini kebanyakannya dari punca
tempatan seperti Sekurities Kerajaan malaysia (MGS) dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumber pinjaman dari luar dibuat
kerana kerajaan tidak ingin menghauskan dana sektor swasta dalaman.

14
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

5.1.3 Penstrukturan semula sektor kewangan


- Proses penstrukturan ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa aktiviti
penstabilan dan kemudiannya proses reformasi (Mahani, 1999). Tahap
penstabilan melihat Danaharta ditubuhkan untuk membeli pinjaman
tidak berbayar (NPL) dan Danamodal ditubuhkan untuk menyuntik
modal kepada institusi kewangan. Fasa untuk proses reformasi sektor
kewangan meliputi penstrukturan sektor koperat di bawah Corperate
Debt Restructuring Committee (atau CDRC), penggabungan bank dan
pembangunan pasaran bond. Tujuannya ialah untuk mengurangkan
beban kewangan NPL institusi kewangan di Malaysia. Dalam fasa
pertama pengoperasiannya,

5.1.4 Kempen Anti Inflasi

- Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada


perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang
berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti
Inflasi untuk meningkatkan kesedaran pembeli supaya mereka boleh
mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung
inflasi seterusnya untuk menggalak pengguna membeli barang buatan
Malaysia.

5.1.5 Memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan pengeluaran


makanan.

- Kerajaan terus menggalakkan persaingan yang sihat antara industri


untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi
dan daya saing industri dari segi harga produk. Sistem pengangkutan
yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan
pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.
Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-

15
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan


menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. Kerajaan melalui
agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan
Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan
diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

5.2 Cadangan untuk mengatasi masalah ekonomi di Myanmar antaranya ialah

5.2.1 Penguasa Aset Negara


- Berbincang mengenai aset negara, Myanmar yang notabene
merupakan negara penganut sistem ekonomi liberal, di dalam
penguasaan aset negara majoriti dipegang oleh swasta dengan peratus
sebanyak 73%. Pemerintah negara Myanmar menguasai sebanyak
26% (industri pengeluaran) dan bakinya 1% merupakan bentuk
kerjasama dengan pihak asing (pelabur). Sumber utama Myanmar
ialah sektor pertanian, 50% dari Produk domestik bruto berasal dari
pertanian, penternakan dan perikanan serta perhutanan. Hanya 26%
dikuasai oleh kerajaan, oleh itu ia mendorong sektor0sektor luar untuk
bersaing.

5.2.2 Peran swasta dalam aktiviti ekonomi negara.


- Kekurangan modal dan kerjasama asing menyebabkan pemerintah
Myanmar terkenal dengan lineralisasi perdagangannya.Myanmar
menggalakkan para pelabur (domestik ataupun asing) mahupun pihak-
pihak swasta lain untuk melabur dalam pembangunan di negara
Myanmar bidang pakaian, pengilangan padi, pemprosesan minyak
masak, kekacang, makanan dan minuman serta gula. Di samping itu,
industri berasaskan eksport yang memerlukan modal asing antaranya
industri agro bisnes, barangan elektrik dan elektronik.

16
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

5.2.3 Penerapan Sistem politik


- Myanmar merupakan salah satu negara yang terletak di Asia tenggara
dan merupakan salah satu anggota dari ASEAN yang berbentuk negara
kesatuan. Bentuk pemerintah Myanmar adalah Juntai Militer yang di
kenal dengan nama The State Peace and Development Council
(SPDC). Pemerintahan Myanmar berbentuk Oligarki Militer. Oligarki
adalah negara yang kuasa politiknya dipegang oleh kelompok elit kecil
dari masyarakat, baik dibezakan mengikut kekayaan, keluarga atau
tentera.

5.2.4 Tingkatkan GDP negara Myanmar


- Myanmar adalah negara termiskin di Asia Tenggara dengan GDP
(nominal millions of USD) ymencapai $ 80, 11 Miliar dan dengan GDP
(nominal per kapita of USD) $ 1.700. Ini dihasilkan dari bidang
pertanian: 56.4%, industri 8.2% dan layanan jasa: 35.3%. Sekitar 25%
penduduknya berada di bawah garis kemiskinan dengan penganguran
meningkat 5%. Myanmar, negara bersumber pendapatan tinggi, tetapi
menderita disebabkan oleh pemerintah, pakar ekonomi yang tidak efisen
serta masalah kemiskinan makin meluas.

6 RUMUSAN

Pada pandangan saya, ekonomi Malaysia lebih baik berbangding dengan ekonomi
Myanmar, dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia telah mencapai kemajuan
ekonomi yang memberangsangkan selepas Malaysia merdeka.Walaupun Malaysia
merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan
mapannya. Walaupun beberapa kali mengalami kemelesetan ekonomi, namun Malaysia
masih berjaya membangunkan dan mengukuhkan ekonominya.Ini terbukti apabila
Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan
ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan
telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu

17
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

ekonomi Malaysia menjadi lebih mantap kerana jalinan mesra dengan negara-negara
maju.
Berbeza pula dengan keadaan ekonomi Myanmar yang masih berada dalam
ketidakpastian disebabkan oleh kemelut ekonomi yang mana disebabkan oleh parti-parti
pembangkang. Hal ini menyebabkan para pelabur terpaksa menunggu keputusan selepas
pilihan raya kecil tahun 2016. Pelbagai projek bisnes terhenti akibat kemelut ini,
walaupun Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Mac 2015 sempat mengira pertumbuhan
ekonomi Myanmar meningkat 7,8% pada tahun ini. Selain itu, faktor yang mempengaruhi
ekonomi Myanmar juga adalah infrastruktur dan harga minyak. Harga minyak
antarabangsa jatuh menyebabkan projek-projek pengeboran minyak tertunda. Dari 13
pelabur asing hanya satu syarikat yang mengesahkan pengeboran tersebut.Hal ini
memberi impak yang besar kepada ekonomi Myanmar dan menyebabkan Myanmar
mundur sedikit berbanding dengan jiran tetangganya.

(3030 Perkataan)

18
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

6.0 RUJUKAN

1. Suresh Narayan, (2001), Dasar Fiskal Di Malaysia: Pengalaman dan


Pengajaran, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

2. Mahani Zainal Abidin, (1999), Economics Governance in Malaysia And Its Link
With The Asian Crisis, Singapore, Institute Of Southeast Asian Studies.

3. Rahardjo, M Dawam. 2009. Menuju Sistem Perekonomian Indonesia. Jurnal


UNISIA. Vol. XXXII (72): 113-128.

4. Sistem ekonomi (n.d). In Wikipedia. Retrieved Julai, 2016, from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_ekonomi.

5. Muhamad Riadhi Arisyi (2012, Mac). “Perbezaan system Ekonomi liberal dan
campuran” Google [Perbezaan system Ekonomi liberal dan campuran].
Retrieved from http://riadhiarisyi.blogspot.my/2012/03/perbedaan-sistem-
perekonomian-liberalis.html.

6. Lukman Khakim (2015). “Nama Negara yang menganut system ekonomi


campuran, liberal, terpusat dan tradisional” Google [Nama Negara yang
menganut system ekonomi campuuran, liberal, terpusat dan tradisional]
Retrieved fromhttp://www.dunsarware.com/2015/09/nama-negara-yang-
menganut-sistem.html.

7. Ishak Shaari (1992).Ekonomi MalaysiaPenerbit Fajar BaktiSdn Bhd, Kuala


Lumpur.

8. Normala Ismail (2009). HBSS2203Perkembangan Ekonomi Asas. OpenUniversiti


Malaysia, Kuala Lumpur.

19
PRINCIPLE OF MICROECONOMICS BBEK1103

9. Reza Nurfadilah (2015) “Sistem Perekonomian Dunia” Google [Sistem


Perekonomian Dunia] Retrieved from http://reza-nur.heck.in/sistem-
perekonomian-dunia.xhtml.

10. Dr. Nazri Khan (2015). “10 Masalah Terbesar Ekonomi Malaysia 2015”Google
[10 Masalah Terbesar Ekonomi Malaysia 2015]Retrieved
fromhttp://www.panduanmalaysia.com/2014/12/10-masalah-terbesar-ekonomi-
malaysia-2015.html.

11. Elba Damhuri (2014), “Empat Masalah ini Ancam Ekonomi Asean” Google
[Empat Masalah ini Ancam Ekonomi Asean] Retrieved from
http://internasional.republika.co.id/berita/internasional/asean/14/04/06/n3lrs5-
empat-masalah-ini-ancam-ekonomi-asean.

12. Har Wai Mun(2000), “Langkah Pemulihan Ekonomi” Google [Empat Masalah
ini Ancam Ekonomi Asean] Retrieved
fromhttp://www.harwaimun.com/Langkah.html

13. Kamus Dewan Edisi Ketiga: 2002:

14. Herliyani, Meri. 2009. Memahami Cara Bekerja Sistem Perekonomian. Jurnal
Ekonomi dan Pendidikan. Vol. 6 (2): 192-205.

20