Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami :
Tarikh :
En. Johari bin Chek Omar,
Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral,
IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Dato’ Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KARPET TERPAKAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya memohon sumbangan karpet terpakai yang telah digunakan di Pusat Islam IPG Kampus Tun
Abdul Razak untuk diletakkan di Surau SK Wira Jaya.

3. Untuk makluman, Surau SK Wira Jaya tidak mempunyai karpet dan hanya menggunakan lantai
sebagai alas untuk solat. Sumbangan pihak tuan akan digunakan untuk diletakkan di surau tersebut.

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan bagi membantu
pihak kami menambahbaik keadaan surau supaya guru-guru dan murid-murid dapat solat dengan lebih
selesa.

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Guru Besar SK Wira Jaya, En Raba’ai - 010 976 6077
atau Ustaz Haris – 013 475 4510

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”

Yang benar,

...........................................................
(ENCIK MOHAMAD RABA'AI BIN SEDEK)
Guru Besar,
SK Wira Jaya,
KM 14, Jalan Kuching/Serian,
93250 Kuching,
Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai