Anda di halaman 1dari 7

Tajuk : ASHABUL KAHFI

Nama Sekolah : SK TOK RANDOK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Terima kasih peneraju acara

Barisan hakim yang adil lagi saksama

Tujuh pemuda yang beriman tajuk saya

Ambillah iktibar panduan bersama

Kawan – kawan,

Siapakah Tujuh pemuda yang beriman?

Kisah tujuh pemuda yang beriman amat masyhur dengan gelaran ashabul
kahfi. Mereka ini dikatakan melarikan diri daripada raja mereka yang amat
zalim dan menganggap dirinya ialah Tuhan.

Mereka hidup di tengah-tengah masyarakat yang syirik dan menyekutukan


Allah. Setiap kali perayaan, semua penduduk Upsus akan menghias patung
berhala, memuja dan menyembahnya dengan penuh keghairahan.begitulah
jahilnya masyarakat tersebut.

Keimanan Ashabul Kahfi dapat dihidu oleh raja syirik dan memerintahkan

1
pengawal untuk memanggil 7 sahabat ini ke istana. Setibanya di istana,

“ Wahai orang muda, beta dengar kamu telah menganut satu agama yang
tidak diketahui asal usulnya, kamu sudah menduakan agama dan
rakyat .”Bentak raja tersebut.

Ashabul Kahfi hanya mendiamkan diri. Raja bertitah lagi.....

Baiklah, beta akan beri kamu masa untuk berbalik kepada agama asal, jika
tidak kamu semua akan beta hukum dengan seberat-beratnya.” Tegas raja
yang sombong itu.

Setelah mendengar ugutan tersebut, Ashabul Kahfi merancang untuk


melarikan diri, “Mana mungkin kita akan menyembah berhala, saya
cadangkan kita tinggalkan saja negeri ini .” Kata salah seorang dari mereka.

Telah jauh mereka berjalan,

Mencari arah serta tujuan,

Sebuah bukit, di dalam hutan,

Di dalam gua tempat di sediakan.

Setelah kepenatan merentas hutan dan padang pasir, akhirnya sampailah


mereka ke tempat yang dituju. Mereka bersyukur kerana selamat dan
memohin dengan Allah agar di beri perlindungan dan petunjuk ke arah
kebaikkan. Oleh kerana kepenatan, mereka tertidur di dalam gua selama 309
tahun.

2
Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 11 yang berbunyi;

ً۬‫ف َنسننيِدن َدعدددددا‬


‫ضدرهبدناَ َدعلد ى ىىِ َدءاً۬دذاً۬نننه هم َنفىِ َٱهلدكهه ن‬
‫فد د‬

“Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu,


bertahun-tahun”

Ya Kawan Kawan,

Al-Quran dan Hadis panduan kita semua untuk menjadi muslim


beriman. Kisah Kassim Ahmad menggemparkan media massa
apabila mempertikaikan hadis bahkan menolaknya.

(syair)

Tujuh pemuda terasa derita

Sehingga terjumpa sebuah gua

Mereka tertidur tersangatlah lama

Allah perintahkan mereka dijaga

Firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi potongan ayat 18 yang berbunyi :

‌ ‫دوتدهحدسبهہه هم َأدهيدقاَ د د‬
‫ظاَ َدوهه هم َهرهقوُددد َ َدونهقدلشبههه هم َدذاً۬ د‬
‫ت َٱهليِدنميِنن َدودذاً۬ د‬
ِ‌ۖ‫ت َٱلششدماَل‬

3
‫‌دودكهلبهههم َبدىـنس د د‬
‫ط َنذدراً۬دعهيِنه َنبٱِهلدوُ ن‬
ِ‌ۚ‫صيِد‬

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan
mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan
mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki
depannya dekat pintu gua.

Selama mereka tidur, Allah Taala telah memerintahkan agar malaikat


menjaga jasad mereka agar sentiasa terpelihara dari diancam gangguan dan
pengikut raja.

Wahai sahabatku sekalian,

Kejadian seorang makmum yang meninggal ketika sedang solat di


Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan amat menginsafkan kita
semua. Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambanya yang
beriman.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, maka, ditakdirkan
Allah tujuh pemuda itu akhirnya dibangunkan dari tidurnya.

(nasyid ~ Rabbani – intro Pergi tak kembali)

Setelah lama beradu di gua

Terbangun mereka akhirnya

Mulai terasa lapar dan dahaga

Dihantar seorang pemuda ke kota

4
Dengan kuasa Allah, maka bangunlah tujuh pemuda itu dari tidur yang
beratus tahun. Allah jadikan mereka rasa lapar dan dahaga. Berbekalkan
sejumlah wang perak maka pergilah salah seorang dari pemuda itu untuk
membeli bekalan makanan di dalam kota.

Sesuai dengan firman Allah potongan ayat 19 surah al-Kahfi :

‫ق َشمهنهه‬ ‫ڪم َبندوُنرقنهك هم َهدىـنذۦِۦنه َإندلىِ َٱهلدمنديندنة َفدهلديِنظههر َأديَيدہآَ َأدهزدكىىِ َطددعاَددماَ َفدهليِدهأتن ه‬
‫ڪم َبننرهز د ق‬ ‫دفٱِهبدعثهىوُااً۬ َأددحدد ه‬
‫ف َدودل َيههشنعدرنن َبن ه‬
ً۬‫ڪ هم َأددحددا‬ ‫دوهليِدتدلدطن ه‬

Yang bermaksud : “maka suruhlah salah seorang diantara kamu pergi ke


kota dengan membawa perakmu ini, ‌ kemudian biarlah dia memilih mana-
mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian
hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan
hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di
bandar dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan
sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Ya kawan-kawan,

Hendaklah kita sentiasa bertolak ansur dan berlemah lembut ketika


berurusniaga. Peristiwa seorang pemuda yang dipotong tangannya
ketika menuntut hutang di Sadong Jaya, Sarawak pada awal tahun
ini menjadi teladan kita semua.

Ketika pemuda itu membuat bayaran, penjual makanan berasa amat hairan
melihat wang perak yang diberikan.

5
Harta hanya hiasan dunia

Zakat bagi mereka yang berada

Janganlah tamak dan haloba

Kisah Qarun di telan bumi teladan semua

Setelah mendengar cerita tersebut, maka jelaslah pemuda itu adalah salah
seorang buruan raja beradab-abad dahulu. Hilangnya 7 pemuda dari ugutan
raja untuk menyembah Allah yang esa.

Ya Kawan-kawan,

Ashabul Kahfi diundang ke istana dan diberikan penghormatan oleh raja


yang soleh. Baginda menempatkan mereka di tempat yang mulia.

Setelah mengadap raja, Ashabul Kahfi berkata kepada raja,

“ Kami tidak memerlukan hidup yang panjang lagi, kerana telah melewati
beberapa keturunan yang semuanya telah meninggal dunia. Apa yang kami
lihat sekarang semuanya baru dan negeri ini telah maju. Kami berpuas hati
melihat penduduk di sini beriman kepada Allah s.w.t.

Sesudah itu Ashabul Kahfi pun bersujud dan berdoa kepada Allah agar
menurunkan rahmatnya serta mengizinkan mereka kembali ke rahmatullah.
Tidak lama kemudian, Ashabul Kahfi pun meninggal dunia.

Daripada kisah di atas telah memberi peringatan kepada kita bahawa setiap
manusia yang hidup pasti menemui kematian. Oleh itu, kita wajiblah
beriman kepada Allah kerana setiap perlakuan kita akan dihisab di akhirat
nanti.

6
Sekian saja cerita saya,

Ada masa kita berjumpa.

Ashabul Kahfi tajuk cerita,

Jadikan tauladan setiap masa.

( lagu Rasa Sayang )