Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KAHANG TIMUR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2018


BIL 2/ TAHUN 2018

Tarikh : 19 Julai 2018


Masa : 11.00-12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Cik Hayati binti Che Kassim
Kehadiran (Bilangan) : 4/4
Turut hadir : Tiada

1. Kata-kata aluan pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan
Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Fauziah bt Maruwan.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Zurina bt Abdullah

3. Perkara-perkara berbangkit
Tiada

4. Pembentangan Post-Mortem Dan Analisis PPT 2018


4.1 Pembentangan pencapaian PPT Sains
4.1.1 Pencapaian Tahun 1- 98.18% ,GPMP:1.33
4.1.2 Pencapaian Tahun 2-100% ,GPMP:1.68
4.1.3 Pencapaian Tahun 3-74.55% ,GPMP:3.35
4.1.4 Pencapaian Tahun 4-84.38% ,GPMP:3.42
4.1.5 Pencapaian Tahun 5-88.24% ,GPMP:3.06
4.1.6 Pencapaian Tahun 6- 66.1% ,GPMP:3.86

4.2: Antara kelemahan murid yang disenaraikan oleh guru-guru matapelajaran ialah murid tahun 3 tidak
menguasai kemahiran teknik menjawab soalan, aras soalan yang agak tinggi dan lemah mengingati fakta
asas sains. Hal ini kerana pdpc di dalam bilik darjah tidak begitu menekankan latihan kea rah menjawab
soalan peperiksaan. Murid tahun 4 dan 5 juga menghadapi isu yang sama namun ada beberapa kesilapan
dalam soalan yang menyebabkan murid keliru dan gagal menjawab. Murid tahun 6 gagal mendapat peratus
kelulusan yang tinggi kerana tidak menguasai konsep dan fakta asas sains. Hal ini kerana ada beberapa topik
tahun 3,4,5 yang belum habis diulangkaji oleh mereka.

4.3: Antara kekuatan murid ialah sebahagiannya sudah menguasai kemahiran proses sains yang disoal dan
teknik menjawab soalan yang diajarkan didalam kelas. Murid kelas lemah tahun 4 dan 5 menunjukkan
peningkatan dalan pencapaian markah bagi soalan objektif dan membantu murid untuk mencapai markah
lulus.
Tindakan: Ketua panitia sains
5. Pelan Intervensi Tahun 6
5.1 Program berfokus (Program peningkatan kuantiti lulus)
-Kedah Pairing iaitu mengecilkan murid dalam kelas kepada 2 kumpulan mengikut pancapaian. Murid
dengan bilangan yang kecil lebih mudah memberi tumpuan dan belajar mengikut aras yang sama.
-Pelajar yang sangat lemah akan diajar mengikut aras mereka.
5.2 Penggunaan tayangan video Geng UPSR Sains
-Murid ditayangkan video yang mengandungi kandungan interaktif berdasarkan tajuk-tajuk UPSR.
Murid menjawab soalan secara interaktif dan berbincang dalam kumpulan kemudian menjawab soalan
latihan
5.2 Penggunaan modul fakta asas dan modul PKS tahun 4 hingga 6
-Sudah dilaksanakan bermula dari awal tahun bagi memudahkan murid membuat ulangkaji semua
topik sains UPSR
5.3 Program Teknik Menjawab (Program peningkatan kualiti lulus)
-Dilaksanakan dengan bantuan ketua penanda Subjek Sains Daerah Kluang En.Yusof
Tindakan: semua guru sains

6. Pelan intervensi Tahun 1-6


6.1 Program berfokus
-Menceriakan bahagian laluan naik ke tingkat atas bangunan Blok D yang berhampiran dengan bilik
sains dengan menampal poster-poster pvc yang mengandungi pelbagai maklumat sains bagi menambah
minat dan ingatan murid terhadap topic-topik sains yang telah dipelajari oleh murid
6.2 Program pembangunan profesionalisme
-Pelaksanaan PdP dalam pembelajaran abad ke-21 dengan kerjasama pegawai SISC+
-Penandaan dengan format terbaru dengan bantuan daripada pemeriksa kertas Sains UPSR
6.3 Penggunaan modul fakta asas tahun 4 hingga 6
-Sudah dilaksanakan bermula dari awal tahun bagi memudahkan murid membuat ulangkaji semua
topik sains UPSR. Penambahbaikan akan dibuat bagi menambah penggunaam modul fakta asas kepada
murid tahun 3
Tindakan: semua guru sains

7. Program Tahunan

NAMA AKTIVITI SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN STATUS PELAKSANAAN


KELAS TAMBAHAN PETANG TAHUN 6 JANUARI-SEPTEMBER Sedang dijalankan
KUIZ SAINS TAHUN 4,5,6 FEB-SEPTEMBER Belum dilaksanakan
MODUL SAINS TAHUN 4,5,6 FEB-SEPTEMBER Sedang dijalankan
TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 4,5,6 MAC DAN JUN Selesai
AMALI KELOMPOK TAHUN 4,5,6 MAC, APRIL DAN MEI Belum dilaksanakan
AMALI KELAS TAHUN 1-6 JANUARI-OKTOBER selesai
CONGAK SAINS TAHUN 1-6 JANUARI-OKTOBER Sedang dijalankan
PEMBUGARAN BUKU TEKS TAHUN 1-6 JANUARI-OKTOBER selesai
PAMERAN HASIL MURID TAHUN 1-6 SELEPAS UPSR Belum dilaksanakan
GOTONG ROYONG KECERIAAN BILIK SAINS TAHUN 6 SELEPAS UPSR Belum dilaksanakan

8. Kewangan Panitia
-Sudah dibelanjakan mengikut perancangan
Tindakan: Ketua Panitia
9. Hal-hal lain
-Tiada

10. Penutup
10.1 Ucapan penangguhan daripada Pengerusi .Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh,

Setiausaha,
Panitia Sains
SK Felda Kahang Timur.

Anda mungkin juga menyukai