Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tajuk Tutorial 1: Perbezaan Pembelajaran Abad Ke-20 Dengan Pembelajaran Abad Ke-
21.
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang
telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Jika dahulu pendidikan kita berdasarkan
pembelajaran abad ke-20 (PAK20). Namun kini, selaras dengan perkembangan teknologi
dan sistem pendidikan negara, proses pembelajaran adalah kearah pembelajaran abad ke-
21(PAK21) dalam sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc).
Tambahan lagi, PAK20 adalah secara teori. Murid-murid abad ini hanya belajar
secara teori dan tidak praktikal terhadap sesuatu pengajaran.Sebagai contoh, bagi subjek
Sains. Guru mengajar tentang fotosintesis tetapi tidak melakukan eksperimen untuk
menunjukkan kaedah fotosintesis tersebut. Oleh itu, murid-murid hanya belajar secara teori
dan tidak praktikal. Berbeza pula dengan PAK21, murid-murid diajar secara praktikal dalam
sesi PdP. Guru memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk meneroka sesuatu perkara
dibawah panduan guru. Pembelajaran secara praktikal yang memerlukan murid-murid
menggunakan pelbagai deria mereka di samping memanipulasikan bahan-bahan yang
disediakan memberi peluang kepada mereka untuk mengalami pengalaman pembelajaran
yang sebenar dan bermakna.
Rentetan itu juga, PAK20 merupakan pembelajaran yang berlaku hanya di bilik
darjah. Pada abad ke-20, sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku di dalam bilik
darjah bagi semua subjek. Hal ini berkemungkinan kerana faktor sekolah mengalami
kekangan wang untuk membina makmal sains atau makmal komputer dan lain-lain. Namun
bagi PAK21, murid digalakan belajar dalam komuniti. Hal ini bermaksud, aktiviti- aktiviti
dijalan secara kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.
Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik
darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta aktiviti
kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid.
Seterusnya, dari segi aspek pentaksiran. Bagi PAK20, pentaksiran secara sumatif.
Pentaksiran ini dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan
seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Pentaksiran ini menekankan kepada tingkah
laku kognitif sahaja. Berbeza dengan PAK21 yang menjalankan pentaksiran secara formatif.
Pentaksiran ini melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid
setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang
terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang
diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan
gred atau kedudukan di dalam kelas.
Akhir sekali, PAK20 menekankan murid belajar untuk sekolah. Pembelajaran seperti
ini lebih bertumpukan kepada murid belajar hanya untuk lulus matapelajaran disekolah.
Murid akan merasa tertekan kerana mereka terpaksa menelaah banyak perkara yang akan
disoal didalam peperiksaan dan PdP dengan sendirinya akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Guru akan bekerja keras untuk menghabiskan kurikulum peperiksaan, namun
terdapat tajuk-tajuk tidak dapat diajar yang dianggap kurang penting dan pelajar boleh
menelaahnya sendiri. Bagi PAK21 pula, murid lebih cenderung untuk belajar untuk
pengaplikasian dalam kehidupan. Murid dilatih untuk belajar berdasarkan Taksonomi Bloom.
Murid perlu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisi dan mencipta dalam proses
PdPc. Hal ini dapat membantu murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam
kehidupan bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan.